LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 31 Januari 2012

akan ku teruskan jua !!!!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم



pagi tadi bangun dengan tiada semangat langsung.. badan sakit-sakit sana sini.. kepala masih terasa berdenyut-denyut.. kalau lah ada seseorang disisi, mesti indah hidup ni kan.. aarrggghhhh kenangan itu membunuh semangat dan cintaku.. sakit semalam masih terasa.. masih bersisa dihati dan di benak fikiran mama..


apakah ni DUGAAN atau HUKUMAN Mu Y ALLAH...




semalam...

petang 6.00 pm mama jumpa papa man.. mama drive terus paking di 'taman' kami berbicara 4 mata.. mama luahkan segalanya.. tak sanggup da nak simpan , menanggung seorang diri.. papa man terdiam.. kenapa baru sekarang Ya ALLAH.. apakah muslihatnya.. memang fikiran mama terganggu.. mampu kah kami mempertahankan doa dan hajat kami ini Ya ALLAH.. hanya kepada Mu kami meminta dan kepada Mu kami bertawakal...






akhirnya...


-

-


-


setelah air mata dibazirkan dititiskan dan kejujuran di persoalkan



-




-






-






mama nekad untuk meneruskan pernikahan ni.. mungkin ni ujian buat kami.. alhamdulillah.. terima kasih atas semua rezeki dan limpah rahmatMu buat kami hamba yang lemah ini... besarlah hajat kami ini Ya ALLAH.. bukan doaku tapi doaMu.. bukan kehendak ku tapi kehendakmu Ya ALLAH... sesungguhnya apa yang berlaku ni hanya dengan keIzinanMu dan ada hikmah yang tersembunyi.. insyaallah..




p/s ::: love u sayang.. makin kuat cintaku padamu hanya kerna DIA.... insyaallah



Isnin, 30 Januari 2012

kenapa sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!

sakit ye Ya ALLAH berita yang mama terima hari ni.. setelah seminggu mama bertarung dengan emosi mama, bertarung dengan ujian Mu.. mama dapat positifkan diri mama..


tapi

hari ni


mama diuji lagi


sungguh berita yang mama terima ini amat memeritkan...

sakit Ya ALLAH..



sakit sangat..


mampukah mama bertahan...


Ya ALLAH bantulah mama yang lemah ini






sakittttttt...........




mampukah mama????????




Ya ALLAH....

Ya ALLAH ....



Ya ALLAH......

Sabtu, 28 Januari 2012

balasan email dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


As salam Pn Siti . Moga Allah rahmati u sekeluarga. 
Ingat hakikat bahawa Allah uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya utk menanggung ujian itu. So jgn sesekali merasa kecewa atau patah semangat. Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci org yg mudah patah semangat n setan amat suka org yg mudah patah semangat.


Setiap masalah berpunca drp: 
1. Hati yg kotor 
2. Fikiran yg negatif 
3. Amalan yg tak betul 
4. Gangguan metafizikal termasuk sihir dan 
5. Semata mata ujian Allah krn sayangNya kpd kita. 
So cuba semak diri ttg apa punca sebenar masalah yg u hadapi itu. Jika melihat jadual harian anak u, mmg padat n memenatkan. Yg sedihnya, dia tak ada masa nak bermain. Pesan Imam al G  Ghazali, anak akan mudah belajar walau bagaimana padatpun masanya, asalkan dia ada masa sedikit utk BERMAIN!!! Bermain akan recharge mental n fizikalnya.
Di antara perkara yg u boleh lakukan utk bantu dia belajar:
1. Pastikan dia makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malm lepas maghrib buat anak mudah letih n mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 11/2 jam makan. So anak boleh belajar dgn berkesan n fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm.
2. Jika boleh temankan dia belajar. Anak yg lahir bulan Mac adalah anak yg baik, lemah lembut, sensitif, perlukan belaian n kemanjaan n penghargaan kpd setiap perkara positif yg dia lakukan.
3. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar. ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa2 penerang hati termasuk surah al Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah al Insyirah utk kuat ingatan n mudah faham.
5. Bubuh pokok hidup, spt pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar utk supply oksigen kpd otak anak semasa belajar.
6. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda n daya ingatannya. Jika ada masalah, hub pejabat saya utk dapatkan supplemn minda EXCEL SUPREME yg byk membantu anak2 n org dewasa utk menguatkan daya ingatan dan prestasi dlm pelajaran n kerjaya. Pej saya: 03-89255043. Jika mmg dah ada supplemen utk anak, tak perlulah hub pej saya.
7. Cari peluang berjumpa guru2 anak di sek Cina tempat dia belajar. Minta nasihat n bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar d rumah.
8. Bacakan d kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak n memori anak. Bacakan waktu mlm nak belajar n waktu anak nak pergi sekolah.
9. Kenali kwn rapat anak d sekolah dan galakkan anak dan kwn utk tolong menolong n bersaing utk jadi pandai n cemerlang dlm exam.
10. Ibu bapa overhaul diri dgn amalan2 yg saya senaraikan d bawah ini.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur n ikut sunnah Nabi.
Prinsip hidup, jika ubah diri kita secara bersepadu, Allah akan ubah anak n semua org d sekitar kita. Juga, semakin rapat kita dgn Allah, maka Allah akan perbaiki hub kita dgn semua org.
Mulai hari ini  overhaul diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu n lakukan solat2 sunat qabliah n ba'diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardu kita.
2. Solat taubat n istighfar 70X sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah n tutup dgn solat WITIR setiap malam. Nabi suruh kita utk solat witir setiap mlm sebagai pembalut kpd semua amalan kita setiap hari utk d persembahkan kpd Allah SWT.
3. Maafkan semua org setiap mlm sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul, semua org sayang n anak dengar cakap u.
4. Utk merangsang ahli kel utk solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim ayat 40. Ini mmg doa khas utk mohon agar diri n kel jaga solat.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 n ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa2 tersebut, maka org bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, org bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak2 jadi hebat n soleh, hilang perangai buruk spt enggan solat, dsbnya. Saya sertakan set doa harian utk u  amalkan. Share doa2 tersebut dgn kwn2 n keluarga yg lain.
5. Pagar diri dgn fatehah and surah 3 Qul, hembus tapak tgn n sapu seluruh badan. Ini akan menghindar drp gangguan manusia, binatang, jin n sihir.
6. Lembutkan hati anak u atau org lain dgn fatehah, Surah al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat qursi n hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yg dah d pakai sebelum d cuci atau sekadar menghembus ke arah org tu drp jauh..
7. Layan anak2  lebih baik drp biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibu.
8. Setiap kali nak masuk rumah,pesan kpd semua ahli keluarga u utk baca Bismillah 3X, senyum, beri salam n masuk dgn melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DASIM drp masuk kepala u n ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, ibubapa kejam atau menzalimi anak2, dsbnya.
9. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir n hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dpt mendengar cakap atau hujah ibu.
10. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 
      1. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun, 
      2. Ya Allah, aku redha dgn segala ujian Mu, berilah aku pahala atas redha ini, 
      3. Ya Allah, aku kesia kpd anakku yg hadapi masalah dlm pelajaran ya Allah. 
          Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yg soleh, 
          sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar, 
          etc  Insya Allah hati akan tenang n doa akan makbul.
11. Baca al fatehah, ayat Qursi n Surah al Insyirah n hembus atas kepala anak u  setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yg soleh, pintar, berakhlak mulia n taat kpd ibu bapa.
12. Cuba nasihati anak u semasa dia tidur dengan berbisik d telinganya atau u sekadar bercakap dlm hati. Nasihatkan agar jadi anak yg baik, rajin belajar, dsbnya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mrk tidur, anak2 insya Allah akan berubah menjadi anak yg baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, sbb tabiat baru terbentuk dlm 40 hari. Insya Allah segala masalah yg famili u hadapi akan selesai langkah demi langkah. Moga berjaya, wassalam.

 














p/s :: tq kepada admin ( wakil Dato' ) sudi membalas email mama.. semoga info ini memberi manfaat kepada kawan-kawan semua.. 

Jumaat, 27 Januari 2012

kita teristimewa....


..بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


" Terkadang hidup berjalan berlawanan arah dengan apa yang kita inginkan..
Berfikiran positif, mungkin itulah jalan yang terbaik yang telah dirancang olehNya, 
Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat semua makhlukNya.. "





Tiga orang memandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita





Kata-kata yang pernah keluar dari mulut seorang ustaz :
" Mudah untuk manusia menjadi seorang yang sabar tetapi sukar menjadi seorang yang sabar dan sekaligus bersyukur.
Kadang-kadang teringat pada diri sendiri.. bila kita dalam kesusahan, 
mudah terlintas dihati dan fikiran cuma bersabar.. tetapi terlupa untuk bersyukur 
yang kita masih dikurniakan kesihatan yang baik.. dalam kita susah, mungkin ada orang lain yang lebih susah, dugaan hidup lebih hebat.. maka jadikanlah sabar dan syukur itu seiring dalam hidup kita.. tak kiralah dalam mencari rezeki atau dalam apa juasekali pun.. insyaallah





Dan paling penting, anda terlalu bertuah maka tersenyumlah kerana 
kita terpilih sebagai seorang MUSLIM. 
Kita ada ALLAH yang sentiasa bersama disetiap langkah kita. 
Di setiap hari, kita kan berjumpaNya dalam solat. 
ALLAH izinkan kita meminta padaNya setiap apa yang kita perlu..




p/s ::::  kak long demam.. mama pun rasa tak sihat.. alhamdulillah semoga kak long cepat sembuh ye.. love u sayang...


Rabu, 25 Januari 2012

masih 46kg

sebulan 2 ni.. makan bertambah-tambah, tak kira siang malam...

 :)) = pagi makan
*__^  =  tengahari makan
@__@   =    petang makan
-__-  =  malam makan


tu belum makan jajan lagi.. huhu.. ada aja makanan depan mata.. belasah semua...
nasib la badan. muka da tembam ni.. last timbang bulan 10 dulu 44 kg.. pagi tadi tergerak nak timbang sebab papa man da tegur kata badan da kembang.. hadoiiii..... naik 2  kilo aja = 46kg yahoooo .. syukur alhamdulillah... :))


bayu la caye... :))


alhamdulillah hari ni lagi 30 hari lagi 'Our Big Day'.. insyaallah doakan mama dan anak-anak mama temui kebahagiaanNya.. tapi tu la kan makin dekat ni makin kuat dugaan 'orang darah manis' ni.. memang tak tahan kalau tak sabar dan ingat ALLAH selalu.. berendam air mata da, bergaduh da, menjeruk rasa da, tak makan 48 jam da.. kahkahkah... alih-alih berbalik kepada fitrah manusia 'SABAR dan TAWAKAL'.. tak semua yang kita nak kita boleh dapat.. perancangan ALLAH lebih Indah dan Manis... amin



cuti NCY haritu, mama operasi mengecat bilik pelantin dan mengangkut pinggan mangkuk ke rumah Bahau sikit-sikit.. malam tadi da gunting kain langsir tingkap rumah dan bilik pelantin, malam ni da start menjahit.. (jahit lurus je.. tu aja mak tau, nak!!!) Ya ALLAH.. permudahkanlah segala urusan dan rezeki kami.. bantulah kami hambaMu yang lemah ini.. Ya ALLAH.. amin...




p/s ::::  hari ni mama akan beritahu seseorang tentang pernikahan ni.. harap ALLAH permudahkan.. mama nekad !!!!!