LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 31 Mac 2011

Tq buat Cik Suhaiza

Persahabatan kita ibarat nama blog ko tih,  Seharum Kasih senantiasa harum dengan nasihat dan saling ingat -mengingati... terima kasih tih sudi jadi kawan den.. walaupun den selalu buli ko.. hihihi.. cayang ko.. dan mekasih byk-byk sudi ambil alih uruskan anak-anak den bila den ada keje luar.. ko da banyak tolong kawan ko yang 'noty' ni..  den doakan ko berbahagia hingga akhir hayat ko.. amin


Banyak yang kita kongsi bersama kan.. tapi no no no... suami lain-lain tau.. ahaksss. berkongsi 'rahsia hati', suka duka kehidupan.. belajar bangun dari kejatuhan.. alhamdulillah den ada di sini kerna ko sentiasa dibelakang den.. oh terharu wei.. ko la yang memahami hati den.. tapi den ada gak buat nakal belakang ko.. tak nak cakap nanti ko ceramah den dari pagi sampai petang.. cayang ko.. mekasih ye tih.. hahahaha.


 love u forever..


 Berkumpul dengan kawan sek masa kenduri Sally kawin


 Part ni den suka..
kita selalu bertanya pada diri sendiri kan..
" bila la kita nak naik pelamin ni"..
huhuhuhu...
tak boleh blah statement ni..
;p


Ni masa g kenduri kat Bentong
Bila da ber 2..
ha ko!!!...
kecoh macam 10 orang punya mulut..



SITI AZLINA & SUHAIZA




ni tanda kasih sayang den kat ko..
kek Hari lahir yang ke 24 
tahun lepas..
untuk tahun ni beli bahan
ado la kek
hahahaha
jangan marah tau
:)



ponek gilooo



ponek la kawan2.. balik nak rest.. nak tido.. nak peluk bantal sampai pitam.. huhuhu.. arini kerja luar.. kes mahkamah.. ingat sekejap.. kol 2.30 br kes staf aku tu.. haru biru jap hidup aku arini.. betol-betol penat.. rasa nak balik umah terus je td.. mlm tadi mesej kawan sek dulu.. macam cerita.. dari hal peribadi, family hingga la dr hati ke hati.. so sweet :)..

Hidup ni ibarat 'Gasing'..
berputar ligat sampai masa ia akan berhenti..
di mana destinasi kita..
hanya ALLAH yang mengetahui..
insyaallah



Rabu, 30 Mac 2011

jom dengar lagu ni...

bukan mudah untuk aku hapuskan segala kenangan dulu..
biar pun aku cube melupakan..
semakin kuat ia menjengah diingatanku..
letih laaa....



balik nak rest..
arini blk naik storm..
ada berani??..
aku berani..
yang penting
aku
rindu
tilam
aku
huhuhu

tak mau ingat
kisah dulu
dan tadi
hahahahahaha
hampeh...
:P
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


