LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 29 November 2011

menyayangimu


menyayangimu - saleem



aKu & bUnGa
"perempuan yang tabah, dia tidak menangis untuk dilihat.. untuk disimpati namun perempuan tabah itu menangis didalam hati, doa pengubat hati, hanya mengharap ihsan Ilahi.."


p/s ::: terbaikkk.. layan jiwang jap petang-petang ni..

khas buat Mama Akid dan iparnya shahida ishak...


Kiambang mati biduk berlalu,
kelopak kembang biduk daunan,
terhiris hati dibelah sembilu.
kerna kawan jangan ikutkan.


Kuning merah warna serasi,
hijau biru tetap idaman,
jangan marah duhai dewi,
senyum selalu cantik menawan


Arus disekat pantai berbatu, 
pantai barat dilanda gelora,
moga selamat bahagia hidupmu,
penuh berkat ALLAH Taala.



berjuta kemaafan dari kami berdua (mama dan mak tih) kerna tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami iaitu shahida ishak adik ipar kepada mama akid.. mama akid ni kawin dengan abang shahida yang nombor dua..  memang pada dasarnya kami jua begitu terkilan namun tarikh cuti approved sama dengan tarikh welding shahida.. nak tak nak kami terpaksa membuat keputusan untuk meneruskan niat untuk bercuti.. apa-apa pun kamu sangat cantik syida.. terserlah seri diwajahmu ketika diatas pelamin.. sedih jugak tak dapat tengok dengan mata sendiri sahabat baik kawin.. dapat tengok pic je.. huhu


kami mendoakan agar pernikahan yang dibina akan dirahmati ALLAH dan mendapat redhaanNya... gaduh-gaduh dalam hubungan suami isteri itu adat dalam meniti hari-hari berkeluarga.. pandai pulak mama ni nasihat orang.. haha.. buat mama akid jangan la merajuk lama sangat.. nanti kita singgah nak bagi kad kawin  kibal  pulak.. kita g sama-sama je.. hari tu masa kenduri kawin mahadir kami tak sampai ati nak bagitau tak dapat hadir welding shahida.. memang tak sampai hati kami... adoiiii !!!


da ramai jugak kawan sekelas kita da kawin kan.. tinggal kita, ateh dan syuhada  aja belum kawin (group kita).. sedih kan.. huhu.. takpe la kami pelan-pelan kayuh.. entry ni memang khas untuk korang.. huhu.. tanda minta maaf dari kami berdua.. jangan la sebab ni pasni kita jadi renggang pulak.. cedih la.. kita kawan dari sekolah lagi.. wawawawa.... biasa kita g kenduri sama-sama kan.. pasni giliran azmi dan kibal.. kita da janji nak g sama-sama kan.. (ayat mujuk.. haha) kita cayang korang berdua.. ;-)


tahun 2001, tingkatan 1


 tahun 2002, tingkatan 4
cuba teka.. mana mama??? huhu


selepas majlis berbuka puasa tahun lepas..


3 ladys
mak tih aja yang tak dapat datang  masa tu..


p/s ::: ikhlas dari hati mama yang penuh kelemahan.. minggu ni umah azmi jangan lupa ye cayang.. huhu boleh la bergosip lagi.. 



Isnin, 28 November 2011

salam maal hijrah

assalammualaikum.. selamat pagi semua.. ada yang masih bercuti harini kan.. mama hari ni da start bekerja setelah 3 hari bercuti sakan.. huhu... semalam Awal Muharam.. apa azam baru bagi tahun islam ni.. biasa orang sibuk dengan  tahun baru omputih je kan.. sekarang kita buat azam baru di tahun baru islam 1433 Hijrah.. insyaallah... anak mama pun da balik semalam.. alhamdulillah tapi yang tak syok ye anak-anak minta duduk dengan abah pulak.. tak mau la mama kene tinggal sorang lagi la lepas ni.. boring.. camno????


p/s ::: belajar untuk memahami




Khamis, 24 November 2011

mak tak sihat

da hampir seminggu mak tak sihat.. petang ni da nak gerak ke langkawi.. ingat nak hantar mak kat Puchong dulu.. tapi entah nak ke tidak mak ikot.. mama serba salah sangat.. dengan papa man pun da kurang cakap.. sedih, stres, buntu macam-macam ada.. rasa nak nangis.. rasa nak peluk seseorang aja saat-saat macam ni.. rasa kosong aja.. sepatutnya mama happy sekarang ni tp jadi sebaliknya.. sabar je la...



p/s ::: rindu saat aku menyintaimu.. bye

Rabu, 23 November 2011

menanti dan terus menanti

hari ni da msuk hari yang ke 4 anak-anak mama bercuti di rumah apak puchong.. mama winduuuu!!!.. malam jumaat kita jumpa ye. mama nak hantar wan pastu mama akan gerak ke Langkawi pulak bercuti dengan mak tih..

