LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 28 Februari 2011

Walaupun penat tapi berbaloi2... (@__@)

alhamdulillah....
hanya tu yang dapat aku ucapkan kerana aku happy sangat semalam, seharian aku bersama Papa Man dan anak2 pergi merendek kat KL.. Pagi gerak terus ke Puchong ke rumah Pak Tam.. Lepas lepak-lepak, masak-masak, mandi-mandi kami pun gerak ke KL nak g KLCC dan kawasan yang sewaktu dengannya... Biar ayu dan aisyah main sakan kat permainan di sana.. Lepak-lepak g makan-makan.. round-round satu KL sampai sesat la.. hihihi.. memang menyeronokkan.. Tapi gambar-gambar yang diambil ada dalam kemera Papa Man jadi tak dapat la nak kawan-kawan tangok :(.. Papa Man da balik segamat, jawap ye minggu depan la masukkan gambar dlm ini blog ahakkksss..

 Raya 2010
:)


Sabtu, 26 Februari 2011

Jom Baca Kisah ni... :(

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."

Copy & paste :: Siti Fatimah 

Bila aku baca kisah ni, hati aku sedih sangat.. Tidak tahu  kenapa hati begitu sedih mungkin kerna banyak kisah rumahtangga yang aku baca kesemuanya membabitkan soal kepupusan kasih sayang dan cinta dalam institusi kekeluargaan. Sedih sungguh... Ada kalanya selepas membaca kisah-kisah sebegini, hati ni bertambah takut untuk bangun kali ke 2 memikul tanggungjawap sebagai seorang isteri. Namun semua itu kuasa Allah, aku tak mahu terus di buai mimpi-mimpi semalam.. jadikan semua kisah-kisah sebegini sebagai asam garam kehidupan berumahtangga kelak agar semua kelemahan dapat diperbaiki dan dijadikan pengajaran.. insyaalah.. u all ... Jom dengar ceramah Ustaz Kazim Elias ni.. layannnn....:)






Jumaat, 25 Februari 2011

Setiap Wanita itu CANTIK....

Allah s.w.t. berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

" Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."



Copy & Paste : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Pic 2008
Kereta kenanganku.. huhuhu

LELAKI

>>> LELAKI....<<<<
arini aku nak cerita hal lelaki.. mmmm dari kecil sampai la aku jadi 'J' ni.. Macam-macam lelaki aku jumpa.. terlalu banyak pengalaman yang aku dapat.. Sesungguhnya terlalu berat nak aku cerita kan.. cukup la sekadar aku katakan lelaki kat dunia terlalu berbeza-beza antara 1 sama lain.. Ada yang jujur, ada yang cam s***, ada yang mata keranjang, ada yang hanya nak kan tubuh wanita sahaja, macam-macam lagi la..

Macam 'ex' aku dulu pun sama seperti 'lelaki' lain.. tetap sama.. hati aku terluka lagi.. ( ada suka ada duka biarla cerita itu berkubur buat selamanya, terima kasih abah!! atas segalanya )  Selepas 2 bulan aku diceraikan dulu, aku ada berkenalan dengan ustaz ni.. dia baik, duda tiada anak tapi bila dia bercakap agak terbuka maksud aku, dia jujur dalam berkata-kata dan berterus-terang dengan hasrat dia.. Dia selalu bagi aku nasihat dan hadis-hadis nabi sebagai ingatan pada aku.. Tapi aku minta maaf sangat dengan dia, hati aku tidak berbuka untuk dia walaupun aku da cube sampai la saat ni.. Aku hnya anggap dia sebagai kawan walau dia selalu mengajak aku berkahwin dengannya.. Memang aku kagum dengan ketabahannya.. ( sehingga sekarang dia masih dan selalu col aku :), iltizam.. iltizam... )

Boleh jugak aku katakan aku benci lelaki, 'aku benci kau orang'.. Kenapa selalu buat aku terluka dan menangis.. Sampai bila aku nak pandang negatif tentang lelaki tapi tak semua lelaki ok.. kalau lelaki tu buat hal 'mau meroyan' aku kerja kan. Dan aku pun ada berkawan dengan 'suami kawan baik aku'.. walaupun begitu aku akan cube mengelak dari menjawap panggilan dan mesej lelaki-lelaki yang bermasalah ini.. memang aku 'J' tapi aku ada harga diri.. Cukup la aku ni dijadikan kawan untuk berbual, bukan untuk tempat melepaskan nafsu mereka.. :) sebab tu la aku benci lelaki.. mereka hanya memandang wanita seperti aku ni tempat untuk melepaskan nafsu.. Oh tuhan, ampun kan segala dosa-dosa dan kesalahan aku...

aku pun ada perasaan, aku tak minta kehidupan aku jadi begini.. Sedih mmg sedih tapi siapa lah aku untuk mempersoalkannya kerna aku hanya diberi untuk meminjam segala yang ada disekelilingku  sebelum ia di ambil kembali oleh ALLAH S.W.T.. Dia lah yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengasih.. Terima Kasih Ya Allah.. 

Dan aku pernah menyintai lelaki 1 tahun lebih muda dari aku namun kasih sayang kami tidak kesampaian apabila hubungan kami tidak mendapat restu keluarganya hanya kerna aku seorang 'JANDA'.. hahahaha kelakar kan walau hati aku terlalu terluka dengan penghinaan itu.. Ahh!!! macam-macam lelaki la yang pernah hadir dalam hidup aku.. bosan dengan keegoan mereka..'lelaki tetap lelaki'....

@   tiNgGaL kEnAnGaN  @
@   aKu , pUtRaJaYa & kEnAnGaN  @




Aku diserang Cirit-birit.. :(


Tulunggggg.....
aku diserang cirit-birit.. masuk tandas yang keberapa kali aku pun tak tahuuuu.. :(.. badan jadi lemah la... so aku cari la petua untuk melegakan cirit-birit.. tq kepada Muhammad Tarmizi Dot Com sebab dalam blog anda ada petua yang saya cari.. mekasih..

Antara petua nak hilangkan sakit perut ataupun cirit birit ini ialah seperti yang aku buat tu dan kalau anda sanggup anda juga boleh mencuba petua ini.
Petua pertama : Buatkan air teh o pekat tanpa gula dan minum, insyaAllah cirit birit akan hilang
Petua kedua : Ambilkan satu sudu tepung gandum dan segelas air suam, selepas itu campurkan satu sudu gandum tersebut ke dalam air suam dan kacau sehingga tepung gandum tersebut larut. Selepas itu pastikan tepung gandum yang tak sebati itu mendap terlebih dahulu sebelum minum (Petua ini aku belum mencuba lagi disebabkan tepung gandum di rumah aku kehabisan stok, sebarang risiko di tanggung oleh anda dan aku tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesan sampingan).

Cirit‐birit
Pengenalan
Apakah itu cirit-birit?
Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
• jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
• alahan makanan
• ubat-ubatan
• pengawet makanan
• pemakanan kimia
Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan
dan air yang tercemar. Di anggarkan terdapat 4000 juta kes cirit-birit yang berlaku di seluruh
dunia pada tahun 1996 yang menyebabkan 2.5 juta kematian.

Tanda-tanda
Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit-birit?
Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak
daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :
• Sakit dan kekejangan perut
• Loya dan muntah
• Keletihan
• Demam

Komplikasi
Adakah cirit-birit berbahaya?
Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan
sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh
menyebabkan kematian.

Rawatan
Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit-birit?
Kebanyakan kes cirit-birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah
dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit-birit, lakukan seperti berikut :
• Minum banyak air.
• Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransuransur
• Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang
mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
• Elakkan kafein dan alkohol.
Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi
atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.

Tanda-tanda dehidrasi adalah :
• Haus yang berlebihan
• Mulut dan kulit kering
• Kurang atau tiada air kencing
• Keletihan yang teruk
• Pitam
• Kulit menjadi gelap

Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor
jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :
• Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
• Demam panas
• Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
• Mulut kering atau menangis tanpa air mata
• Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
• Perut, mata atau pipi yang cengkung
• Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.

Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya.
Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia
tidak berkesan dalam jangkitan virus .

Pencegahan
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah cirit-birit?
Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:
• Cuci tangan sebelum makan
• Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
• Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan
elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan
bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
• Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan ciritbirit.
• Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan
minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-birit boleh bertambah teruk.
• Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit-birit

Copy & paste : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Ciritbirit.pdf

Khamis, 24 Februari 2011

penat!!!

aku tak tahu kenapa aku begitu rasa penat sangat seminggu ni.. terlalu penat sampai bila balik rumah, anak-anak aku pun x terjaga.. Aku dok dalam bilik layan perasaan pastu melalak.. Aku betol-betol tak tahu kenapa aku jadi begini.. Nak borak dengan mak pun tak nak... mmmmm... apa yang merasuk aku pun aku tak tahu.. Tapi bila siang hari aku ok.. Boleh ketawa. berbual, keje cam biasa tapi bila balik umah mood terus down..

