Oh kenangan
kenangan mengusik jiwa
ku terhempas....
Jauh disudut mata
Jiwa kian terpisah
makin sengsara....
Oh sesalan
Sesalan datang meragut
hati pedih....
Tak mungkin dapat dilupa
segala yang kita bina
hancur akhirnya..
Sampai masa ku teringat
segala pahit menikam rasa
hening semalaman
ku dipuasara
cinta airmata
Oh semalam ku terbenam
Dilubuk asmaraku
yang jauh ku kembara
jauh perjalanan
jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian
ke arah tujuanku.....
syok kan lagu ni.. menusuk ke dalam kalbu jiwa kecil mama ni.. itu lagu Olan - Kenangan Semalam... ya 3 tahun lepas cinta yang kami semai selama 5 tahun musnah akhirnya.. kami memilih untuk mencari haluan hidup masing-masing.. anak-anak kecil menjadi saksi keretakan mahligai yang dibina atas dasar 'cinta' itu.. siapa sangka siapa menduga insan yang mama anggap pelindung dan pelengkap hidup tidak mempercayai akan kesetiaan dan kejujuran yang selama ini mama simpul mati..
seminggu sebelum kami berpisah, mama membuat solat taubat, tahjud dan solat istikharah.. selama 3 malam berturut-turut... mama meminta petunjuk dari ALLAH agar tunjukkan jalan yang terbaik dalam hidup mama.. alhamdulillah jiwa mama tenang.. tapi malam terakhir itu kami bergaduh besar.. mak ayah pun hadir sama namun hati mama tetap mahukan perpisahan.. cukup sudah keyakinan mama selama ini.. cukup sudah kesabaran mama selama 5 tahun itu.. mama keluar rumah dan duduk di suatu tempat selama 3 hari.. hanya mak tih dan bos sahaja yang tahu.. mama menangis semahu-mahunya selama 3 hari itu.. tanpa makan dan minum.. dan seorang diri... muhasabah diri dari hari ke hari.. mana silap ye.. mana punca keretakkan ini.. akhirnya mama mengalah sudah tiada jodoh kami.. 3 bulan selepas itu ada dia datang meminta agar 'rujuk' kembali tetapi hati ini telah tertutup rapi.. dia berjanji tidak akan abaikan nafkah anak-anak tapi sampai hari ni nafkah anak-anak semua dibahu mama.. ada jua dia memberi namun sekadar melepaskan batuk ditangga.. mama da halalkan itu semua antara dia dengan ALLAH.. semoga bahagia...
selepas genap 6 bulan hidup sendiri, mak pulak membebel supaya membuat laporan dipejabat agama.. namun ada kesulitan kerna sijil pernikahan ............................... start dari itu bermula episod turun naik mahkamah.. banyak kes-kes rumahtangga yang mama lihat dengan mata kepala sendiri.. segala kisah luar 'dalam' dibangkitkan.. sungguh mengaibkan... tak kira pasangan, ada yang baru kawin, baru 5 tahun berkahwin.. ada yang sudah 30 tahun hidup bersama semua ye mengalami masalah yang sama.. tiada persefahaman. tiada toleransi.. panas baran.. dan ada jua yang masih mencari 'makanan' diluar.. subhanallah sungguh menakutkan.. selama 2 tahun lebih berjuang untuk hak sendiri dan anak-anak... pada 13/6/2011 mama mendapat sijil cerai.. didaftarkan atas kes fasakh.. hanya itu yang mampu mama lakukan..
dalam tempoh 3 tahun itu jua mama diuji dengan masalah kewangan, konflik keluarga dan percintaan.. mama dibenci oleh kakak sendiri.. dipandang seorang oleh manusia.. kehilangan cinta.. dapat cinta baru.. hahaha.. macam2 la.. kehidupan yang tak pernah mama bayangkan ketika usia meniti remaja.. membesarkan anak-anak tanpa ketua keluarga amat memeritkan.. hanya ALLAH yang mengetahui.. terlalu sakit dihati ni.. rasa sunyi yang mencengkam jiwa.. cemburu melihat pasangan yang bahagia.. namun mama yang memilih jalan ini kan.. alhamdulillah.. dalam menangis pun mama bahagia jua.. dalam 'sakit' mama terasa jua sihatnya.. begitulah laluan hidup ini.. indahkan... bila dikenang...
kini...
setelah 3 tahun berlalu...
.
.
.
.
.
.
.
insyaallah bahagia akan menjelma.. kisah cinta halal akan bermula.. cinta dan kasih sayang anak-anak kini akan berpapa.. dan mama akan memegang tittle seorang isteri.. syukur ke hadrat Mu Ya Rabbi.. teramat istimewa Janji-Janji Mu kepada sesiapa yang sabar.. alhamdulillah.. walaupun kehidupan dalam serba kekurangan.. insyallah mama akan menjalankan tanggungjawap dengan ikhlas dan jujur.. semoga pernikahan ni membawa mama ke Jalan Jannnah Mu Ya ALLAH.. berikahlah keIzinanMu Ya Rahman.. Angkatlah darjat kami disisi Mu Ya Rahim.. hanya itu yang mama pinta dalam kehidupan mendatang.. insyaallah..
mama nak kongsi sedikit pandangan seorang rakan mama tentang ilmu rumahtangga.. mama rasa ramai yang tak tahu hal ini kan.. jom kita betulkan apa yang salah dipemikiran kita selama ini.. selamat beramal...
p/s ::: cinta semakin indah apabila ALLAH ada bersama-sama kita.. walau dipermulaannya ada kesilapan tak semestinya kita mengakhirinya dengan kesilapan jua kan.. fikir-fikirkan.. semua keputusan ditanggan kita.. mama sayang semua.. assalammualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan