LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T

Isnin, 30 Mei 2011

~~~~ random ~~~~

niat hati menghantar mak g berubat.. cepat pulak selesai so takde plan takde bekal apa aku bawa mak dengan ayah di jalan-jalan di Bandaraya Melaka.. so kita tengok gambo je la ye.. hihihi

 akak suka yang ni...
*__^

Hidup lebih indah walaupun tanpa bicara.....

Sabtu, 28 Mei 2011

minggu yang cibuk...

arini aku nak service my laling ku ini... dan 75ribu lebih km dia.. huhuhu jauh sudah aku berjalan bersamanya walaupun usia kete ni baru 1 tahun setengah.. service kali ni kene tukar tayar sebab tayar da botak.. hahahahaa.. nasib bukan aku yang bayar.. kalau tak menjawap.. huhuhu.. ni kete company tapi aku yang pegang kete ni.. rezeki anak2 alhamdulillah.. sebab keje aku merata, kadang aku perlu ke site, perlu jumpa orang kadang uruskan pembaharuan sijil di Putrajaya.. aku suka dengan keje aku ni.. semua dari dari ALLAH S.W.T alhamdulillah... kereta ni la jiwa aku.. hanya dia yang memahami hati aku bila aku memandu.. jiwa tenang dan lapang.. hihihihi...

minggu cuti sekolah pun da bermula, mula la orang kenduri bergolek sana sini.. aku happy sebab aku boleh berangan kan kan kan... nasib badan la labu!!!  apa2 pun aku mendoakan semua 'pelantin baru' ni kekal dan berbahagia hingga akhir usia kalian.. gaduh2 kecil ke  besar ke.. tu adat dalam berumahtangga.. jangan jadi aku.. gaduh je terus bercerai... ha ambik ko... sampai sekang tak laku.. hihihiii.. hidup sorang pun happy juga cume takde la kene peluk malam2.. sejuk2 aku selimut la tebal-tebal.. panas jugak kan.. *__^

minggu ni aku keseorangan tanpa anak-anak.. mereka bercuti di rumah abah mereka.. bila nak hantar pun belum pasti.. semalam masa hantar mereka aku pesan.." kak long dengan adik jangan nakal tau.. da besar malu dengan orang.. nanti jangan lupa col mama".. "ok mama.. adik mak cium..".. biasa la tu la gelagat adik yang manja.. pastu kak long pulak salam dan cium aku.. orang sekeliling pandang je.. apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang kita rasa.. so terpulang la apa yang terlintas di hati kecil mereka.. aku pun da tak kisah.. janji anak-anak aku happy walaupun ibu dan abah mereka da tak duduk sebumbung.. yang penting kasih sayang kami terhadap mereka masih seperti dahulu.. ada aku kisah!!!!... :))

dan minggu ni juga nak cari tukang urut untuk mak.. aritu da ada orang datang pastu orang tu tak datang dah.. aku pun kompius.. tak pe la cari la orang lain.. malas da nak tanya.. yang penting mak sihat.. dan mak pun da boleh berjalan dan buat keje sikit-sikit.. aturan yang Engkau buat adalah yang terbaik untuk ku YA ALLAH.. alhamdulillah.. muka mak pun da ada seri nampak nya.. senyum aje.. aku pun da senang ati.. alhamdulillah.. hanya itu yang mampu aku ucapkan.. tabahnya hati seorang ibu...

jom layan gambar cik siti pulak.. hihihihii..

melihat laut hatiku tenang

Khamis, 26 Mei 2011

cemburu !!!!!!!

alalalalaaaaaa...... start cuti sekolah musim ke 2 ni mula la orang sibuk bergolek... periuk belanga semua bertaburan.. pinggan mangkuk kalau selamat ok ( masih di kuantiti yang sama )  kalau tak bertambah banyak la jawapnya.. hahahaaa... mak andam semua da buzy giler... para tetamu pulak da sibuk mengira berapa bajet untuk 'salam kaut'.. adusss... macam2 cerita kan.. bagi aku 'salam kaut' tu semua sedekah tak perlu nak berkira sangat.. tak bagi pun tak apa sebab tuan rumah menjemput untuk meraikan majlis mereka kan.. so masing-masing ada pendapat tersendiri... ^__^

bagi aku pulak musim kenduri ni buat aku kecut perut sebab aku cemburu melihat kebahagian 'pengantin baru' ni.. sedang kan aku hanya bermimpi di siang hari.. aku memang dari dulu susah nak ke rumah kenduri.. mak dulu dok membebel kat telinga aku ni suruh g kenduri... ni pun baru sekarang aku rajin untuk ke majlis kenduri kendara.. sebab mak da tak berapa sihat.. aku malas nanti ada mata 'laser' ni buat hati aku hangit... entah la.. kadang aku cakap kat diri aku.. lantak la apa depa nak habak sebab yang rasa aku bukan keturunan mereka pun.. sengalll....

