LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Rabu, 29 Februari 2012

back to work...

Assalammualaikum semua...
da selesai bercuti 3 hari.. hari ni kembali bertugas..
alhamdulillah semua da selesai.. bersyukur sangat....
nanti la mama up date entry pasal wedding..
kene siapkan keje yang berlambak ni dulu...
da....

Jumaat, 24 Februari 2012

cuti 3 hari




Assalammualaikum...
selamat pagi CINTA 
alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertaubat padaNya.. insyaallah..


malam tadi tido tidak berapa lena.. mungkin badan terlalu penat dan sedikit stres.. balik dari keje petang semalam mama da terkejar-kejar.. singgah bahau ambil road tax kereta ofis.. pasti ke kedai mama akid, ambil langsir 'bilik pelantin'.. sampai rumah tengok mak cik (kakak mak ) tengah buat 'wajik'.. minta diri sekejap untuk solat asar.. selesai...



teringat pulak petai takde lagi.. terus ke pasar malam juasseh.. bagus kan pengantin baru ni.. kalau orang lain da goyang kaki da.. lain dengan situasi mama.. alhamdulillah.. sampai umah da pukul 7.00 malam.. pergi dapur tengok mak cik tengah mengacau wajik.. terus tolong sampai pukul 7.40 malam.. mandi dan selesai kan apa yang wajib.. pukul 8.15 malam mak tih sampai kebetulan mak andam pun sampai... kami buat hantaran, mak andam buat bilik pelantin.. selesai 10.45 malam.. mereka pun pulang.. mama sambung kerja buat 'tunjuk arah' ke rumah pelantin.. siap pukul 12.00 malam tido dengan ponek jaya ye.. hahaha...



tersedar jam 5.15 pagi.. mata da tak boleh tido.. pusing kiri pusing kanan.. bangun siap kan anak .. kol 6.50 pagi hantar anak ke sekolah.. selesai.. terus ke pasar cari lada dan lauk untuk hari ni dan esok.. jadual yang padat dan sendat.. huhuhu... alhamdulillah



hari ini kerja setengah hari.. esok, isnan dan selasa cuti...  masa untuk rehatkan badan.. semoga ALLAH permudahkan.. amin...



k la penat da membebel ni.. jumpa minggu depan ye.. doakan saya dalam doa kamu semua.. semoga ALLAH mempermudahkan segala uruskan dan rezeki kita semua insyaallah...



Rabu, 22 Februari 2012

3 days more !!!!!

detik-detik terakhir mama bergelar ibu tunggal... perasaan memang blur.. tak teruja pun banyak risau dan susah hati... " ko ni nampak tenang je.. macam takde apa nak buat".. Ya ALLAH.. hanya ALLAH yang tahu hati dan perasaan mama sekarang ni.. banyak yang dirisaukan... banyak yang difikirkan...


ahad lepas family ayah ada datang.. pasang khemah masak dan tebang 4 batang pokok kelapa.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. syukur..  malam tadi mak andam datang hantar barang sikit-sikt.. oppss lupa pulak nak bgtau mama buat sauna, urut, lulur dengan apa tah lagi.. huhu .. pastu mandi bunga, mandi limau dan mandi susu last sekali facial dengan mak andam hari isnan petang... lepas balik keje terus terbang ke sana.. nasib baik mak tih sudi teman sampai pukul 10.00 malam baru siap..



tak penah abad-abad buat benda itu semua.. rasa biasa je.. geli la jugak dan menggigil smpi kecut badan kene berendam kat tab mandi tu... hihihi.. badan pun sakit sana sini.. masa facial tu sempat la tido setengah jam.. ponek kak.. sedar-sedar je dengar mak tih dengan mak andam tengah berborak sakan kat ruang tengah kedai tu.. mama keseorangan dalam bilik... nak panggil tak boleh sebab muka da tegang... pakai apa benda tah.. huhuhu.. camtu la..



start malam ni.. da sibuk nak pasang langsir rumah.. buat hantaran.. bla bla bla n bla... boleh???  boleh la kan.. buat perlahan-lahan lagi 2 hari.. lama lagi tu.. tutup mata!!!!!!... jalan je.. hati-hati jangan sampai terlanggar tembok dan jatuh ditempat yang sama..  insyaallah... :))



ok la bye semua..

ni la mak tih yang mama selalu cerita tu..
terima kasih sahabat...

