LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 25 Jun 2011

sayang, abang minta izin untuk nikah seorang lagi...

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,”



Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika.Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV.Tapi, ahh bukanlah.. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,suaminya kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.



“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.



” Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.



Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.



Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya. “Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.



Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda.



“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.



Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Eh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.



“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hitam. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.



“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”



“Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.



“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.



Hari ini genap seminggu Qistina bercuti. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.



Tit tit… sms menjengah masuk ke inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,”



Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang…



Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.

Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.



1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg…



2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg…



3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak- anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abg….



Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.



Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami.Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg… Aliyah sayangkan Abg…. Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.



Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!




p/s ; cuba menjadi isteri sehebat Aliyah Najihah... tersentuh hati membacanya.. banyak manfaat dari cerita ini.. jangan tak caya aku nangia tau baca kisah ni.. huhuhu.. teringat memori itu.. hanya ALLAH mengetahui rahsiaNya... 

al-kisahnya


selamat hari sabtu kawan-kawan.. ada yang cuti dan ada yang masih bekerja kan.. adat la tu.. hihihii.. sebabnya aku pun kene keje arini sampai petang.. alolololooo.. cedih la bos takde dia pergi pertandingan mancing kat tasik Kenyir anjuran TV3 dan Berita Harian tu.. semoga berjaya bos... insyaallah... awal pagi aku da bangun sebab nak buat nasi lemak untuk anak-anak aku.. yang si kak long sibuk nak ke rumah abah ye.. dan si adik masih demam tu yang buat nasi lemak pujuk hati anak.. bab nasi lemak ni, anak-anak aku memang suka sangat dengan menu itu... jadi aku buatkan la demi anak-anak kan..

kan semalam Papa Man janji nak datang tenguk adik aisyah.. pukul berapa dia sampai.. pukul 9... aku paham dia sibuk dengan kerjanya.. kasihan da la penat bekerja kene layan kerenah aisyah pulak.. sampai je Papa Man adik terus peluk Papa dia.. siap nangis lagi.. "adik rindu papa".. tu ayat yang pertama keluar dari mulut adik.. Ya ALLAH tersentuh hati kecil aku ni... Man pandang je muka aku.. perasaan bersalah bersarang di hati aku.. maafkan mama sayang.. dari papa man sampai sehingga la papa man tido kan aisyah.. aisyah asyik berkepit je dengan man.. duduk atas riba man.. apakah yang tersirat dihati kecil anak ni.. aku pun tak pasti..

adik aisyah memang anak yang manja.. lebih-lebih lagi pada abah, papa man dan atoknya... kadang puas jugak aku ajar jangan manja sangat.. tapi budakkan dia nak perhatian lebih.. tu la dia anak mama... aisyah aisyah...

 ni la muka merajuk adik aisyah..
camne la nak ada adik lagi ni.. kalau asyik nak merajuk je.. hahaha


 cute ke????
mesti la anak mama kan... 


 suka tenguk pic ni... aksi spontan


tidur lah wahai anak!!!






Jumaat, 24 Jun 2011

adik aisyah demam

" mama adik demam la mama".. tu kata-kata adik 2 hari lepas... aku rasa dahinya, 'angka' badan dia.. aku bagi scott lebih sikit sukatan.. selsema dan batuk pun menjelma dan malam tadi akhirnya panas sungguh badan adik.. aku basahkan kain lap badan dia.. tido tak lena sampai la ke pagi..sempat sms abah dia dan Papa Man kata anak demam.. hnya Papa Man yang balas sms aku..

tengok la kalau tak reda lagi panas dia, petang ni aku bawa la ke klinik.. sejak adik aku 'serah' kan kepada sue tahun lepas.. adik da jarang deman.. kalau tak seminggu sekali mesti deman.. mak kata 'bagi' la kat sapa-sapa budak ni.. aku terus terpikir nak 'bagi' kat sue aja.. 'bagi' tu maksudnya anak aku itu aku cari  ibu tumpangan atau bapa tumpangan untuk jadi ibu atau bapa baru dia.. kalau serasi anak itu akan sihat dan gebu.. hihihiii.. kalau anak kuat menangis ke terlalu nakal ke.. boleh gak buat macam tu.. insyaallah anak akan jadi baik dan sihat..

tengah-tengah buat entry ni Papa Man col.. dia kata adik col, adik mengadu yang dia demam.. bila papa nak datang.. adik rindu papa.. Ya ALLAH.. anak kecil ni, rindukan papa dia rupanya.. maafkan mama sayang.. menitis air mata aku... Papa Man janji lepas keje nanti dia datang.. tapi tak pasti pukul berapa.. adik tunggu je la nanti ye sayang.. mama pun tak tahu nak cakap apa.. semoga allah mempermudahkan segala urusan mama dan Papa man ye sayang... amin


mungkin anak-anak rindu suasana begini...
insyaallah sayang...

Rabu, 22 Jun 2011

anggapan orang..


aritu dok mesej tanya kabar masing-masing dengan kawan baik aku.. kami memang jarang jumpa  so sms je la sesekali kalau teragak nak tanya kabar.. dari tanya kabar, ke hal family dan akhirnya hal dari hati ke hati.. da 1 mesej tu aku 'terusik' sedikit la hati kecil ku ni.. dia kata " x de la ingat ko nikah esperes ke.. kot de hal2 yang x leh dielakkan ke"...  kadang-kadang aku rasa orang menilai diri aku ni terlalu hina.. terlalu raput keimanan aku.. mmmmmm.. sebenarnya sedih juga hati ni.. bukan sedikit tp mungkin lebih tepat 'terkilan'... anggapan orang terhadap diri aku seperti aku ni tidak bermaruah.. sesetengah hambaNya diberi kehidupan yang baik tanpa ujian yang merapuhkan iman.. sesetangah ujian dari Ilahi membuatkan sseseorang itu hidup seperti terumbang ambing di lautan bergelora.. aku juga tidak terkecuali dari terus mempertahankan keimanan disebalik dugaan yang penuh cobaan itu.. aku tahu dan aku dapat rasakan pandangan dan mulut-mulut insan yang 'baik' dan yang 'beriman' tu selalu memandang serong pada kehidupan aku.. namun itu bukan kudrat aku untuk menghalangnya dari terus berlaku dan berlalu.. pagi aku keluar bekerja, petang aku pulang, malam kalau ada kelapangan aku akan mencari ketenangan di luar kerna aku jua insan biasa yang mempunyai naluri untuk berhibur.. tapi aku dengan cara ku.. memandu adalah suatu yang menenangkan jiwa aku so sebab tu aku selalu travel tidak kira tempat... aku suka dengan cara itu.. tak perlu teman. tak perlu 'kepoh' 1 kampung.. bila aku rasa nak memandu aku akan lakukan.. aku tak sentuh kain baju orang.. tak perlu jaga tepi kain orang sebab aku benci 'mencanang atau mejaja kisah orang'.. aku adalah aku tak perlu jadi orang lain hanya untuk memuaskan hati orang lain.. entah la.. nak nasihat orang pun kadang aku lihat tak kena cara.. kata orang beriman, orang yang dekat masjid tapi tak tahu macam mane nak hormat orang lain.. camne???... tapi aku tak salah kan mereka.. mungkin aku juga salah kerna hanya dengan dunia aku saja.. aku da cuba dulu tapi ia suatu yang menghampakan diri aku.. so aku happy hidup begini yang penting aku tak kacau dan jaga tepi kain orang.. buat kawan aku tu aku tak marah cuma tersinggung sikit je.. aku jua punya impian perkahwinan yang indah.. kisah dulu jadi pengajaran dan kisah akan datang mungkin jadi suatu memori indah yang tak mungkin aku dapat lupakan.. insyaallah.. aku da berusaha jadi yang terbaik jangan disebabkan 'mulut-mulut biawak' ni semangat aku jadi pudar.. aku jua insan biasa.. punya hati, jiwa dan impian untuk dikecapi sekiranya aku gagal jgn dikeji sebaliknya bantu la untuk aku berdiri kembali... tq


terima kasih cinta

cinta kepada ALLAH S.W.T..
cinta kepada Rasul.. Nabi Muhammad S.A.W
cinta kepada diri sendiri.. Puan Siti Azlina Binti Nordin
cinta kepada anak-anak aku.. Ayu Wandira Binti Said dan Nurul Aisyah Binti Said
cinta kepada orang tua ku.. Sapiah Binti Wahab dan Nordin Bin Barhim
cinta kepada bakal teman hidupku.. En Hasliman Bin Hasan
cinta kepada ex suamiku.. En Said Bin Abdullah
cinta kepada ex mertua aku...
cinta kepada sahabatku, Cik Suhaiza Mohd Jani
cinta kepada majikan aku.. Pemborong Aizan dan Normala Othman Enterprise
cinta kepada kawan-kawanku
cinta kepada kaum keluargaku..
dan akhirnya
cinta kepada bangsa dan negara...
al-fatihah untuk semua..
kerna al-fatihah adalah makanan rohani utk menyuci hati..
selalu lah sedekahkan al-fatihah untuk diri sendiri..

al-fatihah.....



alhamdulillah itu la cinta hati aku.. kerna cinta aku masih ada disini.. masih menghirup udara segar di bumi ALLAH ini.. mengutip sisa-sisa keinsafan di atas kelalaian aku sebagai hambaNya.. Terima kasih cinta...


Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.



Selasa, 21 Jun 2011

Syawal

entry sebelum ni aku copy & paste tentang fadilat bulan rejab, syaaban dan Ramadhan.. insyaallah selagi kuat tubuh badan mari la sama-sama kita mengumpul bekalan untuk mengadap ALLAH S.W.T.. insyallah.. Syawal???.. tahun ni da 3 tahun aku raya tanpa suami dan anak-anak beraya tanpa ayah disisi.. aku harap syawal tahun ni membawa kegembiraan pada aku, anak-anak dan insyallah pada mak aku..

walaupun harapan tidak la terlalu tinggi aku sandarkan namun aku harap semua berjalan dengan lancar.. dan akhirnya syawal tahun hadapan aku kembali menjadi seorang isteri..insyaallah.. hanya doa dan tawakal aku serahkan padaNya.. bukan mudah untuk menjadi yang terbaik kalau kita sendiri tidak mahu buat yang terbaik.. aku akan cube jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. insyaallah..

selangkah aku mara kehadapan mesti la aku nekad ingin terus melangkah dan melangkah demi sebuah kejayaan dalam kehidupan.. sesekali harus menoleh kebelakang untuk mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah yang lalu. jangan sombong bila berada diatas dan sesekali harus turun kebawah untuk muasabah diri.. itu la kata-kata semangat yang aku pegang sampai la hari ini.. baru kini aku berani untuk mengenggamnya.. kerna airmata itu aku sedar hakikat sebuah kehidupan.. alhamdulillah..

dugaan akan datang silih berganti cuma aku harus pandai menanganinya dengan cara yang betul.. lagi bijaksana.. insyaallah... Syawal datang dan pergi membawa pelbagai kisah didalam sebuah kehidupan yang realiti.. namun syawal yang akan datang ini insyaallah membawa berjuta rezeki, nikmat, kenangan dan akhirnya mengotakan 1 janji, 2 hati menjadikan ia sebuah cerita 1 keluarga yang dirahmati Ilahi... insyaallah amin...


Rejab, Syaaban Dan Akhirnya Ramadhan...

KELEBIHAN BULAN REJAB 

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 


Syaaban 
bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan  rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”      
                                                                                                       
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt  serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak  dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
  1. Memperbanyakkan puasa sunat:
  •    Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda   bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga  hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
  •   Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
  •   Jika berpuasa sebulan  pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
  •  Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
 Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”

      2.      Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
 Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.”(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)  

      3.     Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:
 Malam 15 Syaaban lebih dikenali  sebagai malam  Nisfu Syaaban.
 Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana  malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
 Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Isnin, 20 Jun 2011

Khas untuk En Man...



lagu ni aku titipkan khas untuk En Man aka Papa Man.. hihihi.. sory semalam jumpa kita gaduh la pulak.. gaduh sayang gitu.. ye la kepala aku ni da serabut pastu aku tunggu lama tak jugak muncul-muncul so angin puting beliung pun datang melanda... hahahaaaa.. xpe tu la tanda aku ni panas baran.. boleh ke gitu????.. masa sayang ni boleh la kan.. 4 5 tahun lagi entah la.. senantiasa buat yang terbaik dan cuba jadi yang terbaik serta berada dikalangan yang terbaik.. insyaallah.. dalam hidup berpasangan kene ada sikap bertolak ansur dan saling memahami.. insyaallah... tq En Man aka Papa Man... :))


Sabtu, 18 Jun 2011

macam-macam situasi

assalammualaikum...
maaf sejak akhir-akhir ni entry aku agak 'emo'... banyak betul dugaaNya.. da 2 minggu hujung minggu aku keseorangan tanpa Papa Man.. kenapa baru sekarang aku terasa. kalau dulu aku tak kisah pun sorang ke berdua ke bagi aku sama saja.. sejak mak sakit ni, sejak anak-anak selalu kerumah abah mereka bila hujung minggu.. dan semenjak aku dan Papa Man membuat keputusan 'berpisah sementara' ini.. emosi aku betul-betul terganggu.. air mata tak payah cakap la jangan tersentuh sikit mula la melalak.. betul-betul sunyi tanpa semua itu..

minggu ni ada kenduri rumah kawan di seremban. cukur jambul anak sulung dia.. insyaallah aku akan kesana.. anak-anak malam tadi abah dia datang ambil.. Ya ALLAH.. sunyi ye jiwa aku.. Papa Man pun da jarang mesej, aku tau dia sibuk uruskan keje dia..  mak pun da kurang bercakap dengan aku.. aku tension sangat.. nak g jalan-jalan malas pulak.. aku malas sebab jiwa tengah serabut ni, nanti jalan jauh-jauh fikiran aku ni pun macam-macam la.. terperap dalam bilik apatah lagi... aku layan lagu hatan ini - Kau yang Satu rasa tenang je jiwa aku..

Jangan tinggal solat, doa dan sabar tu la nasihat dari Iltizam.. ingat tak aku penah buat entry tentang lelaki. kami da lame lost contact tapi baru baru ni dia nampak aku online kat VF.. dia PNC aku.. rupa-rupanya aku pun cari dia.. dia pun sibuk cari aku.. telefon dia hilang.. no. lama tak boleh pakai. kene guna no. baru... patut la aku col tak penah dapat, dia masih menagih cinta aku.. maaf hati aku bukan untuk dia walaupun hampir 3 tahun aku mencari jawapan kenapa  hati ni susah nak terima dia.. tiada jawapan aku temui.. dia mempunyai ciri-ciri lelaki soleh. dia pengamal perubatan Islam di Cheras.. soal hati ni susah nak duga.. tapi dia menerima keputusan dengan hati terbuka... sampai sekarang ni dia banyak bagi nasihat pada aku supaya menjadi muslimah sejati.. alhamdulillah sebab tu aku suka berkawan dengan dia.. TQ Iltizam..

ramai orang kata.. setiap masalah ada jalan penyelesaian namun untuk mencari jalan penyelesaian itu memerlukan kesabaran yang tinggi.. mampukah aku bersabar.. macam sue kata aku ni sabar la orang ye sebab dapat lalui pelbagai dugaan selama hidup seorang diri hampir 3 tahun ni.. Ya ALLAH sekuat itu rupanya aku.. aku rasa aku la mahkluk paling tidak sabar.. namun itu la hakikat kehidupan kan.. antara kuat atau lemah.. antara sabar atau beralah.. semua di tangan kita... Terima Kasih Ya ALLAH... Terima kasih...

Rindu bertandang lagi

Rindu bertandang lagi kekasih
hati ku merintih kerana mu
kesepian mencengkam lautan
kenangan, ajaibnya perasaan

* Rindu membawa aku kekasih
pada musim-musim bersamamu
rasa kasih dan rindu
yang tertanam buatmu
dijambangan usiaku

waktu memisahkan aku dengan mu
kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
kini saat indah menjadi sejarah
dan musim pun berlalu bersama waktu
kini bertemankan sebuah perasaan
rasa kasih rasa rindu padamu

ulang *

Rindu bertandang lagi di hati
rindu menghampiri kala sendiri
halaman hidupku yang kosong tak terisi
sungguh lama dikau pergi

ha....ha.....ha....
ha....ha....ha.....
oh.....



Jumaat, 17 Jun 2011

Dia

Dia : rindu itu indah kan sayang..
Saya : ye….
Dia : tapi…
Saya : kenapa pulak..
Dia : sakit tanggung rindu tu…namun indah bila bertemu..~







mak

mak... ateh nak luahkan perasaan ateh di entry ni, boleh kan... mak.. ateh bukan anak yang baik untuk mak. ateh da malukan mak dl. ateh selalu melukakan hati mak. ateh la anak yang selalu ada masalah. ateh selalu menyusahkan mak dengan kerenah anak-anak ateh.. mak, seminggu ni hari yang betul-betul mencabar bagi ateh.. kenapa mak da tak nak bercakap dengan ateh. kenapa mak selalu berkurung dalam bilik, mak murung .. mak menangis.. apa guna ateh dalam rumah tu kalau mak anggap ateh tiada untuk menolong mak.. ateh betul-betul terasa dengan tindakan mak.. ateh malu sebab mak selalu sebut nama anak mak yang lain.. sedangkan siapa yang menguruskan mak selama ini... siapa yang sanggap berjaga malam demi mak.. ateh tak mahu jawap sebab jawapannya menyakitkan.. ateh menangis mak.. ateh tak sanggup hadapi hari-hari tanpa bercakap, bergurau dan melihat mak.. rasa tiada guna hidup di dunia ni lagi mak.. ateh sanggup kehilangan suami apabila dia bersikap kurang ajar dengan mak.. ateh tak boleh tengok orang berkasar dengan mak.. mereka biadap... ateh da ada anak, ateh tau perasaan seorang ibu.. ateh tau sakitnya saat bersalin, ateh tau sakitnya membesarkan anak dalam serba kekurangan, ateh tau sakitnya apabila anak tidak mendengar kata.. mak... ateh tau mak sebenarnya mak da tak nak menyusahkan ateh untuk menguruskan mak lagi.. mak kasihan tengok  ateh penat bekerja, jaga anak-anak, pastu balik kena masak untuk mak dan ayah, ateh kene uruskan jadual berkala ke hospital dan ke ijn, setiap minggu hantar mak berubat di merata-rata tempat hanya semata-mata untuk melihat mak sembuh.. takpe mak ateh sanggup lakukan apa saja demi mak yang sorang ini.. tiada galang gantinya seorang ibu untuk 6 orang anak... 6 orang anak belum tentu dapat menjaga ibunya.. jangan mak risau keadaan ateh.. kalau mak sihat, mak ceria ateh pun sihat dan ceria mak.. jangan seksa diri mak kerna anak-anak.. ateh rindu mak yang aktif dan yang garang dulu walaupun pada hakikatnya ia hanya tinggal kenangan.. mak... ateh akan cube cari ubat yang terbaik untuk mak semampu ateh.. jangan la mak risau.. rezeki ALLAH luas mak.. DIA tak akan menyiksa hambaNya yang memerlukan bantuan kan mak.. ateh tau mak nak solat tapi keadaan memang tidak mengizinkan .. mak selalu lupa.. ateh nak buat yang terbaik untuk mak.. ateh nak tebus segala kesalahan ateh pada mak dulu.. hajat mak untuk melihat ateh berkahwin insyaallah akan ateh tunaikan.. walaupun jauh disudut hati ateh belum bersedia.. kalau dulu ateh bernikah tanpa restu mak hari ni ateh da ada restu dan keizinan mak.. takpe la ateh ketepikan perasaan ateh itu demi mak... insyaallah ALLAH tak akan mensia-siakan hajat mak tu.. dan insyaallah ateh akan bahagia berkat doa mak itu nanti... mak, maafkan ateh kalau coretan ateh ni menguriskan perasaan mak.. ni hanya luahan ateh kerna ateh anak mak yang lemah.. anak yang sentiasa merindukan kasih sayang dan belaian seorang ibu walaupun da besar panjang.. kasih sayang mak membawa ateh ke syurga.. insyaallah mak.. Terima kasih mak kerna mak melahirkan ateh.. walau seluas lautan pengorbanan  ateh pada mak belum terbalas lagi dengan kesakitan melahirkan dan air susu yang mak bagi pada ateh.. ateh akan ingat itu mak.. ateh ingat....



Rabu, 15 Jun 2011

BaLaDa RiNdU


terlalu jauh sudah aku berjalan..
melangkahkan kaki mengikut gerak naluri hati
walau jauh mana pun aku berlari
namun yang pasti aku masih begini....
rahsia hati..
kadang aku rasa goyah
kadang aku rasa hebat
kadang aku rasa cukup sempurna 
kadang terlalu menderita...
itu lah fitrah khlifahNya
ku taman jauh di dasar perut bumi
ku simpul rapi kemas ikatannya
ku layangkan ia mengikut angin yang bertiup kencang
tapi mengapakah ia masih bersarang jauh di lubuk hati yang beku
sungguh aku rindu
ibarat 'BaLaDa RiNdU'....
sering datang bertamu
menyentuh minda dan sanubari insan kedil seperti aku
sampai bila aku tidak pasti
yang pasti aku hanya menanti hari, waktu dan ketikanya...
jiwa dihimpit kekesalan
fikiran disambar panahan kata-kata insan yang tak punya mata
badan binasa kerna luka yang tiada nyata
hati keras tiada berkata
hanya coretan 'BaLaDa RiNdU'
pengubat segala derita...
dan DIA tempat aku berserah dan menyerah...
Terima Kasih ALLAH....
CINTA yang SUCI LAGI ABADI




bait bait lirik 'Jauh Kau Pergi'

Pernah ada rasa cinta
antara kita
kini hanya tinggal kenangan...
ingin ku lupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan
seperti dirimu
oh bintangku....

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini ku cuba cari pengantimu
namun tak lagi seperti dirimu
oh kekasih....

Pernah ada rasa cinta
antara kita kini
tinggal kenangan......



Selasa, 14 Jun 2011

mood nak balik umah...

sebelum balik ni macam-macam benda nak cite pulak.. boleh tak baca cerita aku ni????... bosan tak!!!!.. takde la gurau je.. aku ni kan dulu bukan main tarik tali lagi dengan si Papa Man tu.. sekarang bila da jauh.. terasa betol-betol sunyi.. camni ke perasaan orang PJJ.. loooorrrr... cedih la.. asyik pegang telefon, orang disana sibuk keje.. aku yang angau asyik dok ingat kat dia.. sengallll kan hahahahaaa... kelakar la aku ni.. korang gelakkan aku ye.... gelak la takpe.. aku budak baru nak belajar.. hahahahaaaaaa...

kalau sebelum ni.. tiap-tiap ari jumpa.. papa man kata wajib jumpa.. kalau tak macam ada kerja yang tak siap.. aku biasa je.. sekarang ni padan muka aku.. aku pulak yang dok teringat-ingat kat dia.. hadoiii... nasib la badan..  apa lagi kes da selesai bila nak langsung!!... isyhhhh... nanti lor, mak aku sakit jadi sekarang aku harus tumpukan  perhatian pada mak.. insyaallah tahun depan aku habak no!!!!.. takut pun ada ni.. malu kalau orang tengok muka aku yang merah padam ni.. rasa macam anak dara pulak ko...

tapi aku tak mau la berharap sangat... cuma meluahkan perasaan aku ni aja.. berharap bermakna aku sudah meletakkan 1 kepercayaan pada dirinya.. cukup la 'angguk'kan aku ni sahaja.. untuk berkata-kata.. hanya INSYAALLAH aku lafazkan.. takut takut jugak.. mau mau jugak.. hahahahahaaaaa... aku suka layan lagu ni.. tak tau kenapa.. jom la dengar sama-sama.. :))

Ranjang Mawar - Wings


alololoooo... binatang pun nak berkasih-kasihan
ni kan kita manusia yang di berikan AKAL oleh ALLAH S.W.T
itu tanda kebesaran ALLAH untuk khalifahNya.. 
yang bernama 'manusia'...

Antara mak & pasangan

RENUNGKAN BERSAMA……………………………..

Bila seronok, aku cari….pasanganku
-Bila sedih, aku cari….Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat….Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila… aku nak talipon Mak
-Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-”Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja…
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. …….

-Tapi kalau Mak sudah tiada……. …
-MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya…..
-berapa ramai yang sanggup….. membersihkan najis ibunya…… .
-berapa ramai yang sanggup….. .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……