dari kejauhan... ada ketenangan

1. muhasabah diri dengan bersolat taubat dan mohon keampunan dari ALLAHSWT..atas kesilapan dan dosa2 masa lalu.Mohon kekuatan dari YANG MAHA ESA agar diberi kesabaran dan ketaqwaan dalam menghadapi ibadah dan ujian2 dariNYA. lakukan dgn khusyuk sebaiknya tgh malam sunyi...zikir buat seketika
2. Banyakkan membaca ayat2 suci terutama subuh ( pintu rezeki terbuka) atau maghrib ( menghindari hasutan iblis)
3. Perbaiki diri, kenali sifat dan sikap2 yang negatif dlm diri..cuba ubah menjadi kurang secara perlahan2. Cuba dekati ALLAH dengan mengenali ALLAH , sifat2 ALLAH, tujuan kita dijadikan, tujuan kita sebagai isteri dan ibu di sisi ALLAH, dan baca banyak info ttg azab2 ALLAH dan (ilmu maya ) alam kubur,kiamat,akhirat,syurga dan Neraka agar dapat menimbulkan keinsafan yg mendalam dan rasa takut kpd ALLAH
4. tanamkan rasa cinta kpd ALLAH dengan mentaati segala perintahnya ( sama mcm kita cinta kt suami kita taat kt dia sebab kita taknak menyakiti atau buat dia marahkan)..ttp ALLAH lebih dalam sebab kita tak nampak dan tak tahu mcmna kemurkaanNYA itu ...maka jaga ibadah2 wajib, belajar ttg menutup aurat, banyakkan zikir,ayat suci di bibir dsbg
5. cari dan buat sebanyak yg boleh kebaikan dalam hidup dan tinggalkan apa shj yg buruk sebaik mungkin...dengan cara itu hati akan bersih dan tenang
p/s- lakukanlah segalanya perlahan2..kerana cinta itu harus dipupuk dan disemai...insyallah dalam perjalan itu sis akan redha dan lebih bersemangat utk menjadi lebih baik di sisi ALLAH..menangislah kerana ALLAH kerana itu akan melegakan..ALLAH ITU MAHA PENDENGAR DAN MAHA MENGASIHANI..ok sis..semoga sis tabah dan sabar..

itu la nasihat dari kawan aku Medynnac Kelab , tq sis atas semua nasihat sis.. sedih sentiasa bertandang dihati, merosak jiwa jika tidak pandai mengawalnya.. 


MENANGISLAH KERANA ALLAH KERNA ITU AKAN MELEGAKAN JIWA



Ujian demi ujian....

 Langgar babi

da tak boleh bergerak..
tunggu trak datang
:(


Hanya ALLAH yang tahu perasaan ketika ini.. betapa aku menyayangi MY Vi ini.. Kerna kete ini aku bangkit dari kejatuhan diri aku suatu ketika dahulu.. pelbagai tomahan yang aku terima ketika mula2 aku membawa pulang kete ni.. MY Vi ni adalah suatu penghargaan besar dari BOS aku untuk aku.. Sebagai motivasi untuk aku gigih berusaha mencari rezeki untuk diri sdr, anak-anak n untuk mak walaupun aku ditinggalkan orang yang aku sayang.. Terima kasih kepadanya.. Hanya kepada dia tempat aku mengadu segala maslah aku.. dia memang pendengar setia.. Aku da malu nak menghadapnya. arini airmata aku menitis lagi dihadapannya.. malu.. terlalu malu..


pagi tadi suasana hujan tapi jalan lengang je, tiba-tiba aku terlanggar sesuatu.. aku tengok babi tu da tergolek-golek tengah jalan.. Ya ALLAH.. kete aku abis hancur depan.. mane datang ye babi ni.. sakitnya hati aku.. masa tu aku tengok adik dan kak long terkejut.. aku terus col BOS.. dalam hati aku da menangis, sesal, marah, kecewa sangat.. Apa la nasib yang menimpa aku ni.. tak sudah-sudah. col mok tih minta tolong ambil anak hantar  g sek..


da la aku kene hantar mak g terapi arini.. Ya ALLAH, berikan aku kekuatan untuk memlalui dugaan ini.. rasa nak menjerit je.. 




Selasa, 29 Mac 2011

hahhahhahhaahhahhhhhahhhahhh.............

 takde keje.. boring-boring
ubah suai blog 'BaLaDa RiNdU' ni..
masa terbuang macam tu saja..
betol-betol boring..
:(


yeke???? " Pemandu wanita Berbahaya"!!!!!.....

a
29 Mac 2011 Utusan Malaysia
"Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon".


ye ke???? bengang jugak aku baca paper arini.. yang lebih aku bengang apabila dikatakan kita kaum hawa ni punca kemalangan.. kalau pemandu lain da bawak kete sekitar 40km/j, dapat pulak waktu kemuncak ( time pagi anak-anak nak ke sek atau ke tempat keje dan waktu petang semasa orang ramai pulang dari pejabat masing-masing untu balik ke rumah ) mau ko tak angin.. kalau nak bersiar-siar pun berpada-pada la sayang.. ingat la orang lain pun ada hal masing-masing.. 

tak kira di bandar ke di kampung ke, semua orang ada target perjalanan masing-masing.. terganggu dek pemandu yang nak bersiar-siar ni mau 'nak sheikh'... ni belum lagi dengan pemandu yang tak mahu beralah. tak kira lelaki atau perempuan masing-masing ada 'ego' tersendiri ketika memandu.. kadang-kadang aku pun tension dengan sikap segelintir pemandu yang nak keluar simpang tapi bawa kete cam 'sibut babi'.. kita yang da laju ni terpaksa membrek dan ada ketika macam nak berhenti kete bila pemandu yang 'siput babi' ni tak memperdulikan kete yang laju dibelakang sebab nak 'bersiar-siar' ... bila keluar simpang tu laju la sikit, sebab had laju da berlainan... adusss... malas nak cakap.. bila 'hon' tau pulak marah.. bukan yang menghon tu tak sabar tapi membazir minyak kete je da bawa elok-elok, kene brek pulak da tu nak tekan minyak semula.. bukan membaziran ke namanya???? hanya karna pemandu yang tak tahu undang-undang ni..   

tak kira lelaki atau perempuan... kita sama je.. kalau masing-masing jaga pemanduan dengan cara yang ditetapkan tak timbul isu ni.. cume saja nak buat 'hati' kaum hawa 'hangat'...  fikir sendiri.. masing-masing ada banyak hutang nak dibayar.. kalau mati dek kecuaian sendiri atau orang lain.. nak ke 'roh' tu tergantung sebab hutang belum habis dilunaskan.. dengan anak-anak yang masih kecil, tak kan nak nyusahkan orang lain jaga.. 




" LELAKI ATAU PEREMPUAN SAMA SAJE...
IKOT HATI MATI
IKOT RASA BINASA
IKOT AKAL INSYAALLAH SELAMAT "
  


Isnin, 28 Mac 2011

asal hujung minggu je mesti PENATTTT giler.... :(

hati kita da sembuh sikit..
hihihi..
kita suka sangat...
cantikkan hati kita..
banyak parut..
banyak kesan operate kan..
tapi
takpe ni asam garam kehidupan..

bukan ni yang aku nak cerita... saya je nak kongsi kegembiraan dengan teman-teman yang saya sayang.. hihihi.. berbalik pada cerita tadi.. asal hujung minggu je mesti PENATTTT giler.. :(  memang aku penat.. sampai la ahad malam isnan setiap minggu tido aku lena sampai pagi.. hantu melintas pun aku dah tak perasan.. hahahaha...

biasanya hujung minggu jadual aku memang padat.... bertambah padat kalau Papa Man datang ke rumah.. Pagi kol 6.30 pagi aku da bangun untuk rutin biasa.. pastu g pasar borong bahau, beli stok lauk untuk seminggu 'murah dan senang'... balik umah bersihkan semua stok lauk simpan dalam peti ais.. ( tu kalau  aku rajin.. kalau tak mak la yang buat.. hihihi )  sarapan, layan anak-anak dulu bagi runtuh rumah mak.. pastu tengok la kalau ada g kenduri, g kenduri la jawap ye, kalau mood nak g jenjalan, so jenjalan la aku bersama Papa Man n anak-anak.. kalau tak keluar.. aku suka masak, buat kek la, buat puding la, ikot resipi apa yang aku nak belajar..

aktiviti petang kalau tak keluar, basuh kete.. layan kucing-kucing aku.. teman kambing makan jap, masak untuk malam pastu aku siapkan kelengkapan sek anak untuk esok.. terlalu banyak aktiviti aku buat.. minggu ni projek aku, g kenduri, balik masak kek kukus perisa coklat ( lupa nak ambil gambar.. da bedal dl hihihi ), pastu malam tadi aku ubah kedudukan katil, almari, maje solek n komputer dalam bilik aku.. nak ambil mood baru.. baru freshhhh!!!!... tido pun nyenyak sampai pagi.. ahakksss...

kita takde peneman tido so kene la pandai-pandai cover... bila teringat kisah dulu.. sedih tapi nak buat camne ni dugaan untuk aku tempuhi.. anak-anak ada bilik mereka, tapi bila aku boring, aku ngurat adik aisyah tido dengan aku.. hilang jugak 'sepi' aku ni.. sekurang-kurangnya bila badan da letih takde la fikiran aku ni jauh melayang pastu melalak sorang-sorang.. sedih tu!!!..

hari biasa tak payah cakap la.. tak sempat nak tutup lampu, aku da 'pengsan'.. bangun pagi mak da bebal "tido lampu terpasang.. camne nak berlaki ni"..  hihihi jangan marah mak... cayang mak!!!  biar pun penat, hati ku happy... alhamdulillah..

 kepanasan...
:) tetap di wajah kami...


skuad perbarisan 
hihihihi
;p

lagu aku untuk hari ini... lalallalala...



 CINTA ibarat GULA-GULA
MEMANG SEDAP namun BERHATI-HATI
dengan KEMANISANNYA
ia BOLEH MEROSAKKAN  JIWA 

Sabtu, 26 Mac 2011

bagi peluang terakhir...

kak long n Adik 

Minggu ni aku keseorangan tanpa mereka.. anak-anak aku g umah abah diaorang.. kesian pulak aku dengar dia minta izin nak bawa anak aku kerumahnya.. Cam aku kata, aku tak la zalim sangat nak putuskan hubungan mereka cuma aku bengang dengan 'kelancangan' mulut dia bila berkata-kata. ni peluang terakhir aku bagi kat dia.. baik budi bahasa dia dengan aku maka baik la hati aku.. kalau sebaiknya jangan harap dapat jumpa anak-anak lagi.. :)

Sebelum dia ambil anak-anak semalam, ada la di hulur nafkah anak RM 300.00. ni untuk bulan yang mana pun aku tak pasti. dia bagi aku ambil. dia tak bagi aku mint asekali je.. harap aku nak ulang semula takde maknanya.. macam-macam kata yang aku terima kang. 

Ari isnan nak masukkan RM100.00 dalam akaun 'AMANAH SAHAM DIDIK' anak-anak aku setiap sorang. alhamdulillah ni untuk masa depan mereka. mana tau umur aku 'pendek' ada jugak 'duit tepi' untuk diaorang nak belajar nanti... insyaallah.. LOVE U SAYANG.. MAMA SAYANG ADIK DAN KAK LONG... 

 Adik... Kak Long.. n Mama...

belajar buat kek.. mehhh lorrr!!!.... :)

hai kawan-kawan, kita da tak ngajuk lagi dengan Papa Man.. hihihi. Noty kan aku ni.. ok arini nak cerita malam tadi aku belajar buat ♥Kek Kukus Velvet Hawflakes. da lame aku cari resipi yang ringkas untuk kek ni sebab aku ni malas nak g cari 'tepung Hongkong' rempah ratus la.. apa la.. yang sebenarnya nak 'save' bajet.. alhamdulillah da jumpa so aku pun mulakan projek aku tu...


 Bahan-bahannya

 pukul la sampai lembik.. hihihi

 asing kepada beberapa bahagiaan. ni terpulang pada individu

 ni masa mengukus.. selang selikan warnaye.. letak la Hawflakes ikot suka


 ok cayang.. ni la hasil ye setelah hampir 3 jam didapur

selamat mencube
lalalalalalalala
TQ 
khas 
kepada 

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Jumaat, 25 Mac 2011

selisih faham...