apa-apa pun aku anggap cemburu ku itu sebagai 'cemburu sihat'.. motivasi untuk aku terus tabah meniti hari-hari mendatang... cemburu yang membangunkan aku dari terus jatuh.. cemburu  yang menyuluh jalanku yang malap.. senyum la wahai pengantin baru kerna kau berhak memiliki senyuman seindah itu.. namun persiapkan dirimu dengan ilmu berumahtangga kerna laluan dihadapanmu tak semudah kamu bercinta dahulu.. bina la tugu  kebahagiaanmu bersandarkan ajaran islam dan mencari keredhaan ALLAH S.W.T...  

dan aku.. insyaallah suatu hari nanti akan melaluinya untuk kali kedua dan kali terakhir.. insyaallah kalau ALLAH merestui dan merahmati 'tujuan' kami.. cuma ketetapan masa dan tarikhnya hanya DIA yang tahu.. kami hanya merancang.. bila hati sudah kuat, di uji lagi dengan ujian lain hatiku mula lemah kembali... aku pun tak tahu bila saatnya untuk aku bernikah  hihihihi... asyik pospon je.. kalau dia rasa tak boleh tunggu aku.. aku sentiasa bagi ruang untuk dia mencari yang lain.. hati tak kuat lagi la kawan.. sekang ni hati rapuh macam biskut.. hihihihi... susah nak bg jawapan yang pasti.. ari ok setuju.. esok aku da buat muka orang 'mati laki' pulak.. mak pun da bengang dengan aku.. jangan la paksa ati ni nanti kalau terjadi lagi aku salah kan korang... ha kan nanti jadi gaduh.. so tungga aku bersedia...  1 2 3 GO !!!!!!!

 adam ♥ hawa

30 Rahsia Wanita yang lelaki 'wajib' tau....

  • Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  • Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.
  • Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  • Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
  • Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  • Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
  • Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  • Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
  • Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
  • Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
  • Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  • Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  • Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
  • Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
  • Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  • Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  • Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  • Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
  • Senjata wanita adalah airmata!!
  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. percayalah..tiap lelaki perlukan wanita.

p/s : selama aku berumahtangga dulu dan kini sedang menyulam cinta dengan Papa man. cewahhhh!!! yang adoo.. . aku rasa kaum lelaki ni tak peka dan kurang sensitif dengan setiap respon yang kaum wanita berikan..sebab tu hubungan selalu dingin dan kurang rasa kasih sayang.. kadang kita pun susah juga nak jangka hati seorang lelaki.. so berhati2 la dalam melayari apa2 jua situasi dalam semua hubungan... aku pun tak kecuali.. huhuhuhu

aKu SeOrAnG 'pErInDu'

petua merawat ulser

disebabkan aku ni selalu kene ulser kat sekitar mulut kadang sampai 2 3 biji sekali kene.. huhuhuuu.. sakit woooo!!!!!.... so aku copy & paste info ni dari FB ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA Jom baca untuk pengetahuan bersama.. :))

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan:

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi
Ia sering dihubungkaitkan dengan:
  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam
Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

 Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.

Rabu, 25 Mei 2011

Saatnya Untuk Bernikah

"Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaqnya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi."
HR Tarmidzi dan Ahmad -
Saya tidak tahu apakah ini merupakan Hukum Sejarah yang digariskan allah
Ketika orang mempersulit apa yang dimudahkan Allah, mereka akhirnya benar-benar mendapati keadaan yang sulit dan nyaris tak menemukan jalan keluarnya.
Mereka menunda-nunda pernikahan tanpa ada alasan Syar'ie dan akhirnya mereka benar-benar takut melangkah di saat hati sudah sangat menginginkannya.
Atau ada yang sudah benar-benar gelisah tak kunjung ada yang mahu serius.
Lingkaran Ketakutan Berlanjutan
Bila di usia dua puluh tahunan mereka menunda pernikahan karena takut dengan ekonominya yang belum mapan, di usia menjelang tiga puluh hingga tiga puluh lima berubah lagi masalahnya.
Laki-laki mengalami Sindrom Kemapanan (meski wanita juga banyak yang demikian, terutama mendekati usia 30).
Mereka (laki-laki) menginginkan pendamping dengan kriteria yang sulit dipenuhi.
Seperti Hukum Kategori, semakin banyak kriteria semakin sedikit yang masuk kategori.
Begitu pula Kriteria Tentang Jodoh, ketika menetapkan kriteria yang terlalu banyak maka akhirnya tidak ada yang sesuai dengan keinginan kita.
