LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 30 April 2011

Terima Kasih Ya ALLAH...



Subhanallah..
Terima Kasih Ya ALLAH
video ini jugak di tujukan khas kepada :-
Kak Erna
Anugerah Teristimewa

salam sayang untuk semua..



Jumaat, 29 April 2011

Isteri nya telah kembali...... | Kisah Tauladan dan Panduan

Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“ Abang ..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“ Abang , Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan, dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Cukup menginsafkan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam

sumber : SeMbAnG dR hATi k HaTI

nak balik kampung..... :(

rindu nak jumpa abah.. da 2 kali aku pospon nak balik ke segamat.. tambahan pulak seminggu lepas kak Linda col kata dia dah ada baby baru.. baby girl gitu... alhamdulillah.. ramai sangat dengar kawan2 dapat baby.. terharu aku mendengar ye.. aku pulak yang termimpi2 nak tambah baby.. kak long dan adik pun da tanya bila mama nak ada baby lagi.. hihihi.. malu la mama sayang.. ada jodoh ada rezeki nanti mama bagi hadiah yang paling berharga dalam kehidupan kita sayang.. insayaallah.. :))

harap kita dapat balik jumpa 'atok' hari isnan ni.. kita masak2, makan2, borak2 dengan 'atok'.. pastu kita ajak 'atok' g umah mak uteh Linda di Labis tengok baby girl.. huhuhu..

Hanya kepada Mu
aku serahkan seluruh kehidupanku ini...
Terima Kasih atas semua rezeki yang telah Engkau kurniakan Ya ALLAH


Rabu, 27 April 2011

silih berganti hari demi hari...

minggu ni aku 'emo' la.. terlalu 'emo'.. mgkn sbb 'cuti' ni kot..
mood pun tak ok.. jangan ada salah mula la aku 'naik hantu'..
cam2 aku nak tya pada kawan-kawan tapi niar la aku tutup rapi 'rahsia hati' ini..
biar lah aku simpan segala 'sakit di hati'..
risau pun ada ni.. :(
da sebulan ex aku tak msj tak col..
sakit ke dia.. sihat ke dia..
entah la.. x salah kan aku nak ambil tau hal dia..
sekadar bertanya khabar.. aritu aku col tak dapat..
mungkin ada dia kerja kat tempat takde line kot...


dalam keadaan minggu 'cuti' ni..
ingat masa dulu.. dia selalu tolong picit-picitkan badan yang lesu ni.. ^__^
sekarang semua kene tanggung sendiri..
semua kene lalui sendiri..
semua aku buat sendiri..
sedih jugak bila dikenang...
sendiri dan terus sendiri..

dulu kan masa aku tengah 'frust' giler lepas berpisah dgn 'dia'..
aku kata aku boleh hidup tanpa lelaki..
tapi bila da masuk tahun ke 3 ni hidup solo..
hati dan perasaan mula tertanya2..
bila aku nak berdua kembali..
nak tambah anak..

 comel kan..:-)

tapi aku tak la terdesak sangat..
tak la 'gersang' sangat.. hihihi
cuma aku da bosan disakiti orang sekeliling..
aku rindu nak menangis dibahunya..'
aku rindu bila dia mengesat airmataku yang mengalir..
aku rindu saat dia mengenggam erat tangan ku ketika tido
aku rindu seorang lelaki
bernama 'SUAMI'..
tempat aku berlindung dan bermanja..
tempat aku meluahkan segala kekusutan kehidupan ini..
tempat seorang isteri adalah di sisi suami...


kan aku da kata aku 'emo' minggu ni..
da tersasul jauh pulak cerita aku arini ni.. hihihi
oooopppsssss terlebih sudahh..

Biarkan silih berganti hari demi hari..
namun hati ni..











" Jangan pernah menyesali atas apa yg terjadi walau seberapa pahit sekalipun karena 
sebenarnya Allah sedang mendidik kita melalui hal yg di alami tersebut. 
Melatih kita membersihkan hati dan jiwa"..


