tangisan si anak
pandangan seorang abang setelah mendapat restu dari adik tersayang
da lama mama nak buat entry tentang 2 gambar diatas.. biasanya la kan majlis bersanding siapa yang akan mengalirkan air mata?? mesti lah wanita kan.. sedih sebab kita da jadi milik orang lain.. sedih sebab kita bukan anak mak lagi.. sedih sebab akan berjauhan dengan family... sedih kan... :((
masa sanding tu mama tertanya-tanya kenapa papa menangis.. kenapa papa tersentuh hatinya..
sampai la waktu malam untuk berehat setelah penat berjemur 1 hari kan.. mama tanya papa...
" kenapa abang nangis masa sanding tadi?"..
" abang teringat kat mak sayang"..
ye mak papa da meninggal 6 tahun yang lalu..
" mak abang pesan.. angah, nanti kalau angah kawin.. angah buat majlis bersanding tau, mak nak sangat tengok angah naik pelamin"..
" mak tak kisah siapa pun wanita yang angah nak jadikan isteri tapi pastikan mendapat RESTU keluarga.. insyaallah bahagia"..
malam tu papa nangis lagi.. mama pun nangis jugak.. tak sangka lelaki sebelah mama ini masih ingat pesan maknya selepas bertahun-tahun mencari calon isteri...
"abang macam nampak mak aja bila abang peluk abah tadi..abang rasa mak ada kat sini"..
(Ya ALLAH sedih ye.. tak sanggup mama nak teruskan )
"lepas ni.. ayang la tempat abang bermanja.. tempat abang meluahkan segalanya... mak abang takde"
masa tu mama hanya diam aja.. tak mampu nak cakap apa-apa.. sedih sangat. mama tanya diri mama.. mampukan mama membahagiakan papa... dalam diam dia merindui kasih sayang seorang wanita.. kasih sayang seorang ibu..
Sahrifah Aini & M Sani - Pasangan Bahagia
Dengarlah oh sayang
taklimat hatiku
yang sangat sayang kepadamu
Jujurnya hatiku terhadap cintamu
kuhargakan kasih sayangmu
Walaupun beribu
ada didepanku
tetapi tak sama denganmu
Bahagia oh sayang
rasa hidupku
punya isteri yang sepertimu
Kau syurgaku didunia ini
Kaulah tempat diriku bermanja
Gembira hidupku pasangan bahagia
oh kejelitaan tidak kekal lama
kejujuran jua yang utama
sifatmu ku puji
aduhai suamiku
sungguh bahagianua hidupku
sifatmu kupuji
aduhai isteriku
Sungguh bahagianya hidupku
p/s ::: mmmmmmm.... tarik nafas.. hembus... insyaallah selagi nyawa dikandung badan.. mama akan cuba menyayangi papa sepenuh hati..
suka dibuli dan membuli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan