LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 10 November 2016

MAK sudah TIADA...



AS SALAM...

lama rasanya mama menyimpan coretan ini, Arwah MAK sudah hampir 2 tahun meninggalkan kami adik-beradik.. perginya dengan tenang.. selama sebulan MAK terbaring lemah, segala keperluan memerlukan bantuan anak-anak.. MAK, ateh rindu sangat dengan MAK...

sebulan sebelum MAK 'pergi', MAK jatuh bilik air tanpa sesiapa yang tahu..kebetulan hari tu mama checkup 33w.. balik da tengahari, tanya kakak "MAK mana?".. kakak jawap "kat surau agaknya.. tak nampak pun dari tadi".. mama pun pergi la ke perjumpaan AIM.. tiba-tiba dapat col " MAK, jatuh bilik air".. terus balik..


tak tahu berapa lama MAK tertiarap dalam bilik air tu.. col ambulans terus hantar Hospital.. dari keputusan scan, otak MAK da 'rosak' teruk.. MAK ditahan 5hari di hospital.. lepas balik mama memang tak boleh gerakkan anggota badan.. sedih.. kalaulah boleh diganti biarlah mama yang menanggungnya..


makan minum mandi semua kami adik-adik yang buat.. MAK tak boleh makan sebab doc masukkan tiub kat hidung.. minum susu melalui tiub. berak kencing dalam pampers..


sebulan kami menjaga mak siang malam.. akhirnya ALLAH mengambil mak dari kami. disisi saya, didepan mata saya, saya mendengar setiap dengup jantungnya yang terakhir..

raungan terakhir saya dimalam yang sepi tu.....


al-fatihah
SAPIAH BINTI WAHAB.
Tenanglah MAK disisi Pencipta MU yang kekal abadi.





Bersawang..



2 tahun blog ini terbiar..
2 tahun pelbagai peristiwa.
2 tahun aku jatuh bangun..

insyaALLAH akan kembali menghangatkan blog BALADA RINDU ini..
AL-FATIHAH buat arwah MAK diSANA...