LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 31 Oktober 2011

apam dot-dot







Bahan-bahan
·                     3 biji telur - dari peti sejuk
·                     275 gm tepung gandum
·                     220 gm gula halus - hana kurangkan
·                     150gm susu segar
·                     3 sudu teh baking powder
·                     1 sudu kecil ovallete
·                     Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
·                     Pewarna
Cara-cara
1.             Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.             Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.             Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.             Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.             Picitkan blueberry filling secukupnya atau apa-apa saja ikot cite rasa anda... ( saya guna strawbery    + coklat )
6.             Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.             Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE :

  •                   Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah akan kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi..
  •                 Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur
  •         Selamat mencuba.. :)



Sabtu, 29 Oktober 2011

sesekali makan diluar

ada masa mood nak masak takdo.. tengok peti ais tinggal sotong.. tengok periuk nasi tinggal nasi sejuk tenghari punya.. tengok dapur gas... sekali dia kenyit mata da !!!.... wokeh.. mama ada 1 idea.. kita pergi la melepak kat kedai tepi sungai di Mahsan tu.. layan sup daging oooo... manyak syokkkk... sesekali makan luar selera abis.. anak-anak mama makan pun abis.. wan dengan atok pun makan dengan khusyuk ye.. mama tetap dengan menu mama.. mee hun sup... sedappppp.... :) papa man??? ada, mana boleh tinggal pakwe kebucukkan itu.. hahaha..

mama : abang ada mana..
papa man : abang ada kat umah s****g.. ( malu ;p )
mama : mmmm... hari ni malas masak jumpa kat luar nak??
papa man : kenapa malas masak.. nanti biasa pulak bila da kawin nanti..
mama : saja... :(
papa man : nak makan kat mana??
mama : kat mahsan nak?? kat tepi sungai tu..
papa man : ok la abang tunggu sana ok s****g..
mama : ok abang...


     menu kami :
  • sup daging berempah
  • sotong masak halia
  • paprit campur + + +
  • khailan ikan masam masin

da malas nak makan ikang.. kat umah ikang tak kan kat kedai pun ikang.. x mau x mau... setakat 'siakap 3 rasa' tu mama boleh buat untuk anak-anak mama.. huhuhu.. tapi mama malas la sayang.. mama kan memang banyak penyakit 'M'.. tau takpe.. layan telatah anak-anak.. berbual dengan mak ayah.. indah ye hidup ni tambahan orang tersayang ada disisi.. alhamdulillah.. besarnya nikmat ALLAH pada mama.. alhamdulillah..


p/s :::: malam ni gerak balik Johor umah abah.. ahad ada kenduri di Batu Pahat rumah mak ngah adik arwah mak papa man.. ingat balik keje kang bak buat apam dot-dot berintikan feeling strewberi sebagai buah tangan.. love u ulozzz.. :))



Jumaat, 28 Oktober 2011

Kenapa Aku Diuji?????






" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87


Doa Isteri Solehah



Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Ameen, Ya Rabbi Allameen……

duit takde nak kawin???

ku kenal dia 
aku jatuh cinta
oh sungguh manisnya
aduh manisnya

tapi apa daya inginku meminangnya
duit tak ada..
aku hampa..
dimana ku cari minta pada ayah
minta pada ibu
pinjam pada abgang
pinjam pada kawan 
aku malu

duit tak ada 
tapi hati ini kawin
apa daya ku
oooooo.... kawan

Sweet September - Nak Kawin Duit Tak Ada

bestkan lagu tu.. huhu.. berpeluh mama nak buat entry ni.. tak penah abad mama nak cerita bab kawin ni.. ni ikhlas dari hati mama.. kalau dulu mama kawin semua atok dan wan yang uruskan mama tau nikah je.. huhuhu.. sekarang dari a sampai la ke z semua dalam kepala otak mama ni.. letih!!!! kadang-kadang fedap mama nak fikir benda-benda ni semua.. sakit !!! sakit dalam sakit luaran...


tambahan pulak sekarang ni.. kete papa man rosak.. kene 'overhol'.. beribu-ribu melayang.. subhanallah.. duit yang ada terkumpul kene larikan ke kereta dulu.. tak sanggup mama nak lalui saat-saat macam ni. papa man pun da pening..  kami da buntu nak cari mana duit.. dengan hutang bulanan lagi.. nak kumpul balik semula lagi.. tarikh da tetap nak tangguh atau teruskan aja.. mama nangis sayang.. kecewa ye mama dengan situasi ni.. bila mama nangis baru la mama tau sejauh mana kasih sayang papa man terhadap kita sayang.. terima kasih papa sebab sudi menyayangi kami 3 beranak yang ketandusan kasih sayang ini.. mama ada terbaca satu ayat ni...


kpd mereka yag pernah menderita.. dngarlah jawapan nabi ini .."Tidaklah rasa lelah, sakit, kegelisahan, kesedihan, gangguan dan duka yang menimpa seorang muslim sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali Allah menghapuskan dosanya karena hal-hal tesebut." (HR. Bukhori dan Muslim )


alhamdulillah kalau itu yang ALLAH maksudkan, mama redha.. mama berusaha untuk menjadi umatNya yang solehah.. semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan dan rezeki hambaMu ini.. amin..  Belajarlah menerima apa pun kemungkinanan yang akan datang nanti kerna semua itu adalah penebus dosa-dosa kita yang telah lepas.. insyaallah.. mama sayang anak-anak mama..


mak andam da booking.. kad jemputan da pilih degisn.. gift untuk tetamu pun da tempah.. katering da dapat harga.. memang dugaan betol setiap saat yang berdetik  menuju ke gerbang perkahwinan ni.. gaduh tak usah cakap la.. mama ni asyik berangin je dengan papa man.. alhamdulillah papa man lelaki yang baik.. baik ke??? insyallah.. sabar ok.. :) gaduh pun tak lama, paling lama pun 2 hari je.. jangan nanti ALLAH tarik balik nikmat ini.. mama jugak yang rugi nanti.. huhu ok la nanti kita sambung lagi ye.. mama nak sambung keje ni.. nanti bos jeling mama takut.. hahaha.. assalammualaikum semua...


 melepak di PD sempena cuti Depavali

persiapan menuju ke gerbang perkahwinan



Selasa, 25 Oktober 2011

abang...



andai kamu tahu apa isi hatiku..
andai kamu boleh membaca bisikan hatiku..
pasti kamu tahu..
kamu amat aku perlukan dalam hidup ini..
tak bisa aku kehilangan insan tersayang buat kali ke 2...
cinta..
ya cinta kita bersatu kerna
cinta kita kepada ALLAH..
niat kita untuk seiring dalam duka suka berumahtangga
hanya kerna mengharapkan keredhaanNya..
kebahagiaan dunia dan akhirat..
kita berjanji setia bersama
namun
dugaan yang datang melelahkan kita..
aku dengan rasa rendah diri dan hinanya
menadah tangan memohon restu dan IzinNya
agar dipermudahkan perjalanan hubungan ini
sampai ke destinasiNya...
hanya Dia yang tahu RahsiaNya..



kpd mereka yag pernah menderita.. dngarlah jawapan nabi ini .."Tidaklah rasa lelah, sakit, kegelisahan, kesedihan, gangguan dan duka yang menimpa seorang muslim sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali Allah menghapuskan dosanya karena hal-hal tesebut." (HR. Bukhori dan Muslim )



khasiat Surah Alam Nasyrah











BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".


Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam 
Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.



Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.



Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.






Isnin, 24 Oktober 2011

travel ????

