LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan


Alhamdulillah Ramadhan akan menjelma esok...
dan malam ni akan bermula solat sunat tarawih
dikesempatan ini mama dengan rendah diri
mengucapkan Selamat Menyambut dan Menjalankan Ibadah Puasa...
Semoga ALLAH memberkati amalan kita...
Dipermudahkan segala urusan di Dunia dan di Akhirat..


“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).



rasa rindu pada MAK makin menebal.. menitis airmata ni kerna kasih dan sayangnya terhadap mama selama 25 tahun ini.. belum terbalas jasa mu MAK.. Ramadhan yang hadir ini ateh sedekahkan segala amal ibadat ateh pada MAK... semoga MAK sembuh kembali.. kalau tidak sepenuhnya cukuplah sekadar MAK ingat hari yang kita lalui ini.. MAK tahu kita akan berpuasa.. MAK tahu kita akan berbuka bersama-sama nanti.. Insyaallah berkat Ramadhan ALLAH akan permudahkan...


Hanya itu doa anakmu MAK.... 


Ramadhan ku sunyi tanpa kegirangan mu MAK...


Semoga dipermudahkan segalaNya...



InsyaALLAH....






Khamis, 19 Julai 2012

check up 14 weeks


alhamdulillah.. baby semakin membesar didalam rahim mama ni... doa mama semoga baby sihat sampai hari bersalin nanti dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan hidup sehingga akhir usiamu sayang... amin...


ok semalam check up 14 weeks...
baby n mama sihat..
cuma kesihatan mama ni tak stabil..
kadang ok ..
kadang lemah sangat..
selera makan pun tak menentu..
urin test pun ok.. normal..
ujian darah pun ok.. 11.6
alhamdulillah semua ok...
apa pun mengandungkan kamu suatu kenangan yang indah sayang..


next check up akan scan pulak..
tunggu 18 weeks nanti...
cuma tertanya-tanya bila la badan ni nak sihat...


dan disebabkan mama tak sihat
tahun ni mama cuti membakar lemang..
rasa ralat sangat...
moga-moga nak raya ni dapat la mama melemang semula..
tak seronok nak puasa kalau tak melemang ni..
beli tak best...


ok la bye semua... :)





Isnin, 16 Julai 2012

Cahaya Ramadhan



♥¸.•°*”˜˜”*°•..♥CAHAYA RAMADHAN♥¸.•°*”˜˜”*°•.♥




Akan tiba jua hari yang dinanti..Saat dimana kesabaran teruji..Lapar dan dahaga menjadi teman sehari-sehari ..Namun inilah nikmat yang tidak ternilai..

Bulan ini,semuanya saling berbagi..
Menjalin ukhuwah dengan penuh erti..
Tidak memandang siapa yang diberi..
Hanya semata-mata mengharap berkahMU ilahi..

Ya Rabb..
Kini ramadhan-MU datang bertandang..
Dengan pesona yang tetap menawan..
Tiada nikmat sedasyat Ramadhan..
Bulan yang dinanti oleh setiap insan ..

Mendekati ramadhan-MU tahun ini,
izinkan aku untuk bersimpuh memohon keampunanMU
Atas hari-hari yang kulalui tanpa erti..hari-hari yang kurang terisi dengan beribadah kepada-MU..hari-hari yang kurang bermakna kerana jarang mengingati-MU,hari-hari yang kurang bersyukur atas segala nikmat dari-MU

Dalam untaian Do'a malamku..
Aku memohon pada-MU..untuk izinkan aku kembali mengecapi nikmatnya ramadhan-MU..untuk kembali merasakan Maha Besar-MU,untuk kembali merasakan dashyatnya Kurniaan-MU

Ya Rabb..
sampaikanlah diriku pada Ramadhan yang dirindu
sampaikanlah diriku pada kemenangan yang dituju
sampaikanlah diriku untuk meraih Cahaya Ramadhan-MU..

Aamiin Ya Rabb...







p/s::: da terasa debaran Ramadhan yang Mulia ini... semoga ALLAH permudahkan.. amin



Khamis, 12 Julai 2012

serba salah!


apabila seorang anak mempunyai 2 orang bapak dan mempunyai seorang ibu pasti si anak dan si ibu tu akan ter'sepit'kan.. tersepit antara kasih sayang 2 orang bapak..


al kisahnya...

si abah yang telah lama menyepikan diri tu tiba-tiba muncul ingin meminta 'anak'nya menghabiskan cuti hujung minggu dirumahnya... dan si papa yang siang malam menjaga dan memberi segala keperluan harian untuk si 'anak' tadi rasa tidak puas hati kerna menganggap si abah tersebut hanya mementingkan diri sendiri dan tidak tahu malu.. dan si ibunya pulak berada di tengah-tengah antara abah kandung si anak dan papa tiri si anak yang sudah menganggap anak tersebut seperti anaknya sendiri..



dan si anak nak pergi kerumah abahnya tadi.. walhal si papa da merancang untuk membawa si anak-anak tadi balik ke kampung si papa di Batu Pahat... hadoiiiiii.... geram betol hati mama ni.. nak marah tak boleh, nak didiamkan takut ada yang terasa.. tension tolllll... :((






mama tahu kak long dan adik sayang papa n abah.. dan mama tahu papa dan abah pun sayang anak-anak mereka.. cuma cara abah mungkin salah dan hanya mementingkan diri sendiri.. datang dan pergi sesuka hati.. mama pun da malas nak bertekak pasal nafkah.. biarlah mama dan papa sendiri yang berusaha tulang 4 kerat membesarkan anak-anak mama ini.


dan mama tak mahu menidakkan 'hak' dia sebagai abah... tidak sama sekali... biarlah ALLAH yang membalas semua perbuatan kita.. mama hanya mahklukNya yang lemah dan tiada daya upaya...


cuma doa mama " Ya ALLAH.. dia lelaki yang telah Engkau takdirkan menjadi separuh dari kisah silam dan kehidupan mama suatu ketika dulu maka lembutkanlah hatinya seperti mana dia pernah menyayangiku dengan sepenuh hatinya... jangan benarkan kemusnahan rumahtangga kami dulu punca dia memecah-belahkan antara kami suami isteri dan anak-anak kami... satukan hati kami dalam rahmat dan IzinMu Ya ALLAH... lembutkan hatiNya Ya ALLAH... sedarkan dia tentang Hak dan Tanggungjawapnya terhadap anak-anak kami... amin.. amin.. amin.. Ya Rabbal alamin"...




jauh mama 'mengkebumikan' kisah duka itu...



p/s :::: bukan mudah untuk menyenangkan hati orang yang kita sayang...



Rabu, 11 Julai 2012

MC lagi



semalam mama MC lagi...
malam semalam mama muntah-muntah dan pening macam nak pitam..
rasa rumah macam nak berputar ligat...
hadoiiii...


g check pukul 2.30pagi...
senang je doc tu cakap..
" awak pregnant, tahan la sikit"..
mau je mama beduk doc tu sampai lebam..
kalau saya tahan, tak la saya membazir duit jumpa doc ni..
sengallllll tol..




p/s :: abah suruh balik minggu ni.. kato eh nak g umah mak ngah di Batu Pahat... wahai badan jangan la buat hal ye... bapak mertua awak da berbunyi tu !

Isnin, 9 Julai 2012

Doc kata....


Bismillah...
Assalammualaikum semua...


kan minggu lepas mama kata ada keluar lendir coklat dgn darah, petang lepas buat entry pasal lendir tu ada keluar lagi lendirnya.. terus mama pergi jumpa doc.. doc da check n scan baby.. alhamdulillah baby sihat dan dah  nampak jantung dia mula bekerja ( mengepam ).. da nampak tangan, kaki dan anggota yang lain... tapi tak la jelas baru membentuk secara asas... tak penah scan masa kandungan usia 12 minggu.. ni la baru pertama kali mama tengok.. hebat ciptaanNya...


Doc kata " mama jangan buat kerja berat.. jangan banyak bergerak sebab kandungan ni masih baru dan masih lemah.. mama pun jarak kandungan sekarang  dengan kelahiran yang dulu agak jauh 6 tahun so berhati2 tau.. minum susu.." bla bla bla...


ok doc!..



 sebenarnya mama tak cite pun dengan doc yang mama ada terhentak kaki.. 'terhentak kaki" ke.. kira korang paham la kan.. masa tu mama nak g bank urusan kerja.. mama tak perasaan yang tempat mama nak melangkah turun tangga tu 'tinggi' so tersentak la kaki mama dan perut mama ni.. tak jatuh pun cuma terkejut tinggi rupanya tangga turun ni.. berdebar sekejap  terus pegang perut sambil mengucap macam orang 'tak ingat'... dalam hati da cakap macam-macam sebab tak berhati-hati...


agak2 lepas setengah jam mama rasa ada kenda keluar.. perut sa mula rasa sakit.. terus balik rumah, masuk tandas tengok ada sporting.. cakap dengan papa " yang, ada keluar lendir tu lagi"..
" banyak ke sayang, jom g klinik"..
" sikit je.." mama cakap..


da tukar panties mama g kerja semula.. sampai ofis mama rasa tak larat.. minta izin dengan sue, mama nak rehat jap (bos tak g mancing) baring dalam setengah jam mama rasa ada lagi benda tu keluar.. mama g tengok lendir hitam... terus kemas meja dan gerak ke klinik.. memang takut sangat.. dalam hati minta sangat dengan ALLAH jangan la jadi benda buruk.. tapi bila doc da check dan scan semua normal rasa tenang sangat.. alhamdulillah..


memang pregnant kali ni jauh berbeza dengan pregnant kak long dan adik dulu.. sekarang ni dok sakit buntut.. kalau nak baring dan bangun dari duduk rasa sakit sangat.. rasa sakit tak terkata.. macam da 7 bulan.. hahaha... selera makan da ok la sikit.. tak sabar nak tunggu 9 bulan biar cepat bersalin.. huhu


ok la nak sambung kerja.. bye semua...:))



p/s :: da 4 bulan lebih dapat hadiah dan ucapan dari jiran " selamat pengantin baru.. semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat... amin... thanks jiran...




Khamis, 5 Julai 2012

keluar lendir coklat dgn darah



assalamualaikum....

nurse suruh datang ke klinik tapi mama tangguhkan dulu.. 2 hari lepas pun ada keluar lendir coklat tu.. dan hari ni keluar lagi dgn kuantiti yang sedikit je tapi hati risau sangat.. bukan tak nak check up tapi mama nak buat kenduri sabtu ni, MAK sakit lagi.. banyak sangat benda yang difikirkan kalau doc suruh masuk hospital camne???


tengok la sehari 2 lagi.. kalau ada lendir keluar kene jgk pergi check up.. tapi mama harap takde la kan... mungkin perubahan hormon... mama da google tentang masalah mama ni tapi malas nak ambil pusing sangat kang lain pulak masalah yang datang..


kita tengok la 2 3 hari lagi..



bye...







Selasa, 3 Julai 2012

Apabila Ujian Menjenguk Kita




Gerimis demi gerimis yang jatuh ke bahu sepanjang kita berjalan di jalan raya kehidupan ini adalah satu titik tolak untuk kita menjadi lebih baik. Akan tetapi, kita sebagai manusia perlu bijak untuk memenangi dan berlumba dengan ujian. Sama ada kita kalah dalam perlumbaan sengit ini atau kita menang dan menerima satu lagi sijil universiti kehidupan. Sedar atau tidak, dalam kebanyakan masa, kita banyak belajar dari perkara atau peristiwa pahit yang berlaku di sepanjang kehidupan.
Kerana apa? Kerana manusia lazimnya berfikir untuk berubah apabila merasakan dirinya sudah ditimpa kesusahan dan kesempitan. Dengan cara inilah manusia dapat belajar sesuatu tentang kehidupan. Tanpa musibah, hampir sahaja kita melakukan perkara yang sama setiap hari tanpa memikirkan apa dan kenapa perkara itu kita lakukan.
Ayuh kita lihat beberapa situasi,
• Bilakah masanya kebanyakan dari kita mula mengamalkan diet dan melakukan senaman? Ya, tentu sekali apabila merasakan berat badan semakin meningkat. Juga apabila doktor mula berpesan "Kalau kamu masih lagi tidak mengubah corak kehidupan yang gemar makan apa sahaja, maka tunggu sahaja saatnya kamu akan jatuh sakit." Lalu, kita pun mulakan perubahan.
• Di dalam persahabatan, kita hanya mula menyedari keberadaan sahabat kita apabila dia sudah bosan dengan sikap dan keburukan kita yang tidak pernah diubah. Di masa itu, kita mula bekerja keras untuk mengambil hatinya kembali kerana merasa kehilangan.
• Setelah kehilangan ramai pelanggan yang berharga, barulah seorang CEO sebuah syarikat belajar ilmu-ilmu berkenaan bagaimana untuk memberi servis terbaik untuk para pelanggannya.
• Seorang anak yang tidak baik kepada ibu bapanya hanya akan mula berasa menyesal yang teramat apabila melihat jenazah kaku si ibu di pembaringan. Pada saat itulah, penyesalan mula timbul. Lalu barulah hendak menyulam penyesalan dan berniat untuk sebuah perubahan.
• Bilakah pula masanya kita mula berdoa dan kembali kepada Allah? Setelah kita mula merasakan diri kita berada di dalam kesempitan musibah. 'Wahai Allah, berilah kemudahan kepada kesusahanku dan ampuni dosaku kerana melupakanmu." Itulah doa kita!
Begitu sifat asal manusia, kesempitan, kerugian dan kesusahan mampu merubah diri kepada yang lebih baik dan positif. Dan kerana itulah kita perlukan ujian! Lantaran itu, selalu sahaja kita mendengar "ujian itu adalah rahmat". Dan tidak asing juga"ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita" sering kita dengari apabila kita berada di dalam kesusahan.

Fitrahnya, setiap yang diuji dengan kesusahan pasti dihujungnya ada keindahan. Semakin ujian itu berat, maka semakin jualah keindahan yang berada di hujung jalan kehidupan itu lebih membahagiakan. Namun hanya merasa bahagia apabila ujian itu dihadapi dengan tenang dan optimis.
Hadapilah ujian itu dengan senyuman dan segunung harapan. Senyum tanda syukur dan berharap hanya pada Allah SWT semata. Semoga Allah SWT memberikan keringanan untuk menghadapi ujian dengan ditambahkan kekuatan iman dan taqwa. Semoga dengan 'berat'nya iman dapat menghilangkan rasa peritnya ujian. 
Apapun keadaan, apabila ujian menjenguk kita hadapilah dengan tenang. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar  tidak terus leka kealpaan. Adakalanya Allah SWT hadirkan ujian dan kesusahan dalam hidup kita itu tanda Allah rindu untuk mendengar bicara kita. Maka berdoalah kerana Dia Maha Mendengar!



Isnin, 2 Julai 2012

12 minggu ::: puasa :::


Assalammualaikum semua...


hari ni mama puasa..
Cubaan pertama berpuasa ketika hamil..
kandungan da masuk 12 weeks :)
alhamdulillah..


puasa ganti tinggal 1 hari je..
cuma niat nak puasa sunat sampai puasa nanti..
klau diizinkan ALLAH :)



-





-






-





-




da pukul 2.20pm...



-





-




-





alhamdulillah masih mampu bertahan..
loya pun takde arini..
cuma ada rasa ber'pusing' sikit...
alhamdulillah...
suka sangat


lagi 5 jam..
sabar ye sayang..
huhuhu..







bye !





Sabtu, 30 Jun 2012

harapan itu masih ADA...


alhamdulillah...
selamat pagi semua...


sekejap je kan hari ni last bulan Jun.. esok da masuk Julai.. lagi 19 hari nak puasa.. puasa tahun ni pasti berlainan sangat... MAK sakit.. mama akan berpuasa sebagai seorang isteri semula dan akan berpuasa dalam keadaan hamil.. pengalaman pertama ni.. memang berharap sangat dapat puasa penuh tahun ni.. insyaallah..


MAK....
ateh rindu sangat dengan MAK.. bila ateh balik jenguk MAK.. ateh pegang tangan MAK.. ateh tengok wajah cengkung MAK puas-puas.. pastu ateh keluar dan menangis... Ateh sayang MAK sangat2.. MAK kuat ye.. kita cuba buat yang terbaik..


Minggu depan mama akan buat kenduri Kesyukuran, bacaan Yasin dan tahlil.. meminta berkat doa rakan-rakan dan Iman agar MAK kembali sihat macam dulu.. Meminta kehidupan kami suami isteri diberkati ALLAH.. dan dipermudahkan segala rezeki dan urusan hidup.. lagi 1 nak buat suprise Majlis Hari Lahir MAK 1/7/1960 dan AYAH 7/7/1954.. mama rangkumkan semua sekali pada majlis tu..


mama pasti HARAPAN itu masih ADA untuk MAK sembuh... Pasti ADA...





p/s ::: semakin sihat.. alhamdulillah :))