LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 8 Januari 2013

semoga dipermudahkan....


sekejap je kan da 8hb... lagi 1w mama nak delivery... 14hb.. cepatkah atau lambatkah... tungguuuuu.. seminggu blog ni terbiar.. banyak benda nak cerita dan banyak luahan yang ingin dicoretkan tapi tak sampai hati nak cerita pada orang lain.. pujuk diri semoga ALLAH permudahkan.. aamiinnnn...


sedih melihat keadaan mak macam tu.. takde siapa yang sangka mak yang cergas kini dalam dunianya sendiri.. ahad lepas balik jenguk mak... mak cirit-birit dan muntah-muntah... bawa g klinik.. dan masuk hari ni da 2 hari mak kat rumah mama.. doa mama semoga mak terus kekal dirumah mama itu... biarlah susah senang mak dpat mama uruskan bersama papa.. senang hati tengok mak makin sihat dan berselera untuk makan...


yang lain mama da tak ambil pot.. biarlah ALLAH yang tentukan... mama da malas nak jaga hati orang sedangkan hati ni senantiasa terbiar dan dicemuh sesukahati mereka...


malam tadi tak dapat tido lena.. perut angin.. papa yang baru balik niaga pukul 2.00 pagi tu terpaksa berjaga sampai pagi urut badan mama.. kasihan melihat suami mama tu, kene jaga mama, anak tiri dan kini mak mertua pulak.. Ya ALLAH berikahlah kekuatan kepada dirinya dan tetapkan IMANnya Ya ALLAH..


ada terfikir untuk duduk semula dengan mak dikampung.. tapi papa tak setuju sebab papa tau dugaannya nanti ALLAH sahaja yang tahu... Papa takut mama stres dan penat nanti.. kalau nak jugak duduk sana.. kita gilir2.. duduk rumah kita 4hari.. dan 3 hari kat rumah mak.. akhirnya idea itu terbiar macam tu aja.. dan alhamdulillah mak nak duduk dengan kami disini... tapi tak tahu la sampai bila.. semoga ALLAH permudahkan segalaNya..