LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 31 Disember 2012

365 hari yang lalu....


selamat pagi dunia.....


opppsssss da tengahari la mama.. ok ok silap lak.. sbb kat sini cuaca mendung je.. selamat menjamu selera semua.. alahmdulillah lagi 12 jam kita akan melangkah ke tahun baru 2013... azam???? ada yang da buat azam baru ke atau masih dengan azam yang lama.. yang azam lama tu mama la kan.. kahkahkah


365hari yang lalu.... pelbagai kisah duka suka kehidupan kita lalui.. pelbagai cabaran yang terbentang dijalur perjalanan kita... airmata saksi segala kebahagiaan.. ada yang tinggal berparut lukanya dan mungkin masih berbaki sisa-sisa kesakitannya.. itulah citra cinta kehidupan ini.... tiada siapa yang terkecuali.. PM kita pun melaluinya... hihihiiiii



macam-macam kenangan kan... disebalik kesakitan pasti tercalit kemanisan yang membuat kita tertawa sendiri.... selepas airmata mengalir pasti sebuah senyuman terukir...


kalau tahun sebelum ni.. mama mengharungi kehidupan sendiri dengan ditemani 2 puteri yang comel kini tahun 2012 menjanjikan kebahagiaan yang tiada dalam azam mama diawal tahun yang lalu... bernikah semula???? hahahaaa.. macam mimpi kan.. alhamdulillah itulah RAHSIA ALLAH S.W.T...


25/2/2012... mama selamat dinikahi oleh seorang hamba ALLAH yang sudi menerima buruk baik sikap mama.. lelaki yang sering kali mama kecewakan harapan dan impiannya.. berkat doa MAK AYAH dan DIRInya kami telah sah sebagai SUAMI ISTERI...



18/05/2012... urin test double line... alhamdulillah tak sangka rezeki ALLAH secepat itu.. hihihiiii

alhamdulillah.... hadiah teristimewa untuk SUAMI tersayang.. 


13/6/2012... ditahan wad kerna kurang air dalam badan.. dan kencing kotor.. bercuti la 3 hari 2 malam di hospital.. makan free :)) (orang mengandung memang macamtu la kan.. hihihiii )
dalam masa yang sama mak kene serangan strok lagi... lepas pada tu kesihatan mak memang tak stabil.. mak dalam dunianya sendiri.. :(



15/9/2012.. berday hot mama.. suprise dari BFF mama... thanks korang.. love uloz so muchhhhhh da tua-tua sambut berday, malu je kan.. baru 26tahun.. muda lagi kan.. ye ke???? ^__^


3/11/2012... honeymoon.. selepas 7 bulan bernikah.. hahahaha.. honeymoon dengan 2 gegirl tu dan baby dalam perut mama ni.. seronok sangat... trip dari n9 ke penang dan Cameron... semoga ALLAH membekati keluarga baru ini... aamiin..


dan penghujung tahun 2012 ni banyak menyaksikan airmata mengalir... penutup yang penuh dengan kesedihan... apabila oranjg luar menilai kita dalam keluarga yang dia sendiri tak tahu kisahnya.. ada ke patut.. sewel punya orang... dan pengalaman mengandung yang jauh berbeza semasa mengandungkan kak long dan adik kakak aisyah dahulu..


apapun semoga tahun 2013 ni membawa sinar kebahagiaan dan kematangan dalam meniti hari-hari mendatang... Dipelihara dan Ditetapkan IMAN... menjadi seorang Hamba, Isteri, Ibu dan Anak yang solehah..aamiin... 







selamat tinggal kenangan 2012.....

 selamat datang 2013 yang penuh cahaya kebahagiaan dan keimanan... InsyaALLAH... :)

Khamis, 27 Disember 2012

panggilan yang tak diundang



terabak mood mama arini.. da la penat tak hilang lagi menguruskan hal anak sek. masuk ofis dapat col dari someone... mungkin niat dia baik tapi tidak tepat pada masa dan waktu mood mama... nak komen hal family tp dia orang luar.. patut ke????



gila tol la.. semoga mama dapat memaafkan dia.. kita ni hidup jangan dengar cerita 1 pihak je.. nanti dengan kau - kau kene maki hamun.. silap-silap hilang gigi depan cik abg oooiiiiiii... 



menangis depan bos dan mak tih tadi.. sungguh kata-kata hamba itu melukakan hati dan jiwa mama. kalau kau kasihan tengok mak macam tu.. apatahlagi mama ni, anak dia sendiri.. anak yang rapat dengan dia.. anak yang menemani dia berubat dimana sahaja.. lancang sungguh mulut kau pak cik..


kalau bukan sebab mak yang nak mama bernikah dengan papa dulu. mungkin mama masih berada disisi mak.. dan jikalau masa itu mak sakit macam sekarang.. SALAH AKU ke, SAKAIIIIIIIII.................


ALLAH Maha Mengetahui......



alhamdulillah...


Rabu, 26 Disember 2012

37minggu ::semua da ready !!!! ::



Salam Hari Rabu semua...
Hari yang lembab dan mendung kat tempat mama ni.. semalam cuti kan.. best la masing-masing berjalan sakan.. dikesempatan bercuti semalam, mama nekad habiskan shopping barang baby.. dayakan jugak kaki ni melangkah.. so fenattttt... entah berapa banyak kali berhenti melepak melepaskan 'hongeh' yang tak tertanggung dek badan ni.. huhuhu



+ + + itu ini.. dari start beli sikit-sikit barang keperluan baby sampai la semalam penamatnya, habis la RM1k.. kussss semangat.. ye la semua baru.. barang lama semua tak nampak bayang da.. kene la beli barang baru.. alhamdulillah semua da settle.. tunggu nak pushhhhh je lagi..  ( tatutttttt ^__^ )



kesihatan sekarang memang tak stabil.. semoga terus bertahan sampai delivery nanti... amin..

minggu lepas check up 36w...
  • berat turun 2 kg.. tinggal 52 aja.. memang terkejut gila mama..
  • Hb 10.6
  • kencing kotor
  • keputihan datang kembali ( doc bagi ubat masuk bawah )
  • scan  -  alhamdulillah kedudukan baby n uri da normal...
  • jantina - :( redha tunggu la baby da keluar nanti...
  • date last delivery doc bagi sampai 22/1 nanti...



esok nak basuh baju baby n pack siap-siap dalam beg dan simpan dalam kereta... apa-apa hal semua da ready kan.. takde la nak menyusahkan sesiapa nanti.. InsyaALLAH.. hari ni check up 37w pulak.. apa la suprise ye lagi hari ini.. dalam hati sentiasa dup dap dup dap.. ye la orang kata tengah tunggu hari je kan.. semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan bersalin, mama n baby selamat dan sihat.. aamiin.. :))










Isnin, 17 Disember 2012

alahai bos!!!!!



oh tidakkkkkk.....

bos baru maklumkan bahawa kamu : Pn Siti Azlina kene g seminar kat Seremban tu...




waduh..
waduh...
waduhhhhhh....



baru berangan nak rehat kat ofis hari Rabu ni...
da la cheek up pun hr Rabu ni...


hari tu da cakap kat papa yang mama kene g seminar tu..
papa cakap kalau tak larat cakap dengan bos aja..
Bos pun da setuju dia yang akan pergi nanti..
tup-tup datang orang SAINS tadi kata itu seminar bahagian kewangan...



KEWANGAN??????



terus bos tarik diri kata mama yang kene pergi...
dia kata itu bahagian kerja korang... 
oh bosku sayang...
sedihnya..
nak cakap apa dengan papa ni..
harap papa paham kan
memang la papa paham tapi dia kasihan tengok bini dia yang dok nak melangkah pun payah.. hahaha
ni kan pulak kene duduk dalam bilik tu seharian suntuk...



akhir cakap ( ayat pujuk diri )..
'tuntutan kerja'.....
CAMTU LAH !!!!!!!!!





lagi 1.....



Assalammualaikum semua...
salam hari Isnan.. mesti semua mood tengah ooo.OO..OOOOOO kan.. ye la semalam berjalan sakan.. huhu.. bila masuk je kerja hari isnan ni da terbayang dalam kepala kerja-kerja yang menantikan.. itu nak disiapkan.. itu nak cepat.. semua main tuding jari je.. oh tidakkkkkk :((


ni kerja gila berani mati...
ada bran????
kecut perut mak nak!!!!



kerja mama tinggal 1 kertas kerja yang perlu diselesaikan lagi.. setelah 5 kertaskerja projek disiapkan dalam masa 2 minggu ni.. kalau tidak, tak tenang la mama cuti bersalin nanti... kesian mak tih kene buat sorang-sorang.. yang lain tu rasanya kerja mudah je.. mak tih boleh handle.. bos suruh cari pengganti masa mama cuti bersalin tapi mak tih tak nak.. dia kata boleh buat sorang so ikot aja la.. ala rumah mama dekat je dengan ofis apa-apa hal col je kan.. hihihiii...


ok la jom sambung kerja.. membebel je banyak tapi kerja tak jalan pun tak guna jugak.. jangan makan gaji buta je.. hidup biar berkat.. InsyaALLAH.. amin..


daaaa.....




Jumaat, 14 Disember 2012

rindu dengan kak long dan adik :((



hampir 1 bulan rumah sunyi tanpa gelak tawa mereka... rindunya dengan anak-anak mama... nak dibawa balik takut makayah terasa hati, ye lah baki cuti sek kan banyak lagi.. biarlah budak-budak tu kat sini... hhmmmmmm :(( camtu la selalunya bila mama nak ajak kak long dan adik balik...



sayang mama rindu!!!!!!
mama tak sihat sayang...
mama sorang kat umah..
mama sunyi...
papa deman...
papa pun da rindu kamu sayang...


cepat la abis cuti sek ni....






Khamis, 13 Disember 2012

34minggu ::: simpul biawak @ simpul mengkarung :::


pejam celik pejam celik tinggal 1 bulan je lagi nak bersalin... so tatutttttt... hari ni 13/12/2012.. date due 14/01/2013.. ngam ngam 30 hari lagi kan.. barang baby banyak yang takde lagi sebab mamanya tak larat nak berjalan shopping... harap papa kang entah apa yang dibelinya.. huhuhu...


da hujung-hujung ni kesihatan pun tak berapa stabil.. malam semalam kene kejang urat lagi atau 'simpul biawak'.. sakit gila menangis menahan sakit.. terus la MC paginya tu.. tak dibenarkan bergerak oleh En Suami tersayang.. sapu minyak angin dan berstokin 1 hari 1 malam.. da macam orang berpantang mama ni...





ok jom kita tengok apa itu simpul biawak @ simpul mengkarung..

 
"Simpul Mengkarung" ini boleh terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan pada bila-bila masa. Ada juga yg terjadi ketika tidur (seperti yg saya selalu kena). Buat beberapa saat, otot betis bagai ditarik dengan tegang sehingga menimbulkan kesakitan yang amat sangat. Tetapi ia semakin reda apabila bahagian tersebut diurut seketika. 


Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan.

Keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Kekejangan turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar. Dalam keadaan itu, kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi dan Melegakan Kekejangan ini??
  • Bagi wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.
  • Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.
  • Wanita hamil juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.
  • Pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.
  • Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.
  • Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
  • Urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
  • Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.
(Sumber Rujukan : Utusan Online)



Jumaat, 7 Disember 2012

33 minggu ::: mabuk semula... :::



kepala pening...
tekak loya..
selera down...
mood tunggang-langgang...
badan stres.. (sakit sana sini)..


malam tadi langsung tak boleh tido...
itu sakit ini sakit...
itu belum baby mengeras lagi...
merenggek macam budak kecil..
kesian papa menahan mengantuk sambil melayan kerenah mama..
lagi 1 bulan nak bersalin.. tak kan la boleh mabuk semula..
tapi ni la yang mama rasa..
pagi tadi bangun dengan kesedihan..
kalau tidak mengenangkan kerja yang belum settle kat ofis..
maun je mama tarik selimut..


semalam check up...
berat da 53kg..
reflo.. 6.3
yang lain alhamdulillah normal....
cuma doc risau mama asyik pening aja sekarang ni...
dibekalkan dengan ubat muntah..
sentuh pun dak ubat tu...
sbb ubat tu akan menyebabkan mengantuk...
silap haribulan tak bangkit la mama ni...


hujung minggu pulak penuh dengan jemputan kenduri..
camne la nak g..
badan pun tak larat nak bawa..
ni kan berjalan dengan panas terik dan bersesak2 dengan para tetamu...
ALLAH... memang mendukacitakan...



mabuk oh mabuk..... :((







Rabu, 5 Disember 2012

rindu saat-saat...



saat-saat  'noty'.. hahahahaaaaaaaa.

 single mother
2 years ago...


 bercuti ke langkawi dengan mak tih...



 apa senyum-senyum....
sekarang da dam-dammmmmm 
^__^


saat single-ming'girl'...




takde kerja cari kerja...
bye nak keluar da, nak g lunch dgn papa..
pastu check up 34w..






bermula dengan huruf 'H'



Assalammualaikum...
selamat pagi semua... entah apa-apa la mama pagi ni kan.. main huruf-huruf pulak.. hahaha.. saje je nak semakkan blog ni.. bermula dengan huruf 'H'..

Happy...
Handal..
Hairan kan??? hahahaaaa

Halau ke..
ke Hantu... *__^

Halimah jongang?????
Hapak hang!!!!!...


'H' tu adalah...


nama baby yang bakal lahir nanti...
sudah dapat 2 nama..
1 untuk baby boy
1 lagi untuk baby girl...

klu lelaki mesti la "Muhammad' dulu kan baru la tambah lagi 1 nama....
yang girl pulak nak letak 'Nur' dulu pastu tambah 1 nama lagi dengan huruf permulaan 'H'... bin @binti HASLIMAN.... yang penting nama itu mesti ada makna yang baik2.. InsyaaALLAH...


dan H untuk... hahahahahaaaaaaaa :))


Selamat beramal dan bekerja semua...


 sweet kan... :))