LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 31 Januari 2011

The Tourist - Menguji Cinta

Salam... Hai kawan2 bertemu semula kita pada hari terakhir di bulan 1 ni.. Kerna esok da masuk bulan 2 tahun 2011.. Rasa baru semalam kita menyambut tahun baru kan.. hihihi jangan kira masa.. tak baik kawan aku kata.. Hari sabtu anak2 aku pergi ke rumah abah mereka.. Cuti sekolah kan 1 minggu.. so tinggal sorang la aku... ( dlm ati blh la ibu tido smpi matahari tegak.. kok dapek, bersilat mak cik sapiah kang..hihihi )

Jadi tugasan aku masa cuti sekolah tak la tergesa2 sangat.. boleh la bermalas2an.. Semalam aku pergi hantar mak ke Beranang untuk berubat.. Sebelum tu pukul 7.00pm aku ke pasar bahau dulu cari lauk.. hari hujan lebat tp aku redah je.. Kang x makan pulak lauk takde.. Beli ikan ( 2 jenis ), ayam seekor , sayur ( 2 macam ), itu ini habis la RM 50.00.. Alhamdulillah lepas la lauk untuk seminggu... Sampai umah pukul 8.30pm.. Mak da buat sarapan.. Apa lagi bedal la.. ( air tangan mak mmg sedap, biar pun nasi gerong ikan bilis ) Lepas tu mandi.. Siap2 pukul 9.15pm gerak dr rumah untuk ke Beranang.. Sampai sana orang da ramai tunggu sampai pukul 12.00pm.. Pak Cik tu kata darah mak pekat semula.. Da selesai terus pergi Senawang mkn2.. Mak aku ni susah sikit nak ajak makan kat luar.. Aku pulak kalau ke Seremban, port biasa la di McD je...
Mak aku pulak suka makan di warung2 biasa ni aje.. Aku tak kisah.. So aku bungkus la McD aku tu.. hihihi. Cari kedai makan dan terus menjamu selera la aku, mak n man.. tak tinggal buah hati aku tu...
i likeeeee red....

mmmmm... Sampai rumah, aku terus buat kek coklat.. tp lupe nak ambil gambar masa buat kek.. Kawan2 tgk hasilnye je la ye..Aku suka buat kek sebab anak2, man, mak, family, kawan aku suka dengan kek buatan aku.. sebab tu aku rajin buat sebab ada tukang makan.. hehehe
Kek Coklat.... :)
Sepanjang hari hujan turun kadang lebat kadang renyai2 je. Tapi air sungai semua da naik paras bahaya jugak la.. Namun disebabkan aku ni boring duduk umah, anak2 takde.. Aku ajak man g tengok wayang.. Ingat nak tengok KURAFAT balik semula tp bila smpi Kiara, Cerita tu dah xde.. Akhir ye aku tgk la ' The Tourist '... Ingat cerita tu x la best sangat.. Tapi bila da masuk suku jalan cerita.. Wow!!!... syok beb... layan abis aku tengok cerita tu..

Aku suka dengan sikap lelaki tu yang menguji CINTA Angelina Jolie... Sukar nak aku cerita kan  pemahaman kisah cinta mereka.. sebab aku tak sangka lelaki yang cam bodoh tu adalah Alexander... Jalan cerita ye mmg best la..x rugi aku keluar dalam hujan tu nak g tengok wayang.. ahakksss..

Terasa aku pulak yang dilamun cinta.. hahaha. Ok la kawan2... Cinta adalah anugerah yang terindah, hargai lah ia sebelum ia berlalu, kerna Cinta tidak kenal harta, paras rupa dan keturunan.. Dan ia akan pergi tanpa bicara dan tanpa kita sedari  


Sabtu, 29 Januari 2011

Petua Menangani Lemah Syahwat

Bahan:
a. 3 biji telur ayam kampung
b. 5 ulas bawang merah
c. 5 ulas bawang putih

1. Pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.
2. Manakala bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
3. Setelah bawang tadi halus, perahkan ia untuk mendapatkan airnya.
4. Kemudian, masukkan air perahan bawang ke dalam telur yang telah dipukul rata.
5. Kacau atau pukul sekali lagi campuran telur ayam kampung dan air bawang agar ia sebati.
6. Apabila campuran sudah sebati, kukus ia sampai setengah masak.
7. Akhir sekali, makanlah telur kukus tersebut.
Amalkan petua ini setiap hari selama sebulan.



Resepi Nasi Tomato...

Bahan-bahan ( 4~5org )

  • 4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
  • 190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 160g tomato puree (dlm tin)
  • 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)
  • daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
  • bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara

  1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
  3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
  4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
  5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng. 
 Nak belajar masak ( cam aku ni suka masak bila ari cuti ) jom belajar kat laman web ni http://www.myresipi.com/
    nyum nyum nyum....



    Jumaat, 28 Januari 2011

    Jauh Ku Bawa Diri.... Part 2

    Salam...
    Ok sambung cerita semalam...
    Ni la gambaran hati aku saat itu...







    Membawa diri ke tempat yang aku sdr x penah pergi dan tidak tahu siapa kwn2 aku untuk seketika bagi merawat luka dihati ini.. Ya mmg benar org kata kecewa kerna putus cinta tu pahit dan derita namun lebih pahit  dan derita lagi kalau putus kasih suami isteri.. hanya Allah yang tahu perasaan aku.. Aku tenang di Batu Feringgi bersama teman2 baru ku...

    Ni antara foto2 kenangan aku disana...
    antara semua peserta yg hadir

    serius nmpk... hihihi

    buat pemanasan badan dl beb...

    Cantik x pic ni..

    sesi suai kenal..

    Cantikan pemandangan kat sana

    Ni adik aku yg noty tu ambil.. hihihi

    ketenangan yang ku cari

    ambil gambar dl..

    Pasukan akhir yg didenda...

    Ni la istana pasir kumpulan kami...
    Aktivi yang penuh di sana membuatkan aku lupa masalah aku buat seketika, alhamdulillah ni la ketenangan yang aku cari... Sesekali teringat plk zaman sek dl.. terkejar sana terkejar sini.. orang tengok je.. mmmm sampai la pukul 4 lbh kurang semua aktiviti telah berakhir... selepas itu aktiviti bebas sampai la pukul 8 mlm utk BBQ..

    Part ni aku nak cerita, kenangan yang aku x blh lupakan.. Kalau aku teringat sampai sekang aku akan tergelak.. hahahaha... Semasa aktiviti bebas, diorang semua ramai2 mandi laut..
    seronok aku tgk diorg..

    Ni kwn2 aku.. di tepian panati..









    Yang si lelaki da pakat2 nak kena kan ahli2 AJK dengan mencampak kan ke dalam laut.. sama gak la dgn si wanita.. aku ttp dengan diri aku layan jiwa aku tengok pantai, jalan di gigi air..mmmmm damai ye ( sungguh itu la yg ak rasa )... Pantai seperti mendengar jeritan jiwa aku walaupun aku x menjerit, x berbicara... Hanya bisikan hati aku yang melontarkan semua kekusutan jiwa aku ni...
    Ya Allah, indah ye ciptaanMu..
    Saat aku sedang duduk melihat mereka yang happy mandi laut, adik aku datang.. aku ingat dia nak apa, rupa2 ye.. ' Dia angkat aku bawa lari ke pantai dan terus mencampak kan aku ke dlm laut.. hahaha hampeh je, aku mmg x dpt kata apa2..' sebelum tu aku da perasaan ada yg berbisik2 n pandang aku.. tp aku buat x tau je la... alih2 adik aku yang noty tu kenakan aku... hihihi nasib baik xde barang penting dlm poket klu x semua basah... dlm geram berderai hilai tawaku.. yang lain hanya terpegun melihat adenga adik aku tu pastu ketawa la apa lg... mmg sejak aku smpi sana aku byk habis kan masa di pantai.. ( mgkn mereka sedia maklum kedatangan aku kesana disebabkan masalah apa )
    tgk la gelagat diaorg

