LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 31 Mei 2012

digagahkan jua


assalammualaikum semua..
dan selamat petang..


hari ni da 31 mei 2012.. sekejap aja kan kita da nak masuk tertengahan tahun 2012.. dalam masa yang sama kita pun sudah berada dibulan Rejab iaitu 10 Rejab... astagfirullah.. ampunkan dosa-dosa kami Ya ALLAH, antara kami sedar atau tidak kami sedari.. bantu kami Ya ALLAH dan tetapkanlah Iman dihati kami ini..


alhamdulillah jua usia pernikahan ini telah berusia 3 bulan.. 3 bulan yang penuh onak duri.. penuh dengan suka duka, penuh dengan kasih sayang..alhamdulillah.. dan lebih rasa bersyukur apabila mama kini hamil 7 weeks. memang tak diduga secepat ini rezeki ALLAH kepada kami. alhamdulillah..


cuti sekolah ni adik dengan kak long ada kat rumah wan (nenek) dia. tak mau balik da seminggu da.. terasa rindu sangat dengan mereka. nak teman wan katanya.. ye la sayang.. disebabkan mama dengan papa niaga maka tak dapatlah kami nak jenguk mereka macam dulu setiap malam.. sekarang ni kalau nak jumpa pun hujung minggu aja.. setiap malam wajib col.. tanya tadi buat apa, makan apa, da mandi ke belum.. macam2 la.. hahaha..


mabuk pregnan ni kadang teruk, kadang ok je.. kene gagahkan jua diri ni.. bangun pergi kerja, buat kerja dan jalankan tanggungjawap sebagai seorang hambaNya dan seorang isteri. tolong papa niaga.. semua hati nak kene jaga.. takpelah kalau itu boleh buat suasana sekeliling mama ni aman dan tenang kan.. ok la banyak da celoteh ni.. jumpa dibulan Jun 2012 nanti.. (esok je kan).. insyallah :))



da !




Rabu, 30 Mei 2012

tukang masak baru


salam semua..
kat bahau hari hujan aja arini.. best sangat.. tak panas dan tidak memenatkan...


ok ok ok...
tukang masak baru??
siapa??
mama dengan papa kan niaga warung waktu malam.. biasa mama yang masak.. tapi sejak 2 minggu kebelakangan ni.. keadaan mama tidak mengizinkan.. cepat penat, loya2, suka kene pitam (tiba-tiba aja) dan cepat mengah... so dengan sifat penuh kasihannya papa mengambil alih tugas mama memasak..


papa la tukang masak barunya itu.. mama traning papa 2 hari aja.. alhamdulillah papa boleh buat.. sekarang ni nak masuk dapur pun takut sebab bau-bauan itu menganggu deria hidung mama.. memang tak tahan.. pastu terus badan jadi lemah dan semangat pun down.. dahsaytkan.. teruk betul keadaan mama sekarang ni.. sungguh menyedihkan...



syukur alhamdulillah, papa banyak bagi semangat dan dorongan untuk terus kuat demi baby, papa, kak long n adik aisyah.. papa sanggup ambil alih tugas kerja rumah dan memasak dikedai.. kalau ramai pelanggan, mama akan masak dan papa akan layan pelanggan sebab mama takut nak bergerak banyak.. kalau pelanggan tak ramai papa akan masak dan layan mereka.. dan mama akan baring dengan tenang ye.. huahuahua... kata sayang kan...


semoga papa terus kuat dan tabah demi kita semua sayang....
insyaallah..



gambar baru  -1 minggu sebelum tahu mama sudah berbadan 2


p/s ::: arini makan piza.. wawawaaaa selera gitu.. jangan la mengidam benda yang mahal sayang.. tak mampu mama dengan papa.. sesekali ok... kami on je.. huhu



Selasa, 29 Mei 2012

kereta oh kereta





tadi mama sempat singgah bengkel.. tengok kete da mula start direpair..
cepatlah siap..
penat sangat terkejar2 guna 1 kereta ni..
mana dengan keje mama lagi..
mana dengan bahan niaga mama nak kene beli...
tengahari hantar papa g kedai..
Ya ALLAH permudahkanlah urusan hambaMu ini..
senak perut mama....



p/s ::: mood takde arini.. kosong... menahan mabuk dan sakit2 badan :((




Isnin, 28 Mei 2012

hadiah



baru mama cakap dengan mak tih nak beli kain sutera raya tahun ni (niat je belum mampu nak beli ).. tup tup pagi tadi bos masuk ofis bagi kami  hadiah kain... tengok kain ela.. ok la ni.. alhamdulillah.. bos bercuti kat terengganu minggu lepas.. dia ada tanya warna feberat kami.. tak fikir apa pun masa tu...


buka-buka aja...