ber2 aja ke, napa tak bawa anak-anak???
mama tak larat nak jaga anak-anak mama kalau takde orang lelaki sekali.. papa man pun tak ikot.. insyaallah nanti kita janji dengan papa man bercuti kat tempat lain ye.. mmmm... sekarang ni mama hanya menanti dan terus menanti supaya impian jadi nyata.. yap bila mama akan bahagia..

sekarang tak bahagia ke???
bukan mama tak bahagia sekarang cuma mama memerlukan lebih dari itu.. susah untuk mama tafsirkan.. hanya yang melaluinya saja akan memahami.. apa yang kita pandang tak sama dengan apa yang mereka rasa..  namun mama bersyukur kerna ALLAH masih sayangkan mama buktinya sehingga kini mama masih boleh terus terSENYUM tanda kesyukuran.. alhamdulillah..


siapa la mama apatah lagi mama insan yang kerdil dan lemah.. melihat rakan seorang demi seorang telah berumahtangga hati mama dihambat suatu perasaan yang sukar ditafsirkan.. mama kalah dengan perasaan sendiri.. mama sedih kenapa mama tidak mampu mempertahankan pernikahan dulu.. kenapa mama ikotkan perasaan 'bodoh' suatu ketika dulu. kenapa mama mesti lalui semua ini.. kenapa mesti mama????


kini 3 tahun hampir berlalu.. masuk tahun ke 4.. mama masih sendiri.. panjangkah jodoh mama dan papa man??? mama sendiri tidak pasti.. sukarnya untuk mama melepaskan suatu benda yang sendiri mama tak pasti apakah ia.. yang pasti perasaan itu mendera batin kehidupan ini walaupun zahirnya tampak tenang melaluinya..  harap percutian ini mama tenang dalam melalui liku-liku yang mendatang...


insyallah.....

menanti dan terus menanti 

Isnin, 21 November 2011

jenguk jap

assalammualaikum.. selamat tengahari semua.. hari ni malas nak update blog mama ni.. banyak benda nak cite tapi biar lah simpan dulu sampai beku.. huhuhu.. mata tak cukup tido... otak ligat berputar dek stres.. fikiran terganggu kerna perbualan dengan mak malam tadi.. Ya ALLAH, berikanlah mama kekuatan dari semua segi kerna keadaan mama kini betol-betol terganggu.. antara impian dan harapan...


Firman ALLAH SWT yang bermaksud " Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang terdahulu sebelum kamu? Maka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang amat sangat dan mereka gementar (ketakutan) sehingga berkata rasul dan orang yang beriman bersamanya : Bilakah tibanya pertolongan ALLAH SWT?? Ingatlah, bahawasanya pertolongan ALLAH SWT itu hampir tiba " 
( Surah al-baqarah 214 )




Sabtu, 19 November 2011

budak tu terSEKSA duduk situ !!!!!!

ko memang kurang ajarkan..
aku bagi muka sikit
ko da pandai sembur aku sesuka hati.

baik-baik sikit..
jangan sampai aku buat ko pulak terSEKSA..
mulut macam g*****g..
s**l tol..


ko yg buat hidup aku terSEKSA tau tak..
kalau bukan sebab pembohongan ko
aku tak akan jadi macam ni
s***n...


aku diam bukan bererti takut
tapi
aku masih hormat ko
sbb ko bapak pada anak-anak aku...
b****h punya org tua..



kau buat aku marah gila dengan kata-kata ko malam tadi..
walau aku bukan isteri ko lagi
tapi hormat lah aku
sebagai ibu pada anak-anak ko...

aku terkejar2 siang malam
antara tuntutan tanggungjawap seorg ibu
dan tuntutan  mencari rezeki sesuap nasi untuk anak-anak..
ko senang lenang berpeluk dengan 'ppuan' itu..
nafkah anak-anak suka hati nak bagi ke tak..
adil ke ????
kira tanggungjawap ko da terlepas macam tu ke..
sapa ajar ko ha!!!!



habis madu sepah dibuang...
kenapa lah ALLAH temukan aku dengan orang macam ko..
tak tau erti syukur dan takdir..
sory budak-budak tu anak aku sebab dalam surat beranak takde nama ko...
tu yang ko nak kan...


FULL STOP !!!!!!!!

kau tambah lagi luka dihati ini
sampai hati mu..



Khamis, 17 November 2011

jangan buat lagi ok!!!!!

apa cita ni??? huhuhu takde apa pun cuma mama kepenatan.. betol-betol penat.. semalam balik dari keje terus jumpa papa man, ada barang nak dibeli.. sampai rumah da pukul 7.30pm.. terkejar-kejar solat Magrib.. pastu baring jap.. sedar-sedar...

    bilik da gelap...

    cari telefon tak jumpa.. ;-(

    rumah da sunyi...

    suara anak pun takde...

   tengok tingkap samar cahaya macam da subuh...


lintang pukang mama bangun, buka lampu tengok da pukul 2.30 pagi.. subhanallah.. terlajak tido rupanya mama.. anak-anak?? mama g tengok dalam bilik, alhamdulillah mereka nyenyak tido.. cari telefon.. rupanya tertinggal dalam kete masa magrib tadi.. hahaha.. berlambak mesej.. si penghantar mesej pun da pengsan dibuai mimipi malang indah.. pergi dapur baru mama teringat sambal nasi lemak, apan dot-dot, karipap tak buat lagi, nasib mama terjaga awal.. siap solat isyak dan solat sunat yang lain mama terus ke dapur memulakan kerja yang tak berusik petang semalam.. dengan menu yang sepatutnya dimasak subuh ini.. itu ini itu ini siap la pukul 6.30 pagi.. hantar kat Papa Man da pukul 7.10am..


perrggghhh !!! tobat mama tak nak buat lagi.. penat sangat sampai jam 1.20pm ni pun mama belum rehat.. tadi hantar adik ada 'konsert' 2011.. tapi adik tak dapat sijil pun sebab adik baru 5 tahun.. huhuhu.. isyaallah tahun depan dapat la kan.. ni nak ambil kak long pulak.. mamam time hihihi.. malam ni ada kenduri umah maktih.. kol berapa pulak mama nak buat sambal dan kuih.. sabtu dan ahad ni memang minggu yang padat dan memenatkan..

Tukarkan setiap hembusan mengeluh dengan ucapan 'ALHAMDULILLAH'
 
alhamdulillah.. terima kasih Ya ALLAH.. apa-apa pun mama happy.. kamu happy mama pun happy.. ::: ... Jika kita memandang semua perkara datang dari ALLAH, maka tenanglah hati. Kerana Dia-lah yang menciptakan cinta dan merangka makna cinta agar selalu bersemi indah kernaNya... Jika kita memandang semua kejadian ini atas ketentuan-Nya, maka damailah hati. Kerna Dialah yang menghendaki sesiapa yang diuji dan tegar menjalani ujian hati dariNya..::::




adik Nurul Aisyah

 
sayang mama!!!




semangat sungguh mereka menyanyaikan lagu Negaraku



Rabu, 16 November 2011

musim cuti sekolah

Assalammualaikum... cepat ye masa berlalukan.. mama rasa baru kelmarin mama daftarkan kak long darjah 1.. siang malam, suka duka, tangis tawa, berlari berjalan tengok-tengok musim cuti sekolah akan bermula lagi 2 hari.. insyaallah tahun hadapan kak long darjah 2 dan adik masuk Pra Sekolah pulak.. terasa begitu pantas masa mencantas kita.. bila da musim sekolah ni, ramai la ibu bapa planning untuk bercuti tapi berlainan pulak dengan anak mama ni.. mama dangan abah berebut untuk nak jaga kamu.. mama da janji nak hantar kak long dengan adik kerumah mama puchong seminggu.. janji tu mama akan tunaikan.. cuma lepas tu abah nak ambil adik dengan kak long.. habis mama camne??? tak akan mama tinggal sorang-sorang musim cuti ni.. tak nak la mama.. ni tak adil tau.. biarpun mama sibuk dengan keje tapi bila mama tak nampak anak-anak mama 1 hari, mama rasa kosong, sunyi..  seperti ada yang tak lengkap dalam hidup ini.. abah ni memang la, saja la tu..


papa man??? dia tak bagi anak-anak lama disana... walaupun cuti tapi tetap kene ulang kaji.. pelajaran tetap perlu diambil berat.. atok??? atok belum tau lagi.. mesti atok bising kat mama.. jangan bagi lama-lama anak kat sana.. wan?? wan lagi, dia pun tak suka kalau rumah kosong.. sunyi.. huhu.. apatah lagi mama sayang.. pagi tadi pun anak-anak da sebut nak cuti kat rumah abah.. " lepas g umah mama puchong, kak long dengan adik nak g umah abah tau mama.. nak duduk situ 30 hari " hambik ko!!! anak da plan awal-awal dari mama eh... hahaha.


mama ingat ada rezeki mama nak bawa kak long dengan adik tido kat PD.. mandi laut, makan-makan.. jalan-jalan.. takpe la nanti mama bincang dengan wan dulu.. sibuk sangat kak long tanya bila mama nak bawa kak long dengan adik tido hotel.. macam-macam anak mama ni.. ada aja cara nak kenekan mama dia.. kene masa, cukup duit kita g ye sayang.. tungguuuu... esok adik ada 'konvo' tapi tak ambil sijil pun sbb umur adik baru 5 tahun.. kita hanya meraikan pelajar umur 6 tahun aja.. ye ke??? layan je dik.. nak menari ke.. nak pakai baju hujan ke.. yang penting kita enjoyyy.. *__@  peace!!!!!..


sayang kamu dan kamu !!!!



Isnin, 14 November 2011

Aturcara Majlis Pernikahan.



Perkara yang orang nampak macam remeh TAPI penting sebenarnya.


Sila ambil perhatian wahai bakal pengantin sekalian! Kalau tak dapat ingat, ambik kertas dan pen, salin siap-siap. Aku dulu, takde orang nak ingatkan. Bila dah sampai hari kejadian, huru-hara jugak jadiknya. Siap yang terasa hati pun ada.

Majlis pernikahan lebih bersifat kekeluargaan. Semua ahli keluarga terdekat berkumpul untuk meraikan kita pada waktu ni. Jarang sekali ada kawan-kawan turut serta melainkan yang betul-betul rapat dengan kita.


Masa ni, setkan siap-siap kat kepala kamu dan pasangan tentang aturcara yang akan berlaku. Lepas ni buat apa, lepas tu apa. Lagi bagus, dah siap catat awal-awal dan dijelaskan kepada ahli keluarga terdekat. Takdelah nanti mak kamu cakap gini, ayah kamu pulak suruh buat gitu, Mak Long pulak tiba-tiba masuk campur sekali masa majlis nanti. Kamu jugak yang tension. Tak tahu nak ikut cakap siapa.


Memang pening dan stress,ok!


Cukup-cukuplah stress masa buat persiapan dulu. Masa hari kejadian, kita nak jugak rasa bahagia dan gembira, kan. Dah lah nak kena control cun sepanjang masa. Jadi, kena lah jadik sedikit teliti dalam hal yang sesetengah orang anggap remeh ni.


Sebelum akad nikah :
1. Pastikan sentiasa ada pengapit duduk di sebelah.
Pengantin perempuan terutamanya. PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veil yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu in case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan?


2. Sediakan IC / kad pengenalan.
Keluarkan siap-siap daripada dompet. Mintak tolong pengapit pegangkan. Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.


3. Duit upah.
Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi. Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati. Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni.


4. Solat sebelum nikah
Kalau buat kat masjid, lebih afdhal ditunaikan solat ni. Niat dan cara mengerjakannya aku ada tepek kat tips raja sehari sebelum ni.


5. Senyum! Senyum! Senyum!
Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera. Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke, tukarlah position dengan cara sehabis sopan. Jangan paksa diri menahan. Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.






Semasa akad nikah :
1. Khutbah nikah
Yang ni aku tak berapa sure. Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas. Ikut tempat lah kot. Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan. Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan tempat pengantin lelaki dan tok kadi. BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye! Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini. Nanti kamu upah lah dia dengan baju baru barang selai dua :p


2. Bacaan taklik
Lepas akad nikah, ada bacaan taklik. Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la. Mula-mula, pengantin lelaki lepas tu baru yang perempuan. Kalau tiba-tiba kena baca dalam tulisan Jawi, pandai-pandai kamu lah. Get ready je.


3. Keluarga Sakinah.
Bagi orang Johor, benda ni dah biasa. Macam proses penyerahan penjagaan dan tanggungjawab oleh keluarga sebelah perempuan kepada pengantin lelaki. Adalah nanti yang lelaki kena pegang ubun-ubun kepala isteri sambil buat akujanji, wali dan ibu kena baca ikrar penyerahan, pengantin perempuan pulak baca ikrar pelepasan mintak halal air susu ibu bagai. Pendek kata, memang sandiwara semasa lah biasanya. Siap-siap lah letak sekotak tisu kat sebelah, ye.


4. Solat lepas nikah.
Siap je semua ni. Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah. Sila rujuk tips raja sehari ni untuk niat dan cara mengerjakan.


Selepas akad nikah :
1. Penyerahan mas kahwin dan wang hantaran.
Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni. Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.


2. Upacara pembatalan air sembahyang.
Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai yang nak digunakan dalam upacara ni. Kalau sarung cincin takde masalah rasanya. Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke. Takdelah sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p


3. Bersalaman + cium tangan suami.
Ni lah yang dinanti-nantikan kamu semua, kan? Eleh, malu-malu tak nak mengaku pulak. Memang saat paling syahdu, gitu! Salam tangan macam biasa dan ciumlah. Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama. Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar. Apa boleh buat. Layankan aje. Yang penting gambar cun, kan.


4. Cium dahi.
Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok. Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak. Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak, setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konom macam diorang yang suruh la :p Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari. Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti. Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.
Cara-caranya? Ikut tips yang Nano bagi, sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan, sebelah lagi pegang dagu dia. Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh. Barulah dapat cium kat dahi isteri. Bukannya cium tudung macam Mawi dengan Ekin dulu :p


DSC_3482

5. Bersalaman dengan ahli keluarga.
Tang ni pun ada protokolnya. PENTING! Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati. Lepas selesai semua, pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin. Mulakan dengan wali, mak ayah sebelah perempuan atau mak ayah sebelah lelaki. Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain, bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu. Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.


Itulah kot serba sedikit hasil pemerhatian dan pengalaman aku tentang aturcara majlis pernikahan. Nampak macam remeh, tapi kalau tak kena gaya, boleh jadik isu jugak nanti. Kalau ada terkurang atau tercicir kat mana-mana, boleh lah kamu tolong top upkan kat komen nanti ye.


Lepas baca, jangan lupa sampaikan kat bakal pengantin lelaki kamu. Biasalah, orang lelaki mana suka nak baca benda-benda macam ni. Selaku bakal pengantin perempuan yang dedikasi, kitalah bertanggungjawab untuk memberitahu. Biarlah dia nak kata leceh ke apa, yang penting, majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)

sumber ::: isu bumper kahwin

p/s :::: tq utk info menarik ni.. i likee 

badan sakit-sakit


hai uloz... morning.. jom sama-sama berdoa pagi ni " Ya ALLAH aku memohon keampunanMu daripada segala dosa yang telah aku bertaubat-Mu kemudian aku mengulanginya semula. Aku memohon keampunan-Mu dari segala yang telah aku berjanji kepada-Mu tetapi tidak aku tunaikan janjiku dan aku memohon keampunan-Mu daripada segala nikmat yang telah Engkau berikan tetapi aku lupa dan alpa lalu aku melakukan maksiat.. Ya ALLAH ampunkan dosaku".. Amin.. 


hari ni anak-anak mama ponteng sekolah sebab tak balik lagi dari rumah abah.. geram betol mama.. macam-macam ragam.. tu la lain kali ingat-ingat la tanggungjawab masing-masing.. anak pulak jadi mangsa.. ok la mama bagi kelonggaran kali ni.. lain kali 'tak dapek do'.. alhamdulillah da 3 hari mama niaga.. baru 3, masih banyak yang mama perlu belajar.. dan 3 hari ni jugak la mama kurang tido, kurang rehat dan stres lalu badan pun sakit-sakit la.. penat jugakkan tambahan lagi mama bekerja.. malam da start buat apa yang patut.. pagi pukul 4 pagi da bangun buat sarapan dan kuih.. pukul 7 mama da g kerja.. mata ngantussss... balik rumah tido jap setengah jam untuk ambil tenaga..( tapi orang kata tak baik tido lepas asar, nak buat camne time tu mama rest ) pastu ulang lagi.. nasib baik lagi seminggu nak cuti sekolah tak la mama ni terkejar-kejar.. apa-apa pun mama bersyukur sangat dengan rezeki ALLAH ni.. 


semalam lepas niaga pukul 11 pagi mama gerak balik segamat.. mama cari daun cermai untuk wan berubat.. mama usaha la mana yang baik untuk wan janji wan sihat sayang.. pastu pergi labis jumpa mak utih.. ada hal cikit.. itu ini itu ini da pukul 6 petang.. abah papa man col kata tunggu dia balik dari mancing baru balik Bahau.. ala mama ni da la keja masa.. akhirnya janji jumpa tengah jalan aja.. masa jumpa abah tu " ahad ni ada kenduri kat Sg Suluh.. nanti balik ye".. hadoi.. yang ayah mama pulak da sound awal-awal ada kenduri kat Sg 2 hari yang sama.. dan rencana mama nak hantar adik dan kak long rumah mama punchong ( anak-anak nak bercuti seminggu disana ).. camne ???? sakit kepalo mama.. arrggghhhh... bertambah sakit-sakit la badan mama ni.. 


takpe-takpe insyaallah 25,26,27hb Nov ni mama akan bercuti.. tak jadi ke terangganu musim hujan ni, kami beralih arah ke Pulau Langkawi.. huhu.. tunggu... wallah.. ;-)


cabel car tempat pertama mama nak terjah nanti !!!!



Sabtu, 12 November 2011

sunyinya rumah tanpa anak-anak

alhamdulillah.. anak-anak da pergi ke rumah abah mereka lepas Solat Jumaat semalam.. happy la tu.. da 3 bulan tak jumpakan.. da mama kesunyian tanpa anak-anak mama dirumah betul-betul sunyi.. mama takde pun col tanya tentang anak-anak mama kat sana, mama tak mahu ganggu kamu berdua.. mama cemburu.. huhuhu rindunya mama pada kamu berdua sayang... biasa kamu berlari keluar masuk rumah, main komputer, kacau mama rehat.. mmmm ala mama ni, kak long dan adik pergi 2 hari aja.. tak lama pun.. Ahad kami balik tau mama.. love u sayang...