salam.. hai kawan-kawan.. arini mood sedih lorrr... ngajuk dengan Papa Man.. malam tadi kami jumpa dia tido umah kawan dia sebab nak g 'sitevisit' kat Nilai.. projek kecil je, alhamdulillah.. harap-harap masuk la.. insyaallah.. berbalik cita ngajuk tadi.. tengah-tengah mood ok aku belek la fon dia. ada sesuatu yang aku jumpa.. macam biasa jawapan ye tak memuaskan hati aku..( hal keje, tak kene-mengena dengan hal kami ok.. ;p ) aku pun buat la muka tak puas hati.. Papa Man buat dek je.. aku paham kalau dia tak mau cerita sebab tu hal keje dia tapi aku ni degil nak tau jugak.. hihihi


pastu aku blah camtu je,, tanda protes.. lantak la.. aku x mesej pun dia.. sampai la aku terlelap. pukul 12.30 aku dengan mesej masuk. Aku tengok Papa man mesej, dia kata " takpe ct ada kawan nak luahkan masalah, abg takde kawan.. cuma ada ct je "... benci tol aku dengan ayat tu.. bertambah bengang la hati ni..


aku tak balas sampai la pagi ni tadi aku mesej dia.. macam2 aku tulis.. lantak la janji hati aku puas.. bukan aku tak sayang tapi aku tak mahu benda ni berulang kali ke-3.. dari ex-husband, ex pakwe sampai la ke Papa Man selalu kata aku penting kan kawan-kawan... mau tak hangat hati aku..


aku bagi kata 2..klu Papa Man ulang lagi cakap macam tu, LUPAKAN AKU sampai bila-bila.. Aku betol-betol benci dengan ayat tu.. orang tak tahu hati aku macam mana.. setiap kali aku keluar mesti dia ikot.. dia kenal kawan-kawan aku so tolong la jangan memulakan puna selisih faham dengan menyalahkan aku melebihkan orang lain.. tensionnnnn... sejak akhir-akhir ni aja dia tak mau ikot sebab dia tak pandai nak berborak dengan kawan-kawan aku.. so aku paham la. cukup time aku balik.. 

Maafkan ct abg.. sebab berkasar dengan abg. ct cuma nak abg faham jiwa ct macam mana.. Jangan tambah luka dihati ini.. Jangan menilai orang dari luaran... Ct tetap sayang abg.. cuma ct nak sendiri seketika.. mesej abg malam tadi telah mengingatkan ct luka-luka yang dulu... 




 Suka sangat dengan warna MERAH..
hihihi :)






pasrah



" Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan".. 

izinkan aku menarikan pena ni mengikut gerak lentok iramaku
untuk mencari sisa-sisa kekuatan semalam yang berbaki
biarkan angin menyapa lembut wajahku
biarkan hujan membasahi tubuhku
biarkan panas menghangatkan suhu dibumi
namun aku tetap disini
Di sini
ketika Kau melangkah pergi
meninggalkan aku bersama dosa-dosa semalam

Kini
aku pasrah dalam ketabahan
cuba bangun untuk hari esok
hari yang segalanya pasti 
aku masih sendiri

Kata pujangga : Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali terasa. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari. 

biarkan aku bermimpi 
kalau itu yang membuat hati gembira dalam sepi
namun...
mimpi yang aku impikan
tidak seindah mimpi yang aku mimpikan
dalam kepasrahan aku berdiri
dalam kegelapan aku tercari-cari
dalam payahan aku berusaha sendiri
mencari penawar dihati
bukan untuk ditukar ganti
hanya menumpang kasih pada yang sudi...


Biarpun kasih telah ku temui
ia tidak semudah seperti aku 
mengerakkan pena ini
teraba-raba dalam cahaya terang
terjatuh di jalan yang lurus
terluka tanpa pisau ye..


Kenapa mesti aku 
yang terus terseksa begini..
ujian demi ujian menguji keimanan diri.
aku menyucikan diri 
kerna yang pasti
yang kekal
hanyalah 
AKHIRAT
yang 
pasti
kekal 
abadi


Aku pasrah dalam ketidak sempurnanya diri sendiri
.............