Assalamualaikum... alhamdulillah walaupun ujian datang bertimpa-timpa namun mama masih diberi kesempatan untuk terus hidup dimuka bumi ALLAH ni.. masih diberi kesempatan untuk muasabah diri dan mencari 'jalan pulang'.. huhuhu.. macam lari tajuk je kan mukadimah mama hari ni.. hahaha.. travel ??? yap mama mau bercuti sambil berhibur dengan mak tih hujung bulan 11 ni.. takpe la sayang.. mama redha kalau itu ketentuan ALLAH untuk mama.. mama nak tenangkan fikiran mama.. mama nak cari ketenangan hidup mama.. da lama mama menyimpan impian untuk ronda-ronda negeri Kelantan dan Terengganu.. akhirnya kami hanya mama dengan mak tih sahaja.. hanya kami... alhamdulillah... sebelum tu mama akan hantar kak long, adik dengan wan bercuti selama seminggu dekat umah mama puchong.. ok tak?? pandai mama set plan kan.. hahahaha.. adil saksama... *__^


teman duka suka...
terima kasih kerna senantiasa disisi
hanya ALLAH yang akan membalas jasamu sahabatku..
insyaallah



.....................

mulut 
diam 
terkunci 
namun
fikiran 
dan 
hati 
jauh 
terbang 
entah 
kemana..





Sabtu, 22 Oktober 2011

atok sudah 'tiada'...

al-fatihah....

mama sedekah al-fatihah ini untuk arwah atok mama 'IBRAHIM BIN WAHAB'.. Arwah telah kembali ke Rahmatullah pada 19/10/2011 jam 3.30 petang di Hospital Besar Seremban.. akibat paru-paru berair.. last mama jumpa atok hujung syawal hari tu.. ajal maut semua ditangan ALLAH,, mama redha.. walaupun hubungan mama dengan atok tidak lah begitu rapat tapi apabila berjumpa kami boleh berbual mesra.. atok tak penah berkasar dengan mama...


alhamdulillah mama berpeluang untuk  memandikan jasad arwah buat kali terakhir.. malam sebelum kebumi mama pegang kaki arwah.. mama cium wajah arwah... hiba dihati mama.. pergilah atok.. kami disini hanya meniti masa untuk menyusur ke'sana'.. berulang kali mama bacakan surah yassin.. mama sedekahkan pada roh arwah.. mama terasa atok ada disebelah mama.. sedih.. mama tak sempat meminta maaf pada arwah.. dan arwah tidak sempat melihat mama bersanding nanti... takpe la janji ALLAH tak lewat sesaat tak cepat sesaat..


kucupan terakhir mama berikan  selepas arwah siap dikapankan.. mama tidak berkesempatan untuk menghartar arwah ke tanah perkuburan kerna kak long sekolah masih ada peperiksaan akhir.. mama kene jemput kak long di sekolah.. selepas sembahyang jumaat semalam genap la 3 hari kenduri tahlil untuk arwah.. semoga arwah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.. insyaallah... al-fatihah...


gambar kenangan
IBRAHIM BIN WAHAB
1924 hingga 2011



Diriwayatkan dari Anas ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, “Ketika manusia berbaring di dalam kuburnya dan para sahabatnya pulang, ia mendengar langkah kaki mereka. Dua malaikat datang kepadanya, menyuruhnya duduk dan bertanya kepadanya,apa yang pernah kau katakan tentang Muhammad saw ? Dia akan berkata,aku bersaksi bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Kemudian akan dikatakan padanya,“Lihatlah tempatmu di neraka, Allah telah menukarnya dengan dengan sebuah tempat di surga karena itu”. Kemudian Nabi Muhammad saw menambah,orang itu akan melihat kedua tempat itu tetapi orang kafir atau munafik akan berkata kepada dua malaikat itu, “Aku tidak tahu tetapi aku mengatakan apa yang dikatakan orang-orang!”. Akan dikatakan kepadanya, “Kau tidak tahu tetapi kau tidak mengambil petunjuk (dengan mengikuti Al Quran). Kemudian ia akan dipukul dengan palu besi di antara dua telinganya,dia akan menjerit dan jeritannya terdengar oleh apa pun yang ada di dekatnya,kecuali manusia dan jin.”


Jumaat, 21 Oktober 2011

tenteramlah wahai hati....

Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dan tenangkan hati ini




Sudah lama mama mengulang baca ayat ini untuk diri. Kali ini mama ulang kembali. mama sukakan dua ayat ini. Ayat pujukan daripada Tuhan meredakan keresahan hati, doa yang memberi jalan keluar daripada kesulitan jiwa, peringatan yang menyedarkan pilihan kita penuh cabaran. Hiduplah dengan rasa bertuhan.
Ingatilah apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya.