Isnin, 25 April 2011

semalam yang berlalu...

selamat pagi cayang.. camne la keadaan anak mama kat sek sana.. mama doakan, anak-anak mama di permudahkan hati untuk belajar di sek.. insyaallah.. sory sayang, semalam mama tinggalkan adik dan kakak long dekat  wan, atok dan Papa man.. tapi anak-anak mama happy kan dapat ikot papa man g mancing.. papa man ngadu dengan mama, adik n kak long buat bising.. buat kecoh, papa man tak dapat ikan pun.. hahahaha... atok je yang dapat ikan.. xpe la memancing ni tidak semestinya dapat ikan kan tapi untuk melepaskan stres kata papa man.. mama pun x tahu apa maksud ye.. ^__^

sayang... semalam mama g ziarah kawan-kawan mama yang baru di anugerahkan rezeki oleh ALLAH, penyambung keturunan mereka sayang.. comel baby mereka.. tapi sayang, mama sedih sangat.. kenapa ALLAH uji kita begini sayang.. mama tengok mereka happy bersama keluarga masing-masing.. mama cemburu tengok mereka,, namun siapa lah mama untuk mencemburui mereka.. mama hanya HambaNya yang daif, sayang... yang senantiasa lemah dalam meniti hari-hari yang penuh dengan dugaanNya.. YA ALLAH... maafkan aku diatas segala kelemahan, keluh resahku dan kelalaian aku dalam menempuh segala ujianMU... sungguh Ya ALLAH.. aku malu.. malu kerna aku yang menzalimi diri sendiri..  sedangkan aku berdiri diatas segala ZAT MU.. hanya kepada Engkau tempat aku meminta dan kepada Engkau tempat aku berserah...

sayang, maaf kan mama.. kadang-kadang mama lalai dalam mendidik dan membesarkan mu kerna mama sibuk melayan perasaan mama ni.. Kadang papa man pun selalu marahkan mama sebab mama selalu bandingkan kehidupan mama dengan kehidupan orang lain.. papa man kata mama melawan takdir ALLAH.. maafkan mama sayang.. wan pun selalu marah mama.. wan kata jangan ikotkan perasaan itu.. anak-anak itu lebih penting dari segala-galanya.. mama tewas dengan perasaan mama..

adik...
kamu anak yang manja.. selalu nak tido dengan mama.. selalu nak bergurau senda dengan mama.. selalu buat mama sakit-sakit badan kerna kerasnya badan kamu apabila kita bermain 'gaduh-gaduh'.. mesti mama kalah.. hihihi... tapi adik pandai berdikari.. pandai pakai baju sendiri.. pandai makan sendiri.. pandai bawa diri bila mama ada urusan lain.. adik jugak sayang kat wan kan??? aritu masa wan sakit... adik picit badan wan.. huhuhu.. sampai wan menjerit sakit sebab tangan adik tu keras.. wan yang kata bukan mama tau.. :)

kak long...
kamu anak yang sensitif sayang.. kamu selalu buat mama jadi putus akal bila nak bercakap dengan kamu.. tapi kak long cepat menghafal bila mengaji.. ya ALLAH, terima kasih.. kak long pun da hafal ayat-ayat dalam rukun solat.. alhamdulillah.. mama kalau boleh mama tak nak kak long tahu yang mama selalu kekurang duit untuk bayar yuran sek, yuran tuisyen dan yuran kafa.. sebab mama nak kak long belajar dengan tenang kat sek.. bila pagi mama hantar kak long.. mama cium kak long.. mama cium dahi dan mama cium umbun-umbun kak long.. mama berdoa YA ALLAH.. terangkan hati anak ini untuk menerima ilmu dunia dan akhirat.. amin..  mama sayang kak long..

mama sayang anak-anak mama.. dan mama hanya dapat melihat semalam yang berlalu dengan harapan hari esok lebih baik sayang... untuk kita, wan, atok dan insyaallah untuk papa man jugak serta seluruh umat islam.. insyaallah...



INGATLAH

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatkanlah kembali pada saat sukar kamu ingin memilikinya dahulu,
Disaat kamu mulai tidak mencintainya, imbaskanlah kembali pada saat pertama kamu jatuh cinta padanya,
Disaat kamu mulai bosan dengannya, kenangkanlah pada saat2 terindah kamu bersamanya,
Disaat kamu ingin melukainya...INGATLAH...dia adalah org yg sama yg ttp jujur & setia menemani hidupmu tanpa rasa jemu...



Sabtu, 23 April 2011

so touching!!!!

da lame aku cari lagu ni.. mula-mula dengar lagu ini,  aku tengah drive.. terus aku rakam..
dari bulan 1 aku cube cari siapa yang nyanyi lagu ini sampai la arini baru aku  dapat cari dalam youtube..
huhuhu.. sengal kan.. jom layan lagu ni.. so touching!!!!!



cantikkkk laaaa ;-)

m_IMG_0681 m_IMG_0680



m_IMG_0640                                 m_IMG_0641
m_IMG_0669                                m_IMG_0645
m_IMG_0670                              m_IMG_0643
m_IMG_0672                                m_IMG_0651
m_IMG_0652                                 m_IMG_0653
m_IMG_0666                                 m_IMG_0656
m_IMG_0665                                m_IMG_0660
m_IMG_0663                              m_IMG_0664
     m_IMG_0668 m_IMG_0649
m_IMG_0646 m_IMG_0676
                                 

cantik tak gambar hantaran di atas... cantikkkkk lorrrr.. i likeeee 
jangan fikir bukan2 tau... saje suggest untuk suka-suka.. 
  

          m_IMG_0236
                   m_IMG_0237 


          m_IMG_0250

          m_IMG_0243 
                           m_IMG_0247


nak tgk pic banyak lagi.. jom klik sini atau fb beliau... cantikkk lorrr.. :)


 aku bahagia

Jumaat, 22 April 2011

Ya ALLAH.. bantu aku!!!!

mimpi tu datang lagi malam tadi.. sungguh aku tak mahu ia menganggu hari-hari indah ku... mimpi yang mendebarkan aku sehingga hari siang ye.. menghantui jiwa berhari-hari lamanya.. Oh tuhan, apakah yang Engkau ingin tunjukkan pada hambaMu yang daif ini.. sungguh Ya ALLAH!!! aku tak kuat untuk melaluinya..

Apa salah aku sehingga 'kau' begitu membenci diri ini.. apa dosa aku sehingga sanggup 'kau' berkata begitu padaku.. insan yang aku sayang dan insan yang aku harap menjadi teman ku ketika suka dan duka kini betul-betul memutuskan tali silatulrahim yang dibina dari cinta suci oleh  kedua ibubapa kita.. xpe la kalau itu yang 'kau'  mahu kan.. ikot la jalan yang 'kau' pilih.. tapi jangan kau ganggu hidupku dengan 'mimpi' pertelingkahan 'kau' laki bini.. jangan 'kau' libatkan aku dengan apa-apa agenda dalam hidup 'kau'..

aku tak mahu mendengar apa-apa lagi tentang diri 'kau' sekeluarga... cukup sudah kau 'aib'kan aku dulu.. sehingga aku kehilangan cinta aku.. sehingga airmata ni mengalir deras bak air sungai yang mengalir.. hancurnya hati ini hanya ALLAH yang mengetahui.. terlalu luka dengan tindakan mu.. jangan 'kau' butakan hatimu kerna seorang suami yang @#$$%^&*(... sehingga sanggup kau memukul ibu yang melahirkan 'kau' ke dunia ini.. ibu yang memberi susu.. ibu yang berjaga malam untuk menjaga mu.. ibu yang memerah keringat untuk memberimu makan, pakai dan pelajaran.. sungguh kau buta hati dan akal.. tak mengapa 'kau' memilih jalan itu.. pergi lah..

'kau' lupa ucapkan terima kasih.. 'kau' lupa ucapkan alhamdulillah..  kau lupa untuk mengucapkan ucapan itu ketika penat lelah mak menjaga anak-anak mu dulu.. sudah lah tak mahu aku bercerita lebih panjang kerna ia menambah luka dihati ini.. jangan 'kau' ganggu hidup aku dengan mimpi-mimpi itu.. maaf aku kata kan "aku tak dapat maafkan kau sampai la aku menutup mata ini buat selama-lamanya".. " dia tu jahat dari anak dara sampai la jadi janda ".. subhanallah.. aku akan ingat ayat ini sampai mati...


Khamis, 21 April 2011

apo la kojo eh ni!!!...


Bukan takde keje
Tapi
Tangan ni
Saja
Gatal nak ubah blog
Bagi cantik ‘sikit’…
J


aku wanita biasa

bernazar



assalammualaikum...
selamat pagi kawan-kawan.. lama rasanya aku tak mencoret rasa di dalam blog ini... asyik layan lagu je kan.. apa nak buat mood takde nak bercerita... kepala ni stres sikit ( semua orang ada masalah kan.. huhuhu ).. biasa la macam-macam nak difikirkan namun alhamdulillah hati ni semakin tenang.. semakin matang dalam mengatur langkah hari demi hari.. :)


Hari ini aku nak bercerita tentang 'nazar'.. 


Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

Dalil  Al-quran mengenai Nazar
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Haj ayat 29 :

Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib.

Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah swt berfirman yang bermaksud:

(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

Wajib tunaikan Nazar
Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian.
Adapun amalan yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firman di dalam Surah al-Maidah ayat 89 yang bermaksud:



Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.

Aku sebenarnya pernah bernazar suatu ketika dahulu.. Aku dan ex husband dulu bernikah di sempadan tahiland... biarla kenang tinggal kenang.. macam-macam aku lalui dulu.. memujuk ex supaya mendaftar pernikahan kami di Malaysia.. namun hanya ALLAH yang mengetahui.. Start dari ketika itu, aku bernazar jika pendaftaran pernikahan aku selesai di daftarkan aku akan berpuasa 3 hari dan bersedekah pada anak-anak yatim.. Janji dan Rahsia ALLAH hanya Dia yang mengetahui.. belum sempat kami mendaftarkan pernikahkan disini.. kami telah berpisah dengan talak 1.. hampir 3 tahun aku sabar dengan pelbagai ragam dan birokrasi dalam proses pendaftran pernikahan itu ( aku yang uruskan sendiri, ex sedikit pun tak ambil tahu ).. aku harungi dengan air mata dan kesunyian.. aku kuat demi mak dan anak-anak.. tak siapa pun yang tahu aku hadir ke mahkamah untuk kes itu hanya mak, ayah, sue dan bos serta papa man saja yang tahu.. mereka la insan yang banyak memberi nasihat dan kekuatan untuk aku supaya terus bersabar ketika menguruskan proses pendaftaran pernikahan itu.. 

kini semua telah selesai..  13/6/2011 nanti keluar la sijil cerai aku.. rasa sekejap je kan.. dan sebulan yang lepas aku mula memikirkan tentang 'nazar' aku itu.. alhamdulillah aku telah selamat berpuasa selama 3 hari minggu lepas untuk membayar 'nazar' itu.. namun hati aku tetap berkata sesuatu tentang nazar itu.. sebab niat aku bernazar  ketika itu adalah sekiranya kami masih suami isteri tapi kami telah berpisah sebelum sempat mendaftarkannya.. aku yang uruskan sendiri.. segala denda dan bayaran aku tanggung sendiri.. jadi aku pun bertanya la kepada Ustaz Azhar Idrus di FB...





assalammualaikum ustaz.. saya asa pertanyaan.. dulu semasa saya masih menjadi isteri pada bekas suami, saya pernah bernazar jika perdaftaran pernikahan kami selesai didaftarkan di Malaysia, saya akan berpuasa selama 3 hari dan sedekah pada anak yatim. namun ustaz, kami telah berpisah sebelum mendaftar di Malaysia. kini segala urusan saya uruskan sendiri dan telah selesai hanya perlu menunggu sijil cerai saja.. perlukah saya membayar nazar itu ustaz sedangkan niat ketika itu saya masih menjadi isterinya..
Isnin pada pukul 8.57 pagi ·  · 

    • Mukmin Haqqa tidak, kerana tujuan kamu itu tidak tercapai... syarat kamu ialah bila berjaya pendaftaran, tapi yang berlaku kamu tidak sempat nak menjayakan pendaftaran itu...
      Isnin pada pukul 9.18 pagi · 

    • Siti Azlina Nordin ok terima kasih banyak2..
      Isnin pada pukul 9.23 pagi · 

    • Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak wajib..
      Isnin pada pukul 9.48 pagi ·  ·  Seorang

    • Siti Azlina Nordin tapi ustaz sejak akhir2 ni saya selalu di timpa musibah.. maksud ye kereta yang saya pandu da 3 kali melanggar binatang.. saya terfikir ni mungkin sebab saya belum melunaskan nazar itu...
      Isnin pada pukul 9.50 pagi · 

    • Mukmin Haqqa bersabar, ada hikmah disebalik kejadian... bawak kereta jangan lupa bismillah dan doa naik kenderaan, sentiasa berhemah dalam pemanduan...

      "Pandu perlahan, ingatlah orang yang tersayang." Ayat JPJ...

      Isnin pada pukul 9.57 pagi ·  ·  2 orang

Alhamdulillah aku mendapat jawapan pada soalan aku itu.. tak la hati ni was-was lagi.. aku ni bukan la baik sangat tapi bila aku dah berjanji, aku akan ingat janji aku itu.. aku hnya hambaNya yang lemah dan kerdil.. kepadaNya aku serahkan sebaik-baik urusan di dunia dan di akhirat.. insyaallah.. kepada ex aku.. aku tak dendam apa-apa pun dengan dia.. baik dari segi nafkah aku dan anak-anak atau kesalahan zahir dan batin... semuanya aku serahkan pada ALLAH mangadilinya nanti.. aku adalah wanita biasa.. ada kelemahan dan kekurangan.. Wallah'ualam...