Aku ada cerita dengan Papa Man, dia kata pergi la check Doktor, tu yang semalam aku pergi klinik. Jawapan doc memang mengecewakan aku. Aku sihat takde masalah, memang aku tak paham.. malam tadi Papa Man col dia kata takpe hujung minggu ni jom kita g KL jumpa kawan dia.. minta pendapat 'orang pandai'.. Tapi mak belum tau keadaan aku ni, malas nak cerita takut mak risau.. sebelum ni mak ada cerita dengan aku, dia ada terbau rokok dan dengar orang berjalan kat tepi tingkap bilik mak waktu tengah malam. Mak pun bangun la pergi tengok mungkin ayah ke, mak tengok ayah tido.. mak pun rasa lain macam la.. aku pun tak tahu nak cakap apa.. memang bluurrr... :(

Takpe la aku cube la mane yang patut, sampai saat ni pun aku dapat rasakan badan aku sakit-sakit.. Bekerja ni pun sebab nak jaga ati bos, bos banyak tolong aku.. Jadi aku tak mahu orang kata aku ni mengada-ngada, sakit sikit tak boleh kerja.. sedih akak, Dik!!!... :(

Insyaallah, lepas selesai kes aku kat mahkamah ni, aku akan berkahwin.. aku tak mahu melengah-lengahkan kerja baik. Sampai bila aku nak camni...??? Aku nak jadi wanita solehah, taat pada suami dan menjadi ibu mithali.. insyaallah.. Allah tak akan membiarkan hambaNya yang ingin berubah, menderita lebih lama kan.. itu la yang aku harapkan.. Semoga Allah memperkenankan doa-doa aku.. Amin..



Rabu, 23 Februari 2011

Jangan Menangis lagi ct...

Kenapa sejak akhir-akhir ni aku selalu menangis.. 
Murah sangat air mata aku ni.. 
Hati ni sedih tak payah nak cakap la.. 
Jangan ada perkara yang sensitif, mengalir la air mata ni.. 
Ya ALLAH.. permudahkan ia Ya ALLAH.. 
Aku buntu saat ni.. 
Otak aku memang jem sekang ni.. 


Apa yang telah merosakkan pemikiran aku ni..
aaarrrrgggghhhh bluuurrrr....
Lari dari masalah bukan menyelesaikan masalah...
tapi menambah masalah ada lah..
semoga langkah esok..
lebih kurang nangis..
dari hari ni..
hihihi...
:)

memang aku tak paham!!!!....

Aku :             Saya sakit dada, selalu rasa pening sampai rasa dunia ni berpusing2..
Doc :             Puan ada asma ke, ada semput ke??
Aku :             takde saya sihat..
Doc  :            sejak bila rasa sakit ni???
aku :              hampir 1 bulan kebelakangan ini..
Doc  :            Ada ahli keluarga yang mengidap asma ke semput ke??
Aku :             Mak saya doc ada penyakit jantung..
                     ( betol ke tak jawapan aku ni.. hihihi )
Doc :             ok  puan luruskan tangan saya nak check BP puan..
                     mmmmm.. tekanan darah puan rendah ni 90/60..
Aku :..           ye ke doc????...  
                     ( blurrr )
Doc :             ok bawa kad ni pergi bilik no. 10.. saya nak awak check jantung.. takut
                      jantung awak problem..
Aku  :             ok doc..  
                      ( ni yang aku malas ni )
Bilik no. 10  :  Akak baring ye.. angkat baju dan ***, tanggalkan jam, barang kemas
                      dan cermin mata.         
                      ( benci tol la :( , angkat-angkat baju pulak dah.. hihihi  )
Aku :               Ok nurse..
Bilik no. 10 :    ok puan baring lurus ye..
                       ( sambil menyapu jel pada bahagian kaki, dada dan pinggang aku, pastu 
                       letak wayar apa entah aku pun x tau.. )
selepas 1 minit, nurse pun menanggalkan wayar pada anggota badan aku..
Bilik no. 10 :     ok puan bawa kad ni jumpa doc tadi..
Aku :                ok nurse, terima kasih
                        ( sambil membetulkan baju yang terdedah tadi.. hihihi nasib baik nurse
                        perempun.)
Doc :                ok puan duduk..
                        ( sambil meneliti kertas yang panjang tu )
Aku  :               ( Ya Allah lambat ye doc ni.. )
Doc  :               Ok dari pemerhatian saya, ujian ni menunjukkan jantung puan sihat..
                        tidak apa-apa masalah. Boleh puan ceritakan macammane keadaa
                        sakit dada yang puan alami kerna dari ujian ini puan sihat..
Aku :                Saya akan rasa sakit dada apabila banyak berjalan, apabila
                        memerlukan aktiviti yang bergerak ke sana sini.. kadang waktu
                        duduk pun tiba-tiba sakit dada..
Doc :               ok.. bila tekan dada sakit tak puan???
Aku :               Sakit doc..
Doc :               Ok puan.. kadang-kadang bila angin ada di dalam badan ia akan menolak
                        ke atas tu pun salah menjadi punca kenapa dada puan sakit.. Ok takpe
                        puan, saya bagi puan ubat untuk cegah angin. Jika
                       sakit puan berlarutan sila datang lagi ke sini untuk pemeriksaan lebih
                       lanjut.. Puan habis kan ubat ini dulu dan tengok perubahannya nanti..
Aku :               ok doc.. terima kasih..  

Tu la dia dialog aku dengan doc tu.. memang sejak akhir-akhir ni aku sakit dada, kepala sakit kadang denyut-denyut, kadang rasa dunia ni berputar.. Kalau ikot hati aku ni malas nak g jumpa doc tp nak buat camne Papa Man, Mok Tih sibuk membebel suruh aku g check  so aku g la check.. sakit dada tapi doc kata aku sihat camno tu.. "Memang aku tak paham" .... sebab tu la aku ni malas nak g jumpa doc, korang degil.... Tapi aku pun tertanya-tanya kenapa aku selalu rasa tak sihat badan camni... Tunggu la sehingga Allah mengizinkan untuk segala persoalan tu terjawap dan terburai... hihihihi



Selasa, 22 Februari 2011

Janda Gemas!!!!!!!!!!!!!!!!!


mmmmm.. pagi ini tiba2 teringin nak dengar lagu ini... " Demi cinta tersembunyi hikmahnya, pasti!!!!".... Sebenarnya malam tadi tengah-tengah makan dengan mak ayah, adik aku cakap tanya man da balik keje ke.. aku cakap la dia keje lagi OT sampai malam.. Boleh pulak si budak sengal tu kata " entah-entah man g jumpa janda kat Gemas tu "... Jiwa aku masa tu blurrrr je.. bukan nak percaya atau tak mahu percaya tapi aku nak ajar diri aku untuk jangan mendengar cakap orang tanpa bertanya pada tuan badan terlebih dahulu..

Lepas Papa Man mesej kata da sampai rumah sewa dia.. Aku pun bagi la masa kat dia setengah jam untuk dia rehatkan badan dia dan mandi ke apa ke.. orang lelaki kan mesti la nak merokok dulu.. Walaupun aku sebenarnya tak suka Papa Man merokok.. kemudian aku pun mula la bagi ayat-ayat manis sikit tanya kerja camne, tanya budak-budak keje camne, keadaan dia, pastu aku start la bertanya 'Janda Gemas' tu sape????... Haaa ko!!! terdiam dia sekejap.. huhuhu cari ayat terbaik untuk menjawap ko!!.. hihihi..

Walaupun jawapan yang dia bagi tak memuaskan hati aku tapi aku tak la kisah sangat sebab aku pun tak la lapar sangat dengan lelaki ni... Aku buleh hidup tanpa lelaki malah aku bahagia bersama anak-anak aku.. Tapi bohongla kalau aku kata aku langsung tak perlu kan lelaki sebab dulu pun aku berkahwin dengan lelaki jugak dan aku jadi 'JANDA' pun sebab lelaki jugak so tak la heran sangat..  Aku ingat lagi masa aku berpisah dengan ex aku 1 malam je aku menangis cam histeria... Bangun pagi pastu aku ok sebab aku masih ada ALLAH dan anak-anak aku... Alhamdulillah...