'Seandainya kamu bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan.. mendahulukan atas nama kebajikan.. menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran.. menegur kelemahanmu atas nama kebaikan.. memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan.. ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang "KAWAN" tetapi seorang saudara dan "SAHABAT" sejati yang sukar dicari...'




p/s ::::  semoga ALLAH permudahkan niat dan doa dihati kami..



Selasa, 21 Februari 2012

Ya ALLAH...


Ya ALLAH...
jiwa serabut sangat sekarang ni..
makin dekat makin binggung...
tinggal 3 hari lagi...

Ya ALLAH..
permudahkanlah segala cubaan Mu..

Ya ALLAH..
cukupkanlah rezeki kami

Ya ALLAH...
janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau memberi kami petunjuk Mu

Ya ALLAH..
jauhkan kami azab api neraka Mu

Ya ALLAH..
hilangkanlah resah gelisah dihati kami ini

Ya ALLAH..
bantulah kami hamba Mu yang lemah ini..



amin




Sabtu, 18 Februari 2012

Cinta Kita

Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi

Cinta kita abadi selamanya

Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini

Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan

Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya





p/s ::: abg.. doakan cinta kita sampai ke Syurga ALLAH ye..



alhamdulillah lagi 1 minggu.. :))

hai semua...
tinggal lagi 1 minggu.. Ya ALLAH.. berdebar ye.. banyak keje nak buat ni.. dalam kepala da nampak keje itu keje ini... alhamdulillah harap semua berjalan dengan lancar...


hari ini hajat mengemas meja mama yang bersepah-sepah ini.. lepas keje nak pergi rumah adik Papa man hantar barang hantaran belah perempuan.. ada perbincang sikit.. huhu.. lepas selesai bab itu.. nak g ronda-ronda dengan mak tih.. nak shooping bunga telor dan banyak lagi.. :))




alhamdulillah semoga ALLAH permudahkan segala rezeki dan urusan kami...
selamat pelantin baru sayang !!!!..




da !!!!





Rabu, 15 Februari 2012

3 tahun yang lalu...



Oh kenangan
kenangan mengusik jiwa
ku terhempas....

Jauh disudut mata
Jiwa kian terpisah
makin sengsara....


Oh sesalan
Sesalan datang meragut
hati pedih....

Tak mungkin dapat dilupa
segala yang kita bina
hancur akhirnya..

Sampai masa ku teringat
segala pahit menikam rasa
hening semalaman
ku dipuasara 
cinta airmata

Oh semalam ku terbenam
Dilubuk asmaraku
yang jauh ku kembara
jauh perjalanan
jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian
ke arah tujuanku.....



syok kan lagu ni.. menusuk ke dalam kalbu jiwa kecil mama ni.. itu lagu Olan - Kenangan Semalam... ya 3 tahun lepas cinta yang kami semai selama 5 tahun musnah akhirnya.. kami memilih untuk mencari haluan hidup masing-masing.. anak-anak kecil menjadi saksi keretakan mahligai yang dibina atas dasar 'cinta' itu.. siapa sangka siapa menduga insan yang mama anggap pelindung dan pelengkap hidup tidak mempercayai akan kesetiaan dan kejujuran yang selama ini mama simpul mati..