    mencari mangsa... hihi
    mmmm.... seronok kan... ' Biar la gambar yang menceritakan segala2nya...'  dan Mlm yang terakhir mereka buat aktiviti BBQ.. ( tp lupa nak ambil gmbr masa BBQ tu.. hihihi ) Lps je mkn kita org ada tukar2 hadiah.. Jom layan gambar2 ni...
    Pasukan aku dpt tmpt yg terakhir.. hahaha




    Tukar Hadiah..

    Agak korang kucing ni pun frust jgk ke??
    Selepas borak2, mkn2 n tukar2 hadiah, aku pun bw diri jap
    di tepi pantai layan jiwang..
    Asyik main telefon je..( main game )

    Aku kini bebas!!!!!
    Aku bebas dari semua kekusutan jiwa aku.. Aku kini adalah 'SINGLE MOTHER' ... i likeee...♥ Aku harus kuat tempuhi dugaa hidup aku selepas ini.. Ada jgk sebln lepas tu 'dia' ajak rujuk tp aku x mahu.. aku nak kembali di zaman remaja yang aku sendiri x penah rasa ( Habis sek terus je jd isteri org ) 


    Aku kini happy dengan kehidupan aku
    Tiada sesiapa pun di dunia ini yg mahu kan penceraian, namun siapa lah aku untuk menentukannya...
    Malam tu aku tidor dengan lena.. tidak sedar pun apa yang berlaku di luar tu.. Apa aktiviti diorg.... dengar cerita ada yang melalak menyanyi.. mana yang berpacaran tu dok la berdating.. ada yang tido pukul 5 pagi.. huhuhu.. ni la masa ye utk melepaskan segala stres dlm diri setelah sibuk bekerja dgn pelbagai masalah masing2.. Ke esok kan ari ye.. aku bersiap2 utk pulang ke teratak ku dgn bermacam2 azam di hati...
    pagi2 aku da tgk laut

    last bergambar di Batu Feringgi

    Ku tinggal segala luahan hati ku di sana. Biar la ia terus berkubur n tenteram..




















    Aku kini tenang.. Ingin lalui hidup ni dengan azam yang baru.. Membesarkan kedua2 puteri ku sehingga menjadi HambaNya yang solehah dan berjaya di duna dan akhirat.... insyaallah amin..
    Yang tinggal hanya 'Kami dan Kenangan'
     Lalui lah ia dengan penuh kesabaran dan keimanan, Aku x akan jadi sempuna sehingga la 'kain kapan menjadi pakaian ku dan tanah tempat terakhir persemadian ku' Dan Allah tidak kan menguji pada hambaNya klu hambaNya x kuat.. Jadi 'dugaanMu adalah kurniaan terindah'.... Buat anak2ku ibu x mampu mengubah apa yang telah ditakdirkan... sama2 la kita harunginya selepas ini.. Kerna ibu hanya ada Kak Long, Adik dan Kenangan itu....

    Sampai sini saje coretan aku.. so cam aku kata biar gambar2 itu mencerita kan segalanya..

    Jom dengar sama2 lagu ni...

    Salam sayang dari aku utk semua...
    byeee....