Berbalik pada Papa Man tadi, aku biarkan dia tido dalam beribu persoalan..Aku cakap kat dia " ct tak kisah dengan sapa abg berkawan sebab abang bukan milik ct dan abg pun bukan kepunyaan ct seorang, Abg hak Allah, Kalau Allah nak ambil abg dari hidup ct pun ct tak boleh nak buat apa-apa dan sekiranya abg ditakdirkan berkahwin lagi 1, 2 bahkan 3 sekali pun ct redha abg sebab abg bukan  milik ct seorang,  Allah hanya pinjamkan abg untuk ct hanya seketika so ct tak boleh tamak, ct harus tahu hak ct "... Tido lah Papa Man dengan hati yang aku sendiri pun tak tahu nak cakap.. huhuhu... kecian dia.. bukan maksud aku nak buat dia sedih tau apa-apa la cume nak ingatkan yang hati aku ni bukan seperti hati perempuan lain.. aku 'no hal' aku tak fikir hal remeh-temeh ni.. Dan aku tahu dia memang terlalu sayangkan aku dan anak-anak aku.. Terima kasih Ya Allah..

Doaku semoga Allah memanjangkan jodoh kita.. Insyaallah.. Cinta yang membawa kebahagiaan Dunia Akhirat akan sentiasa di uji ALLAH.. seperti lagu siti tu kan ahakkksss....


i likee red ros..



Isnin, 21 Februari 2011

Pahala terakhir Seorang Isteri


Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah Restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya. 
Copy & paste :- Anak-anak Negeri Sembilan 

tireddd.......


I’m
so
tiredddd….



Sabtu, 19 Februari 2011

Tentang Hati.. ♥

My Heart
Tidak siapa tahu tentang rahsia kan.. Namun biar kita menguasainya dari ia menguasai kita... Bahaya dik!!.. Boleh binasa hidup dek mengikut kata ni. mmmmm.. Kadang-kadang aku ni terbelah bagi antara nak dan tak nak.. antara kasihan atau benci.. arrrggghhhh susahnya hidup aku ni.. Hanya mereka yang penah senasib dengan aku je yang dapat rasa apa yang ada di dalam ni. Kadang -kadang pulak aku buntu untuk buat 1 keputusan..

Dari kecil aku da lalui macam2 benda dalam hidup aku.. Sampai la saat aku di ijabkabul kan pun menjadi 1 masalah.. Mak Ayah, ateh tak berniat nak lukakan hati mak dan ayah. Namun siapa la ateh untuk membuat keputusan yang tepat saat itu.. Ni semua adalah disebabkan  ni yang lemah dan fikiran yang mentah dalam membuat keputusan. Jadi kini aku terluka lagi.. terluka buat entah berapa sekelian kalinya.. oh .. Jangan lah kau lemah dalam rayu syaitan kerna engkau sendiri yang akan derita nanti wahai .

Suatu ketika dahulu aku pernah menyintai seseorang..( setelah aku bergelar 'J' ) Dia baik muda 1 tahun dari aku.. Hubungan kami berlangsung hampir 1 tahun. Dalam tempoh tu aku tidak mengetahui yang family dia tidak suka dengan aku.. Oh kau terluka lagi.. Berdosa kah aku bergelar 'JANDA'.. Kalau tidak kerna 'lelaki' akau tidak akan menjadi 'JANDA'... Jangan kau (family ye) hina wanita yang bergelar 'JANDA' kerna nasib dan rezeki kita ni di tangan ALLAH S.W.T.. Jangan kau bongkak berdiri diatas muka bumi ini.. Dalam kekecewaan aku cube menjauhkan diri dari dia. Namun disebabkan ini, aku menjalin kembali hubungan kami dalam senyap tanpa pengetahuan keluarga dia.. Dalam masa yang sama Papa Man cube memikat aku.. Dalam aku berkata " kenapa aku tidak bagi peluang pada Papa Man (kini gelaran Man untuk anak2 aku) mengisi kekecewaan aku ini ".. Aku pun nekad dalam lupakan dia dan memulakan hubungan baru dengan Papa Man.. Alahamdulillah, kami serasi namun ekonomi Papa Man selalu problem, namun aku kuat kan semangat dan pandang positif, anggap benda ni ujian Allah untuk melihat dan menguji aku yang noty ni.. hihihi...