harini ada kenduri kawin saudara kat Pasoh 3..pagi-pagi lagi atok da ingatkan mama.. hadoii.. tak dapat la mama ngelat kali ni.. kene jugak pergi.. da bagitau papa man ajak pergi sekali.. jadi bodygard mama. hahaha malam tadi mama lalu bilik anak-anak mama.. kemas aja katilnya.. kalau tak bantal, cadar, selimut semua tonggang terbalik.. dengan buku bersepah lagi.. kemaslah rumah wan 2 hari ni.. dan mama rehat.. tapi mama sunyi.. mimi dan adik aja la yang asyik berkepit dengan mama.. mimi dan adik tu kucing kesayangan adik dan kak long.. semoga kamu berbahagia sayang..


lepas ni cakap dengan abah ambil kak long sebulan sekali aja.. mama tak nak tengok anak-anak mama sedih teringatkan bapak sendiri.. yang sibuk bekerja siang malam tapi @#$%^&*... huhuhu jahat mama kan.. geram sikit je sayang.. takpe la mama masih ada tulang empat kerat untuk menyara anak-anak mama... rezeki ALLAH kan luas.. hari ni pun mama da start niaga sarapan pagi.. pukul 4 pagi mama da bangun buat sarapan untuk jualan.. pukul 6 pagi tadi papa man datang rumah ambil sarapan, tumpang solat pukul 6.30 pagi da gerak ke Bahau nak niaga.. alhamdulillah.. biarpun belum bernikah papa man sudah bersedia untuk susah dan senang dengan kita sayang.. mama harap papa man akan jadi ketua keluarga yang terbaik untuk kita sayang suatu hari nanti..


kenapa tak kawin aja??

ada jugak yang tanya tapi mama belum dapat bagi keputusan lagi.. mama nak tengok sejauh mama ketulusan hati papa man terhadap keluarga kita sayang.. bukan senang untuk melalui alam perkahwinan jika hati belum bersedia dan tidak berilmu.. mama nak papa man betol-betol bersedia dari semua segi.. mama bukan nak menyulitkan hubungan ini tapi mama pernah rasa 'sakit' dalam ujian perkahwinan jadi biarlah papa man juga rasa 'sakit' ye agar perkahwinan yang akan dibina nanti dengan niat  kerna ALLAH S.W.T bukan kerna cinta dan nafsu semata-mata.. mak da serik, nak !!!.. terima kasih Ya ALLAH.. rezekiMu amatlah luas... alhamdulillah... love u cayang !!!...


Jangan pernah rasa keseorangan.. kerna saya ada untuk awak.. Bukan ke saya tinggal dihati awak?? ;-)

p/s ::: ada ketenangan disitu.. thanks abang.. 


Jumaat, 11 November 2011

bye-bye ::::... 11.11.11 .....:::::

Kita orang islam - tidak percaya kepada kekeramatan tarikh.  Apa istimewanya pada hari ini??? Bukan kerana 11.11.11, tapi kerana hari ini hari Jumaat, Penghulu Hari.  Banyakkan berselawat kepada Rasulillah sollallahu alaihi wassallam.. dan baca surah al-Kahfi...


assalammualaikum dan selamat pagi semua... sihat????... mama dan anak-anak semua sihat alhamdulillah... mama sekadar nak bercerita aja pasal tarikh hari iaitu :::.. 11.11.11 ...::: bukan mama anggap tarikh ni keramat cuma tarikh ni cantik dan bertambah cantik lagi bila tarikh ni jatuh pada Jumaat, Panghulu segala hari.. kepada yang bernikah hari, mama ucapkan tahniah semoga ALLAH merahmati dan mendapat keberkatan dariNya.. insyaallah.. mama??? tarikh ni mama pernah memasang niat untuk bernikah.. tu peristiwa 2 3 tahun lepas.. da tinggal sejarah pun.. cintanya pun da berkubur sepi.. hahaha.. gatal u !!!! saja je mama ingat kembali peristiwa tu... Kadang-kadang mengingati kenangan yang terindah itu amat menyedihkan... kerna kita sedar ianya tidak akan berlaku lagi... tak mau la cedih-cedih pagi ni.. hidup mesti kedepan kan.. mana ada orang hidup kebelakang.. mama pun macam tu.. yang lepas biarlah.. masing-masing ada rezeki sendiri yang telah ditetapkan olehNya.. 


mmmm.. tapi mama tengah sedih ni.. pagi tadi masa mama tengah drive kak long cakap " mama, cuti sekolah 2 hari ni, kak long nak duduk umah abah ye".. benda yang sama diulang sejak 2 hari yang lepas.. abah pun 1.. col la tanya kabar anak.. mama pun tak tau nak bagi jawapan apa.. nanti la tengahari mama cuba col abah.. kalau dapat mama hantar pergi rumah abah kalau tak dapat kita duduk rumah ajalah sayang.. kita main masak-masak.. sekarang ni mama tengah belajar buat kuih nak niaga sarapan.. tapi papa man yang jaga.. da selesai baru papa man g kerja.. boleh tak?? boleh insyaallah.. usaha tangga kejayaan.. mama yakin ALLAH akan bantu mama dan papa man.. amin.. susah sikit la keje ye tapi tak usaha mana nak berjaya kan

.. 
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Bahawa ALLAH Azzawajalla berfirman : ' Aku hanya mengikut sangkaan hamba-ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku. Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku , Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya.'





