alhamdulillah raya yang bermakna bagi mama dan papa tahun ni... tahun yang kami nantikan untuk menyambutnya sebagai SUAMI ISTERI.. 2 tahun kami berjuang untuk membuktikan Cinta kami kepadaNya dan MAK AYAH.. alhamdulillah ALLAH permudahkan.. dan kini meniti hati-hati indah bersama puteri-puteri kami dan anak yang sedang membesar dalam rahim mama ni.. alhamdulillah...
ok...
mesti semua tak sabar nak raya kan.. tinggal esok aja lagi kan.. dan Ramadhan yang Mulia ini akan meninggalkan kita, doa mama semoga kita semua dapat bertemu dengan Ramadhan ini tahun hadapan.. InsyaAllah..
Dikesempatan ini mama menyusun 10 jari, meminta ampun maaf sekiranya ada coretan mama yang menyinggung perasaan rakan sekalian.. Berhati-hati dijalan raya.. berjimat cermat semasa berbelanja dan semoga kita senantiasa diRahmati ALLAH S.W.T...
jumpa semula di entry baru seminggu lagi...
da......
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan