LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 30 Disember 2011

menutup tirai 2011.. thanks CINTA

"yang, abang terus pegi Pilah la hantar duit mak andam tu, maybank ramai sangat orang".. sms papa man.. "ok la.. apa-apa hal abang col ct tau".. sambil gelak.. hahaha.. lepas 30 minit.. " yang, berderau darah abang, kak kay tu suruh test baju, abang tak nak.. akak tu ukur je.. takut abang".. hahaha ( tak sangka apa yang mama rasa papa man pun rasa jugak ) ye sampai sekarang masih terasa meremang bulu roma semasa test baju tu.. bulan 2 ni insyaallah kita pakai sama-sama sayang..


hari ni 30.12.2011.. esok 31.12.2011.. lusa da 01.01.2012..
alhamdulillah sepanjang tahun 2011 ni banyak kenangan manis dalam hidup mama.. mama disunting dan ditunangkan dengan papa man.. anak-anak menjadi saksi kami.. ada rezeki tahun depan mereka jua akan menjadi saksi kami diijab kabulkan.. indah kan.. alhamdulillah.. walaupun dalam tempoh itu macam-macam cubaan kami tempuhi.. nilah bukti kekuasaanNya.. 


dalam tempoh itu jua, kami saling ingat mengingati.. saling lengkap melengkapi.. saling bantu membantu antara 1 sama lain.. belajar membentuk diri untuk berkongsi sesuatu dan belajar menerima kritikkan dari pasangan.. merajuk tu perkara biasa namun mama melatih diri agar jangan merajuk lama-lama.. jangan buat kesilapan lepas.. saling berterus terang antara hati ke hati.. bukan mudah sebenarnya namun benda tu tak akan jadi mudah bila kita sendiri memandang suatu perkara itu simple saja... jangan ambil terlalu berat.. pegang dan lepaskan.. namun berhati-hati apabila melepaskan takut ia pecah atau musnah!!!! 



mama belajar setiap manusia itu punya rezeki yang tersendiri.. kalau sama huru hara la dunia ni kan.. tak perlu cemburu tapi berusahan untuk jadi yang lebih baik dari apa yang kita lihat dan dengar.. kita kan diri kita sendiri.. itulah CINTA..

thanks CINTA untuk ALLAH S.W.T kerna menjadikan mama wanita solehah (insyaallah)...
thanks CINTA untuk mak ayah kerna melahirkan mama ke dunia ini...
thanks CINTA untuk anak-anak kerna membuat mama menjadi ibu yang sempurna...
thanks CINTA untuk papa man kerna menjadikan mama suri dihati mu...
thanks CINTA untuk sahabat mama kerna menyenangi kehadiran ini....
thanks CINTA untuk dunia kerna memberi mama banyak pengajaran dan airmata dalam kehidupan ini...



Aku sering memasang angan untuk membina istana indah.
Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU..
Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil, aku tau bahagia ada disitu..
Yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata, 
Cukuplah akad dan janji yang setia...


Khamis, 29 Disember 2011

berikan mama kekuatanMu...


tak semua yang kita impikan, kita akan dapat..
tak semua yang kita rancang, akan terlaksana dengan sempurna...
tak semua yang kita bicarakan seiring dengan perbuatan kita..

kadang hati menjadi lemah langlai.. kenapa mama Ya ALLAH.. mama jua ingin melihat impian terlaksana.. apa yang dirancang, menjadi dan tersusun indah.. dan apa yang dibicarakan seiring dengan tingkah dan laku si pembicaranya.. arrrgggghhhh... andai airmata yang mengalir ini mampu mengubati kesakitan itu mama rela.. namun air mata hanyalah satu naluri perasaan yang boleh menenangkan perasaan walaupun ia tidak dapat menyelesaikan masalah sama sekali. itu pasti !!!!


redha???
redha atau terpaksa menerima.. sama aja kan.. apa yang pasti perjalanan ini harus diteruskan.. walau ia luka yang berpanjangan.. walau laluannya lalang berduri.. hanya airmata peneman sepi.. mengharap kesakitan itu berlalu pergi tanpa perlu mama menoleh kekiri ke kanan malahan kebelakang sekali pun mama tak mahu.. kerna mama tak mampu untuk berbuat apapun selain menyerah kepada yang Berkuasa..


memujuk???
memujuk atau terpujuk.. sama aja kan.. mama hanya dipandang seperti batang kayu buruk.. disinggah orang untuk melepaskan penat lelah lalu berlalu pergi tanpa sepatah ucap atau lambaian akhir.. mengeluh sendiri itulah yang memujuk hati agar terus bertahan dari cubaanNya.. dengan harapan ada sinar cahaya kebahagiaan dipenghujung penantian.


selama 3 tahun ni, mama belajar menerima segala ketentuanNya.. kadang mama pasrah.. kadang mama lelah, kadang mama berdiri megah, kadang mama terpaksa mengalah.. belajar hidup dengan kaki sendiri.. walaupun kesakitan yang berpanjangan terpaksa ditanggung, dirawat dan dibelai sendiri.. andai masa boleh diputar, pasti mama mahu yang indah-indah saja.. tapi mama hanya insan ALLAH yang lemah.. yang lalai dalam aturan dan cubaanNya.. lalu beginilah akhirnya..


berjuang..
untuk apa mama perlu bangkit kembali.. kerna semua yang mama impikan tidak dapat mama kecapi.. tapi mama kan orang ISLAM ada Iman dan Akal.. mama harus yakin dengan Janji ALLAH.. Dia tidak akan menguji hambaNya, mengikut kemampuan hamba itu sendiri.. indahkan Janji ALLAH.. tapi mampukah mama bertahan.. insyallah hanya itu yang mampu mama lafazkan.. mama sedang berusaha untuk bertahan demi Janji itu..


Sabda Nabi s.a.w : "Berdoalah kamu kepada ALLAH dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabanNya. Ketahuilah sesungguhnya ALLAH tidak menerima doa dari hati yang lalai" 
( Riwayat Al-Tirmizi )



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


p/s ::: masih terasa indahnya saat bergelar seorang isteri.. rindu gurau senda anak-anak ketika bersama 'abah aka suami'.. namun apa daya.. semoga mama kuat.. insyallah


Selasa, 27 Disember 2011

debaran mak andam

assalammualaikum semua..
selamat pagi..

alhamdulillah 'aktiviti' semakin rancak berjalan sekarang... hari ni mama nak cerita bab mak andam.. sebab malam tadi mama da booking mak andam untuk wedding nanti.. da pilih  2 3 4 mak andam.. da skodeng sana sini.. akhirnya mama dapat la mak andam kat Kuala Pilah ni..


berdebar gak la jiwa mama ni.. fuh!!!!! alhamdulillah kakak ni peramah.. nama dia kak kay (Nkay Bridal) ..pilih punya pilih bekenan dengan baju ni.. cantik sesuai dengan ukuran badan 'kerengga' mama ni.. kahkahkah.. kak kay pun suruh cuba.. masa nak sarung baju tu.. YA ALLAH getak jiwa mama ni dik!!!... berdebar gila.. hanya ALLAH yang tahu debaran hati kecil ni.. seperti ada aura lain yang datang ketika mencuba baju pangantin tu..dan seperti da terasa dekat sangat 'hari' ye.. takut sedih malu gembira semua ada la saat malam tadi.. huhu


pastu bincang harga.. jengjengjeng...
  • pelamin 3 panel
  • mekap 1 kali (masa nikah, sanding touch up sikit je.. kak Kay kata mesti ubah mekap sikit)
  • baju nikah ( lelaki+perempuan)
  • baju sanding( lelaki +perempuan )
  • hiasan bilik tidur
  • sauna + luluh + mandi limau + urut (naik seri)
total = RM 1,770.00

murah kan.. huhuhu.. alhamdulillah.. bajet mama nak nikah aja tapi Papa Man da berhajat nak sanding so mama ikot aja la.. apabila kita memenuhi hajat seseorang, ALLAH akan memenuhi hajat kita pulak.. insyaallah.. mama harap ni la perkahwinan mama yang terakhir.. JAMBATAN untuk mama dan anak-anak menuju ke JannahNya.. insyaallah... malam tadi memang suatu debaran mak andam yang pertama mama rasa.. huhu..



p/s :::: abah Segamat baru col kata pengesahan borang nikah tak boleh sain lagi sebab sijil cerai mama tiada.. yang si Papa man ni lupa ke yang dia nak nikah dengan Mak J.. huhu.. mama buat copy apa yang pihak jabatan 'tik' aja.. mungkin mereka ingat Papa man kawin dengan anak dara kot.. kuangkuangkuang...


indah ye kan ;-))



Kesan Dosa kepada hati



















“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Hadith riwayat Bukhari)
Kerana kita akan membicarakan berkenaan kesan dosa.
Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota.
Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yang akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. Gunung? Atau lalat yang dikuis kemudian hilang?
Kerana dosa, perlu kita padamkannya jika benar hendak menyelamatkan diri kita.
Dosa. Menggelapkan jiwa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa.
Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa.
Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa.
Sedangkan hati adalah raja.
Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)
Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak.
Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi.
Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati.
Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT.
Penutup: Kerana itu, Kita Perlu Peka
Kerana itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif.
Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis.
Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli?
Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman.
Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya.
Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya.
Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli.
Sebab itu dia berterusan bergelumang di dalamnya.
Maka siapakah yang berusaha, mencuci hatinya?
Atau sekadar membiarkan hati itu terus melemah dan melemah, dimamah dosa?

:::: Agama dan kita ::::

Jumaat, 23 Disember 2011

datang bulan

mak aii tajuk.. 'datang bulan'.. huhu bukan apa lagi 2 bulan wedding kan.. bab pertama harus dikira adalah 'datang bulan' sebab mama ada hajat nak Khatam Al-Quran. kalau tarikh wedding tu mama datang bulan cam ne nak buat majlis khatam tu.. (korang jangan fikir 'otak kuning' ok) congak pun congak alhamdulillah tarikh wedding lagi 2 hari nak datang bulan.. yesss !!! ( selamat papa man..kahkahkah)


nasib la datang bulan mama teratur, senang nak congak tambah tolak.. dapat la hasilnya.. insyaallah.. da lama sebenarnya mama nak buat majlis khatam itu cuma masa belum mengizinkan.. kali ni insyaallah, ALLAH permudahkan amin..


ada perbualan sengal antara mama dengan papa man.. nak tau x..

papa man : yang, kalau kita da nikah.. abang nak terus ada baby tau.. teman kawan adik n kak long
mama      : hahahaha ( mak ai.. telan ayak liuk kawan )
papa man  : nape gelak??? abang serius tau..
mama      : tau la abang serius.. tak nak la terus mengandung nak rehat dulu.. bulan 5 ok..
papa man : boleh ke yang???
mama   : boleh la abang (sambil gelak JANDO)
papa man : ye ke??? sambil berbisik 'ayang punya period berapa haribulan'
mama   : nape tanya...
papa man : jangan jatuh 26/2 tu udah (senyum kambing)
mama   : SAH da SENGAL.. kahkahkah  nyampah....



p/s ::: sapa yang paham senyum aja la.. yang tak paham buat-buat paham.. hahahaha..



Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,
Titipkanlah kemesraan diantara kamai agar kebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
Jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selamanya,
hingga ke akhit hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna,
beriman dan beramal soleh,
Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segalanya,
Amin Ya Rabbal Alamin.




Selasa, 20 Disember 2011

Walimatulurus

Assalammualaikum semua..
alhamdulillah.. masih bernafas lagi hari ini.. setiap hari adalah helaian baru buat mama untuk melatih diri agar lebih baik dari semalam.. insyaallah.. anak-anak mama masih belum balik.. da boring ni.. bila la nak balik..


ok hari mama nak cite pasal ' Walimatulurus '..  
apa kes?? 
xde kes pun cuma mama nak UMUM kan Majlis Pernikahan Mama dan Papa Man telah mendapat kata putus.. alhamdulilllah... tarikh ye?? 26/02/2012... ari ahad...


alhamdulillah.. kad da booking.. katering pun da booking.. tinggal mak andam aja ni.. huhu warna tema MERAH + UNGGU
kenapa merah+unggu???
sebab merah mama pun favorite... memang gila dengan warna merah... sebab unggu pulak.. sebab warna tu pun favorite Papa Man.. jadi gabungkan la 2 warna tu.. belah Papa Man takde majlis.. cuma majlis doa selamat aja.. kat kampung tinggal abah aja.. adik-adik yang lain semua jauh-jauh so ambil keputusan kita buat kat belah mama aja.. alhamdulillah.. jimat lagi kos... 




tinggal 2 bulan aja lagi ni.. huhu sekarang pun da terasa debarannya(gedik la tu.. hahaha).. borang nikah pun da ambil.. ingat nak settlekan dokumen-dokumen yang diperlukan bulan ni.. bulan 1 dan nak hantar kat Jabatan Agama Islam Serting.. insyaallah semoga semua berjalan dengan lancar.. amin




dan sekarang sibuk untuk mencari kain untuk baju melayu ayah.. baju kurung mak dan nak buat mini jubah untu kak long dan adik.. seterusnya beberapa pasang baju kurung untuk mama.. dan sehelai 2 baju melayu untuk papa man.. yang penting warna baju MERAH.. merah lagi??? ok la.. ko ado??? huhu


thanks jua kepada saudara mara, family cik sue yang sudi sponser someting untuk majlis tu nanti.. alhamdulillah.... da sekarang masa meleburkan wang.. hohoho 





merah mak ngah u..





Isnin, 19 Disember 2011

'emo'

cinta...
jangan jadi hamba cinta..
hari ni mama melihat ajaibnya cinta
cinta banyak ketogeri..
malas la nak huraikan..
ulozzz sendiri lagi paham kan..

jangan kerna cinta..
diri dan maruah di hina dicaci sesuka hati..
tu cinta setan...

dengan mama sory...
tiada istilah berlembut dalam cinta..
mama tak akan benarkan sesiapa menghina diri ini..
kerna ni diri mama..
mama tau apa yang mama mahu..
jangan la pandang cinta macam 'bangkai'
cinta tu bernyawa..
macam kita..
cuma ia hanya getaran naluri
bukan objek  atau apa saja..

ia dapat rasa dihati...
diluahkan melalui perbuatan dan perbualan...

sayang tak bermakna cinta..
cinta tak membebankan..
cinta tak memaksa...
cinta jua bukan untuk disakiti...

ingat jangan kerna cinta kamu diperhambakan...
cinta suatu keajaiban
yang mengangkat kamu dan dia
menuju jalan yang diredaiNya
itu baru cinta sejati...



p/s :::: baru lepas memaki hamun jantan gila.. konon cinta tp sesuka hati menuturkan kata-kata nista pada pasangannya.. ada aku peduli ko askar ke.. polis ke.. menteri ke.. kawan aku tu manusia bukan bangkai bernyawa.. belajar aja tinggi tapi otak kat tumit kaki... bengong... walau aku orang kampung tetapi aku tau nilai SEBUAH CINTA....



aku pun sang pencinta 
namun aku tahu
selayak mananya untuk aku 
bercinta dan dicintai



Sabtu, 17 Disember 2011

jom layan lagu 'owang kawin'



Bila dua hati terjalin
Selamat pengantin kami doakan
Moga redha ALLAH bersinar selalu
Tansa bermula bahtera hidup




Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Malangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga
Selamat pengantin baru






p/s ::: semangat da ada ni.. huhu... takut pun ada.. camno??? minggu ni Papa Man ajak balik umah abah segamat.. tapi mama nak tunggu anak-anak mama.. nak bawa balik kak long dengan adik sekali.. boring la..bila la abah nak hantar kamu berdua balik ni.. ;-((

Khamis, 15 Disember 2011

sakit lagi

wawawawawaaaaaa.... ;-((

cedih ye mama sekarang ni..
da 2 hari sakit gusi.. 
lidah kene ulser... 
kepala denyut-denyut...
kelenjar kat leher bengkak.. 
panas dalam ni (agak ye la)..
nak g check malas sangat.. 
baru  minggu lepas jumpa Dr Nasir...
minggu ni nak jumpa lagi..
tak mau la mama... 
tahan ye la..
nak makan pun lambat...
cepat sembuh ye hati anggota badan..

huhuhu


p/s::: mood merajuk
                       

Rabu, 14 Disember 2011

hatiku

Saat aku tertawa
mereka tersenyum melihat gembiranya aku
tapi apakah mereka tahu isi hatiku?

Saat aku mengalirkan air mata
mereka sekadar bertanya mengapa..
lalu aku menggelengkan kepalaku tanda tiada luka
lantas mereka pergi meninggalkan aku tanpa sepatah kata..
tahukah mereka apa di hatiku?

Saat aku tersenyum
rembulan menyinar tanda hari kian bahagia
sahabat sekeliling merasakan aku kian bahagia
namun tahukah mereka luka apa di hatiku?

Akhirnya aku merasakan biarlah aku
sentiasa tersenyum agar mereka bahagia
walau dihatiku ini tiada siapa yang tahu...
 
ada seperti tiada
tiada seperti ada
 



Selasa, 13 Disember 2011

sampai bila???

arrrggghhh bosan ye 
sampai bila nak hidup macam ni
aku tak suka





Ya ALLAH...
aku bermohon padaMu
aku meminta belas kasihanMu
aku tunduk tanda kelemahan dan kehinaanku...
bantulah aku..
bantulah aku Ya ALLAH
tak sanggup hidup terus begini
keluarkan aku dari kehinaan dunia ini
aku takut dengan balasan-balasan azab NerakaMu..
aku merintih meminta simpati Mu Ya ALLAH...
kasihanilah hambamu yang daif ini...
hanya kepadaMu tempat aku meminta
dan kepadaMu jualah tempat aku berserah...
alhamdulillah
terima kasih Ya ALLAH...


Ketika kita tidak mampu lagi untuk berbuat apa, atau tidak nampak cara apa lagi untuk keluar dari masalah dan persolaan yang menduga, jangan lupa untuk terus berDOA.
 
“Sesungguhnya ALLAH Maha Pemalu lagi Maha Pemurah, DIA malu terhadap hamba-hambaNYA apabila mengangkat kedua tangannya lalu mengembalikan keduanya dalam keadaan kosong". (Riwayat At-Tarmizi)
 
Berdoalah menyatakan harapan dan kedukaan.
Berdoalah meluahkan kesakitan perasaan, kesepian dan memohon ketenangan.
penulisan :: sisi kehidupan ::


p/s :::: kadang ujianNya datang tak disangka-sangka.. antara redha atau pasrah............


Isnin, 12 Disember 2011

Selamat Pengantin Baru Iqbal dan Safena




ni la tuan badan ye.. En Iqdal dan Pn Safena.. wife dia orang Kedah.. untung la ada orang nak!!! hahaha











 ni la geng mama.. huhu
sesekali jumpa pecah mulut masing-masing..


yang sebelah pengantin perempuan tu Pn Shahida baru kawin 25/11/2011..tp semalam dia keseorangan. jemputan banyak sangat jadi En suaminya ke Pasir Besar Pn Shahida ke Rembang Panas..adil kan...


yang ni mama suka.. huhu..
ambil berkat aura pengantin baru
insyaallah tahun depan giliran kami pulak.. ramai na yang da bertanyo ni..





 tanda restu dari seorang sahabat untuk seorang sahabat ♥♥♥












aiikkkk... tak abis lagi bergambar !!!
layan je la.. kahkahkah

Rimbun semalu di jambu batu,
Bangkit pelanduk terus berlalu,
Kompang dipalu menyambut restu,
Pengantin duduk tersimpu malu.
 
Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh menggasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat pengantin baru kami ucapkan.

Ikan todak si ikan pari,
Ikan linang disalam pati,
apaun adat suami isteri,
Susah senang sampai ke mati.


ps :::: lepas ni turn sapa??? huhu.. turn mama la.. doakan kami agar sabar dan tenang melalui cobaanNya.. majlis kami simple saja, yang penting kita dapat berkumpul sekali lagi.. insyaallah.. sayang semua ♥♥♥


Sabtu, 10 Disember 2011

terpana seketika

maaf semua.. entry kali ni mama masih berduka lara (sedih la konon).. huhu tipu la kalau sekejap je mama boleh terima perkhabaran tentang pernikahannya.. ambil masa jugak sayang.. sampai papa man pun tau mama moody sebab hal ini..


 maaf sayang.. mama bukan seorang wanita yang pandai membohongi orang disekeliling mama.. kalau mama suka, mama tersenyum riang.. kalau mama berduka, mama akan mendiamkan diri.. jika mama kesedihan hanya airmata menjadi peneman mama seharian.. arrggghhh !!!! sakit ye khabar yang mama terima ini...

kan mama da ada papa man??
yap.. memang mama sudah ada papa man namun sisa-sisa cinta masih ada untuk dirinya.. masih bersinar cuma kasih dan sayang kami tidak mendapat restu keluarga jadi mama berundur diri.. dan mama ingat bila mama da bertunang dengan papa man, mama mampu menghapuskan segala memori kami dari minda dan hati kecil ini.. mama silap... namun ketulusan dan kesetiaan papa man menanti cinta ini membuatkan hati mama ikhlas menerima papa man sebagai raja dihati kami anak-beranak..


malam tadi mama berbual dengan papa man..
" kalau ct nak jumpa din pergilah abang izinkan"... terpana mama seketika.. tidak sangka sekuat itu papa man memberi kekuatan kepada mama... " tak nak la abang, dia da nak kawin.. kang mak dia kata ct ganggu hubungan anak menantu eh tp kalau ct pegi pun ct nak abang ada sekali".. " ye la sayang".. mama harap inilah perbualan terakhir kami tentang dia..


Terima Kasih Ya ALLAH..
kerna menggantikan aku dengan seorang lelaki yang memahami jiwa dan getar hati ini.. maaf kerna membuat abang ternanti-nanti selama 2 tahun.. insyaallah mama mendoakan agar ALLAH mempermudahkan segala urusan dan rezeki kita untuk bersatu sebagai suami isteri.. insyallah..


bye-bye semua kenangan... 
gambar ini adalah last pertemuan kami
3/01/2010
tak terpikiran pun kami akan clash esok harinya...
segalanya ku terima


p/s ::: tak sabar nak g PD 25hb ni.. nak berendam seharian suntuk dengan anak-anak.. kita buat BBQ sekali.. biarkan dia berbahagia pada 24hb tu dan kita akan berbahagia sampai ke akhir hayat kita.. insyallah



Jumaat, 9 Disember 2011

segalanya ku terima

aku yang kehilangan dlm diri sendiri
terkurung dalam bayanganmu
gelak ketawa engkau
bagai bertahun dulu
mengheretku ke syurga kita

itu mimipi yng terkenang
membuat aku terbuang
tika memapah semangat
yang masih ada

cerita silam ini menjadi racun biasa
dan kini aku pun melara
terlemas didataran
dilambung ombak hidup
pun aku masih menantimu

akan tersingkap kah cinta
yang telah sekian lama
kita dodoikan bersama
di mimpi ngeri

biarpun masih tergagah
menjulang cinta yang patah
sebenarnya aku kesepian
dan aku masih cinta

diri ni penuh luka
yang tidak akan tertutup
meskipun ada penganti seiras wajah





p/s :::: saja je nak semakkan blog ni.. huhuhu


Khamis, 8 Disember 2011

menahan kesakitan...

huhu.. sekarang ni mama macam orang pantang da..
jalan slow la sangat...
menahan sakit..
kene tempat sensitif pulak tu... hadoiii..
dengan datang bulan lagi...
sakit kalau bergerak atau terkene roti kering...
nasib la keje kat opfis tengah bertimbun..
kalau tak da MC da ni,..
camne la boleh kene kat situ pulak..
ni mesti masa g kenduri aritu..
paking da la jauh..
jalan tengah panas..
berpeluh-peluh..
terus melecet...
sakit makkkkk.....
sabar je la..
nasib abang takde
kalau tak dia la jadi mangsa mama
untuk letak ubat..
semua kene buat sendiri..
huhu..
SABAK ye la nak !!!!!


tido pun sorang-sorang
jadi nahan sakit pun sorang-sorang la....



Rabu, 7 Disember 2011

semua sudah berakhir


Hatiku hatimu
menjadi satu cinta
ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
tapi cinta bukan milik kita 
semua harus berakhir

Cinta kau dan aku 
takkan mungkin bersatu
untuk saat ini di dunia ini
mungkin kita bersama 
nanti diatas sana
biarkan ku setia menjaga cintamu
selamanya....

* tapi cinta bukan milik kita
semua harus berakhir


biarkan ku setia menjaga cintamu
selamanya....


indah ciptaan dan kejadianNya
* taman rama-rama cameron*

cukup la setakat malam tadi mama berhubung dengannya... Selamat pengantin baru.. takdir kita berlainan.. bawalah haluan masing-masing.. mama doakan dia bahagia dengan pilihan hatinya (walaupun sayang dan kasih mama masih utuh terhadap dirinya.. namun tiada restu keluarga mama undur diri).. thanks abang (papa man) kerna masih membuka ruang untuk menerima buruk dan baik ct.. sudi seiring dalam kekurangan cinta ct terhadap abang... sudi menenangkan tangisan dan hiba dihati ni.. terima kasih jua kerna sabar menunggu cinta ini... semua sudah berakhir.. ct sudah temui jawapan yang ct cari.. dan doa abang ALLAH makbulkan (dibukakan mata hati ini melepaskan semua dendam-dendam itu).. cinta jika diselubungi pembohongan pasti akan terbongkar jua.. itu pasti.. tiada lagi rindu dan kasih untuk dia.. dan harapan jua akan mama kuburkan bersama kenangan-kenangan itu.. alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH.. Engkaulah Maha mengetahui segalanya dan sebaik-baik pengaturan.. 2 kali mama merasa 'sakit' ini namun langkah kali ni mama tidak akan sia-sia kan.. papa man adalah harapan yang ALLAH berikan pada kita sayang.. terima kasih Ya ALLAH.. maafkan segala kekhilafan mama.. mama hanya manusia biasa yang lemah dan naif.. hanya petunjukMu yang mama harapkan.. alhamdulillah..


semua sudah berakhir....


Selasa, 6 Disember 2011

air mata 'Ombak Rindu'


" tak mengapalah jika saya
          dianggap perempuan simpanan, tetapi
                   biarlah hubungan ini halal di sisi ALLAH " Izzah.......


Sinopsia Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapak saudara sendiri dan berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu bapa akibat kemalangan jalanraya. Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang, disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam.

Disitulah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Haris (Azron Aziz), Haris sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke itu dan mahu membawa dia keluar dari nekara jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia anak Tan Sri Rashdan, iaitu model terkenal dan pelakon tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakan rumahtangga yang dibina diatas kehadiran orang lain? Bagaimana tindakan datin Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya???

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


sebelum ni mama pernah baca novel ombak rindu.. tapi mama baca buku yang pertama aja.. yang selanjut ye x baca.. huhu nak dijadikan cerita papa man yang sebenarnya sibuk ajak mama tengok cite ombak rindu ni.. mama malas sebab masa dia start pukul 9.10pm.. huhu layan je la kan


setengah jam pertama airmata da mula start menitis.. sungguh cerita ini menyentuh jiwa kecil mama yang bergelar seorang 'wanita'.. papa man jua menitiskan air mata.. adakah mama mampu menjadi sekuat Izzah?? jawapannya apa pun yang terjadi dalam kehidupan ni semua berbalik kepada hubungan kita dengan ALLAH.. kalau kuat hubungan kita dengan ALLAH pasti kita kuat untuk hadapi ujianNya.. begitulah sebaliknya.. renung-renungkan..


namun ada part yang sensored tu tak digalakkan budak umur 18 tahun kebawah tengok.. lakonan yang agak berani.. malu mama dengan papa man.. hahaha... kalau dibagi markah pada cerita ini, mama akan bagi 8/10.. ok kan.. tinggi tu.. hihi


apa-apa pun kelembutan seorang wanita boleh meruntuhkan ego seorang lelaki.. mama pasti itu.. buktinya papa man pun sudah pulang kepangkuan keluarga setelah 4 tahun menghilangkan diri dari pengetahuna keluarganya atas sebab-sebab tertentu dan hasil pujukkan mama, papa man berlembut hati bertemu dengan abah di kampung.. alhamdulillah


sape yang belum tengok.. pegi la booking tiket cepat, jangan lupa bawa tisu sekali kerna anda pasti menitiskan airmata seperti kami.. hihi di part-part terakhir pengarah pandai memainkan perasaan penonton antara selingan lakonan dan baik-baik lagu ombak rindu yang menusuk ke kalbu... kalau ada la kawan-kawan mama yang ajak pergi tengok cite ni.. mama la orang yang pertama nak join.. jangan marah ye.. :)




p/s ::: melihat cerita ni.. hati dibuai kenangan2 indah ketika bergelar seorang ISTERI.. alangkah indahnya jika tidak terjadi perpisahan.. namun siapa yang mampu .............................................



rehat seketika

assalammualaikum semua...rindu mama tak??? mama rindu kamu semua.. rindu sangat-sangat.. hampir seminggu merehatkan diri dari berblog.. sebab??? mood tak cantik la.. macam-macam 'ragam dunia' mama tempuhi..


 penat!!!!...


tension...


duka...