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@






Khamis, 24 Mac 2011

Isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkahwin dengan 13 orang perempuan. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama.
  1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
  2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
  3. Aisyah bt. Abi Bakr r.a
  4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
  5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
  6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
  7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
  8. Safiyah bt. Huyay
  9. Zainab bt. Jansyin
  10. Raihanah bt. Zaid bin Amrin
  11. Maimunah bt. Al-Harith
  12. Zainab bt. Khuzaimah
  13. Maria al-Qibtiyyah (Maria The Copt)
Isi kandungan
 [sorok]
  • 1 Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
    • 1.1 Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah
  • 2 Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
  • 3 Aishah bt Abu Bakar
  • 4 Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
  • 5 Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
  • 6 Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
  • 7 Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
  • 8 Safiyah bt. Huyay
  • 9 Zainab bt. Jahsyin
  • 10 Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
  • 11 Zainab bt Khuzaimah
  • 12 Maria al-Qibtiyyah
  • 13 Rujukan
  • 14 Pautan luar
[sunting]Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
Beliau adalah merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.
Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum bithah dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya. Mas kahwin daripada nabi Muhammad s.a.w.sebanyak 20 bakrah dan upacara perkahwinan diadakan oleh ayahnya Khuwailid. Riwayat lain menyatakan, upacara itu dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.
[sunting]Anak-anak Rasulullah bersama Khadijah
  • Al-Qasim bin Muhammad
  • Abdullah bin Muhammad
  • Ibrahim bin Muhammad
  • Zainab binti Muhammad
  • Ruqaiyah binti Muhammad
  • Ummu Kalthum binti Muhammad
  • Fatimah binti Muhammad
Diriwayatkan bahawa anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah Az-Zaharah telah berkahwin dengan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib.
Kesemua ketiga - tiga anak lelaki Rasullullah telah meninggal dunia sejak kecil lagi.Tujuan Allah SWT mencabut semua nyawa anak lelaki Nabi adalah bagi mengelakkan supaya tiada lagi wujud Nabi dan Rasul yang baru sesudah Nabi Muhammad,hal ini kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan Allah sesudah Nabi Isa diatas muka bumi ini.Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul bagi seluruh umat alam buana dan semesta sehinggalah ke Hari kiamat.
[sunting]Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.
Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dirham.Selain itu,beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya.Contohnya pada suatu hari,Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.
[sunting]Aishah bt Abu Bakar
Akad nikah diadakan di Mekah sebelum Hijrah, tetapi setelah wafatnya Khadijah dan setelah nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah. Ketika itu Aisyah berumur 6 tahun. Rasulullah tidak bersama dengannya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke Madinah. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun sementara nabi Muhammad s.a.w. berumur 53 tahun.
Hadist Sahih Bukhari Volume 8, Buku 73, Number 151 Dinyatakan 'Aisha: Aku biasa bermain dengan boneka2 di depan sang Nabi, dan kawan2 perempuanku juga biasa bermain bersamaku. Kalau Rasul Allah biasanya masuk ke dalam (tempat tinggalku) mereka lalu bersembunyi, tapi sang Nabi lalu memanggil mereka untuk bergabung dan bermain bersamaku.
Hadist Sahih Muslim Buku 008, Number 3327: 'A'isha (Allah memberkatinya) melaporkan bahwa Rasul Allah menikahinya ketika ia berusia tujuh tahun, dan ia (Muhammad) membawanya ke rumahnya sebagai pengantin ketika ia berusia sembilan tahun, dan boneka2nya dibawanya, dan ketika ia (Muhammad) wafat, ia (A’isha) berusia delapanbelas tahun.
Hadist Sahih Muslim Book 8, Number 3311: 'A'isha (Allah be pleased with her) reported that Allah's Apostle (may peace be upon him) married her when she was seven years old, and he was taken to his house as a bride when she was nine, and her dolls were with her; and when he (the Holy Prophet) died she was eighteen years old.
Hadist Sahih Bukhari Volume 5, Book 58, Number 234: "Narrated Aisha: The prophet engaged me when I was a girl of six. We went to Medina and stayed at the home of Harith Kharzraj. Then I got ill and my hair fell down. Later on my hair grew (again) and my mother, Um Ruman, came to me while I was playing in a swing with some of my girl friends. She called me, and I went to her, not knowing what she wanted to do to me. She caught me by the hand and made me stand at the door of the house. I was breathless then, and when my breathing became all right, she took some water and rubbed my face and head with it. Then she took me into the house. There in the house I saw some Ansari women who said, "Best wishes and Allah's blessing and a good luck." Then she entrusted me to them and they prepared me (for the marriage). Unexpectedly Allah's messenger came to me in the forenoon and my mother handed me over to him, and at that time I was a girl of nine years of age."
