Rasullulah
SAW tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar
sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan
makanan.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Rasulullah SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama
susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam ion+(Positive Ions)
sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika
kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas
biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu
menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya
boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh
menyebabkan gastrik.
3. Elakkan meminum susu bersama makan buah.
Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat
bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk
kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang
berbeza.. kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan
rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak
sepatutnya makan buah selepas makan nasi..Buah-buahan mengandungi
serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi,
secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak
akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
“Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia
kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis
antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem
pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis
dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda
tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah
jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan
menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding
tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan
vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan
merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi
karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus
karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai
zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan
manusia.
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin
Abdullah bin Salam ra meriwayatkan,“Aku melihat Rasulullah SAW mengambil
sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga
nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari
berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka
memakan tamar”.
8. Buah tamar
sememangnya sinonim
dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang
sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk
kesihatan manusia.
Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang
rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah
tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi
hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula
mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta
zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya
dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan
makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan
kepada kami sedikit daging”.
9. Rasulullah SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah
pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama
dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8
peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang
mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.
10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu,
mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit
dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang
diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot,
tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air,
maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah
yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada
kesihatan tubuh badan.
11. Rasulullah SAW juga menggalakkan penggambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam
warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”– (An-Nahl: 68-69)
12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan
meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan
melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana
udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan
bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya
sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan,
minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam
sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan
dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya
setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada
kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.
13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahwa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW: نحن قوم لا
نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع “Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang
hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti
sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3
daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya
dengan ruang kosong (udara).
14. Nabi Muhammad Sallallahu
‘Alaihi Wasalam juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk
menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis
tangan kanan setelah makan.
15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.”
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang
selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani
haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan
diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)
16.
Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu,
garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW
bersabda:
“Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis
telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu
10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna
makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia
mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya,
kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang
mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai
untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat
makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga
menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu
mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana
yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk
manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah
berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang
melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada
suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu
mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
17. Sebaiknya kita yang
menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum
perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan
duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya
dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak
perut.
18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda;
“Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.”
Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan
sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah
berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua
sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan
badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang)
walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses
metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa
tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi
memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana
itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.
20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti
Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan. Suatu ketika Nabi Yahya
a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu
kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan
berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan
sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan
boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam
dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah
hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
Berkenaan tidur selepas makan tengahari ( Jadi sebelum zohor kan )...
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Lakukanlah qailulah (tidur siang
hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah," -
Hadis Riwayat al-Tabarani
Kitab 'Misykatul Masabih' ada
disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh
Rasulullah SAW : "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah)
tidaklah keji. Rasulullah SAW ada melakukannya."
Syaitan tidak
melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan
Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan
memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan
ibadat dengan sempurna sepanjang hari.