Sementara wanita yang sudah berusia sekitar 35 tahun, masalahnya bukan kriteria tetapi soalapakah ada orang yang mau menikah dengannya?
Ketika usia sudah 40-an, ketakutan kaum laki-laki sudah berbeza lagi, kecuali bagi mereka yang tetap terjaga hatinya.
Jika sebelumnya banyak kriteria yang dipasang pada usia 40-an muncul ketakutan apakah dapat mendampingi isteri dengan baik.
Lebih-lebih lagi ketika usia beranjak 50 tahun, ada ketakutan lain yang mencekam.
Iaitu kekhawatiran ketidakmampuan mencari nafkah sementara anak masih kecil.
Atau ketika masalah nafkah tak merisaukan khawatir kematian lebih dahulu menjemput sementara anak-anak masih banyak perlu dinasihati.
Bila Iman Tiada Makan Muncul Putus Asa
Jangan ditunda-tunda apa yang menghimpit saudara kita sehingga mereka sanggup menitiskan air mata.
Awalnya adalah kerana mereka menunda apa yang harus disegerakan, mempersulit apa yang seharusnya dimudahkan. Padahal Rasulullah s.a.w. berpesan:
Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya,Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad
Hadis ini menujukkan agar tidak boleh mempersulit pernikahan baik langsung mahupun tak langsung.
Secara 'lansung' adalah menuntut mahar yang terlalu tinggi. Atau yang sejenis dengan itu. Ada lagi yang 'tidak secara langsung'.
Mereka membuat kebiasaan yang mempersulit, meski nyata-nyata menuntut mahar yang tinggi atau resepsi yang mewah.
Sebahagian orang mengadakan acara peminangan sebagai acara tersendiri yang tidak boleh kalah mewah dari resepsi pernikahan sebahagian lainnya melazimkan acara penyerahan hadiah atau wang belanja untuk biaya pernikahan secara tersendiri.
Bila seseorang tak kuat menahan beban, maka bisa saja melakukan penundaan pernikahan semata-mata hanya kerana masalah ini.
Saya sangat khawatir akan keruhnya niat dan bergesernya tujuan, sehingga pernikahan itu kehilangan barokahnya.
Naudzubillah! Penyebab lain adalah lemahnya keyakinan kita bahwa Allah pasti akan memberi rezeki atau boleh jadi cerminan dari sifat tidak qona'ah (mencukupkan diri dengan yang ada).
Pilihlah Yang Bertaqwa
Suatu saat ada yang datang menemui Al Hasan (cucu Rasulullah). Ia ingin bertanya sebaiknya dengan siapa putrinya menikah? Maka Al Hasan r.a berkata:
"Kawinkanlah dia dengan orang yang bertakwa kepada Allah. Ini kerana, jika laki-laki mencintainya, ia memuliakannya, dan jika ia tidak menyenanginya, ia tidak akan berbuat zalim kepadanya."
Nasihat Al- Hasan menuntun kita untuk menjernihkan fikiran. Jika kita menikah dengan orang yang bertakwa, cinta yang semula tiada meski cuma benihnya, dapat bersemi indah karena komitmen yang memenuhi jiwa.
Wallahu alam bi showwab.

mak seorang wanita yang kuat....

alhamdulillah... mak banyak menunjukkan tanda perubahan positif pada dirinya... syukur kepada Illahi.. mak da boleh bangun dari katil tanpa bantuan.. mak da boleh berjalan tanpa bantuan namun masih memerlukan pemerhatian takut mak jatuh... alhamdulillah.. setabah hati mak, aku bermohon setabah itulah hati kecil aku ini untuk terus mengharungi dugaanNya.. insyaallah... banyak yang ingin aku cerita kan namun biarla 1 demi 1... hal kesihatan mak sudah membuat hati aku senang... namun hal aku buat aku gelisah kembali...

aku da niat biar mak sembuh sepenuhnya baru la aku fikir masa depan aku dgn anak-anak pulak.. sekarang masa aku memang diperlukan hanya untuk memenuhi jadual pemeriksaan mak di hospital dan jadual terapi mak setiap minggu.. alhamdulillah.. bos memahami masalah aku.. dia membenarkan aku hantar mak g hospital.. bila da selesai baru aku masuk ofis tapi dengan syarat tidak dibenarkan bercuti... TQ BOS.....

Sesungguhnya Dia lebih Mengetahui... Alhamdulillah....

Isnin, 23 Mei 2011

SAJAK AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

AJAIBNYA TANGAN IBU

 jalan di PD 

ronda-ronda waktu malam di Seremban

LAGU YANG MENYENTUH KALBU...