Aisyah adalah isteri nabi Muhammad s.a.w. yang tunggal yang dikahwininya semasa gadis. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan mas kahwin 400 dirham.
Namun begitu terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikahi Nabi. s.a.w. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.
Hujahnya: Umur Siti Aisyah waktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan March tahun 625 Masehi. Iman Bukari mengatakan didalam kitab nya : Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal.
"Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud,Aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Umm i Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak."Rasulullah saw mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.
Diriwayatkan oleh Bukari didalam kitab nya: Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b,
" Ibnu Umar (ra) mengatakan bahawa Rasulullah saw tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.
Mengikut sejarah Siti Aisyah ikut serta didalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas. Berdasarkan riwayat dari Bukari ini jelas menunjukkan;
1. Siti Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun. 2. Jika umur Aisyah pada 625 Masehi ( 3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610 3. Siti Aisyah kahwin dengan nabi Muhammad saw pada 623 masehi bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun Seterusnya: Umur Siti Aisyah dibanding dengan umur kakaknya Asma`. Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan didalam kitab (Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654," Dia (Asma`) hidup 100 tahun dan meninggal pada 73, 74 Hijrah "
Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372,
" Bahawa Asma adalah kakak Siti Aisyah. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebeh tua dari Siti Aisyah.
{73 Hijrah = 695 Masehi} 695 Masehi/ 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masehi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Siti Aisyah - 17 tahun (10 tahun lebeh muda dari kakaknya Asma) 623 Masehi/2 Hijrah.
Oleh itu Siti Aisyah berkahwin dengan nabi Muhammad saw pada umur 18 tahun
[sunting]Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
Hafsah merupakan puteri kepada Umar Al-Khattab dan ibunya Zainab.Apabila mendapat berita tentang kelahiran puteri beliau,Umar Al-Khattab merasa malu kerana mengikut arab jahiliah sesiapa yang dapat anak perempuan maka akan menyebabkan hidup malang atau dikategorikan sebagai pembawa sial.Selepas peristiwa itu,Umar Al-Khattab lari ke Darul Nadwah kerana itu.Setelah beberapa tahun,ayahnya telah memeluk islam dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Rasulullah saw.
Hafsah mempunyai seorang suami tetapi suaminya wafat kerana terkorban di medan perang.Apabila mendapat berita mengenainya,Rasulullah saw mengambilnya sebagai isterinya atas membalas jasa suaminya yang membantu baginda.Ketika peristiwa pembunuhan ayahandanya,Hafsah berasa sedih atas pemergian ayahandanya yang tersayang.Hal ini menyebabkan beliau gemar mengurung diri di dalam rumah sambil bertaqarrub kepada Allah swt.
[sunting]Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu nabi Muhammad s.a.w. melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.
Lamaran kali kedua nabi Muhammad s.a.w. diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.
[sunting]Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
Ummu Habibah seorang janda. Suami pertamanya Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah kehilangan tempat bergantung.
Melalui al Najashi, nabi Muhammad s.a.w. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al Najashi bagi pihak nabi.
[sunting]Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
Ayah Juwairiyah ialah ketua puak Bani al-Mustaliq yang telah mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu dia dimukatabah dengan 9 tahil emas Barrah mengadu kepada nabi. Baginda sedia membayar mukatabah tersebut dan seterusnya mengahwininya.
[sunting]Safiyah bt. Huyay
Safiyah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri nabi Muhammad s.a.w.. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di al Baqi’.
[sunting]Zainab bt. Jahsyin
Zainab merupakan isteri kepada Zaid ibn Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat nabi Muhammad s.a.w. setelah dia dimerdekakan.
Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh nabi Muhammad s.a.w. .
Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abd al-Muttalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak nabi Muhammad s.a.w.
[sunting]Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Umrah ketika Umrah baru sahaja memeluk agama Islam. Umrah telah diceraikan dan dipulangkan kepada keluarganya.
[sunting]Zainab bt Khuzaimah
Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia sewaktu nabi Muhammad s.a.w. masih hidup.