---





--





-




tengok..



wah ! kain sutera batik mak ko... alhamdulillah.. rezeki baby.. tak lari RM 2++ ni.. semoga murah rezeki bos.. warna lembut, merah muda + pink muda + kuning muda... insyaallah kain dia nanti masa raya mama update tau.. kalau tunjuk sekarang tak suprise la kan.. huhu...


saja je untuk cuci mata :))



bye !



deman vs mabuk


salam semua...
alhamdulillah da 7 weeks sekarang.. tapi mama sekarang tengah deman ditambah dengan mabuk lagi.. memang tak kuat badan ni.. semalam seharian baring sambil menangis (tension tak penah kene mabuk).. badan panas.. kebetulan ada kat umah mak, papa ramas air dengan daun jambu batu.. lap 1 badan.. alhamdulillah ada kebah sikit panasnya..


pagi tu teringat nak makan burung puyuh.. terus singgah pasar tani beli la 7 ekor.. niat hati nak masak sambal tapi bila sampai rumah mak terus kene seram sejuk.. tengahari badan da panas.. selera pun jem.. dengan lapar ye.. dengan badan menggigil, lenguh-lenguh 1 badan.. Ya ALLAH memang menguji kekuatan iman mama ni.. papa dapat pandang je sambil picit dan lap badan mama.. sedih ye hati..


lain sangat pregnan kali ni dengan pregnan kak long dan adik dulu.. jauh beza ye.. hari ni keje.. gagahkan juga diri ni sebab banyak keje tergendala.. Ya ALLAH permudahkanlah urusan hambaMu ini..


malam tadi sebab tak tahan sangat pergi jugak klinik walaupun mama berat hati (papa da marah ).. doc kata demam biasa, tekak ada merah-merah.. lenguh2 dan sakit2 badan tu biasa bila 3 bulan pertama pregnan.. suruh makan nasi (walaupun tekak tak nak ) kene makan jugak !.. doc tak bagi antibiotik sebab mama pregnan cuma bagi ubat deman itu pun kalau panas sangat baru makan.. doc check tekanan darah 86/60.. sedikit rendah...

dan





dan


dan




 air garam !


kene minum.. sebab badan mama lemah.. Ya ALLAH apakan daya nak sihat dipaksa jua menelan semua itu.. oh sedih.. bersabarlah badan...





Selasa, 22 Mei 2012

esok cuti




esok cuti best kan.. tapi bukan ye melepak dengan bantal peluk kat umah... mama kene hantar mak mama g check up di IJN lagi.. moh ke KL kito !.. mula-mula aritu mama nak pergi seorang je dengan wan tapi disebabkan kesihatan mama tak berapa stabil, papa dengan tegasnya menyatakan "esok tutup kedai jom kita g sama-sama hantar mak.. abg takut ayang sakit, tak cukup rehat "... comeynya laki mama ni bagi idea...


takpelah yang... berdua berdualah kalau itu lebih membahagiakan.. cewah !.. mama pun malas nak drive sebenarnya.. banyak MALAS sekarang !.. ngada-ngadakan.. itulah dia ibu berbadan 2.. tapi sebelum pergi KL esok.. kami nak g klinik kesihatan nak buat BUKU PINK.. buku ibu-ibu tu.. nasib la temujanji dengan doc IJN pukul 2.30pm maka sempat la kami menguruskan pasal buku pink tu.. kalau tak mama kene ambil cuti lagi.. jap lagi bos mesti sound " orang perempuan kalau da mengandung, tak boleh buat apa dah !" 


no no no...


mama tak mahu bos berkata begitu kepada mama.. mengandung bukan alasan untuk asyik nak cuti aja.. jangan salah paham ok.. pandai-pandai la bagi masa.. cuti 1 hari tu boleh dimanfaatkan untuk menguruskan 2 atau 3 perkara yang perlu.. ingat tu mama.. ( ingatan untuk diri sendiri ) pastu nak singgah SSM seremban, nak hidupkan lesen SSM hujung bulan ni tamat.. ni bukannya cuti tapi menguruskan hal-hal peribadi... tapi kira cuti dari bekerjalah kan.. tiada istilah bercuti bagi seorang hamba ALLAH yang punya hak dan tanggungjawap.. bila da meinggal dunia nanti pun kita masih ada tanggungjawap yang lebih besar yang perlu dipertanggungjawapkan atas semua perbuatan kita.. subhanalllah.. 


tiada manusia yang dilahirkan tanpa perasaan, jika dia kamu lihat berdepan dugaan, itu makna kesabarannya tinggi dan bukannya dia tidak memiliki kesedihan..

tiada istilah hati batu dan keras menerima hinaan dan ejekan, itu bermakna dia cuba menerima hinaan sebagai suatu ujian dan berdiam sekadar tidak ingin memanjang..

setiap manusia ingin mencabut kekurangan yang ada pada diri, tapi sedarlah bahawa kita hanya ciptaan dan seorang hamda, belajarlah menerima diri sendiri, berbanggalah dengan anugerah yang diberi oleh Ilahi...



p/s :::  berat sekarang masih 48kg.. berapakah berat hari-hari seterusnya...  tungggguuuu !!!!!





makan tolak dengan air


assalammualaikum semua... alhamdulillah da 1 Rejab kita hari ini.. ada yang puasa ke?? mama tak dibenarkan berpuasa... takpelah demi kandungan yang masih baru ni kan..


mama lapar la.. susah sangat tekak ni nak terima makanan..akhirnya makan sikit2 tolak dengan air.. tak sanggup berlapar.. badan cepat mengigil dan lemah.. seingat mama masa pregnan kan adik dengan kak long takde pun macam ni.. ok je. mama takde lemah-lemah badan.. selera pun laju je..


lagi 2 bulan nak puasa.. harap mama mampu berpuasa penuh tahun ni.. insyaallah.. hajat tinggi menggunung tapi tak tahu la tercapai ke dak.. apa pun alhamdulillah dalam apa jua situasi yang sedang dan akan mama lalui nanti.. jika ini mampu membuat papa dan anak-anak bahagia.. mama redha.. huhuhu.. berkorban 9 bulan demi sebuah keluarga.. insyaallah..






p/s ::: tak puas tido dan perut pun tak puas makan.. :((

Isnin, 21 Mei 2012

baby : 6 minggu


alhamdulillah..
semalam balik rumah abah terus ajak papa g scan kat klinik labis.. tunggu punya la lama.. da berapa kali mama terlelap kat kerusi tu demi baby sabar aja menunggu giliran..

setelah 1 jam setengah menunggu nama mama pun dipanggil
" kenapa ye".. doktor cina
" nak scan baby "..

cakap itu ini itu ini dengan doc terus doc suruh baring.. sekejap je doc cari da jumpa.. baru nampak kantung sahaja.. ukuran 23.7 mm.. anggaran 6 minggu 2 hari.. day due dia mama tak tanya sebab mama lupa... hahaha.. takpe lah nanti hari rabu ni buat buku pink baru la mama tanya nurse tu..



taraaaaaa...
ni lah dia baru nampak kantung saja..
semoga baby n mama sihat dan selamat sampai hari bersalin nanti..


keadaan mama sekarang, tak berapa stabil.. mudah kembung.. takde selera, tekak pahit, kepala pening2 lalat.. tapi tak demam dan tiada muntah2.. itu lebih baik kan dari muntah2 sampai lembik bagai.. mama pun da lupa keadaan ibu mengandung ni sbb da 6 tahun bercuti.. huhu


kak long dengan adik sejak tau mama pregnan ni, asyik melekat aja.. kejap kang datang kat mama " mama.. nak cium perut mama".. sampai rimas mama dibuatnya.. cakap itu lah cakap ini lah.. " baby kecil lagi sayang, lambat lagi nak keluarnya..". puas mama bagitau tapi tetap la melekat macam tu... anak... anak...



ok la arini keje sorang.. banyak keje nak dibuat ni.. nanti sambung ye..



bye semua... :))



Sabtu, 19 Mei 2012

balik kampung



minggu ni balik umah abah segamat..
abah da col papa minggu lepas..
pastu dia col mama pulak rabu aritu..
so jom kemas baju..
balik kampung..


ooopppssss lupa abah dapat durian runtuh..
sayang abah..
hahahaha..
jangan harap..
usaha atas kudrat sendiri
itu lebih afdal kan...



sampai redong..
nak ajak papa g warung kat labis
ada 1 kedai makan..
pehhhh....
masakan dia
1 pinggan boleh 2 orang makan..
sedap lagi sluppppp...
huhuhu...


lagi 1 nak sampaikan berita gembira kat abah..
tahun depan bertambah la cucu lagi seorang..
insyaallah...


ok la nak g kenduri kawan sek kawin ni..
kat batu kikir..
pastu singgah umah mak
ada hal cikit..


malam kang baru gerak balik segamat..
abah tunggu kepulangan kami..


bye..



family belah mertua...
abang long dengan linda aja yang takde



p/s ::: breast da mula terasa berdenyut2.. sakit sikit bila tersentuh.. macam pengalaman pertama pulak.. ye la adik aisyah pun 6 tahun sekarang ni.. hahaha


Jumaat, 18 Mei 2012

2 line


alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah....

terima kasih Ya ALLAH.,
atas rezeki yang Engkau berikan ini..
semalam hati tergerak nak pergi farmasi beli test pregnan...
jurujual tu kata kalau nak keputusan tepat
buat lepas bangun tido waktu pagi masa buang air yang pertama..


mama memang tak simpan harapan tinggi..
bangun pagi tadi terus test..
papa terpinga-pinga sebab biasa bangun pagi mesti kiss dia dulu..
pagi ni bangun dengan kelan kabut dan terus ambil benda dalam beg..
dan termenung dalam bilik air 5 minit..


buka aja pintu bilik air papa da tercegat depan pintu..
" sayang.. 2 line"..
" apa ni yang?.. ayang buat apa ni".. hadoi laki mama ni tak paham pulak..
" ct buat ujian kehamilan la sayang.. ni positif pregnan "..
terus papa peluk dan cium bertalu2 sambil ucap alhamdulillah depan pintu bilik air tu..
memang macam drama tol subuh tadi..

papa tak henti2 senyum sampai mama gerak ke kerja tadi..
pastu mesej masuk " sayang jaga diri dengan baby baik-baik tau... abang sayang ayang dengan anak2"..
Ya ALLAH nilah nikmat yang tak ternilai Engkau berikan..
alhamduliillah...


ni la keputusan test pagi tadi..
jelas lagi nyata..
terima kasih Ya ALLAH..


memang tak sangka sebab doc kata mama 'mungkin' tak boleh pregnan 2 ke 3 bulan.. ni lah kuasa ALLAH sebulan lepas doc cakap mama positif.. tak sia2 usaha mama 'menyimpan' sampai pagi.. alhamdulillah..


Love my family... :))


p/s ::: hari rabu minggu depan baru g check up klinik kerajaan... alhamdulillah





Rabu, 16 Mei 2012

diuji lagi



rasa terluka ketika ni..
rasa nak menangis.. meraung.. melalak..
Ya ALLAH.. bantu saya..
saya da cuba untuk bertahan dan terus bertahan..

kenapa dia melukakan hati saya..
kenapa dia tergamak mengeluarkan kata-kata itu..
susah payah saya berusaha untuk berubah..
kini rasa...


...





...






...






...







...







tak berbaloi...














terkesima..



















saya lebih rela ditinggalkan didalam hutan
dari hidup berkumpulan sebegini








-













-
















apa lah daya hambaMu ini Ya ALLAH..


kadang sampai terfikir..




..





ambil lah nyawa saya ini...





jika





tiada





 maknanya kehidupan ini...






















dan semalam...



















di uji lagi...
kereta saya ni dilanggar lori..
da la nama belum tukar lagi dengan onwer pertama..
oh tuhan.... permudahkanlah



permudahkanlah...






sakit yang meragut jiwa kecil ni kembali terluka...







Selasa, 15 Mei 2012

bahagia begini


tersentuh hati mama arini bila membaca blog seorang sahabat.. sukar untuk mama memberi komen pada setiap entry luahannya.. walau terdetik dihati untuk memberi kata-kata semangat... mama masih ingat lagi sebulan selepas mama dan papa diijabkabulkan.. mama tanya kat papa..


 " yang.. kalau ct dapat offer kerja lain abang izinkan ct pergi "..
" tengok pada kerjanya sayang".. jawap papa..
tapi abang rasa berbaloi tak duduk berjauhan hanya semata-mata untuk mendapat keselesaan yang belum pasti"..
" terpulang pada individu sayang.. kehidupan kita berlainan.. kehendak kita jua lain.. matlamat pun tak sama ".. dalam hati pandai jugak laki mama ni bagi pendapat..
" tapi abang, ct tanya berbaloi ke tidak ?"..
" tak sayang".. sambil mengenggam tangan mama... mama jatuh cinta lagi !


sejak dari itu mama da tawar hati untuk buat permohonan kerja lain.. takut hati tak 'bahagia".. walaupun orang kata ada 'jaminan' masa tua.. huhu... tapi ni hanyalah pendapat mama sendiri.. sebab mama pernah merasa 'sakit' perpisahan.. apatah lagi untuk mengalami situasi PJJ.. kepada sahabat2 yang diuji ALLAH dengan ujian ini semoga ALLAH memberi kekuatan dan ketabahan hati untuk melaluiNya..


orang boleh bagi pendapat masing-masingkan namun jangan sampai kata-kata kita menyinggung perasaan mereka yang 'teristimewa' ini.. mereka adalah hambaNya yang terpilih... jiwa mereka kental.. adakah kita setabah mereka.. oh mama tak sanggup mengulanginya lagi.. rasa sakit sangat... setiap hari perasaan cemburu menghantui diri  bila mengenangkan suami tiada disisi saat kita berjuang untuk kehidupan, kemahuan dan sendiri membesarkan anak-anak.. Ya ALLAH sedih dan sakitnya hakikat itu...


ni hanyalah luahan mama.. luahan seorang wanita dan juga seorang isteri apatah lagi sudah bergelar seorang ibu.. dan pernah menjadi ibu tunggal, sekuat  dan setabah mana pun diri wanita itu.. ia tak akan 'mampu' bahagia tanpa seorang suami disisi..  semoga kalian tabah dan sabar.. insyaallah


dan mama bahagia begini.. dan inilah yang ALLAH takdirkan.. berkhidmat untuk suami dan anak-anak sepanjang kehidupan ini dengan harapan ALLAH memberi ganjaran besar di Sana nanti... biarpun diuji dengan kesulitan kehidupan tapi rasa berbaloi kerna suami ada disisi.. susah senang bersama-sama.. berusaha menjaga hati antara satu sama lain... alhamdulillah... teruslah berusaha wahai sahabat semua berbakti kepada suami tercinta... love u all :))



rindu kenangan indah itu !



p/s :::: da 15hb masih belum period... doakan mama ye...insyaallah :))



Isnin, 14 Mei 2012

ada ubat tak?


assalammualaikum semua...

mama asyik kembung aja sekarang ni.. ada ubat tak?? penat la asyik menahan sakit sana sini.. sensitif tol badan  sejak 2 menjak ni.. cepat penat dan letih.. ni pun kalau tolong papa niaga kejap lari masuk bilik baring.. kalau takde customer mesti ilang hahaha... bukan nak tido pun nak baring.. nak bagi rest badan ni..


minggu lepas ada datang bulan tapi setitik 2 aja.. pastu sunyi sampai sekarang.. nak jumpa doc pun da malas.. tunggu je la.. tanya kawan, dia kata tu bukan period tapi baki darah kotor yang dulu.. malas nak fikir banyak-banyak, kalau ada rezeki mama alhamdulillah.. bersyukur sangat..


masuk bulan ketiga ni orang asyik bertalu-talu bertanya " da ada isi ke?".. senyum je la.. " belum ada rezeki cik".. pastu mama pun berlalu pergi.. tak mau la mama lama-lama disisi 'mereka' itu.. hahaha.. sentap mama.. dalam hati sekarang jugak mama nak baby.. sabar no !...


bersyukur dengan apa yang mama miliki sekarang !
alhamdulillah...



