LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 31 Disember 2012

365 hari yang lalu....


selamat pagi dunia.....


opppsssss da tengahari la mama.. ok ok silap lak.. sbb kat sini cuaca mendung je.. selamat menjamu selera semua.. alahmdulillah lagi 12 jam kita akan melangkah ke tahun baru 2013... azam???? ada yang da buat azam baru ke atau masih dengan azam yang lama.. yang azam lama tu mama la kan.. kahkahkah


365hari yang lalu.... pelbagai kisah duka suka kehidupan kita lalui.. pelbagai cabaran yang terbentang dijalur perjalanan kita... airmata saksi segala kebahagiaan.. ada yang tinggal berparut lukanya dan mungkin masih berbaki sisa-sisa kesakitannya.. itulah citra cinta kehidupan ini.... tiada siapa yang terkecuali.. PM kita pun melaluinya... hihihiiiii



macam-macam kenangan kan... disebalik kesakitan pasti tercalit kemanisan yang membuat kita tertawa sendiri.... selepas airmata mengalir pasti sebuah senyuman terukir...


kalau tahun sebelum ni.. mama mengharungi kehidupan sendiri dengan ditemani 2 puteri yang comel kini tahun 2012 menjanjikan kebahagiaan yang tiada dalam azam mama diawal tahun yang lalu... bernikah semula???? hahahaaa.. macam mimpi kan.. alhamdulillah itulah RAHSIA ALLAH S.W.T...


25/2/2012... mama selamat dinikahi oleh seorang hamba ALLAH yang sudi menerima buruk baik sikap mama.. lelaki yang sering kali mama kecewakan harapan dan impiannya.. berkat doa MAK AYAH dan DIRInya kami telah sah sebagai SUAMI ISTERI...



18/05/2012... urin test double line... alhamdulillah tak sangka rezeki ALLAH secepat itu.. hihihiiii

alhamdulillah.... hadiah teristimewa untuk SUAMI tersayang.. 


13/6/2012... ditahan wad kerna kurang air dalam badan.. dan kencing kotor.. bercuti la 3 hari 2 malam di hospital.. makan free :)) (orang mengandung memang macamtu la kan.. hihihiii )
dalam masa yang sama mak kene serangan strok lagi... lepas pada tu kesihatan mak memang tak stabil.. mak dalam dunianya sendiri.. :(



15/9/2012.. berday hot mama.. suprise dari BFF mama... thanks korang.. love uloz so muchhhhhh da tua-tua sambut berday, malu je kan.. baru 26tahun.. muda lagi kan.. ye ke???? ^__^


3/11/2012... honeymoon.. selepas 7 bulan bernikah.. hahahaha.. honeymoon dengan 2 gegirl tu dan baby dalam perut mama ni.. seronok sangat... trip dari n9 ke penang dan Cameron... semoga ALLAH membekati keluarga baru ini... aamiin..


dan penghujung tahun 2012 ni banyak menyaksikan airmata mengalir... penutup yang penuh dengan kesedihan... apabila oranjg luar menilai kita dalam keluarga yang dia sendiri tak tahu kisahnya.. ada ke patut.. sewel punya orang... dan pengalaman mengandung yang jauh berbeza semasa mengandungkan kak long dan adik kakak aisyah dahulu..


apapun semoga tahun 2013 ni membawa sinar kebahagiaan dan kematangan dalam meniti hari-hari mendatang... Dipelihara dan Ditetapkan IMAN... menjadi seorang Hamba, Isteri, Ibu dan Anak yang solehah..aamiin... 







selamat tinggal kenangan 2012.....

 selamat datang 2013 yang penuh cahaya kebahagiaan dan keimanan... InsyaALLAH... :)

Khamis, 27 Disember 2012

panggilan yang tak diundang



terabak mood mama arini.. da la penat tak hilang lagi menguruskan hal anak sek. masuk ofis dapat col dari someone... mungkin niat dia baik tapi tidak tepat pada masa dan waktu mood mama... nak komen hal family tp dia orang luar.. patut ke????



gila tol la.. semoga mama dapat memaafkan dia.. kita ni hidup jangan dengar cerita 1 pihak je.. nanti dengan kau - kau kene maki hamun.. silap-silap hilang gigi depan cik abg oooiiiiiii... 



menangis depan bos dan mak tih tadi.. sungguh kata-kata hamba itu melukakan hati dan jiwa mama. kalau kau kasihan tengok mak macam tu.. apatahlagi mama ni, anak dia sendiri.. anak yang rapat dengan dia.. anak yang menemani dia berubat dimana sahaja.. lancang sungguh mulut kau pak cik..


kalau bukan sebab mak yang nak mama bernikah dengan papa dulu. mungkin mama masih berada disisi mak.. dan jikalau masa itu mak sakit macam sekarang.. SALAH AKU ke, SAKAIIIIIIIII.................


ALLAH Maha Mengetahui......



alhamdulillah...


Rabu, 26 Disember 2012

37minggu ::semua da ready !!!! ::



Salam Hari Rabu semua...
Hari yang lembab dan mendung kat tempat mama ni.. semalam cuti kan.. best la masing-masing berjalan sakan.. dikesempatan bercuti semalam, mama nekad habiskan shopping barang baby.. dayakan jugak kaki ni melangkah.. so fenattttt... entah berapa banyak kali berhenti melepak melepaskan 'hongeh' yang tak tertanggung dek badan ni.. huhuhu



+ + + itu ini.. dari start beli sikit-sikit barang keperluan baby sampai la semalam penamatnya, habis la RM1k.. kussss semangat.. ye la semua baru.. barang lama semua tak nampak bayang da.. kene la beli barang baru.. alhamdulillah semua da settle.. tunggu nak pushhhhh je lagi..  ( tatutttttt ^__^ )



kesihatan sekarang memang tak stabil.. semoga terus bertahan sampai delivery nanti... amin..

minggu lepas check up 36w...
  • berat turun 2 kg.. tinggal 52 aja.. memang terkejut gila mama..
  • Hb 10.6
  • kencing kotor
  • keputihan datang kembali ( doc bagi ubat masuk bawah )
  • scan  -  alhamdulillah kedudukan baby n uri da normal...
  • jantina - :( redha tunggu la baby da keluar nanti...
  • date last delivery doc bagi sampai 22/1 nanti...



esok nak basuh baju baby n pack siap-siap dalam beg dan simpan dalam kereta... apa-apa hal semua da ready kan.. takde la nak menyusahkan sesiapa nanti.. InsyaALLAH.. hari ni check up 37w pulak.. apa la suprise ye lagi hari ini.. dalam hati sentiasa dup dap dup dap.. ye la orang kata tengah tunggu hari je kan.. semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan bersalin, mama n baby selamat dan sihat.. aamiin.. :))










Isnin, 17 Disember 2012

alahai bos!!!!!



oh tidakkkkkk.....

bos baru maklumkan bahawa kamu : Pn Siti Azlina kene g seminar kat Seremban tu...




waduh..
waduh...
waduhhhhhh....



baru berangan nak rehat kat ofis hari Rabu ni...
da la cheek up pun hr Rabu ni...


hari tu da cakap kat papa yang mama kene g seminar tu..
papa cakap kalau tak larat cakap dengan bos aja..
Bos pun da setuju dia yang akan pergi nanti..
tup-tup datang orang SAINS tadi kata itu seminar bahagian kewangan...



KEWANGAN??????



terus bos tarik diri kata mama yang kene pergi...
dia kata itu bahagian kerja korang... 
oh bosku sayang...
sedihnya..
nak cakap apa dengan papa ni..
harap papa paham kan
memang la papa paham tapi dia kasihan tengok bini dia yang dok nak melangkah pun payah.. hahaha
ni kan pulak kene duduk dalam bilik tu seharian suntuk...



akhir cakap ( ayat pujuk diri )..
'tuntutan kerja'.....
CAMTU LAH !!!!!!!!!





lagi 1.....



Assalammualaikum semua...
salam hari Isnan.. mesti semua mood tengah ooo.OO..OOOOOO kan.. ye la semalam berjalan sakan.. huhu.. bila masuk je kerja hari isnan ni da terbayang dalam kepala kerja-kerja yang menantikan.. itu nak disiapkan.. itu nak cepat.. semua main tuding jari je.. oh tidakkkkkk :((


ni kerja gila berani mati...
ada bran????
kecut perut mak nak!!!!



kerja mama tinggal 1 kertas kerja yang perlu diselesaikan lagi.. setelah 5 kertaskerja projek disiapkan dalam masa 2 minggu ni.. kalau tidak, tak tenang la mama cuti bersalin nanti... kesian mak tih kene buat sorang-sorang.. yang lain tu rasanya kerja mudah je.. mak tih boleh handle.. bos suruh cari pengganti masa mama cuti bersalin tapi mak tih tak nak.. dia kata boleh buat sorang so ikot aja la.. ala rumah mama dekat je dengan ofis apa-apa hal col je kan.. hihihiii...


ok la jom sambung kerja.. membebel je banyak tapi kerja tak jalan pun tak guna jugak.. jangan makan gaji buta je.. hidup biar berkat.. InsyaALLAH.. amin..


daaaa.....




Jumaat, 14 Disember 2012

rindu dengan kak long dan adik :((



hampir 1 bulan rumah sunyi tanpa gelak tawa mereka... rindunya dengan anak-anak mama... nak dibawa balik takut makayah terasa hati, ye lah baki cuti sek kan banyak lagi.. biarlah budak-budak tu kat sini... hhmmmmmm :(( camtu la selalunya bila mama nak ajak kak long dan adik balik...



sayang mama rindu!!!!!!
mama tak sihat sayang...
mama sorang kat umah..
mama sunyi...
papa deman...
papa pun da rindu kamu sayang...


cepat la abis cuti sek ni....






Khamis, 13 Disember 2012

34minggu ::: simpul biawak @ simpul mengkarung :::


pejam celik pejam celik tinggal 1 bulan je lagi nak bersalin... so tatutttttt... hari ni 13/12/2012.. date due 14/01/2013.. ngam ngam 30 hari lagi kan.. barang baby banyak yang takde lagi sebab mamanya tak larat nak berjalan shopping... harap papa kang entah apa yang dibelinya.. huhuhu...


da hujung-hujung ni kesihatan pun tak berapa stabil.. malam semalam kene kejang urat lagi atau 'simpul biawak'.. sakit gila menangis menahan sakit.. terus la MC paginya tu.. tak dibenarkan bergerak oleh En Suami tersayang.. sapu minyak angin dan berstokin 1 hari 1 malam.. da macam orang berpantang mama ni...





ok jom kita tengok apa itu simpul biawak @ simpul mengkarung..

 
"Simpul Mengkarung" ini boleh terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan pada bila-bila masa. Ada juga yg terjadi ketika tidur (seperti yg saya selalu kena). Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut seketika. 


Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan.

Keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Kekejangan turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar. Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi dan Melegakan Kekejangan ini??
  • Bagi wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.
  • Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.
  • Wanita hamil juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
  • Pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
  • Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.
  • Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
  • Urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
  • Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.
(Sumber Rujukan : Utusan Online)



Jumaat, 7 Disember 2012

33 minggu ::: mabuk semula... :::



kepala pening...
tekak loya..
selera down...
mood tunggang-langgang...
badan stres.. (sakit sana sini)..


malam tadi langsung tak boleh tido...
itu sakit ini sakit...
itu belum baby mengeras lagi...
merenggek macam budak kecil..
kesian papa menahan mengantuk sambil melayan kerenah mama..
lagi 1 bulan nak bersalin.. tak kan la boleh mabuk semula..
tapi ni la yang mama rasa..
pagi tadi bangun dengan kesedihan..
kalau tidak mengenangkan kerja yang belum settle kat ofis..
maun je mama tarik selimut..


semalam check up...
berat da 53kg..
reflo.. 6.3
yang lain alhamdulillah normal....
cuma doc risau mama asyik pening aja sekarang ni...
dibekalkan dengan ubat muntah..
sentuh pun dak ubat tu...
sbb ubat tu akan menyebabkan mengantuk...
silap haribulan tak bangkit la mama ni...


hujung minggu pulak penuh dengan jemputan kenduri..
camne la nak g..
badan pun tak larat nak bawa..
ni kan berjalan dengan panas terik dan bersesak2 dengan para tetamu...
ALLAH... memang mendukacitakan...



mabuk oh mabuk..... :((







Rabu, 5 Disember 2012

rindu saat-saat...



saat-saat  'noty'.. hahahahaaaaaaaa.

 single mother
2 years ago...


 bercuti ke langkawi dengan mak tih...



 apa senyum-senyum....
sekarang da dam-dammmmmm 
^__^


saat single-ming'girl'...




takde kerja cari kerja...
bye nak keluar da, nak g lunch dgn papa..
pastu check up 34w..






bermula dengan huruf 'H'



Assalammualaikum...
selamat pagi semua... entah apa-apa la mama pagi ni kan.. main huruf-huruf pulak.. hahaha.. saje je nak semakkan blog ni.. bermula dengan huruf 'H'..

Happy...
Handal..
Hairan kan??? hahahaaaa

Halau ke..
ke Hantu... *__^

Halimah jongang?????
Hapak hang!!!!!...


'H' tu adalah...


nama baby yang bakal lahir nanti...
sudah dapat 2 nama..
1 untuk baby boy
1 lagi untuk baby girl...

klu lelaki mesti la "Muhammad' dulu kan baru la tambah lagi 1 nama....
yang girl pulak nak letak 'Nur' dulu pastu tambah 1 nama lagi dengan huruf permulaan 'H'... bin @binti HASLIMAN.... yang penting nama itu mesti ada makna yang baik2.. InsyaaALLAH...


dan H untuk... hahahahahaaaaaaaa :))


Selamat beramal dan bekerja semua...


 sweet kan... :))







Selasa, 4 Disember 2012

TIPS DIET PEMAKANAN MENGIKUT RASULULLAH SAW....



Rasullulah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:


1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.

Rasulullah SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.

Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.

Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.

Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.

Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.

Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

8. Buah tamar

sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

9. Rasulullah SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).

Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Rasulullah SAW juga menggalakkan penggambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)

12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.

Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW: نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع “Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“

Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.

– Doa sebelum makan;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).

“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).

Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;

“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.

Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.

Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.

Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.

Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

Berkenaan tidur selepas makan tengahari ( Jadi sebelum zohor kan )...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah," - Hadis Riwayat al-Tabarani

Kitab 'Misykatul Masabih' ada disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW : "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SAW ada melakukannya."

Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabtu, 1 Disember 2012

family mertua suruh balik.....



seminggu 2 ni asyik dapat mesej dari kampung (mertua) suruh balik...
kenapa ye....
ni tadi col lagi..
tak dickp plk apa hal ye... 
badan tak larat la nak jalan jauh....
esok nak balik rumah mak dl..
nak masak untuk mak...
kesian dengan mak..
serbasalah dibuatnya..
papa ikot je..
kalau mama nak balik.. baliklah katanya...
kalau tak nak rehat umah mak ayang aja....
camne?????

Jumaat, 30 November 2012

trip n9, penang n cameron ♥ - Part 2


sampai cameron da pukul 11am.. papa berhenti sampai 3x cari hotel.. semua penuh.. mama da give up gila.. badan da penat.. rasa nak nangis je masa tu.. huhuhu.. alhamdulillah rezeki kami dapat sebuah apartment, tu pun da tak fikir apa.. terus setuju je dgn autie tu.. RM 200.00 je.. murahkan sebab onwer yg booking apartment tu tak jadi datang.. hangus la deposit RM 200.00 mereka.. jd kami hanya perlu tambah RM200.00 lagi utk kos 1 malam... alhamdulillah... memang selesa apartment yang kami dapat.. ada 3 bilik.. 1 bilik ada 2 katil besar.. semua langkap la.. apa lagi hura-hara la adik dan kak long punya perangai..



macam jantan... lompat sana lompat sini..


ni lagi... kussss semangat !!!!

 sejuk gila.. masa untuk gerak sayang.. :)


 bukan senang nak suruh papa senyum..
mahal kan.. huhuhu
(senyum kambing jugak yg dapat )



BEE Farm pulak kita...



anak mama sayang .....

suka sangat la mereka kan


lebah GERGASI.. hihihiii


next destinasi...
Taman Rama-Rama


rama-rama pun nak tumpang bergambar kan... huhuhu


cantiknya ciptaan Ilahi.. :))


beria-ia 'kakak saleh' ni ambil gambar rama-rama


ni yang buat adik aisyah terjerit-jerit...
"mama. adik nak bawa balik seekor"... hahahaha...


eeeeeeee.... mengelikan.. T__T


kura-kura pulak...


da besar anak mama ni.. masih terasa saat melahirkan dia.. :(


cinta hati mama....


 ada lagi ke????
geli ye...


sesumpah...
banyak lagi pic binatang tapi tak sanggup nak tgk...
mama geliiiiii.... ;p


Anugerah ALLAH yang tak ternilai harganya...
alhamdulillah...


tiada lagi mekap dan wangi-wangian...
hahahaaaa.. redha je la ye papa.. :))


 walaupun mama penat berjalan tp diteruskan jua demi 2 gadis comel ni...


 limit masuk 3 orang (rm 20.00).. kami ber4.. so kene bayar utk 1 kilo strawberries (rm 50.00)
memang puas bila dapat petik sendiri...
1 masuk bekas.. 1 masuk mulut.. hahaha


 papa pun happy jugak.... love u sayang...


 belum keluar lagi dari ladang da cakap dengan mama dia...
" mama, nanti datang sini lagi ye... best la".... 
dalam hati Ya ALLAH... tak sanggup mama da sayang...


  CITRA CINTA KAMI


   feberat mama... strawberries celup coklat + aiskrim yang lazat.. :))


 jom gerak....
mama da tak larat sayang....


 last destinasi kami...
Ladang Teh...
cantik kan pemandangan ladang ni...


 masa ni hujan renjai2..
tanah licin... takuttttt


 nak sangat diaorang ni turun...
ikotkan je la... :))


 senyum simpulllllll... ^__^


 nurul Aisyah... nakal tapi rajin..


 menikmati coklat teh!!!!...
first time dengor... tp memang best...


 adik minta mee goreng kat sini...
"mano ado sayang.. sini ada makanan ringan je... desert kato org"... ahahahaha


 nampak pulak air terjun...
singgah lagi... LATA ISKANDAR...


 tadi 'moody' nampak air terus bersemangat...


da da.. jom balik... 


 alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai di Senawang... pukul 10.30pm
perut da lapar.. " yang, jom kita makan satay tulang nak.. yang keluar kat tv 3 tu"...
so ni la dia satay tulang ye.. RM 1.00 1 cucuk... sapa yang pandai makan tulang ok la..
yang tak pandai mcam mama, makan apa yang dapat aja la.. mmg tulang dibagi eh... hahaha


muka kepenatan 1 hari berjalan sakan... 
apa pun niat untuk bawa anak berjalan termakbul...
alhamdulillah...
mereka happy, mama papa pun happy jugak...



~~~~ TAMAT ~~~~