Ayat Al Baqarah 216 menyebut
“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “

Sudah masa kita ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.


Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.
Amin.



Rabu, 19 Oktober 2011

ku berjanji...

pagi tadi tengah drive dengar lagu ni.. syok, menusuk ke jantung mama.. hahaha... jom dengar lagu ni dulu.. semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga.. amin

Anuar Zain - Ku Berjanji Kerna Cinta



Selasa, 18 Oktober 2011

bukan mudah sebenarnya...





melihat dia berjalan..
langkahnya teratur indah...
riak wajah  bak ros merah yang merak indah..
liuk lengguk bahasa tubuh membuat insan sekeliling kagum..
sopan bergaya bertudung litup
berbaju kurung biru lembut
namun siapa sangka
siapa yang berjaya meneka..
hujan lebat dilubuk hatinya..
duka yang disimpan rapi
menjadi rahsia didalam diari kehidupannya...
dia hanya berpegang pada janji yang 1..
Janji penciptaNya yang Maha Esa..
dunia ini hanyalah jambatan menuju ke kehidupan yang kekal abadi..
yang tiada duka derita
hanya kemanisan dan kesenangan
yang berpanjangan.....



Isnin, 17 Oktober 2011

alhamdulillah kembali seperti sedia kala...

mama bersyukur dengan ikatan yang ALLAH limpahkan kepada mama dan Papa Man.. memang mama akui yang mama sebenarnya terlalu ber'emosi' dalam perhubungan kami.. betul kata kak nani "tak mudah membina kekuatan atas kekuatan yg telah roboh" mama akui kata-kata itu.. bukan mudah membina kekuatan jika diri masih dibelanggu 'kemusnahan' kebahagiaan dahulu... masih berkira-kira, masih bermain teka-teki, masih mencongak negatif dan positif.. macam-macam perasaan bercampur baur.. mama sudah penat berdoa mama cepat mengalah dengan Takdir ALLAH.. mama malu dengan diri mama sendiri.. Ampun mama Ya ALLAH.. Mama hambaMu yang daif lagi tiada upaya..






alhamdulillah... mama dengan papa man da ok.. ok la.. hahaha... da sejuk hati mama ni.. kasihan papa man terpaksa melayan kerenah mama yang 'noty' ni.. bukan apa mama nak papa man tau apa yang mama rasa.. mama tak mahu berpura-pura.. bukan mudah melayari rumahtangga kalau langkah tidak seiring.. kalau seorang tercicir, yang seorang lagi harus sama-sama memimpin tangan agar tetap cuba jalan seiring walaupun ada ketikanya perjalanan terpaksa terhenti dek ganguan yang tidak disangka.. itulah alam perkahwinan.. ia juga ibarat perjudian.. siapa kuat dan berilmu dia menang.. siapa lemah dan cetek ilmu maka ia akan kalah.. sama-sama la kita berusaha agar terus berada diJalanNya.. insyaallah...






tarikh sudah ditetapkan.. jeng-jeng-jeng.. rahsia dulu ye.. takut mama.. mama malu.. banyak masalah lagi belum selesai tapi yakinlah ALLAH akan bantu dan Dia akan mempermudahkannya.. amin.. mama hanya berpegang pada JanjiNya sayang.. Hanya Dia yang tahu apa niat dihati kecil mama ini.. mama redha setiap apa yang akan berlaku nanti.. insyaallah... 




 menghitung hari
semoga ALLAH memberkati hajat hati ini...
alhamdulillah


Sabtu, 15 Oktober 2011

keseorangan di ofis

nak sarapan pun takde selera..
hari ni partner aku cuti..
aku la yang keje seorang diri..
bos kalau hari sabtu ni pukul 11 lebih kang baru nampak muka..
mak ai boring ye..
sekang baru 9.45am..
lambat lagi nak pukul 12 tengahari..
ni yang buat aku jadi sengal ni..
huhuhu...
nak cari design kad kawin la..
boleh ke???
pelamin??? cantik x...
angan-angan tak tahan.. ^__^


