LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 29 Jun 2013

aktiviti mama yang terkini....


Assalammualaikum...
Selamat pagi Malayisa...


pagi sabtu yang penuh penyaki 'M'.. so nak update sikit la kan kat sini.. huahuahua.. aktivi mama 2 bulan kebelakangan ni  mmg 'best'.. menjadikan hidup 'huru-hara'.. hidup dengan penuh rasa 'tanggungjawap'.. insyaALLAH.. mesti korang penah dengar nama DAO.. atau dengan nama penuhnya.. "Dr. Azizan  Osman"., Pakar Motivasi Keusahawanan yang terkenal abad ini.. alhamdulillah mama telah 3 kali mengikuti seminar percuma beliau.. sangat best.. pengisian yang penuh makna.. ilmu ketuhanan dan ilmu kekayaan dikongsi bersama..


ok...
camne ek mama boleh terjerus dengan 'hasutan' DAO ni.. mama tengok FB.. banyak komen yang 'best' tentang Seminar DAO ni so mama ajak mak tih join.. nak tengok betul ke DAO ni 'hebat'.. first kami join Seminar Wang Power & Facebook Power di Bangunan MCA Kuala Lumpur.. tak tau tempat redah je, alhamdulillha kami jumpa.. pertama kali daftar 'wow'.. nak beratur masuk dewan 'wow' kali kedua.. start ceramah'wow' lagi.. dan akhir sekali memang 'wowwwww' la seminar ni.. dari dada yang kosong terus bersemangat nak berniaga...



kami join lagi Seminar Hidup Luar Biasa di SACC, Shah Alam.. kali ni mama bawa mam akid sekali.. jom kita dengar sama-sama.. pengisian ye penuh penuh dengan ilmu..


malam ni kami join lagi Seminar hidup Luar Biasa di Melaka..



dan



minggu depan mama akan masuk kelas Dr IMKK.. apa itu IMKK??.. IMKK adalah 'Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan'.. mama ambil pakej VIP.. price??? RM 1997.00.. no no no... dapat offer lagi bauver (kupon) RM 1000.00.. jadi mam akan hanya bayar RM997.00 aja.. ada berita gumbira lagi.. mama boleh bawa seorang kawan dengan percuma.. jeng jeng jeng... mama ajak mama akid jadi RM 997.00 bahagi 2.. RM --------... bahagia tak?? bahagia kan... 










jadi sesiapa yang ingin beralih kerjaya tetapi tak tahu mana nak dituju.. jom join seminar DAO ni dulu.. Insya ALLAH anda akan nampak hala tuju selepas itu.. tapi semua bergantung pada diri anda sendiri...


tetapi masing-masing ada pendapat yang tersendiri kan.. ada jugak yang berapa 'suka' dengan seminar yang dianjurkan DAO.. mama sendiri tak terkeuali terkena tempias ye.. bagi mama kita tak kenal seseorang kita tak boleh menilai siapa dia.. dia tergolong dalam golongan apa.. siap cakap "kalau Rasulullah hadir di Majlis tersebut, adakah baginda akan tersenyum atau bersedih???".. Allah hu Akbar!!!.. siapa kita nak menilai itu semua.. DAO sendiri mengakui dia insan biasa banyak kelemahanNya.. dia hanya ingin membantu 'org melayu' kita dari terus dipijak.. dari terus dipergunakan.. mama pun tak berani nak cakap banyak sebab yang komen tu pun seorang 'ustazah'.. mama hanya insan ALLAH yang sedikit ilmu ye.. tetapi semua bergantung dengan 'NIAT'.. ALLAH tahu 'NIAT' kita dan Dia kan bantu kita semua.. insyaALLAH.. sebebihnya TAWAKAL... jap jap mama baru teringat perbualan mama dengan bos aritu.. " kalau seorang KAFIR berkata-kata dan KATA-KATAnya itu bermanfaat.. maka KITA boleh menguna pakai kata-katanya itu".. wallahualam..


lepas raya pulak mama akan ikuti kursus LPU. Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modul 1 &  2 Anjuran MARA Negeri, Negeri Sembilan selama 10 hari... nak jadi usahawanita ni tau kawan-kawan.. hihihiii.. doakan mama ye.. love u all.. :))











HATI dan UJIAN




Hati bertanya 'apa maksud ujian?'... akal menjawab 'bukankah ujian itu membuktikan sayang Allah padamu?'... hati masih meronta2. Apa mungkin ianya kecewa? kecewa kerana tidak memiliki apa yang diimpi dan diharapkan?... Hati kembali berkata 'aku hanya ingin dipermudahkan segala urusan, aku hanya ingin segalanya yang terbaik agar aku tidak lagi mengecewakan insan yang aku sayangi'...






akal menjawab 'Kau kecewa hati? kau kecewa dengan siapa? Layakkah dirimu untuk berasa kecewa setelah hanya sedikit sahaja permintaan-Mu tidak dipenuhi seperti mahumu?... sedarlah hati, Allah tidak mungkin menguji andai Dia tahu kemampuan kita tidak mencukupi. Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk kita, walaupun adakala ianya menyakitkan dan tidak seperti yang diharapkan. Namun ketahuilah wahai hati, ujian itu bukti Allah masih peduli akan dirimu. Diuji agar dirimu tidak terleka dengan nikmat. Diuji agar kau sedar akan kekurangan. Diuji agar kau insaf segala ketidaksempurnaan...Ketahuilah hati, Allah mengetahui yang terbaik buatmu. Teguhkan keyakinanmu terhadap kekuasaan-Nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.'... Hati termenung.. Cuba meletakkan iman dihadapan pemikiran... Lalu hati berdoa penuh keinsafan dan pengharapan...








"Ya Allah diri ini sering tertewas dengan dugaan dan ujian-Mu. Aku tidak gagah untuk menghadapi apa yang telah Engkau bentangkan buatku saat ini. Justeru aku mohon bantuan-Mu, sesungguhnya segala dugaan dan ujian ini datangnya dari-Mu, Engkau permudahkanlah ia bagiku... Aku teramat mengharapkan bantuan-Mu... kerana hanya dengan kekuasaan-Mu aku mampu mengharungimya. Aku sedih ya Allah... aku kecewa dengan diri ini... aku tidak mampu menyembunyikan air mataku sendiri... aku hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan-Mu... maafkan dan ampunkanlah diri ini ya Allah, kerana aku hanya hamba-Mu yang lemah..."








...sesungguhnya kasih sayang Allah sering mendahului kemurkaan-Nya...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jumaat, 28 Jun 2013

Miskin???




Bila kamu miskin. Berjodoh pula dengan pasangan yang miskin. Jangan risau takut hidup makin susah.

Cuba fikir positif.

Mula hidup susah payah dengan pasangan. Susah. Tak cukup duit. Tapi tempuh dan jalani bersama-sama. Berperingkat-peringkat. Katalah 10 tahun pertama hidup susah, kemudian berkat usaha bersama dan yakin pada rezeki Allah, 10 tahun yang berikutnya hidup senang sedikit.

Suatu hari nanti, bila duduk bersama dengan pasangan imbas balik masa zaman-zaman susah dulu. Bila tengok kerusi perabot, peti sejuk atau dapur yang ada di rumah kita tu, maka keluarlah soalan yang lebih kurang macam ni,

"Ingat tak lagi kali pertama kita nak beli ni?"

Susah. Miskin. Takde duit.
Tapi percayalah.
Fasa susah dan senang tu. Lebih manis dikenang.
Diingati sampai bila-bila.



doakan kami kaya dengan sifat kasih sayang..
aamiin....

bila 'emo' menguasai diri....





 1 minit kita rasa sedih, kita sudah kehilangan 60 saat utk rasa gembira & bahagia! Rugikan.. Jadi, kawal hati agar yg sedih itu menginsafkan, agar kemudiannya kita rasa nikmat bahagia krn kesedaran.. 

-












-












-





Dalam derita ada bahagia, dalam gembira mungkin terselit duka.. Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu.. Bibir mudah mengucap sabar, tapi hati yang remuk menderita.. Insan yang memandang mungkin mempunyai berbagai tafsiran..

Segala takdir terimalah dengan hati yang terbuka walau terseksa kerana ada hikmahnya.. Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma.. Itu jelasnya membuktikan ALLAH mengasihimu setiap masa.. Lalu diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan.. Hanya yang terpilih sahaja di antara berjuta mendapat rahmat-NYA..

Sesungguhnya ALLAH rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan.. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi....

- Tuan Shahrul Mizan














p/s ::: maaf emosi mama tak berapa baik arini.. menahan diri dari terus mengeluarkan airmata.. ah!!! ujianMu tak kan berhenti Ya ALLAH.. berikan aku kesabaran dan ketabahan untuk melaluinya..  :::



Khamis, 27 Jun 2013

da lama tak........



kek sarang semut


Kek Lapis Oreo Kukus


kek karamel kukus


Kek Lapis Coklat Cadbury

apam dot-dot feeling strawbery + coklat


sedap kan... ni koleksi gambar 'main masak-masak' hasil airtangan mama.. seingat mama da hampir 2 tahun mama tak buat semua ni.. lepas bertunang dengan papa Ogos 2011 sampai sekarang belum lagi kedapur untuk itu.. tetapi sejak nak jadi suri rumah (belah malam je.. hihihi) ni kan, tiba-tiba rindu nak main masak-masak macam dulu.. dari tak pandai 1 apa pun alhamdulillah sekarang da boleh memasak untuk keluarga tercinta dan untuk kawan-kawan.. hihihiiii



pssstttt... pssstttt...
mama da period tau... alhamdulillah kitaran kembali normal.. ini lah nikmat ALLAH yang tak terhingga.. so lepas ni kene la berhati-hati dijalanraya.. safety first !!!! kuangkuangkuang... papa da cakap awal-awal nak lagi seorang anak.. tapi bukan sekarang mungkin 2 - 3 tahun lagi.. insyaALLAH.. love u papa..



sedikit pic kami sekeluarga untu tatapan semua.. :)


 tiada kata-kata yang boleh mengambarkan 'nilai' mereka di hati mama


 saya juara !!!