[sunting]Maria al-Qibtiyyah
Maria al-Qibtiyyah, English;(Maria The Copt) merupakan salah seorang isteri kepada Muhammad Rasulullah.

Sumber :  Realiti Alam Perkahwinan

mata....


Bila Anak menyusu Badan : Suami dipinggirkan....

dalam aku dok belek-belek FB tadi aku terjumpa 1 info yang menarik bagi aku.. 
Jom sama2 tambah ilmu :-

"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri kamu, mereka itu adalah pakaian bagimu dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu...." 
Al Baqarah: 187.

Panduan untuk ibu yang menyusukan anak....

BAGAIMANA CARANYA?
Nasihat untuk isteri:
Bila anak kecil itu berumur 8 bulan, pada jam 9.00 malam atau lebih sedikit, berikan anak itu menyusu badan hingga dia kenyang. (Laparkan dia pada waktu senja tu). Kemudian tidurkan anak itu di bilik lain yang berpisah dari bilik tidur anda tetapi biarlah boleh anda dengari tangisannya. Apabila dia menangis kali pertama, tunggu 5 minit barulah anda menghampirinya dengan hanya menepuk badannya sahaja. (jangan angkat atau dukungnya).
Bila senyap, tinggalkan. Bila dengar dia menangis kali kedua, tunggu 10 minit pula, baru anda menjeguknya. Kali ini jangan tepuk, hanya tunjukkan muka yang anda sedang melihatnya. Bila dia senyap, maka tinggalkan. Bila dia menangis kali ketiga, tunggu 15 minit, baru menjenguknya. Biasanya selepas ini dia akan terus lena hingga ke pagi.
Teruskan taktik ini untuk malam yang berikutnya. Biasanya selepas malam ketiga, anak ini telah faham akan peraturan yang telah kita jalankan kepadanya. Dengan mudah dia sendiri akan masuk ke bilik tidurnya (bila dah boleh berjalan) apabila masuk waktu 9.00 malam. Anak itu lebih berdikari. Umminya akan lebih berseri. Ayahnya pasti tak cari lagi.
Cubalah!!. ^__^

Sumber :  Realiti Alam Perkahwinan

Selamat Beramal 
semoga kebahagiaan yang di cari dalam berumahtangga...
selamat menuju 'JANNAH'..
Insyaallah


 

Rabu, 23 Mac 2011

biarkan....

Teringat la pulakkkk...

Aku belek-belek album lame.. jumpa gambar comel anak2 aku masa kecil dl.. jom layannn...


Ketika Aisyah 1 tahun 
Kak Long  4 tahun
 Raya Haji Tahun 2007


Ni Tahun 2008 
Kenduri kawin adik
 usia Aisyah 6 Bulan

 masa Ayu Wandira 3 tahun

Berkelah di Ulu Bendul








Ala domok ye anak mama...

Rindu saat anak masih kecil, rindu dengan 'bau' mereka.. rindu dengan tangis mereka, insyaallah ada rezeki nak baby lagi.. Terima kasih Ya ALLAh..