ALLAH berfirman, " Sesungguhnya sesudah kesulitan, pasti ada kemudahan "..
(Alam Nasrah : 5)


Sabtu, 12 Mei 2012

mengidam !


tahniah...
alhamdulillah..
da berapa bulan??..


no no no... mama masih 'solo perut' ok..  belum wek wek wek lagi.. belum ada rezeki.. cuma mama mengidam.. mengidam... mengidammm...




-





-






-






-






-







mengidam...







NIKON D3100


 pandangan hadapan


 pandangan belakang

pandangan atas



tunggu... akan mama miliki ia tak lama lagi.. sabar na... siap sodeng mana2 program untuk belajar tentang kamera ni dan teknik terbaik untuk mutu gambar yang akan disnap nanti... tak sabar da ni... lama lagi bulan 9 kan so selamat mengunggu je Pn Ct.. :)) 



da.....






Jumaat, 11 Mei 2012

rindu suasana rumah


Ya ALLAH.. dalam diam tak diam dah 2 minggu berniaga malam.. alhamdulillah terima kasih atas semua rezekiMu Ya ALLAH.. cuma terdetik dihati kecik ni merindui suasana 'rumah'... lepak-lepak.. gurau senda sambil tengok tv.. makan dan solat berjemaah bersama anak dan suami tercinta.. rindunya suasana tu.. huhu


suasana sekarang.. balik keje terus ke kedai.. sampai kedai bagi anak-anak makan dulu ( nasi goreng ke mee goreng, kalau ada masa mama masak lauk ) pastu buat homework... mandi, solat dan rehat-rehat.. pukul 9.15pm anak da kene masuk bilik tido.. kol 12.00 malam kejut mereka masuk kereta terus balik rumah.. sampai rumah kami tido.. esok ulang semula ( wah! macam iklan radio sinar pulak )


jumaat petang mama da hantar anak balik rumah mak.. kami berniaga macam biasa sampai sabtu malam ahad.. pagi ahad balik rumah mak.. masa tu la baru merasa suasana rumah, itu pun kalau takde jemputan kenduri.. hahaha... kalau tidak tak merasa la kami bergolek kat rumah..


macam ni ke orang yang berniaga yang berpuluh tahun ke.. tak lekat kat umah.. hadoi, sedih jugakan bila mengenangkan situasi ini.. pepatah arab.. " masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, nescaya ia akan memotong kamu ".. insyaallah doakan mama agar dapat berbagi masa dunia dan akhirat.. insyaallah... doakan mama ye !.. sayang semua..



bye....




p/s ::: 21hb ni mak tih dapat temuduga MQA.. kalau ada rezeki dia, dapat la jawatan TETAP tu.. mama rasa sedih ! bukan sebab dia dapat tawaran temuduga itu cuma rasa sedih akan berjauhan dengan SAHABAT yang SEJATI.. tiada yang mampu menjadi seperti dia dihati mama... seorang SAHABAT  dunia akhirat!



Rabu, 9 Mei 2012

rasa down teramat sangat


Ya ALLAH... permudahkanlah urusan hambaMu ini..
permudahkanlah Ya ALLAH..
permudahkanlah Ya Latif..
Permudahkanlah...


rasa down sangat semangat ketika ini.. rasa sakit yang mendalam.. bila la semua masalah ini dapat diselesaikan.. rasa serabut dan kecewa.. kenapa sampai hari ini tiada jalan penyelesaiannya. tak cukupkan segala usaha mama selama ini.. kenapa ada aja masalah yang menghalang.. apakah Rahsia yang Engkau telah tetapkan untuk ku Ya ALLAH..


jika itu yang Engkau tetapkan Ya Rahman.. mama bermohon permudahkanlah ia.. berikan ketabahan pada hatiku yang lemah ini.. tetapkan dan teguhkan imanku sebagai balasan ujianMu ini.. ampunkan segala dosa-dosaku Ya ALLAH.. bantulah mama Ya ALLAH.. bantulah mama Ya ALLAH...


bukan doaku tetapi doaMu Ya ALLAH..
bukan kehendakku tetapi kehendakMu Ya ALLAH....
bantulah daku Ya ALLAH...