seminggu sebelum kami berpisah, mama membuat solat taubat, tahjud dan solat istikharah.. selama 3 malam berturut-turut... mama meminta petunjuk dari ALLAH agar tunjukkan jalan yang terbaik dalam hidup mama.. alhamdulillah jiwa mama tenang.. tapi malam terakhir itu kami bergaduh besar.. mak ayah pun hadir sama namun hati mama tetap mahukan perpisahan.. cukup sudah keyakinan mama selama ini.. cukup sudah kesabaran mama selama 5 tahun itu.. mama keluar rumah dan duduk di suatu tempat selama 3 hari.. hanya mak tih dan bos sahaja yang tahu.. mama menangis semahu-mahunya selama 3 hari itu.. tanpa makan dan minum.. dan seorang diri... muhasabah diri dari hari ke hari.. mana silap ye.. mana punca keretakkan ini.. akhirnya mama mengalah sudah tiada jodoh kami.. 3 bulan selepas itu ada dia datang meminta agar 'rujuk' kembali tetapi hati ini telah tertutup rapi.. dia berjanji tidak akan abaikan nafkah anak-anak tapi  sampai hari ni nafkah anak-anak semua dibahu  mama.. ada jua dia memberi namun sekadar melepaskan batuk ditangga.. mama da halalkan itu semua antara dia dengan ALLAH.. semoga bahagia...



selepas genap 6 bulan hidup sendiri, mak pulak membebel supaya membuat laporan dipejabat agama.. namun ada kesulitan kerna sijil pernikahan ............................... start dari itu bermula episod turun naik mahkamah..  banyak kes-kes rumahtangga yang mama lihat dengan mata kepala sendiri.. segala kisah luar 'dalam' dibangkitkan.. sungguh mengaibkan... tak kira pasangan, ada yang baru kawin, baru 5 tahun berkahwin.. ada yang sudah 30 tahun hidup bersama semua ye mengalami masalah yang sama.. tiada persefahaman. tiada toleransi.. panas baran.. dan ada jua yang masih mencari 'makanan' diluar.. subhanallah sungguh menakutkan..  selama 2 tahun lebih berjuang untuk hak sendiri dan anak-anak... pada 13/6/2011 mama mendapat sijil cerai.. didaftarkan atas kes fasakh.. hanya itu yang mampu mama lakukan..



dalam tempoh 3 tahun itu jua mama diuji dengan masalah kewangan, konflik keluarga dan percintaan.. mama dibenci oleh kakak sendiri.. dipandang seorang oleh manusia.. kehilangan cinta.. dapat cinta baru.. hahaha.. macam2 la.. kehidupan yang tak pernah mama bayangkan ketika usia meniti remaja.. membesarkan anak-anak tanpa ketua keluarga amat memeritkan.. hanya ALLAH yang mengetahui.. terlalu sakit dihati ni.. rasa sunyi yang mencengkam jiwa.. cemburu melihat pasangan yang bahagia.. namun mama yang memilih jalan ini kan.. alhamdulillah.. dalam menangis pun mama bahagia jua.. dalam 'sakit' mama terasa jua sihatnya.. begitulah laluan hidup ini.. indahkan... bila dikenang...


kini...

setelah  3 tahun berlalu...
.
.
.
.
.
.
.


insyaallah bahagia akan menjelma.. kisah cinta halal akan bermula.. cinta dan kasih sayang anak-anak kini akan berpapa.. dan mama akan memegang tittle seorang isteri.. syukur ke hadrat Mu Ya Rabbi.. teramat istimewa Janji-Janji Mu kepada sesiapa yang sabar.. alhamdulillah.. walaupun kehidupan dalam serba kekurangan.. insyallah mama akan menjalankan tanggungjawap dengan ikhlas dan jujur.. semoga pernikahan ni membawa mama ke Jalan Jannnah Mu Ya ALLAH.. berikahlah keIzinanMu Ya Rahman.. Angkatlah darjat kami disisi Mu Ya Rahim.. hanya itu yang mama pinta dalam kehidupan mendatang.. insyaallah.. 



mama nak kongsi sedikit pandangan seorang rakan mama tentang ilmu rumahtangga.. mama rasa ramai yang tak tahu hal ini kan.. jom kita betulkan apa yang salah dipemikiran kita selama ini.. selamat beramal...



topik MHI hari ni...dari fail mahkamah: gelora batinku..
diterangkan wanita boleh mufarakah perkahwinan (minta cerai) andai suami tak tunaikan nafkah batin...

betapa nafkah batin sekadar dimaksudkan seks semata2...
sedangkan....nafkah batin yg sebenar....pengisian rohani....

:::@Penyair Sepi :::
 ·  · pada 26hb Januari pukul 2.34 ptg

  • Anda, Laksamana Hitam, Adeq Da, Penyair Sepi dan 2 yang lainmenyukainya.
    • Siti Azlina Nordin ramai yg anggap seks nafkah batin....sedangkan...nafkah batin yg sebenar.....diabaikan....isteri dahaga nafkah batin...hidup meronta2...ikut kehendak nafsu...tamak haloba....tiada ketenangan dalam keluarga...kerana...suami abaikan didikan rohani....abaikan ilmu akhirat....sememangnya....hidup tetap bergelora....walaupun seks suami mantap...harta suami melimpah ruah diberikan....kerana....batinnya....rohaninya....hatinya....
      dibiarkan sepi tanpa kebesaran Allah....
      pada 26hb Januari pukul 2.35 ptg ·  ·  4
    • Penyair Sepi betapa ditunjukkan rasulullah...ada isterinya yang terabai dari segi seks....sebab...diberikan gilirannya kepada isteri yg lain....kerana....bukan seks yg diharapkan isteri baginda...tapi....bimbingan...didikan rohani....itulah nafkah batin....yg sepatutnya diberi penekanan oleh suami...oleh bapa...kepada anak2.....tapi....ada gak bapa yg tersalah bagi nafkah batin kat anak.....adusssss.......
      pada 26hb Januari pukul 2.38 ptg ·  ·  2
    • Penyair Sepi bukan kerana ketidak adilan nabi...tp...isterinya...ygterbentuk jiwanya...tertunai nafkah batinnya yg sebenar...merelakan gilirannya diberikan kepada isteri yg lain....kerana...andai terbuka hijab nikmat rohani....sebutan subhanallah lebih lazat dari seks....dan nyatalah...seks bukan nafkah batin yg hakiki...masih tertakluk pada jasad luaran jua....
      pada 26hb Januari pukul 2.43 ptg · 
    • Siti Azlina Nordin alhamdulillah hari ni sy mendpt 1 ilmu yang amat bermakna di dlm pengetahuan saya.. insyaallah...
      pada 26hb Januari pukul 2.46 ptg ·  ·  1



p/s :::  cinta semakin indah apabila ALLAH ada bersama-sama kita.. walau dipermulaannya ada kesilapan tak semestinya kita mengakhirinya dengan kesilapan jua kan.. fikir-fikirkan.. semua keputusan ditanggan kita.. mama sayang semua.. assalammualaikum.



Selasa, 14 Februari 2012

malu la mama !!!

selamat pagi dunia.. !!!!
semoga permulaan hari ini dimulakan dengan 'Bismillah'.. insyaallah....



wah !!!... kad kawin telah diedarkan semalam.. malu la mama... mereka-mereka ni suka la usik mama.. huhu.. " tu ha, orang baru da sampai.. nak bagi kad jemputan".. aduh.. muka da merah ni.. saya biasa-biasa je kak.. ni pun berkat doa seorang ibu agar anaknya terbuka hati untuk bernikah semula.. alhamdulillah.. kalau mak tak berkeras mungkin mama akan terus memegang tittle mak J ni.. syukur alhamdulillah... ( tapi seronok jugak hidup sorang ni sebenarnya )



untuk ibu bapa rakan-rakan adik dan kak long semua da dapat kad.. termasuk ustazah kak long.. untuk semua staf ofis ni pun mama da edarkan semalam.. ada gak yang teperanjat.. ada jugak yang mulut 'panas' menyakat mama dengan pemikitan 'otak kuning' mereka.. so crazy.. kahkahkah...



cuma tinggal bos aja belum bagi.. ingat arini baru nak bagi.. da mama bersyukur sangat sebab bos dengan berbesar hatinya akan memberikan mama hadiah... nak tau apa hadiah ye.. mama akan menerima cash money RM1,000.00 isnan minggu depan.. hadiah perkahwinan mama dan papa man.. alhamdulillah.. memang tak sangka.. rezeki Mu Ya ALLAH.. terima kasih Ya ALLAH..



nak cite sikit la ye.. sebenarnya dari mula mama berpisah dengan ex husband dulu, bos la yang banyak mengambil tahu hal keperluan mama dengan anak-anak.. tak penah sunyi dari mulut dia bertanya tentang keadaan family mama yang kecil ini.. syukur alhamdulillah.. Bos melayan anak-anak mama macam melayan anaknya sendiri.. mama masih ingat lagi " abang, tak mahu anak- anak ko rasa sunyi dengan kasih sayang seorang ayah".. hampir menitis airmata ni... terima kasih atas jasa baik family bos terhadap mama anak beranak.. jasa kalian hanya ALLAH yang mampu membalasNya.. insyaallah...




kan da terganggu emosi mama pagi ni.. alololooo... cedih la pulak.. hihi... ok la semua.. mama nak rest dulu ye.. nak sarapan pagi, selera tengah + + + ni.. alhamdulillah.. nanti da berkeluarga lain pulak seleranya.. huhu.. kene fikir selera suami dan anak-anak dulu.. baru la fikir selera tekak sendiri.. boleh???? boleh la.. hihihi.... love u semua.. :))






order mama da sampai...
cumel kan.. tq.. huhuhu



Isnin, 13 Februari 2012

syukur alhamdulillah walaupun kepenatan :))

assalammualaikum semua.....
alhamdulillah...
alhamdulillah..
alhamdulillah...
walaupun badan kepenatan, anggota badan rasa macam nak cair.. huhuhu namun semua yang dirancang telah siap sepenuhnya.. alhamdulillah.. setelah 2 minggu projek ini berjalan.. suka mama nak!!!.. hihihi terima kasih kepada semua yang membantu terutama keluarga mak tih.. sayang semua... 


minggu ni Ya ALLAH jadual yang begitu padat.. apatah lagi minggu depan.. senyom je la mama eh..


tinggal 2 minggu aja lagi..
Ya ALLAH.. Engkau permudahkanlah segala rezeki dan urusan kami..
"Allahuma Yassir wa laa tu'assir"..
Ya ALLAH, mudahkanlah jangan dipersulitkan... 
amin....



p/s ::: kan best kalau dapat sambung tido.. ZZzzzzZZzzzZZzzZZZzzzZZZz.... :))



Jumaat, 10 Februari 2012

sudah 3 hari tak jumpa

quran bismillah 

salam hari jumaat semua...
sekarang agak jarang mama menarikan jari jemari untuk beremosi bercerita di dalam blog mucuk ni kan.. huhu.. banyak sangat keje yang perlu disiapkan sekarang.. da 2 3 lesen syarikat perlu diperbaharui.. banyak dokumen perlu dilampirkan.. dan lama la mata ni perlu mengadap komputer ofis ni.. alhamdulillah rezeki ALLAH kan.. tak keje tak la berduit.. banyak pulak hutang tertunggak nanti.. no no no!!!!




ok la sebenarnya nak cerita hal 'kami'.. da 3 hari tak jumpa.. windu kamu :) !!!!! papa man sibuk mama pun sibuk.. bila da balik rumah, penat tak usah la cakap.. nak pegang telefon pun da tak larat.. akhirnya terlelap lepas isyak tu.. azan subuh baru tersedar.. niat nak bersms pun terkubur sepi.. wah!!!!....



hubungan kami pun sejak akhir-akhir ni asyik negatif negatif aja.. ada aja yang tak kene kalau berjumpa.. macam ayam dengan kucing.. bila berjauhan 'miong'.. menung sana menung sini padan muka diri sendiri.. biasa ke tu???? boring asyik gaduh aja.. huhu.. gaduh-gaduh sayang.. boleh ke??? anak-anak pun rindu dengan papanya.. sibuk tanya papa... mama depan mama ni buat dek je.. merajuk la pulak mama eh ni.. hahaha



tinggal 16 hari lagi.. hati macam kosong je.. blur.. perasaan bercampur baur.. kejap ok kejap  'K O'.. hantaran papa man mama belum hantar kat adik dia yang duduk di Palong tu.. entah bila nak anta.. esok dan ahad nak siapkan projek mar mar.. 19hb ada kenduri.. bila lagi??? woooooooo... tak mau fikir rasa tak cukup tanah mama nak pijak.. harap ada masa la.. badan pun da sakit sana sakit sini..  langsir???? haha... mama belum jahit 1 pun.. akhirnya semalam mama hantar langsir bilik 'pelantin' kat mama akid biar mama akid aja yang selesaikan.. huhu.. tq mama akid.. 