    C.I.N.T.A



    Masih kah ada cinta di hati ku...
    Diriku ini di ibaratkan seperti...
    'Awan yang Berarak Mendung..
    Belum tentu hujan belum tentu panas '


    Khamis, 27 Januari 2011

    Jauh Ku Bawa Diri.... Part 1

    Assalammualaikum kwn2...
    mood arini nak cerita hal thn lps.... mmmmm.... Masa aku mula2 ada problem dengan ex husband aku dl.. Aku ingat lg malam 13/05/2009.. Kami 'GADUH BESAR'... Memang dahsyat pertengkaran itu, aku yang tengah naik 'syeikh', dia yang tak mahu beralah... sampai mak ayah datang tolong selesai kan masalah.. Namun mmg bukan jodoh kami, kami berpisah... Dia keluar dari umah kami, dan aku terus di rumah itu bersama anak2 ku...

    Sejak dari itu, aku da mula berjinak2 dgn dunia maya ni ( bkn utk menggatal ok )... Aku da mula nampak hakikiat dunia luar yang sebenar.. Laman Sosial yang pertama aku daftar ialah http://virtualfriends.net/ 
    Di VF aku kenal ramai kwn.. Dan kebetulan ada ' Gathering di Pulau Pinang ' aku ambil keputusan untuk sertai acara tersebut..( untuk rawat hati aku yang terbelah ni.. ahaksss ) Sebelum itu, aku tanya bos dl klu dia izinkan aku bercuti sbb aku nak pergi dengan kawan baik aku merangkap partner aku dlm ofis ni.. So, cuti pun approved, kami pun da mula kumpul duit..

    Sampai ari yang dinanti, kawan aku da problem ( bapak dia sakit ) so masa tu aku berbelah bagi nak pergi atau tidak.. Aku ambil ke[utusan tanya adik aku yang bongsu nak gantikan sue atau tidak.. Dia setuju...          ( yyyaaahhhoooooo... suko bona ko cik siti.. hihihi ) mmg la aku x penah keluar dari n9 ni sejak aku lahir... Kecuali masa ikot ex-husband aku ddk kat subang dl ( tu pun aku memerap je kat umah ) Ni la kali pertama aku g jalan2 jauh dari n9.. tanpa kenal siapa kawan2 aku kat sana dengan perjalanan ke sana hanya ikot signboart je dan ada la tya kwn kat ofis ini, aku bergerak la... Dalam hati hanya allah yang tahu perasaan aku.. aku sungguh terharu.. aku nak cr kembali maruah hidup aku, maruah mak ayah aku. maruah keluarga aku yang dipijak2....
    Cantikkan 
    Ni la kali pertama lalu kat Jambatan Pulai Pinang.. Teruja tuuueeee...


    Aku bergilir bawa kereta dengan adik aku.. bertolak dari umah 8.00pm sampai di Batu Feringgi 5.00pm.. Sampai di batu Feringgi berapa kali aku tersesat disana, nak cari tempat Gathering tu.. Akhir ye En Penyu yang baik ati tu suruh kami tunggu di suatu tempat di ambil kami.. ( hahahah sengal je kan padahal tempat tu da 3 akli aku pusing..) Sampai sana aku pun rehat, kenal dgn teman2 sebilik aku...

    Mlm pertama Gathering adalah aktiviti bebas.. So aku ambil kesempatan untuk kepantai.. aku nak luahkan segala isi hati aku pada Laut...
    Jalan2 kat pasar ape tah orang panggil.. dekat je dgn chalet tempat aku menginap.. makn2 dgn adik aku.. Disebabkan aku letih cpt la ku tido mlm tu.. x sedar sampi la pagi.. Esok ye bermula la aktiviti penuh

    Ni la adik aku yang 'Noty'

    Sempat lg ambil gmbr
    Ni la Time aku....

    Tengah berbincang

    Ni excited kwn2 aku ni..













    Kami diberi tugas untuk mendapat kan jawapan dari soalan yang diberi berdasarkan klu2 yang diberikan dan mesti melalui 'check point' yang ditentukan...
    tgh tunggu bas.. panasss

    (^__*)

    Dlm bas pun sempat lg ke bergambar??

    Nanti aku sambung lg cerita ni ye.. nak blk rest n tido... huhuhu