LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Rabu, 29 Mei 2013

bersawang....


Assalammualaikum....
fuhhh... penat ye bersawang sana sini.. heheheee..
maaf sebab lama menyepi..
sejak da berjinak-jinak dengan berniaga on9...
tak menang tangan dibuat ye..
dengan kerja..
tolong papa niaga...
pastu uruskan niaga on line ni..
hahaha.. so buzy...

jom tinjau-tinjau Sweet Cookies kat FB...
mana tau berkenan.. boleh la ORDER.... huhuhu

daaaaa....

Sabtu, 11 Mei 2013

denai kehidupan


alhamdulillah...
alhamdulillah..
alhamdulillah....

semua yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T.. yang kurang dan segala kelemahan semua dari diri mama sendiri.. da seminggu berulang alik dari rumah mak ke tempat kerja.. dalam seminggu tu banyak airmata yang mengalir.. dalam seminggu itu mama diuji dengan emosi yang tak stabil.. terkejar-kejar dengan masa.. mana nak uruskan anak-anak, suami, waktu bekerja, menguruskan makan minum mak dan ayah.. Ya ALLAH, terima kasih kerana mengurniakan mama hati secekal ini walaupun di temani air mata.. syukur Ya ALLAH.. mama hambaMu yang terpilih..


dan semalam merah last dijaga oleh 'mak' (pengasuh) walaupun 'mak' jaga merah dengan baik sangat :(.. sebab nak tukar pengasuh?? mama tak larat nak ulang alik dari rumah mak (pagi) kene hantar kak long dan kak aisyah dulu g sek.. pastu patah semula balik ke taman umah mama untuk hantar merah ke pengasuh.. dan patah semula ke ofis (dekat dgn sek mereka).. banyak masa dibazirkan disitu.. so fikir punya fikir kene la cari pengasuh yang dekat dengan ofis.. harap kakak ni jaga merah sebaik 'mak' jaga merah.. maafkan mama sayang.. :(


nak menyesuaikan diri dengan tempat dan suasana yang baru kene ambil masa.. ye mama setuju sangat.. kadang timbul rasa bersalah kat papa sebab selalu buat dia marah bila mama bad mood (penat, stres dan kurang rehat).. tapi nak buat camne sayang, kat abg la tempat ct nak meluahkan segalanya tapi dengan cara ct yg tersendiri.. hahaha.. maafkan isterimu ye papa :)


mak???
mak macam tu aja.. tapi mak nampak happy bila tangok kami ada disitu.. lepas balik dari kerja mama hantar adik dan kak long dan lepas masak mama ikot papa g niaga bawa merah sekali.. ada juga teman mak malam-malam.. da kak long tukang jaga ubat wan eh.. alhamdulillah...






nanti, 
bila dah ada suami,

jangan lupa keluarga.



nanti,
bila dah ada suami,
jangan lupa adik-adik.
nanti bila dah ada suami,
jangan buang ibu dan ayah.



nanti,
bila dah bahagia,
jangan lupakan ayah dan bonda.
jangan lupa,
walau taatmu pada suami,
sebahagian ‘saham’ syurgamu masih ada pada ibu.
jangan bangga,
walau kini kau bahagia pada suami,
kau dulu,
bergantung harap pada ayah dan ibu.
walau bagaimana layanan mereka kepadamu,
jangan lupa,
tanpa mereka,
kau mungkin tak akan ada.

ya,
bila sudah bahagia nanti,
jangan kau buang ayah dan ibumu,
cinta mu pada lelaki,
jangan sampai membuatmu menderhakai, 
apatah lagi melukai hati mereka. 

Credit : Tanyalah Ustaz




Isnin, 6 Mei 2013

renung-renungkan...



Anak:Sapa tu ayah?
Ayah:Perantau..
Anak:Dia tumpang rumah kita?
Ayah:Ye,sementa­ra nak dpt rumah sendiri.


Lepas beberapa tahun.


Ayah:Kenapa perantau yg menyelesaikan rumah tangga kau nak?
Anak:Apa salahnya?Dia lama dirumah kita.
Ayah:Biar lama pun rumah ni bukan rumah dia.
Anak:Ayah juga yg ajak dia menumpang dirumah kita.Kita dah jadi saudara.
Ayah:Biar apa pun dalaman kita jgn dibiar orang luar campur.Rumah kita tetap rumah kita.Biar dah jadi saudara dia masih tak boleh nak berlebih rasa dirumah kita.
Anak:Ooo ye ke ayah?
Ayah:Yelah anak ku.





Jumaat, 3 Mei 2013

ada orang bertanya...



" tak penat ke siang keje.. malam niaga "..
" ni da berulang alik dari umah mak ke tempat keje.. dgn anak-anak ko sekolah lagi "...
hahahahaaa..
alhamdulillah...
dengan bersusah-payah inlah yang mampu buat mama tersenyum..
bersyukur dengan semua rezeki yang telah ALLAH berikan.



memang MEMENATKAN tapi nak ke orang itu menganti tempat mama.. da tentu jawapannya TIDAK kan.. tak larat dan tak nak laluinya.. bersyukurlah dengan ketentuan takdir hidupmu.. bersyukurlah kerna kamu tidak perlu bersusah payah memerah keringat tulang 4 kerat kamu, bersengkang mata dikala orang sedang lena dibalik selimut dan tilam empuk semata-mata untuk memenuhi keperluan isi rumah..  bersyukurlah disaat kamu diijab kabulkan dengan pasangan yang mampu menanggung makan pakai dan keperluan hiasan dirimu... dan mampu kemana sahaja mengikut kehendak mu.. (tersenyum seketika )


indahkan hidup kamu.. jadi jangan dipersoalkan kehidupan mama yang biasa-biasa ini.. biarpun PERIT.. biarpun PAYAH.. alhamdulillah ALLAH senantiasa mempermudahkan segala urusan mama antara CEPAT atau LAMBAT sahaja.. love my life :)


dan yang paling mama banggakan adalah mama masih menyusukan merah sepenuhnya dengan susu badan walaupun mama kerkejar-kejar kesana sini.. alhamdulillah.. terima kasih Ya ALLAH.. target mama sampai merah umur 2 tahun.. walaupun kadang kala produk susu mama kurang sebab badan kurang rehat tapi mama akan tetap pam macam biasa (kadang-kadang sampai meleleh sendiri bila mama terlalu sibuk di ofis..tak sempat nak pam ikot jadual.. huhuhu ) 


INDAHKAN... :))






setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...