Khamis, 10 November 2011

anak rindukan abahnya

apa lagi yang mama mampu lakukan sayang.. abah da 3 bulan tak hubungi kita.. bukan mama tak mahu col tapi mama tak boleh sayang.. maafkan mama.. " mama, cuti sekolah 2 hari kak long nak duduk dengan abah" kata-kata kak long buat mama tak tido lena.. tido bertemankan air mata.. ye sayang rindu itu bertandang lagi.. rindu yang membunuh rasa cinta dan kasih mama pada abah.. rindu yang membuat mama menderita.. Ya ALLAH.. bantulah hambaMu yang hina ini... berdosanya mama pada anak kecil ini.. anak yang baru kenal dunia namun sudah melalui liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba.. maafkan mama sayang...


mama pun tak tahu kenapa abah sudah lama tak hubungi kita.. biasa kalau raya mesti abah minta giliran untuk bermalam dengan anak-anak.. tabahlah hatimu nak... mama pun tak minta kehidupan kamu akan jadi begini.. semalam selepas kelas KAFA.. kak long masuk ofis.. duduk dikomputer mama ingat kak long melukis atau menulis tapi rupa-rupanya kak long sedang leka melihat gambar abahnya... bila kak long perasan mak tih nampak kak long tengok gambar abah kak long terus padam.. mama tak dapat kata apa-apa kerna mama mengerti hati kecilmu nak.. biarpun papa man ada namun ia tidak dapat mengisi kekosongan dihati kecilmu.. Ya ALLAH.. ampunkan dosa-dosa mama..


kadang kala hati dapat melihat sesuatu yang tak terlihat oleh mata






Rabu, 9 November 2011

jangan risau

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus ditengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku kejalan syurga

oooooo.......
# Tahjud Cinta - Siti Norhaliza

Jangan Risau! Setiap Kesukaran Itu Ada Kemudahan
Sesungguhnya setiap kali Allah mendatangkan kesusahan, pasti Allah mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia menjadi sunnatullah yang berlaku terhadap makhluk-Nya.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5 hingga 6 yang bermaksud: "Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan(5). Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan(6)."
Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti akan ada jalan keluar dari sisi Allah yang akan diperolehnya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak akan dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka di hadapannya jalan keluar yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.
Bagi orang diberi ujian(penyakit) daripada Allah, janganlah kita berburuk sangka kepada Allah, berasa kecewa dan berputus asa kerana apa-apa sahaja yang terdapat dalam persangkaan seorang hamba, maka begitulah yang Allah lakukan terhadapnya.
Jika hamba itu bersangka baik kepada-Nya, maka Allah akan memberikannya perkara-perkara yang baik. Sebaliknya jika hambanya bersangka buruk terhadap dirinya, maka Allah menganggap ia sebagai satu doa, bahkan Allah akan mengabulkan doa itu sesuai dengan permintaannya sebagaimana hadis riwayat oleh Imam Ahmad:
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla berfirman: 'Aku hanya mengikut sangkaan hamba-Ku sahaja. Kalau ia bersangka baik kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu. Kalau ia bersangka buruk kepada-Ku, Aku pun akan berbuat begitu terhadapnya."
Akhir kalam, Sentiasalah bersabar atas dugaan kesakitan yang diberi kerana sedetik masa orang yang sakit itu dinilai oleh-Nya. Mungkin nilaian inilah yang memberatkan timbangan amal kita apabila dihisab di akhirat nanti. Wallahua'lam.





