LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 26 April 2013

demam...



hai...
tuan blog kesayangan ni dilanda demam da 3 hari..
sebelum kenduri aritu pun demam..
lepas kenduri pun demam....
demam yang melemahkan otot-otot dan sistem organ dalam...
tak selera makan..
minum air pun rasa pahit..
da berapa hari tak ke tandas..
sungguh mendukacitakan..



produk susu pun terjejas sama..
meruntum hasil selepas dipam...
takpe sayang tunggu mama sihat..
mama akan hasilkan susu yang lebih berkualiti..
insyaALLAH..


hari rabu je MC..
semalam digagahkan jua diri datang keofis..
dan arini rasa sihat sedikit...
alhamdulillah..
kafarah dari ALLAH.. :))





Isnin, 22 April 2013

majlis selesai...


alhamdulillah....
majlis AKIKAH dan BERANDOI Nur Humaira dan Rafiq Ikhmal selesai dengan IzinNya..
terima kasih kepada para tetamu, orang dapur, team marhaban... dan terutama kepada suami tersayang.. tak tido 2 hari 2 malam.. malam tadi pengsan sampai ke subuh...


banyak suka duka disebalik majlis tersebut.. nanti mama sambung ok.. bye..

baby sedang dibuai...



 potong cikit yeee ;-)


bambam ama ni...


Khamis, 18 April 2013

Mengapa WANITA sangat Istimewa....




..selepas solat isyak, Mama dan Papa sedang berehat selepas penat bekerja, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi....ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap.....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai...>

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle

..> ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polocoklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni...." masuk toilet...buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi.....pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosokkejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan punade...adoi.. ..ok dah ..

.> ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok> sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam nieh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...> aaahh...sedapnya dapatbaring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih...emm..sedapnya lelapkan mata..Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan....

..> So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT...kepala otak banyak berfikir..ade je kerja nak buat...> Share info ini supaya kawan2 wanita anda juga tahu mereka hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...Share juga kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan2 dengan lebih baik lagi...> Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...> Wanita, anda hebat !! Penat? Jangan risau, Pahala Allah menanti buat wanita yang hebat !









Rasulullah s.a.w bersabda :

”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.”
( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)


”Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke sy urga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).





"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)



“Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

“Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, dikeranakan Allah telah memelihara mereka.” (al-Nisa’: 34)



Rabu, 17 April 2013

pindah???????



hhhmmm... :(
berat rasa ye nak syer dgn rakan-rakan semua..
kami sekeluarga akan berpindah...
pindah??????????????
ke mana????????





-








-








-







RUMAK MAK...


mama tak sepatutnya bersedih...
cuma disaat keputusan telah dibuat ada sesuatu perkara yang buat mama rasa terkilan...
niat baik kami disalah ertikan..
kami seperti dipergunakan untuk kepentingan peribadi mereka..


entah mood rasa 00oooo0o0o00o0000oo00o0.....
Apakah yang tersirat disebalik semua ini Ya ALLAH...




Selasa, 16 April 2013

4 hari lagi...


alhamdulillah..
dalam penat dan terkejar-kejar masih sempat berblog eh.. hihihiii
tinggal 4 hari lagi kenduri akikah dan berandoi si tomey mama tu..
banyak benda yang belum settle..
aarrrrgggghhhh...
sedikit stres sebab tak cukup masa..
siang keje..
malam kat kedai..
mana la sempat nak cilok masa cari barang yang takdo tu..
sabar..
sabarrrr mama...
4 hari banyak lagi masa kan..
huhuhu...





Sabtu, 13 April 2013

13 hari kebelakangan ini...


bulan april datang dengan beribu dugaan.. diuji dengan pelbagai masalah dan tekanan tempat kerja... mood tak menentu.. masa berlalu dengan begitu pantas.. dengan perancangan majlis pertunangan abang.. majlis akikah dan berandoi merah yang belum selesai.. diuji lagi dengan kesihatan yang tidak berapa sihat.. alhamdulillah mama dapat melaluinya dengan Izin ALLAH.. terima kasih YA ALLAH...


lepas merah cucuk 2 bulan haritu kesihatan dia terus tak stabil.. demam batuk berkahak, selsema.. hampir 2 minggu jugak nak sembuh.. 3x kek klinik swasta.. 3x juga g klinik kerajaan.. ambil darah.. baby kalau sakit memang kita jadi tak tentu.. risau sangat.. dan last ikhtiar mama hantar merah g sedut kahak kat klinik tong.. lepas tu la baru nampak perubahan.. alhamdulillah..


tido sementara tunggu giliran


lepas dimandikan dan lepas ambil darah.. lena dalam tangisan :(



sampai umah terus 'boleng'...
sentiasa basahkan badan dia..





last ikhtiar.. 
sedut kahak



ahad lepas, membeli barang untuk kenduri.. petang g mengajak orang kampung dan saudara yang berdekatan.. sampai umah badan terus jem.. pengsan sampai pagi.. kol 6.00 pg gerak balik umah. gosok baju anak, itu ini, hantar merah kat pengasuh dan mama terus g kerja.. petang isnan tu terus demam mengejut tiba-tiba.. badan panas, kepala berdenyut2.. merenggek macam budak kecil.. sungguh lemah sangat saat itu :(


dalam tak sihat balik rumah mak..
sambung kerja mana yang patut kene buat utk majlis merah nanti...


kak long, aisyah n merah dah pengsan depan tv


ni barang hantaran abang lang sikit pun belum sentuh.. tapi bahan-bahan ye semua da ada.. adooooiiiiii :( i need resttttttt.. i need sleeppppppp.. biasa la kalau ada kenduri memang tak cukup masa.. huhu


tapi yang best ye suprise untuk kekasih hati mama ni da sampai....


-




-





-





-





Tablet PC - ANDROID
untuk kak long dan adik aisyah..
biar mereka semangat nak belajar.. InsyaALLAH..



dan



-




-





-








-









-









 ni untuk papa...
da lama dia mengidam.. hahahahaaa



mama da takde hutang dengan mereka lagi lepas ni.. hahaha.. time mengumpul $$$$$ semula.. duit boleh cari tapi senyuman mereka lebih berharga dari segalanya... love u all 






da ni hadiah untuk mama...













-









-












-















 dia dengan kerjanya..
da mula mengiring dan nak meniarap.. tak dapat buat terus mengamuk..
huhuhu


saya buah hati mama !!!!!!
love u mama :))



Firman Allah (Surah Luqman, 13):-


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."



mama :: "Cinta yang ada, bukan setakat cinta. Tapi ada bersamanya tanggungjawab." ::


Jumaat, 5 April 2013

masih...


Salam Jumaat..
masih tiada mood untuk bercerita. ..
masih menjeruk rasa..
masih dan masih begitu.. ;-(


penat sangat rasa bekerja arini..
urusan di luar aja 3 jam..
dengan bersesak2 ye..
dengan panas ye..
dugan ALLAH kan..
alhamdulillah.. selesai jugak keje mama...


mama lupa nak cerita..
mama da berbaik semula dengan kakak mama..
alhamdulillah.. Terima kasih Ya ALLAH..
panjang cerita ye tapi nanti2 la mama cerita..





Khamis, 4 April 2013

Terlalu lama aku mencuba




Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud








Rabu, 3 April 2013

sedih....



sedang 
melalui
saat-saat
yang 
menyedihkan...


tabahlah
wahai
hati





:::  "Allahuma yassir wa laa tu'assir" Ya Allah, mudahkanlah jangan dipersulit.":::