Mak kata " jaga yang sorang ni.. Jangan nak bertukar-tukar je.. Betul didikan dan teguran, insyaallah ekonomi Papa Man akan stabil.."  Dalam aku yakin dengan apa yang mak cakap. Mekasih mak kerna selalu bagi nasihat pada Ateh.. Ateh sayang mak kerna mak sentiasa ada bila ateh susah... Semangat yang ada pada mak pun da cukup kuat untuk ateh terus hidup kat muka bumi Allah ni.. Semua ni di Tangan Allah S.W.T.. Terima Kasih Ya ALLAH...


























Jumaat, 18 Februari 2011

Kepadamu Wanita..Agar Dikau Bahagia..

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
- Artikel iluvislam.com

Mood Down...:((

rasa nak pindah balik umah aku la.. Aku rindu umah aku tu.. Aku rindu ketenangan aku yang dulu bersama suami dan anak2.. mmmm Ya Allah Engkau tabahkan lah hati ku ini!!.... uwaaaaa... menitis air mata ni entah yang keberapa juta kali... Aku betul2 stres saat ni.. Aku nak pindah, nak balik kat rumah aku.. Betul ke tindakkan aku ni.. blurr seketika aku dengan mainan syaitan ni..



Aku dah janji dengan diri aku untuk jadi kuat.. Tapi aku sentiasa tewas dengan godakkan jiwa dan fikiran aku. Aku rindu saat aku bergelar isteri dulu.. Terlalu rindu.. Mampu kah aku menerima tanggungjawap itu kembali???... Jawapan yang aku terima " Aku belum bersedia lagi"... Aku tersungkur lagi Ya Allah.. Tersungkur menyembah bumi yang Engkau ciptakan.. Hati terbuai lagi dengan pujuk rayu si Syaitan... Diri lemah- longlai dek angan-angan yang panjang... mmmmm... sampai bilakah aku harus begini???

Persoalan demi persoalan yang aku putarkan. Namun jawapan tetap 1.. Sujud la kamu kepada Pencipta mu...
Ya Allah.. hinanya hambaMu ini.. Ya Allah rendahnya pemikiran hambaMu ini.... Kenapa aku jadi sampai begini sekali.. Bila jiwa kosong mula lah Syaitan menghasut untuk memesongkan akidah manusia... argghhhh!!!.. aku menjerit sendiri lagi... hanya itu yang aku mampu.. Nak diluah tidak tercakap, nak disimpan terlalu pahit rasanya :((...




Rabu, 16 Februari 2011

Keseronokan Anak2.. Kebahagiaan Pada Aku...

sukanya kak long dan adik bila aku kata " ok malam ni ibu nak bawa kak long dan adik makan kat luar"... "Yahooo..." jerit mereka serentak.. " Tapi adik dgn kak long kene pegi mengaji dulu, homework esok kita buat sama2 ok sayang".. ha sesekali bawa anak makan kat luar seronok gak.. huhuhu.. Dalam pale aku malam ni nak makan yang pelik sikit.. So aku ada nampak kedai Stemboat kat Senawang masa aku keluar dengan sue aritu.. Akhirnya aku pilih untuk ke sana....

Kat Senawang
start memasak

leka ye mereka!!! huhuhuhu

Alhamdulillah atas Rezeki Mu Ya ALLAH
Lepas perut kenyang.. aku bawa mereka pergi lepak kat Dataran Seremban.. Malam cuti Umum ni mmg ramai orang kat sana.. Boleh tengok kerenah orang kat sana..
Suka bergambar
Aksi nakal kak long

Noty.. huhuhu

Suka sangat dia
mmmmm... seronok tengok diaorang happy.. lepas masuk kete gaduh pulak nak baring untuk tido.. cam2 anak ibu ni.. da letih akhir ye tido jgk budak-budak tu... Dalam hati " Terima Kasih Ya Allah"....

Kesana Lagi... :(

mmmm... Subhanallah.. sampai bila nak naik turun mahkamah ni.. tension ye.. arini 16/02/2010. Anda dikehendaki hadir ke Mahkamah Jempol kerana kes anda akan dibicarakan :(... Lotih akak, dik!!!... Kali ni dah masuk 7 kali aku kesana untuk kes Fasakh aku.. Entah bila nak selesai.. Aku buat semua ni pun kerna mak aku.. Kalau bukan kerna mak, aku malas nak layan benda-benda camni.. lantak la sampai bila pun aku tak kisah.. hati aku hancur takde sape yang tahu.. Alih-alih orang kata aku yang jahat sebab bila ex aku da susah aku tinggalkan dia.. " Wei!!! ko tak dok 1 umah dengan aku dan dia memang la senang ko bercakap.. Bodoh punya orang..".. Rahsia rumah tangga tak boleh dihebohkan berdosa besar ingat tu mak cik2, wan2, akak2 woi...