huhuhu.. macam-macam mama ni kan.. kawan-kawan nak tau tak.. ex boyfen mama nak kawin minggu depan.. mama cedih.. ni la sebab ye mama menyepikan diri seketika.. kerna mama masih cayangkan dia.. siap nangis depan papa man.. nasib baik papa man boleh terima tangisan mama yang 'sengal' ni.. haru biru jap.. ok it's over... semoga berbahagia.. walaupun banyak derita yang ko tinggalkan...



malam sabtu dating dengan papa man sambil ber'wayang' dengan cite OMBAK RINDU.. nanti mama buat entry tentang cite ni ok.. ahad ye pulak berdating dengan anak-anak seharian suntuk.. fenat!!!.. 25hb ni nak berpicnic dengan anak-anak kat PD.. jom join kami.. syokkk !!!!...


ok lah bye semua..


p/s ::: cinta pertama tak semua dapat kita miliki.. termasuk la mama...  ;-((

Harapan Fazli Zainal


Khamis, 1 Disember 2011

teruskan perjalanan

kita perlu belajar menerima takdir hidup kita, masa akan terus berjalan hingga nafas terputus dari dada, andai lemah dan habis upaya nescaya tangisan tiada sudahnya... bersyukurlah dengan segalanya, tiada derita yang menemani selamanya, bahagia itu ada bila kita belajar untuk REDHA...


rasanya telah banyak perubahan yang berlaku dalam hidup mama ni.. berubah 100%.. teruskan perjalanan walau ada ketika perjalanan terganggu dek halangan-halangan yang datang silih berganti.. yap.. teruskan perjalanan sampai kepenghujungnya. dalam sabar mama bersyukur, dalam musibah airmata jadi peneman dan doa menjadi perisaiNya..


hari ni pun da masuk 1.12.2011 bulan penghujung untuk tahun 2011 ni.. lagi sebulan nak masuk tahun baru 2012.. makin besar perbelanjaan harian..  makin besar jugak tanggungjawap mama pada keluarga.. sekarang rumah bahau da takde penyewa... mama kene tanggung 2 buah rumah.. alhamdulillah dalam serba kekurangan dapat jua mama lunaskan bayaran bulanan walaupun ada yang terlewat dari tarikh yang ditetapkan... sedih??? sapa yang tidak sedih.. menguruskan 2 buah rumah tanpa ketua keluarga.. mama lah ayah mama lah ibu.. mama lah raja mama lah permaisurinya dan mama jualah pembantu rumahnya.. huhu.. sabar aja la.. mengeluh itu adat dalam terus menjalankan perjalanan kehidupan ..dan jangan lupa bersyukur dalam apa jua situasi yang menimpa kerna itulah tanda kebahagiaan kita di muka bumi ini. .


ada masa kita diatas.. disitulah terukur segala kebahagiaan, kenikmatan, kesyukuran, senyuman indah terlihat.. ada apabila kita dibawah.. dan disitu jualah tergambar segala penderitaan dan keresahan dalam meniti ujian kehidupan sebagai kalifahNya.. " Mintalah pertolongan ( kepada ALLAH ) dengan sabar dan solat (Al-Baqarah : 153) .. itulah sebaik-baik pertolongan... insyaallah..


kadang bila perasaan dicalit rasa kekecewaandan dihantui masalah yang rumit, ingin rasanya mama pindah dan duduk dirumah kita sendiri sayang.. namun tanggungjawap kepada wan dan atok mematahkan keinginan mama yang 1 ini.. terasa amanah untuk menjaga mereka itu dibahu mama.. biarlah kadang orang menyatakan mama mementingkan diri sendiri dan mempergunakan wan dan atok untuk menjaga anak-anak sedangkan mama leka berhidur diluar.. ahhh tidak mengapa kerna orang tidak paham keadaan mama.. tidak mengerti situasi kita kan sayang..biarlah.. semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita atas pemikiran yang tidak baik tentang orang lain.. amin


mama jua ada perasaan sama dengan kalian semua iaitu ingin BAHAGIA.. ya mama ingin BAHAGIA.. "Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerna berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling bahagia berasa cukup tanpa suami.. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka".. 




Selasa, 29 November 2011

menyayangimu


menyayangimu - saleem



aKu & bUnGa
"perempuan yang tabah, dia tidak menangis untuk dilihat.. untuk disimpati namun perempuan tabah itu menangis didalam hati, doa pengubat hati, hanya mengharap ihsan Ilahi.."


p/s ::: terbaikkk.. layan jiwang jap petang-petang ni..