9hb haritu borang kebenaran kawin da siap.. so boleh la nikah.. yahooo !!!!... opppssss maaf ye.. saja je ambil mood.. hihihi.. masalah ye sekarang ni IC bakal 'pelantin' hilang... camne???  masa nikah nanti mesti imam nak tengok kan.. ujian ALLAH kan.. sabar ye cik siti.. entah mana tah.. tengok-tengok da takde... ngelabah cari sana sini.. tetap tak jumpa.. kalau buat ke Melaka 2 jam aja boleh siap.. buat kat Putrajaya  1 hari siap.. kalau buat kat Bahau siap dalam masa 3 minggu.. ha pilihla.. nak buat kat mana mama eh... senyum je la...




ok la nak balik da ni.. nak rest puas-puas.. huhu...




bye semua....






Rabu, 8 Februari 2012

alhamdulillah ku terima segala takdirNya...

hai semua...
hari ni mama keje luar.. ada taklimat di Loji Pembersihan Air Sg Terip, Seremban.. taklimat tu sekejap je, pukul 11.30 pagi da selesai.. pastu bos ajak mama pergi Nilai 3, mama ikot aja la.. opppsss jangan salah sangka mama pergi dengan mak tih sekali.. bertiga..


sampai sana bos mama bawa mama g kedai KK... kedai hiasan rumah dan pinggan magkuk tu.. bos suruh tengok-tengok untuk door gift majlis mama nanti.. Ya ALLAH malu ye mama.. mama tengok aja la.. tapi memang niat dalam hati tak mahu beli apa-apa pun.. "ambil mana yang berkenan.. guna duit abg dulu".. bos menguji hati kecil mama.. tapi mama tetap dengan pendirian mama.. tak mahu...


memang bos tahu keadaan mama namun biarlah mama laluinya dengan izin ALLAH pasti ALLAH permudahkan.. mama tak mahu menyusahkan sesiapa lagi.. susah ke senang ke pasti ada hikmah yang tersembunyi.. dan mama yakin papa man mampu menjaga kami anak-beranak walaupun kehidupan kami tidak lah sesenang kehidupan mama sekarang.. mama terima segalaNya.. mama didik hati agar sentiasa redha dengan ujianNya.



memang payah namun mama belajar dari hari ke sehari.. insyaALLAH dipermudahkan... amin.. sekarang ni dalam kepala nak selesaikan majlis dulu pastu pindah rumah.. hidup ala kadar dulu.. banyak benda yang perlu dilunaskan  2 3 bulan ni.. pastu baru la fikir nak beli itu ini sebab rumah bahau da kosong kan.. malas nak angkut barang yang da ada kat umah mak sekarang ni..




kesihatan masih belum sembuh lagi.. masih makan ubat.. harap semua kembali normal selepas hujung bulan ni.. sedikit stres namun sekeping doa dan impian membuatkan mama terus melangkah dan melangkah..



alhamdulillah....



Selasa, 7 Februari 2012

update 18hari

Allah hu Akbar...
alhamdulillah.. memang badan 'jem' gila.. sakit sana sini.. Ya ALLAH..
senyum je la kan.. hati pun girang.. hihihi...


alkisahnya cuti 2 hari lepas..
hari ahad..
menghantar mak ayah di menjemput ahli keluarga yang 'penting' dulu.. orang negeri sembilan cakap 'orang kodim'.. ha boleh ko nyobut!!!!... huhu... start dari malam ahad tu sampai la malam isnin.. badan penat tak yah cakap la.. subhanallah.. sakit sana sini... sampai la suatu keadaan siap cakap dengan tuan rumah " tak yah buat air, da 'bontuh' da ni.. tadi g umah sana minum.. pastu umah si pulan minum lagi".. kota borak yo la.. huhuhu...