Selasa, 8 November 2011

Hati tetap sama

Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku. Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa.  Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?
Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules of life" – sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini... maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.
Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal?
Jika itulah yang selalu bermain-main di dalam fikiran, itu petanda tidak puas hati. Suara berontak jiwa terhadap ketentuan Allah. Sedarlah bahawa kita hamba maka buatlah kerja kita sebagai hamba. Tuhan dengan ketentuan-Nya. Jadi, apabila diuji... katalah aku ini hamba Allah. Layaklah aku diperlakukan seperti hamba... Terusik hati itu biasalah, kita lemah. Merintih juga hati di dalam. Tetapi jangan sampai marah-marah, putus asa dan kecewa.
Apa yang Allah tentukan kadangkala kelihatan negatif pada kita, tetapi lama kelamaan kelihatan positif pula... Itulah yang dikatakan tadi, apa yang kita sangka buruk kadangkala baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Katalah, kita ingin berjaya, tiba-tiba gagal. Bukan tidak berusaha... Kita sudahpun berusaha, tapi gagal juga. Apa perlu dibuat lagi?
Sebaiknya kita terima kegagalan itu, kita kaji sebabnya, kemudian kita berusaha lagi. Rupanya dengan sebab itu, Allah beri kita kejayaan yang lebih besar lagi. Contohnya, dalam perniagaan. Kita ingin keuntungan besar, tetapi yang kita dapat hanya sedikit....
Namun, kerana kegagalan itu kita berusaha lebih gigih... akhirnya beberapa tahun kemudian keuntungan kita meningkat. Sedangkan ada orang lain yang pada mulanya mendapat keuntungan yang besar... tetapi keuntungan tidak bertambah. Mengapa? Kerana dia mula relaks, over confident - sedangkan kita terpaksa bertungkus-lumus akibat kegagalan yang pertama.
Bijak dan baik sungguh aturan Allah. Benarlah kata bijak pandai, kegagalan itu anak tangga kejayaan. Contoh lain, ubat. Ubat itu pahit... kalau kita tidak faham, kita luahkan semula. Pahit, tidak tertelan oleh kita. Tetapi kerana kita faham dan yakin itu ubat, maka kita telan juga walaupun pahit. Hasilnya, kita sihat. Begitulah kita dengan sesuatu yang negatif, akan bertukar jadi positif akhirnya jika kita pandai dan bijak menanganinya. Jadi, dalam hidup kita harus belajar, yang pahit jangan cepat diluahkan, yang pedih jangan segera dirungutkan... Sering ada kejayaan, kemanisan yang lebih indah menanti selepasnya.
Dalam dunia hari ini ada kelompok yang kuat berusaha tetapi longgar ingatannya kepada takdir Allah. Dan ada pula golongan yang seolah-olah kuat kepercayaannya kepada takdir Tuhan hingga melupakan usaha ikhtiar. Kita mesti bebaskan diri daripada dua ektrem itu. Ekstrim pertama, bergantung kepada takdir kurang berusaha. Ini tidak betul kerana Allah ada peraturan-Nya... yang dipanggil sunnahtullah.
Dalam sunnahtullah, sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya (cause and effect). Untuk lulus kita perlu belajar. Kalau kita tidak belajar, kita tidak akan lulus... kerana sunnahtullah sudah menetapkan begitu. Jadi tidak bolehlah kita hendak berjaya hanya dengan berdoa, solat hajat dan minum air penawar sahaja. Ini  tawakkal tidak berbekal namanya.
Manakala golongan kedua pula kuat berusaha tanpa bergantung kepada takdir. Dia percaya pada usaha ikthiarnya sahaja, lansung tak bergantung kepada kudrat dan iradat  Allah. Ini salah. Kerana, usaha kita itu walau bagaimana hebat sekalipun tidak akan memberi kesan jika Allah tidak mengizinkan-Nya.
Justeru jika dia berjaya, ia akan jadi orang yang sombong, lupa diri kerana disangkanya kejayaan itu dari kepandainya. Manakala kalau dia gagal pula, dia akan kecewa, dia putus asa. Jadi, berjaya pun rosak. Gagal pun rosak. Jadi, buat golongan ini apapun hasil usahanya, kedua-duanya merosakkan!
Sebaik-baiknya kita berusaha sungguh-sungguh dan kemudian bertawakkal – berserah kepada Allah. Kata orang, hujung akal, baru tawakkal. Kalau beginilah sikap kita, bila berjaya kita syukur. Kita tawadduk. Kita tidak sombong.  Sebab kita yakin walaupun kita telah berusaha, tetapi Allahlah yang memberi kejayaan kita.
Sebaliknya, kalau kita gagal pula... kita tidak sakit jiwa. Sebab kita yakin Allah-lah yang menggagalkan kita. Allah tahu kita telah berusaha, jadi bila digagalkan juga... tentu ada hikmah yang tersembunyi. Kembalilah kita kepada ujian hidup seperti yang diperkatakan pada awal tadi... ya kita hamba!
Ada kalangan manusia yang apabila berjaya dia mengatakan, "ini semua hasil usaha saya..." Wah sombongnya. Sebaliknya jika gagal dia mengatakan, "semua ini sudah takdir..." Tidak sayugianya kita berkata demikian. Sebenarnya, apabila kita berjaya, itu takdir Allah. Kalau kita gagal pun itu juga takdir dari Tuhan.
Jika kita katakan, kalau berjaya kerana kita, tetapi bila gagal kerana Tuhan... Itu tidak beradab dengan Allah. Seolah-olah kita lebih bijak daripada Allah.  Dengan kata-kata yang demikian, kita merobek-robekkan sifat kehambaan kita. Bukankah Islam mengajar kita, mengucapkan Alhamdulillah – puji bagi Allah apabila berjaya. Dan mengatakan Innalillah – kita ini milik Allah apabila kita gagal?
Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama... kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!