Isnin, 7 Mei 2012

hajat mak


assalammualaikum...
hai semua.. minggu ke 2 dalam bulan Mei 2012.. sekejap je kan subhanallah.. terasa makin singkat kehidupan ini.. masih leka dengan dunia.. astagfirullah... ampunkan dosa-dosa kami Ya ALLAH...


mama dapat berita dari mak tih seorang sahabat jauh bertanya kabar tentang diri mama.. 'alhamdulillah saya ok'.. hanya jawapan pendek itu saja yang mampu mama membalas.. tapi jauh disudut hati kecil ni terasa sesuatu yang memilukan.. masih ada insan sudi bertanya kabar dan masih ingin mengetahui perkembangan hamba ALLAH yang lemah ini.. alhamdulillah...


semalam balik rumah mak.. buat BAKSO.. fuh! sentap mama makan.. sedap ( masuk bakul angkat sendiri.. kahkahkah ) mak tanya mama raya kat mana tahun ni.. sayunya hati mama mendengar pertanyaan itu..
" raya kat sini dulu mak.. lepas g raya umah mak long dengan pak lang baru gerak balik segamat malam tu.."
mak tanya lagi.. " berapa hari kat sana "
" 2 hari je mak.. da niaga ni tak boleh tutup kedai lama sangat"..
" buat lemang tak tih?"
" buat mak.. nak puasa pun nanti ateh buatkan"... dalam hati terasa sedih sangat.. mak.. mak...
mak senyum je.. tapi lepas tu mak sambung lagi..
"mak punya KWSP bila dapat keluar lagi tih?"
" lagi 3 tahun mak.. kenapa:"..
" mak nak pergi 'HAJI".. mak pun da tak lama ni ".. ayat yang membuat mama 'mati' seketika.. sedih ye hati ni.. " mak ni kenapa cakap camtu?"..
" mak ni da tak larat lagi.. semua da sakit-sakit.. da nak mati ni ".. Ya ALLAH berikanlah kekuatan pada insan teristimewa ini agar terus kuat dan tabah melalui liku-liku kehidupan ini... tiada lagi ayat yang mampu mama balas untuk menyenangkan hati seorang ibu ini... hanya pandangan kosong 



 p/s :: jangan pinta kehidupan yang mudah tetapi pinta la hati yang tabah untuk menghadapinya !



Jumaat, 4 Mei 2012

happy dapat bantu papa !!!


alhamdulillah da hampir 2 minggu niaga.. sekarang ni papa niaga malam aja.. start dari pukul 4 petang hingga 1.00 pagi itu pun atas permintaan customer... susah jugakkan nak cari tukang masak.. so mama fikir punya fikir, dan buat keputusan biarlah mama jadi tukang masaknya.. apa susah google kan ada.. cari aja resipi pastu mama 'belasah' dalam kuali.. alhamdulillah setakat 3 malam berniaga ni belum ada komplen lagi 'air tangan' mama tak cedapppp.. alhamdulillah..


nak tau apa rahsianya.. masak dengan hati yang ikhlas insyallah ALLAH sedapkan masakkan kita..  jangan fikir untung aja.. sambil berniaga kita beramal.. campak lada sikit, bawang putih, bawang merah bla bla bla bla... siap untuk disantap...


penat memang penat.. siang keje kat ofis, petang balik dari keje terus ke kedai tolong papa sampai la pukul 1.00 pagi.. tido 4 ke 5 jam aja.. namun jauh disudut hati ni rasa bahagia dan tenang sebab dapat bantu suami tercinta mencari rezeki.. alhamdulillah.. sama-sama dapat merasa susah senang hidup berumahtangga.. anak-anak pun alhamdulillah paham dan nasib la kat kedai tu ada bilik kecil dapat la mama dengan anak-anak rehat dan baring-baring manja gitu...


hanya kepada Dia kami sandarkan segala doa dan harapan !




p/s ::: keputusan pap smear telah keluar.. semua normal dan doc suruh usaha lagi.. alhamdulillah sayang papa... terima kasih Ya ALLAH...