LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 20 Februari 2014

Al-Kisah Belon




Muhasabah diri..

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan
diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz
Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz
Rahim memberikan seorang setiap belon dan
meminta para peserta untuk menulis nama
mereka di atas belon.
Belon yang ditiup besarkan dan diberikan
kepada Ustaz Rahim.
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke
dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh
mencari belon yang tertulis nama mereka
secara serentak dalam masa 5 minit tanpa
memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama
akan mendapat hadiah.
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam
kabut.
Para peserta berebut2, menolak antara satu
sama lain untuk mencari belon masing-masing.
Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir,
tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para
peserta untuk mengambil satu belon seorang
dan memberikan kepada pemiliknya
berdasarkan nama di atas belon.Dalam masa 3
minit sahaja, semua mendapat kembali belon
masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam
kehidupan manusia. Semua orang sibuk
mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di
mana dan bagaimana.
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan
kamu bersangkut paut dengan kegembiraan
orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan
mendapat kegembiraan.
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak
pentingkan diri sendiri kerana tamakkan
hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari
belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
Akhirnya belon milik sendiri akan datang
daripada orang lain. Jika semua berebut,
suasana akan menjadi kelam-kabut dan
akhirnya semua orang rugi.
Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang
lain.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan