LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 30 Jun 2012

harapan itu masih ADA...


alhamdulillah...
selamat pagi semua...


sekejap je kan hari ni last bulan Jun.. esok da masuk Julai.. lagi 19 hari nak puasa.. puasa tahun ni pasti berlainan sangat... MAK sakit.. mama akan berpuasa sebagai seorang isteri semula dan akan berpuasa dalam keadaan hamil.. pengalaman pertama ni.. memang berharap sangat dapat puasa penuh tahun ni.. insyaallah..


MAK....
ateh rindu sangat dengan MAK.. bila ateh balik jenguk MAK.. ateh pegang tangan MAK.. ateh tengok wajah cengkung MAK puas-puas.. pastu ateh keluar dan menangis... Ateh sayang MAK sangat2.. MAK kuat ye.. kita cuba buat yang terbaik..


Minggu depan mama akan buat kenduri Kesyukuran, bacaan Yasin dan tahlil.. meminta berkat doa rakan-rakan dan Iman agar MAK kembali sihat macam dulu.. Meminta kehidupan kami suami isteri diberkati ALLAH.. dan dipermudahkan segala rezeki dan urusan hidup.. lagi 1 nak buat suprise Majlis Hari Lahir MAK 1/7/1960 dan AYAH 7/7/1954.. mama rangkumkan semua sekali pada majlis tu..


mama pasti HARAPAN itu masih ADA untuk MAK sembuh... Pasti ADA...





p/s ::: semakin sihat.. alhamdulillah :))





Khamis, 28 Jun 2012

(¯`*•.¸*♥* MENANGISLAH *♥*¸.•*¯`)




••♥ ••♥ ••♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥•• ♥•• ♥••


•☆.•*´¨`*••♥ ASALAMUALAIKUM ♥••*´¨*•.☆•



Dalam dunia hari ini ramai orang menangis, sedih mengenangkan kematian orang tersayang, kecewa dengan kekasih hati, gagal dalam ujian, kehilangan harta benda dan sebagainya.


Namun sedikit sekali yang menangis kerana takutkan ALLAH, menangis mengenangkan hari akhirat, gerun akan neraka dan rindu pada syurga-NYA. Kebanyakan manusia hari ini menangis kerana hal-hal yang bersangkutan dengan kepentingan duniawi semata-mata. Alangkah ruginya air mata yang dicurahkan sedangkan tiada nilainya sedikit pun di sisi ALLAH S.W.T.


Sabda Rasulullah SAW :
" ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada' dan titisan airmata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."


Pernah berlaku dalam sejarah islam, seorang khalifah yang cukup terkenal dengan sifat warak dan zuhudnya iaitu Khalifa Umar Abdul Aziz. Ketika beliau bermunajat kepada ALLAH pada suatu malam di tingkat atas bangunan kerana terlalu takut akan nasibnya di akhirat kelak, beliau sujud kepada ALLAH sambil menangis sehingga titisan air matanya menitik ke bangunan bawah melalui celahan lubang lantai. SubhanALLAH!


Alangkah bertuah dan beruntungnya orang-orang yang menangis kerana takut kepada tuhannya kerana mereka akan mendapat jaminan rahmat dan pengampunan-NYA malah mendapat ketenangan jiwa lahir dan batin. Sebatu kita mendekat kepadaNYA sejengkal Allah rapat kepada kita. Semakin banyak menangis jiwa semakin tenang, iman semakin menebal dan mantap.


Firman Allah dalam surah Al-Ra’d 13:28:
“ Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang ”


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.


Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:


"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."


Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.


Di akhirat kelak, orang yang terlalu gembira ketika hayatnya akan menangis kerana menyesal akan dirinya yang tidak beramal, yang mampu ketawa dan senyum di saat orang lain menangis. Sabda rasulallah SAW “setiap mata akan menangis di hari kiamat melainkan mata yang telah menangis kerana takut akan ALLAH dan mata yang celik kerana berjaga untuk berjihad fisabilillah. Sesungguhnya titisan airmata yang jatuh kerana ALLAH nilainya sama dengan titisan darah yang tumpah di medan peperangan kerana jihad di jalan-NYA..SubhanALLAH..


Sama-samalah kita bermuhasabah dan perbaiki diri ke arah kehidupan yang lebih diredhai oleh ALLAH sebelum malaikat maut menjemput kita untuk menghadapNYA. Kejarlah kehidupan akhirat insyaAllah kehidupan dunia juga akan turut serta di ’belakang’ kita..



Bila hati diserah kpd Allah,
Tiada resah tiada gelisah,
Bila apa yg diburu hnya demi mardhotillah,
Hilang rasa gundah hidup rasa indah,
Bila benih cinta disemai dahulu pada Yg Esa,
Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba,
Pergilah duka, Hapuslah kecewa
Kerna bahagia InsyaAllah akan tiba,
Di dunia juga di akhirat sana,
Dgn syarat Iman dan Taqwa,
Kukuh disemai tersemat di jiwa,
Amal soleh bukti setia,
Seorang hamba kpd Rabbnya.







Selasa, 26 Jun 2012

izinkan mama berbicara....



mungkin orang kata "tidak berbicara lebih baik dari kita berbicara, nanti MENYESAL"... tapi kalau kita berdiam adakah orang tahu apa yang kita rasa.. orang 'memijak' kepala kita sesuka hati..


maaf mungkin hanya diruangan ini sahaja mampu mama luahkan... ye mama 'sedih' dan 'kecewa' sangat ketika ni... mak baru sakit seminggu.. adik-adik da bising minta 'duit' untuk menguruskan mak dikampung..  selama mama berdiri diatas kaki mama sendiri belum pernah mama meminta duit dari mereka untuk menguruskan mak ayah.. saat mama kekeringan duit, mama hanya mampu berdoa pada ALLAH agar mempermudahkan segala rezeki dan urusan mama... mama usaha atas kudat mama sendiri..


selama 3 tahun mama jadi JANDA.. mama menanggung anak-anak dan mak ayah dengan GAJI mama sendiri.. saat PUASA dan RAYA menjelma, bonus mama habis diperuntukkan untuk rumah mak sahaja.. tiada keluhan mama luahkan... mereka datang makan, bungkus dan pergi... tiada pertanyaan yang dilontarkan.. tapi mama OK je... semua ni rezeki ALLAH untuk mereka jua...


TAPI...


baru seminggu ambil alih menjaga MAK yang sakit, sudah pandai menelefon, minta DUIT untuk menguruskan MAK.. siapa yang tidak SEDIH dan KECEWA.. tapi mama tak mampu berbicara dengan lantang ye kerna mahu menjaga hati MAK AYAH.. kerna mereka MASIH ADA.. kerna mereka MASIH BERNAFAS... kerna mereka PUNYA HATI dan PERASAAN..



mama TAKDE PERASAAN ke????


kalau kamu punya HATI suami untuk dijaga.. habis HATI suami mama bagaimana pulak... DIA melihat SUSAH PAYAH mama selama ini.. DIA yang melihat AIR MATA ini mengalir apabila memikirkan hal MAK AYAH.. kenapa la tak fikir dahulu sebelum buat tindakan... kenapa tak fikir adakah betul tindakan saya ini...



ok mama boleh bagi duit itu.. tapi setiap minggu mama tak akan keluarkan duit untuk perbelanjaan dapur.. nilai yang mama belanjakan pada setiap hari minggu lebih 3x ganda dari nilai yang kamu minta... boleh??? tentu tak boleh kan sebab bila mama balik je.. lauk-pauk tiada dalam peti ais dan banyak barang abis kat dapur.. camne tu???? mama  paham kamu tidak bekerja dan hanya mengharap punca rezeki dari titik peluh suami.. tapi kamu jangan lupa mama jua pernah lalui kesukaran hidup tanpa nafkah dari ex husband.. dan menyara 2 orang cahayamata yang bersekolah dan MAK AYAH yang tiada punca rezeki..


tak pernah meminta untuk jasa dihargai tapi cukuplah kasih sayang kita sentiasa mengalir dihati kami adik-beradik tanpa menyakiti hati sesiapa.. susah ke nak faham...


Ya ALLAH.. ampunkan mama kerna meluahkan segalannya hari ini.. kesedihan yang tak mampu mama tanggung... mama pun tak mampu nak luahkan kepada papa.. Hati dia perlu mama jaga.. Ampunkan mama Ya ALLAH.. ampunkan mama.... :((



siapa yang tidak mahu KEBERKATAN HIDUP
itu yang mama rebut..
tapi mereka tidak mengerti..


p/s ::: cuba bertahan selagi ALLAH mengizinkan....





Sabtu, 23 Jun 2012

tolong mama penat....


hai semua..

tolong mama penat sangat...
rasa nak stop dari semua ni..
tapi
boleh ke??

da tentu la tak boleh kan...
kita sebagai hambaNya
ada tanggungjawap...
dan punya amanah..


kita sebagai anak, isteri, rakan, sahabat..
juga punya peranan yang tersendiri...


mama berharap
agar mama tidak lemah dan cepat putus asa..

jangan berhenti berdoa dan berharap
harapan itu masih ada!..



p/s ::: ujian demi ujian yang datang... Ya ALLAH bantulah saya.. :((


Khamis, 21 Jun 2012

demi MAK !



sukar untuk memulakan entry ini.. :((


semua orang ada MAK @ IBU @ MAMA @ UMI @ MUMMY atau apa saja gelaran yang diberikan.. sapa yang tidak sayang pada MAK kan.. MAK la kekuatan kita.. MAK la sumber inspirasi kita.. MAK adalah segalanya dari kita dalam perut sampai la kita besar panjang dan bekerjaya sekarang ini.. hebatkan jasa dan kasih sayang seorang IBU.. tapi mama lebih suka memanggil MAK.. MAK dan MAK..


MAK sakit semula. MAK diserang strok dan rentak jantung yang tidak stabil. Hari rabu minggu lepas mama dimasukkan ke hospital sebab kencing kotor dan kurang air ( alahan pregnant ).. malam tu pulak MAK sakit.. MAK rebah dengan tiba-tiba, badan kaku dan hilang kewarasan... bila dipanggil MAK hanya pandang.. mama kat hospital tak senang duduk.. Ya ALLAH biasa mama yang uruskan bila MAK sakit... hari tu mama takde, adik-adik yang uruskan.. sampai la ke hospital..


mama nekad nak keluar hospital.. pukul 3 pagi hari Jumaat, mama bangun da minum air bercawan-cawan.. buang air tak usah cakap setiap setengah jam.. dalam hati berkata mama nak keluar, mama nak tengok MAK.. mama nak jaga MAK.. mama nangis sendiri.. " MAK kene kuat.. MAK kene lawan.. Insyaallah ateh ada"....  keputusan urin test keluar.. doc masih nak tahan mama 1 hari lagi tapi mama berkeras nak keluar juga dan janji dengan doc akan makan ubat dan minum air.. alhamdulillah doc paham dan benarkan mama keluar tengahari Jumaat tu..


keluar je wad mama rehat kat umah dan petang pukul 4.00 petang mama gerak ke hospital.. ( walaupun badan mama masih lemah dan memang tak larat tapi mama gagahkan jua berjalan demi MAK).. sampai sana mama tengok MAK terbaring lesu, tangan diikat pada besi katil.. kesan suntikan jarum pada tangan dan kaki disana sini.. banyak.. ateh tau MAK sakit.. doc ikat tangan MAK sebab MAK tarik jarum untuk laluan masuk air kebadan.. 




mama genggam tangan MAK.. 


"MAK, kenal tak sape ni"..
" kau g mana tih".. dalam 'kelu' mak bercakap.. hanya orang yang biasa berada disisi mak yang paham apa yang mak cakap.. 
"mak nak masak ikan yang ko bagi tu, tapi mak tak kuat... nanti kau masak ye.. suruh ayah kupas kelapa".. aritu mama ada bagi ikan sungai (bos mancing) kat MAK.. ingat MAK da masak rupanya belum lagi. MAK memang suka ikan sungai.. 
" ye lah, nanti ateh masakkan"..  sebak ye hati ini.. 
"ha.. ".. MAK tak dengar..


mama perasan MAK sukar mendengar bila orang bercakap.. papa tak benarkan mama teman MAK sebab mama belum sihat sepenuhnya.. takpe la MAK ateh balik dulu ye.. hari sabtu, tengahari mama pergi teman mak  sampai la petang.. papa dan anak-anak tunggu luar sebab waktu melawat da abis.. mama borak dengan MAK.. mama perasan lagi MAK sukar menangkap kata-kata yang mama cakap.. Mama jumpa doc..


" doc apa keputusan scan MAK saya aritu"..
" ok. kami dapati ada darah beku dikepala MAK kamu tapi tiada pendarahan.. kami da masukan ubat cair darah.. mak kamu stabil, saya tengok dia ok dari hari mula dia sampai.. kami da buat perbincangan untuk Discaj MAK kamu.."..
" doc MAK saya tak ingat la doc"
" mungkin sebab kesan strok dan darah beku tu"..
memang langsung tak ingat nak tanya pasal masalah pendengaran MAK tu..


ok la mama puas hati dengan penjelasan doc.. MAK pun Discaj hari ahad petang.. alhamdulillah Isnin kan cuti Israk Mikraj jadi dapat la mama rehat kat rumah dengan MAK dan anak-anak.. sejak tu la mama betol-betol perasan yang MAK memang ada masalah pendengar... risau sangat hati mama ni.. mama bincang dengan papa.." yang, kita bawa mak balik rumah kita boleh tak? sape nak jaga mak kat sini".. papa temenung..
" boleh sayang tapi abang kesian tengok ayang nanti, da la tak sihat nak kene jaga mak lagi"..
"abis tu".. mama kecewa sebenarnya...

" ok la kita cuba bawa dulu, kalau mak tak selesa kita hantar balik kat sini ye"..
alhamdulillah papa memahami jiwa kecil mama ni..


memang memerlukan kesabaran dan ketabahan menjaga MAK sekarang ni.. umpama baby kecil yang perlu dijaga makan pakainya.. ada situasi tu, nasib la yang datang ziarah tu Mak cik (kakak MAK), MAK tak nak pakai baju dan kain.. Ya ALLAH kasihan MAK.. kenapa la MAK terpaksa melalui semua ini.. Semoga ALLAH membantu mak...


selepas 2 hari MAK kat rumah mama, MAK nak balik... dalam bahasa MAK sendiri, MAK bercakap benda yang dah 'lepas'.. marah-marah MAK cakap mama yang cakap tak betul, dia tak paham.. mama terfikir lagi.. MAK ni dengar jugak tapi otaknya sukar menerima apa kata-kata kita... bingung mama memikirkannya..


akhirnya..


mama nekad bawa ke Klinik. mama cari klinik yang doc ye tahu pasal masalah pendengaran.. ok mama jumpa.. bila da daftar dan bawa mak masuk klinik (10 minit diperlukan untuk bawa nak keluar dari kereta ) nurse panggil.. mama cerita itu ini .. bla bla bla..


doc merumuskan MAK ada masalah 'mental'... yang mana otaknya memang boleh berfungsi tapi memory ye bermasalah...


Ya ALLAH.. tak mungkin.. MAK kan kene strok.. walaupun boleh berjalan tapi mama lihat fizikal mama memang macam orang kene strok.. doc kerajaan merumuskan 'strok ringan'..  dan mama memang follow up IJN.. masalah injap.. doc suruh opret tapi MAK tak nak.. mama pun tak mahu paksa.... bergantung pada ubat je la..


Doc tu bagi cadangan MAK mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan HPATHY Bahau (bawah pendaftaran kementerian kesihatan).. terus mama kesana.. masa tu rasa nak nangis.. rasa nak menjerit.. YA ALLAH bersarnya ujianMu.. permudahkanlah Ya ALLAH....


sampai disana mama bawa MAK berjumpa Doc Joseph Selvam.. cerita itu ini.. doc kata mak memang ada masalah mental dan mengalami ALZHEIMER... sekali lagi rasa macam kepala dihempap batu besar.. mama kata " tak mungkin doc, mak saya sebelum ni memang selalu masuk hospital.. cuma kali ni saya tengok dia 'teruk' sedikit dan ada masalah pendengaran"..


" saya paham... kita lihat banyak gejala penyakit ALZHEIMER ini dalam diri IBU, tapi jangan risau IBU  kamu baru peringkat awal.. saya akan cuba bantu.. kita sama-sama usaha"..


Ya ALLAH.. tak mungkin...


dalam kecewa mama terima dengan hati yang terluka terbuka .. mama pandang wajah MAK... kita usaha je MAK.. ateh cuba cari ubat untuk MAK.. MAK kuat tau.. ateh sayang MAK sangat-sangat... mungkin sebab ni MAK suruh ateh kawin.. mak nak ateh ada teman bila MAK sakit... MAKKKKKK !!!!!!


'nasib' dan rezeki kita tak sama kawan-kawan tapi bertahanlah, teruskan berdoa dan berusaha demi kebahagiaan berpanjangan.. sayangilah ibubapa kamu.. what u give, u get back!!!...













Selasa, 19 Jun 2012

3 hari 2 malam di Hospital


Assalammualaikum semua..

bertemu semula selepas 1 minggu menyepikan diri.. biasa la awal pregnant ni, sakit sana sakit sini.. takde selera, mood down.. camtu la mama so bermalam lah kita di 'hotel' 5 star gitu... makan disaji.. tido disuruh.. setiap masa di awasi, best kan.. hahaha..


ko adooo!.. tobat mama akan makan dan minum lepas ni.. takde selera ke, penat ke, sakit ke.. makan dan minum tetap kene jaga.. al kisahnya.. malam rabu minggu lepas mama da rasa badan lain macam.. bukan malam tu aja dalam seminggu tu memang mama tak stabil.. tak nak makan tak nak minum... last last.. malam rabu tu tolong papa niaga.. pukul 9.00 malam badan mama da jem.. pinggang da sakit berdenyut2.. badan da menggigil.. mama bawa tido.. punya la seksa nak luruskan badan.. sakit sangat badan ni.. menangis la sorang diri.. kenapa la 'mabuk' sangat pregnant kali ni..



mama bertahan sampai pagi.. bangun pagi col mak tih kata masuk lambat nak pergi klinik dulu.. sampai klinik , nurse suruh timbang turun 1 kilo.. tekanan darah 100/60.. suruh pulak pergi buat urin test.. air kencing takdo kak!.. puas la kita ni menadah.. ada la keluar  2 3 titik.. lantak la.. da tak keluar nak buat camne kan.. bila keputusan da dapat terus jumpa doc.. don kata kene tahan wad.. kencing kotor, kurang air... mesti duduk wad sehari 2...


oh tidak!... dalam tak nak terpaksa menyerahkan diri.. masuk ambulans terus ke hospital.. yang si pemandu ambulans tu tak ingat ke ada orang sakit dalam van ni.. rasa macam dilambuk-lambuk... gila tol bawa ambulans tu.. sampai hospital camtu la kita disoal macam-macam.. doc saya nak tido!... so bermalam la disana 3 hari 2 malam...


semoga mama cepat sembuh dengan jayanya.. hahaha....



bye...



::: 10 weeks :::






Selasa, 12 Jun 2012

orang kata saya kuat



Bismillah....

Assalammualaikum semua... sihat ke hari ni??
mama mendoakan kita semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dan rezeki. Ditetapkan Iman dan dijauhkan dari azab Api NerakaNya.. amin...


semalam macam biasa mama niaga.. ada barang da abis mama pergi la kedai. amoi tu tanya mama kerja mama.. mama kata la mama kerja kerani, malam-malam tolong husband niaga kedai makan.. " ayoooo.. kuat awak ye".. mama gelak.. hahaha...


biasa je kak.. nak tolong suami, nak besarkan anak-anak.. " anak u berapa?".. ni 2 orang.. masa tu kak long dengan adik ikot mama sekali.. kak long pulak menyampuk " nak masuk 3 da, ni dalam perut mama".. " hayoooo.. kalau saya tak larat la kak.. siang keje, malam bantu suami.. kuat la akak".. mama gelak je la.. hahaha..


mama tak kuat kawan-kawan.. tapi suami, anak-anak, mak ayah buat mama jadi kuat.. mama bahagia bila apa yang mereka nak, dapat mama penuhi.. dapat membantu mak ayah sekali sekala.. terlalu besar ertinya dalam hidup mama.. dapat membayar keperluan setiap bulan itu pun mama da bersyukur sangat.. mama tak minta lebih, cukup makan pakai, dapat simpan sikit, syukur Alhamdulillah..


kekuatan ada pada mata mereka yang kita SAYANG.. kekuatan ada pada IMPIAN untuk berjaya... i love my family.. itu sudah cukup membuat mama KUAT...


penat memang penat.. tapi sebagai gantinya papa akan menguruskan rumah (mengemas, membasuh baju dan lain-lain kerja) belah pagi dan mama akan bekerja macam biasa.. papa akan start berniaga pukul 3 petang.. lepas abis kerja pukul 5 petang mama terus ke kedai sampai la pukul 1 atau 2 pagi. (pukul 10 atau 11 malam, mama dengan anak-anak akan masuk tido dan berehat sambil tunggu papa selesai niaga).. macam tu la rutim hariannya.. tak mudah tapi cukup senang bila kita bekerjasama kan.. sayang suami mama..


doakan kami KUAT dengan ujian yang diberikanNya ye.. dan mama pun mendoakan kamu semua diberi kekuatan dan ketabahan melalui liku-liku kehidupan ini untuk berjaya di Akhirat kelak... insyaallah



 saat berjanji denganNya
berjanji untuk berjaya didunia dan diakhirat
berjanji untuk sama-sama menempuh liku-liku kehidupan dengan penuh kesabaran 
berjanji saling sayang menyayangi
berjanji untuk setia sehidup semati
dan 
berjanji untuk saling bantu membantu antara 1 sama lain..
insyaallah...



p/s ::: sekarang ni mama selalu sakit kat sekitar perut dan bawah pusat mcam kene segugut tu.. adakah itu normal bagi awal kehamilan.. bantu mama.. :(


Jumaat, 8 Jun 2012

tangisan si anak



tangisan si anak 


pandangan seorang abang setelah mendapat restu dari adik tersayang



da lama mama nak buat entry tentang 2 gambar diatas.. biasanya la kan majlis bersanding siapa yang akan mengalirkan air mata?? mesti lah wanita kan.. sedih sebab kita da jadi milik orang lain.. sedih sebab kita bukan anak mak lagi.. sedih sebab akan berjauhan dengan family... sedih kan... :((


masa sanding tu mama tertanya-tanya kenapa papa menangis.. kenapa papa tersentuh hatinya..


sampai la waktu malam untuk berehat setelah penat berjemur 1 hari kan.. mama tanya papa...
" kenapa abang nangis masa sanding tadi?"..
" abang teringat kat mak sayang"..
ye mak papa da meninggal 6 tahun yang lalu..
" mak abang pesan.. angah, nanti kalau angah kawin.. angah buat majlis bersanding tau, mak nak sangat tengok angah naik pelamin"..

" mak tak kisah siapa pun wanita yang angah nak jadikan isteri tapi pastikan mendapat RESTU keluarga.. insyaallah bahagia"..
malam tu papa nangis lagi.. mama pun nangis jugak.. tak sangka lelaki sebelah mama ini masih ingat pesan maknya selepas bertahun-tahun mencari calon isteri...


"abang macam nampak mak aja bila abang peluk abah tadi..abang rasa mak ada kat sini"..
(Ya ALLAH sedih ye.. tak sanggup mama nak teruskan )

"lepas ni.. ayang la tempat abang bermanja.. tempat abang meluahkan segalanya... mak abang takde"
masa tu mama hanya diam aja.. tak mampu nak cakap apa-apa.. sedih sangat. mama tanya diri mama.. mampukan mama membahagiakan papa... dalam diam dia merindui kasih sayang seorang wanita.. kasih sayang seorang ibu..


Sahrifah Aini & M Sani - Pasangan Bahagia

Dengarlah oh sayang
taklimat hatiku
yang sangat sayang kepadamu
Jujurnya hatiku terhadap cintamu
kuhargakan kasih sayangmu

Walaupun beribu
ada didepanku
tetapi tak sama denganmu
Bahagia oh sayang
rasa hidupku
punya isteri yang sepertimu

Kau syurgaku didunia ini
Kaulah tempat diriku bermanja

Gembira hidupku pasangan bahagia

oh kejelitaan tidak kekal lama
kejujuran jua yang utama

sifatmu ku puji
aduhai  suamiku
sungguh bahagianua hidupku

sifatmu kupuji
aduhai isteriku
Sungguh bahagianya hidupku



p/s ::: mmmmmmm.... tarik nafas.. hembus... insyaallah selagi nyawa dikandung badan.. mama akan cuba menyayangi papa sepenuh hati..



suka dibuli dan membuli






makin menyintai


hebatnya dia membentangkan harapan...
gagahnya dia mempertahankan impian...


assalammualaikum semua...
bertemu kembali.. (walaupun masih mood M ) kesihatan diri masih tak stabil.. 3 hari je normal pastu mabuk semula.. makan pun tak nak da.. mood asyik meragam aja.. ada je yang tak kene.. alhamdulillah kat kedai dapat la bantu papa sikit-sikit.. badan pulak asyik sakit-sakit aja.. kembung sana sini sebab apa?? tak nak MAMAM !...


arini nak cerita pasal si dia..
dalam diam tak diam da 3 bulan lebih tido beralaskan ketiak si dia.. kalau si dia takde dalam bilik mesti tak boleh tido.. "sayang, teman jap ".. pastu baru la lena.. dalam 3 bulan ni jugak mama melihat kesetiaan dan ketabahannya si dia.. tiada rungutan dan keluhan walaupun ujian dariNya silih berganti...


bulan pertama menyaksikan ekonomi si dia amat bermasalah.. tiada payment yang masuk.. mama tahu dia kecewa kerna janji untuk membahagiakan kami belum dapat ditunaikan.. takpe sayang rezeki ALLAH ada.. insyaallah..


bulan kedua.. seorang rakan lama menghubungi si dia.. offer kedai makan untuk disewa.. tanpa bertanya pendapat mama, si dia terus bersetuju untuk menyewa kedai itu... berbekalkan duit BR1M itu, si dia memulakan modal niaga.. permulaan yang mama tak sangka...


setelah 1 bulan berniaga malam.. mama melihat keyakinan dirinya kembali semula.. walaupun ketika ini mama tidak dapat memberi sepenuh bantuan sebab mama mabuk dan awal pregnant. si dia tekun berniaga walaupun ada ketikanya keseorangan dan kepenatan.. mama nampak dimatanya walaupun dia tidak bersuara.. sayang, terima kasih atas segalanya...



dan


mata hati ini


makin



terlihat




bertapa dia





bersungguh-sungguh untuk membahagiakan hati kami bertiga..



itulah si dia...



suami dan papa




kepada



mama, kak long dan adik aisyah..



love u papa !....


"... Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan ALLAH kepada setiap manusia. Kita tidak boleh menghalang seseorang jatuh cinta.. tapi kita cuma boleh membimbing cinta itu ke arah kebaikan... "



muka malas nak senyum...
hahaha


da !!!

Rabu, 6 Jun 2012

malas !


assalammualaikum semua..


sekarang mood M melanda diri mama..
so
dengan rendah dirinya
mama MALAS nak buat entry baru,..

hahahaha..


bye ;-)


sudah 8 weeks
alhamdulillah


Jumaat, 1 Jun 2012

semakin sihat


salam jumaat semua..


alhamdulillah... mama dapat rasa badan mama semakin sihat.. selera makan pun semakin baik. kecergasan badan pun semakin aktif.. alhamdulillah alhamdulillah.. bersyukur sangat.. perubahan ni mama dapat rasa sehari 2 ni.. kat kedai pun mama mampu memasak untuk customer..


semoga alahan ini cepat berlalu dan mama dapat berpuasa penuh bulan depan.. insyaallah.. cuma masalah cepat masuk angin badan ni aja yang belum sudah.. cepat kembung. takpe insyaallah masalah ini pun akan mama cari jalan penyelesaiannya.. sabar ye badan..



mengidam makanan ini



p/s ::: esok da janji dengan papa nak pergi dating kat tepi pantai... pastu nak cari makanan sedap 'chicken coop'... T__T