bukan senang rupanya nak mengajak orang datang kerumah kita ni.. ibarat pepatah orang tua-tua dulu " bilo bercakap ni biar lombut gigi dari lidah".. sampai camtu sekali.. malu la jugak bila ada yang sibuk mengusik si 'pelantin' baru ni.. hahaha.. merah muka i tau.. malu sangat da... :))




hari isnan pulak..
mama sambung buat projek mar mar... sambung hasil keje family mak tih ari ahad tu.. fuh!!! macam mandi peluk kata ko... hihihi.. start dari pukul 2.00 petang sampai kol 9.00 malam dapat 140 pek... banyak lagi yang perlu disiapkan ni.. ikot rancangan minggu ni start semula.. da mungkin mama tido umah mak tih.. minggu 19hb tu mama ada kenduri so tak leh la nak tolong kan.. kalau diizinkan ALLAH minggu ni mama nak siapkan.. insyaallah..




 ni la projek mar mar tu..



kecedaraan pertama dianggota badan 'pelantin' baru.. huhu
sakit + sedap.....  ;-p


balik rumah da pukul 11.00 malam... tak mandi pun terus tido.. memang tak larat sangat da,. rasa nak nangis pun ada.. tido pulak macam batang kayu.. lurus aja.. nak gerak badan punya la sakit.. sedih.. huhuhu... takpe la mama apa-apa pun mama bersyukur sangat.. rezeki ALLAH yang tak terhingga buat mama.. alhamdulillah.. bulan depan la kalau nak rest yang panjang.. huhu..


p/s ::::  rasa tak jejak tanah rasa sekarang ni.. gementar...... Semoga ALLAH permudahkan semua yang dirancang.. amin




Sabtu, 4 Februari 2012

tiada kata yang dapat mama gambarkan...

Ya ALLAH.. semakin dekat ni makin takut pulak rasa dihati ni...
" tih, takut la".. mama mengadu kat mak tih..
" ko nak takut apo?"...
" entah la susah nak ckp.. ko nampak tak muko den ni muko orang takut"...
" den nampak ko 'meyonggeee' yo "... mak tih ko pulak...
hahahaha.....

tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan mama ni...
subhanallah...
allah hu akbar...
laila ha illah..
beri mama kekuatanMu Ya ALLAH...


malu bangat si !!!!!
tinggal 22 hari lagi...
tido malam pun da tak berapa lena ni...
fikir itu fikir ini...
adakah mama mampu bertahan sampai harinya nanti..
apakah yang akan berlaku nanti..
Ya ALLAH..
permudahkanlah segala urusan dan rezeki kami Ya ALLAH..
panjangkan jodoh kami sampai ke Jannah Mu... Ya Rabbi...

adakah anak-anak akan bahagia nanti...
selesakah anak-anak dengan papa man nanti??
Hanya kepadaMu mama berserah  dan Bertawakal Ya ALLAH...
bantulah mama Ya ALLAH...


In - Team  ~~ Doa Seorang Kekasih ~~




p/s ::: anak da tak mahu ke rumah abah mereka... mama tak paksa pun tp anak-anak yang tak mahu pergi.. maafkan saya 'abah'.. mereka sudah pandai menilai 'siapa kita'...



Jumaat, 3 Februari 2012

salam jumaat

alhamdulillah...
jumaat datang lagi..
hari jumaat yang mama nantikan kerna banyak keistimewaanNya...


alhamdulillah..
tadi menguruskan borang nikah.. dulu janji nak settlekan cepat tapi ada problem sikit maka tergendala la seketika..  alkisahnya.. imam da sain borang.. so dengan tenang ye mama pergi la Pejabat Agama Kuala Pilah.. sampai sana, kedatangan mama disambut mesra.. da check borong.. adusssss... imam g cop helaian depan aja.. copy mukasurat 2 n 3 takde cop...dengan bengang mama pun gerak la balik umah nak cari imam...


sampai umah imam, isteri dia kata imam g 'motong'.. kalau nak cepat kene cari kat kebun.. lagi parah!!!! tiba-tiba mama nampak pak imam dengan motornya baru pulang dari kebun.. alhamdulillah ALLAH mempermudahkan urusan mama... alhamdulillah.. setelah sesi cop mengecop selesai  mama terus drive ke pajabat agama semula.. jam da pukul 11.00am.. anak balik sekolah pukul 12.00pm.. kene cepat ni..


