LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 13 Disember 2012

34minggu ::: simpul biawak @ simpul mengkarung :::


pejam celik pejam celik tinggal 1 bulan je lagi nak bersalin... so tatutttttt... hari ni 13/12/2012.. date due 14/01/2013.. ngam ngam 30 hari lagi kan.. barang baby banyak yang takde lagi sebab mamanya tak larat nak berjalan shopping... harap papa kang entah apa yang dibelinya.. huhuhu...


da hujung-hujung ni kesihatan pun tak berapa stabil.. malam semalam kene kejang urat lagi atau 'simpul biawak'.. sakit gila menangis menahan sakit.. terus la MC paginya tu.. tak dibenarkan bergerak oleh En Suami tersayang.. sapu minyak angin dan berstokin 1 hari 1 malam.. da macam orang berpantang mama ni...





ok jom kita tengok apa itu simpul biawak @ simpul mengkarung..

 
"Simpul Mengkarung" ini boleh terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan pada bila-bila masa. Ada juga yg terjadi ketika tidur (seperti yg saya selalu kena). Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut seketika. 


Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan.

Keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Kekejangan turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar. Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi dan Melegakan Kekejangan ini??
  • Bagi wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.
  • Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.
  • Wanita hamil juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
  • Pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
  • Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.
  • Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
  • Urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
  • Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.
(Sumber Rujukan : Utusan Online)



1 ulasan:

  1. As salam siti..

    Saya tak pernah kena lagi..walaupun dah dua org anak.alhamdulillah..dengar cerita memang sakit sangat..adui..tak sanggupnya nak rasa..tapi pernah la jugak ibu jari dan jari sebelah dia tu menarik2...pastu ok balik.masa kena tu memang sakit..saya doa awak baik2 je ye..amin

    BalasPadam