~~ gambar sample ~~
pelamin anganku yang simple je..
yang penting warna tema 
UNGGU + MERAH LEMBUT



Jumaat, 14 Oktober 2011

mama bila kita nak makan piza!!!!

semasa mama drive nak pergi anak-anak mama ke sekolah.. lalu la pekan Bahau tu.. tiba-tiba kak long tanya " mama, bila kita nak makan piza".. yang si adik pulak menyampuk " mama kita da makan dengan mak tih dengan auntie mala kan".. adusss adik ni.. jangan la pecah lubang.. hari tu bos mama yang second tu belanja makan.. kebetulan kak long tuisyen mama tak bawa.. diam je la kan.. adik pulak pecah lubang.. huhu


" nanti mama ada duit kita pegi ye ".. sampai ofis cite la dengan mak tih.. mak tih pun kata " nak ke "... mama ikot ye sayang.. makan ramai-ramai seronok kan... ( kongsi bayar mana tak best kan.. ) alhamdulillah rezeki ALLAH untuk anak-anak mama kan.. mama pun da lama tak bawa anak-anak mama lunch kat luar. kebetulan pulak arini kak long takde tuisyen dan kafa.. cantik sangat la tu... :))



 menunggu dengan penuh kesabaran !!!!


 adik makan dulu... 


bismillahhirohmanirohim
kami makan dulu ye.. 


jom pilih tarikh

Assalammualaikum...
selamat pagi semua... sihat ke pagi ni.. semoga hari ini lebih baik dari semalam.. insyaallah.. hari ni mama tak mau sedih-sedih.. mama nak happy-happy je.. sebab kalau mama ikotkan perasaan, diri mama sendiri yang rugi so 'KITA ENJOY' hari ni mama nak pilih tarikh untuk tahun depan.. tarikh jeng jeng jeng.. hahahaha.. baru nak merancang sekang ni. tengah fikir 'girf' apa nak bagi.. warna tema, susun atur majlis, mak andam, macam2 la..


hari tu ayah kata pak long da tanya.. "bila budak-budak tu nak langsung, jadi ke hujung tahun ni".. bajet belum cukup la. dengan kete papa man kat bengkel sekarang ni.. RM 3,000.00 nak dibayar.. pening oooo..  mungkin awal tahun depan kot.. insyaallah.. mama tak mahu buat besar-besar, SIMPLE SAHAJA cukup la lepaskan hajat untuk bersanding dalam rumah aja.. yang penting akad nikah ye dan ilmu menuju ke alam berumahtangga. ye la da tunang ni pun asyik bertekak je.. tak boleh berjumpa.. hahaha tu mama la punya ragam.. Papa Man ok je.. kah kah kah..


antara tarikh ye :-

  • 14/01/2011 - Keputeraan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
  • 22/01/2011 - cuti sekolah sempena Raya Cina ( tarikh ni cantik ^__^ )
  • 05/02/2011 - Hari Keputeraan Nabi Muhammad
  • 30/04/2011 - 1/5/2011 cuti Hari Pekerja ( ok la lama gak cuti )
  • 15/09/2011 - Ni Berday mama.. ( tapi lama lagi.. :(( )


susah jugak kan nak planning majlis perkahwinan ni.. mama da cakap awal2 dengan Papa man.. hantaran 5 / 7 aja.. tak mau banyak2.. pening kepala mama nak letak apa nanti. ( save bajet sebenarnya ) mama nak cari katering lagi.. mama tak mahu menyusahka wan.. kali ni biar wan rehat.. mama serah bulat-bulat pada katering je nanti.. mama pun nak rehat.. masa majlis bertunang hari itu.. mama stres sangat.. je la semua mama yang uruskan  dengan memasak, susun atur.. harap majlis nikah ni semua berjalan dengan lancar.. tapi tarikh belum runding lagi.. saja buat saudara mara tertanya-tanya.. mama dengan Papa Man nak buat senyap-senyap.. bila semua da ok baru kami umumkan tarikhnya...



Calendar for year 2012 (Malaysia)






:: Segala sesuatu akan INDAH pada waktunya... ::