10 minit aja dipejabat agama... selesai.. hari khamis minggu depan kene datang ambil borang untuk masa nikah nanti.. alhamdulillah... hati riang penuh kesyukuran... terima kasih Ya ALLAH..



semoga langkah dihari jumaat ini membawa berjuta RahmatNya dan keredhaanNya... hanya itu niat dihati kecil mama ini.. ok la nak sambung keje yang tergendala ni.. nanti bos bicing lorrrr....



salam jumaat..
love u semua..



bye...




Rabu, 1 Februari 2012

selamat datang FEBRUARI 2012....



Bismillahhirrohmanirrohim....

eh. arini 1 Februari 2012 la!!!!!... Ya ALLAH janji Mu indah pada masaNya.. insyaallah...
ni bermakna lagi 25 hari lagi mama akan disatukan dengan papa man.. anak-anak da ada papa baru semula.. alhamdulillah..


apa perasaan???
tak tahu nak tafsirkan.. mama hanya berdoa siang malam.. semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan rezeki kami dan semoga pernikahan ni membawa mama ke jalan ALLAH.. mencari keredhaan ALLAH, mendapat limpahan nikmat, rahmat, dan darjat mama diangkat disisi Nya.. insyaallah itulah harapan dan doa mama.. mama simpan segala kedukaan, mama melihat segalanya dari sudut positif.. alhamdulillah... kini mama sedang menghitung hari bergelar seorang isteri kembali.. nikmat ALLAH yang tidak terhingga.. syukur alhamdulillah...




persiapan camne??

alhamdulilah persiapan sudah siap 50%.. barang hantaran da ada semua.. aturan majlis pun da siap dirangka.. yang lain-lain biasa la kene buat pada 2 atau1 hari sebelum majlis.. bunga telor, doorgift, berinai, macam-macam la.. huhu.. takut la jugak.. 


lama ke cuti???
jangan la tanya.. malu la.. mama mak J, bukan anak dara pun.. namun niat hati tu ada lah.. huhu cuti start Jumaat..anak-anak sekolah so tunggu mereka abis sekolah kol 12 baru la start cuti.. masuk keje mungkin Khamis.. tak boleh cuti lama sebab anak sekolah.. sekolah anak-anak pun dekat dengan ofis.. bincang dengan papa man.. takyah cuti lama la.. boring duduk rumah.. alhamdulillah papa man setuju.. seminggu aja cuti.. rehatkan badan...



plan lepas nikah.....
mama akan duduk kat rumah mama sendiri di Taman Bahau.. rindu sangat dengan rumah tu.. kembali hidup berkeluarga... mama + papa man + kak long + adik aisyah + hihi tunggu rezeki ALLAH (baby boy) = 1 family bahagia... kak long dengan adik sibuk tanya " bila mama nak ada adik lagi? ".. insyallah sayang.. siap minta baby boy lagi.. tak tahan impian anak-anak mama ni kan.. alhamdulillah.. namun tanggungjawap mama pada mak dan ayah masih sama.. perkara itu pun mama da  bincang dengan papa man.. cuma kami tak tinggal sama itu aja.. sapa tak sayang orang tua sendiri kan...




Ya ALLAH, Engkau permudahkanlah segala perkara yang telah kami rancang kerna kami merancang pada benda yang belum pasti kejadiannya... bantulah kami hambaMu yang lemah ini.. berikahlah keIzinanMu Ya Rabbi... amin...



mengundang saudara-mara dan rakan taulan untuk meraikan 
Majlis Perkahwinan kami...