Aku serahkan pada allah untuk menentukan.. Dosa aku pun banyak, bukan jadi keja aku nak menghukum orang.. itu semua kerja ALLAH S.W.T.. Biarlah Dia yang mengadilinya nanti... Insyaallah..

Pagi ni settle kan kerja mana yang perlu dulu.. Aku da dapat perlepasan bos untuk uruskan kes aku so mungkin tengahari masuk ofis semula... Uruskan anak2 seperti hari-hari biasa :)... i likeee  ♥....Semoga langkah hari ini membawa sinar kebahagiaan untuk Aku, Kak Long, Adik Aisyah, Mak dan Papa Man...

Isnin, 14 Februari 2011

63 Petua keluarga Bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan. Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Doa Aku supaya Allah Panjangkan jodoh Aku
Papa Man.. Hingga Akhir Hayat

Mood Weekend...... (+__+)

Jom belajar buat aiskrim...
bahan2.. 1 tin susu, 1 tin air, 1 biji telur , 1 sudu overlette dan perisa kegemaran.  ( campur semua )

Pukul guna mixer ( Ini la Hasilye)

mak kata letak dlm bekas kecil senang anak2 nak ambil dan makan.. :)


Kak long dan adik sedang mamam aiskrim.. dia kata "SEDAP MAMA..." tq syg..




Tu la dia kalau ada anak.. Anak pulak kuat makan.. Buat apa aje mesti habis.. Dan itu la anak mama :)... kak long dengan adik ni suka tahan mat bangla yang jual aiskrim waktu petang ( aku  tak berapa suka sebenarnya ) so aku dengan rasa rendah dirinya cube belajar buat aiskrim.. Alhamdulillah ia menjadi.. cuma aku tambah air banyak sikit sebab aku ni tak suka manis2.. Minggu depan nak cube perisa strawberry pulak hihihi...

Semalam masak sup kepala ikan merah.. berpeluh2 makan + sambal belacan cecah pucuk ubi.. nyum nyum nyum... Petang itu teman sue g repair kete dari pukul 2.00 hingga pukul 5.30.. sampai umah ambil anak bawa g taman permainan kat Taman Bahau.. ( tak dapat g Kompleks Sukan Dan Belia Paroi.. :( ) Balik sampai rumah suruh anak mandi.. siap-siap pergi mengaji.. aku masak pulak sambal ikan masin + sawi cina... nyum nyum nyum lagi ( kes nak gemok kan badan.. hahahaha )...

Dah siap masak.. aku pukul 'pelanta pelangi' nak buat kek... Buat banyak sikit sebab abang aku ada bawa balik bakal wife dia kat umah... So ni la hasilnya...
nyum nyum nyum...
Akhirnya aku pengsan pukul 10.45pm setelah kepala aku berpusing ligat cam kipas.. Tiba2 pening kepala.. Penat sangat kot... Sambil adik tolong picit kepala mama ni..  Tu la dia kalau weekend bukan masa untuk berehat tapi masa untuk memuaskan hati orang disekililing aku.. Namun aku puas kerna aku tak la layan sangat jiwa aku ni.. tak la aku ni pening kepala nak pujuk hati melupakan semua kenangan dulu.. cewah!!! da macam lirik lagu pulak.. hihihi...

Tapi malam tadi mak buat hal pulak.. cerita bab kawin ni.. ayoooolahhh... den bolum nak kawin laie do mak.. omat tol akal den.. kato mak " kalau balang dah nak kawin nanti buleh buat sekali dengan ko tih... Senang, mak ni da tak larat nak buat kenduri banyak2 ".. tu antara dialong mak den.. Fuh!!! panas telinga dan buntut den jap.. Dengar la jeritan batin ku wahai ibu kesayangan ku... AKU TAK NAK KAWIN!!!!!!...... satu penyiksaan dan satu bebanan pada aku nanti.. Bila hati tak nak aku takut aku tak ikhlas nanti... bukan dapat pahala dapat dosa adalah... argghhhh... tulung dennn....