 SOLEHAH... InsyaALLAH


 merah 5bulan.. baju pun merah.. hihihii


 ni masa merah 3 bulan..


 epilog 'Balada Rindu'




MAK mama... semuanya untuk MAK!!!




p/s ::: malam esok mama ada buat bacaan yasin dan doa selamat.. seperti tahun-tahun yang lalui, buat MAK inilah usaha ateh untuk MAK.. selamat ulang tahun kelahiran mak 1/7/2013... 


Selasa, 25 Jun 2013

rindu ye...


salam sayang semua..
rindu ye nak menulis tapi masa selalu mencemburui mama.. buzy sangat..
aktiviti mama sekarang dari mula celik sampai la nak tido kang ada je benda nak dibuat ye.


tambahan musim jerebu kene la hadkan aktiviti luaran.. kadangrasa tak nak bawa merah g kedai sebab habuk banyak.. tapi apakan daya takde sapa nak jaga merah sebelah malam.. tian anak mama tu.. kak long n kak aisyah mama tinggalkann dgn atok dan wan.. so mereka boleh la siapkan kerja sek n rehat.. mama?? masih bekerja dan berniaga.. dan InsyaALLAH akan menjadi seorang bisnes women yang berjaya.. dalam perancangan kearah itu..


sebulan 2 ni mama banyak mengikuti kurusu-kursus tentang selok-belok perniagaan.. kursus-kursus anjuran MARA.. n yang paling best mama mengikuti SEMINAR-SEMINAR anjuran Doc Azizan Osman.. insyaALLAH 4hb Julai hingga 7hb Julai mama kan join SEMINAR IMKK DAO di Menara PRGM, Cheras.. doakan kejayaan mama ye kawan-kawan.. :)


aktiviti papa sekarang...
papa akan membuka booth di Uptown Nilai atau lebih dikenali Pasar Karat.. akan dibuka 6/7/2013 nanti.. sekarang papa tengah kursus dengan "DEEN BURGER BAKAR".. traning dan sebagainya.. kami berusaha selebihnya ALLAH yang menentukan..






"Kalau engkau menangis sendirian untuk berjam-jam lamanya, tidak ramai orang 'bertanya' kenapa engkau menangis. Tetapi, jika engkau tersenyum sendirian walaupun beberapa saat. Akan ada orang tertanya-tanya kenapa senyuman itu muncul. Manusia lebih suka mengetahui perkara yang 'Menggembirakan' dan mereka tidak mahu mencampuri hal yang 'Menyedihkan'. Tidak ramai yang bersedia membantu diwaktu orang SUSAH benar-benar memerlukan.."







p/s :: sentiasa mengharapkan awan cerah dilangit biru tetapi kalau datang guruh, hujan dan petir itu semua adat dalam kehidupan ini.. kerna halangan, masalah dan ujian itulah yang mematangkan kita.. selayak ye kita sebagai hambaNya diUJI... :::



Rabu, 12 Jun 2013

salam sayang....



selamat petang semua...
lama rasanya tak menjenguk blog kesayangan ni... buxy sangat la kan.. hahaha...
takde mana ye punya...

banyak benda nak cerita.. perkembangan merah yang da masuk 5 bulan ahad aritu.. tadi g cucuk 5 bulan kat klinik desa.. kak long dan kak aisyah yang makin membesar dan usia pernikahan kami yang semakin matang.. da hampir sebulan lebih duduk dengan mak.. sukar nak diluahkan namun doa dan harapan hambaMu yang lemah ni "semoga ALLAH mempermudahkan segalanya"...


emosi kadang ok kadang KO... kesihatan pun tak berapa stabil.. Miss P masih belum mai.. walaupun da 5 bulan berlalu... takpe la ye.. tggu lepas puasa mai pun tak pa na!!!! mama nak puasa penuh tahun ni.. insyaALLAH...


tapi sekarang mama dapat projek besar.. dapat 1 tapak niaga kat nilai.. wait n see :))...
 

alamakkkkk.....






-



-



perut sakit.. nak masuk tandas da...
jumpa lagi ye... ;p