LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 29 September 2012

ikhlaskah HATI????


Assalammualaikum...
mood ::: blues Saturday :::  ^__^


biasa hari sabtu macam ni.. kene kerja jugak halfday.. malam tadi teman papa niaga sampai 1.30 pagi.. tak tak bagi balik sebab ada pekerja kilang simen tu kata dah ada kes samun kereta... taktik mereka baring tengah jalan  dan samun kalau kita berhenti dan beri bantuan.. so ngeriiiiii....


esok pulak macam biasa balik rumah mak... sejak akhir-akhir ni banyak sangat 'masalah' yang sengaja ditimbulkan.. padahal benda remeh je kan boleh la disettlekan dulu.. ni kene tunggu mama nak balik baru selesaikan.... kadang hati bertanya.. "ikhlaskah hati ni??"...


kandungan mama da masuk 6 bulan.. mak perlu check up setiap hari jumaat setiap minggu... dengan keadaan mama yang 'sarat' ni mampu ke mama nak berulang alik ke hospital uruskan mak.. kalau papa temankan mama, mesti petang tak niaga sebab penat.. nampak je mudah duduk dan teman tapi penat dia tu.. tak dapat la nak cakap.. dan mama bila selesai urusan mak kene masuk ofis semula.. sebab bos da izinkan uruskan mak dengan syarat da selesai kene masuk ofis macam biasa... ( penat sangat rasanya )...



bukan mama nak mengeluh cuma mama sering tanya hati mama macam ni la.. " ikhlas ke hati mama ni"... kadang rasa terpaksa melakukan 'semua' ini hanya untuk menjaga hati entah siapa... tapi jauh disudut hati mama, mama nak mak sihat semula macam dulu.. mama rindu sangat dengan mak.. tak sampai hati nak tengok mak dengan keadaan macam tu...


mak usu ada cadangkan mama keluarkan semua duit KWSP mak.. tapi mama tak setuju bab duit ni boleh jadi musuh saudara-mara... tapi mak usu berkeras jugak suruh mama buat untuk perubatan mak.. katanya tak la mengganggu perbelanjaan mama, anak nak sek, duit sakit pening.. bila ada duit mak tu, boleh la cari ubat yang elok sikit... mama diam je... meng'ia' pun tidak, menidakkan pun tidak... dengan duit semua boleh buat dan dengan duit juga keluarga boleh musnah... ye tak???


Ya ALLAH jadikanlah 'tulisan' ini sebagai suatu semangat untuk mama terus berbakti kepada mak.. hanya dengan coretan ini dapat melegakan rasa hati yang bermain-main di fikiran mama yang tak sempurna ni... biarpun tak ikhlas ke ikhlas ke itu hanya ALLAH yang berkuasa menilainya.. mama sebagai anak hanya berusaha menjalankan tanggungjawap yang diamanahkan ini dengan sebaik mungkin... sebab mama pun akan tua nanti.. dan siapa yang akan jaga mama kalau bukan anak-anak.. mereka melihat apa yang kita lakukan hari ni... InsyaALLAH.....





selamat berhujung minggu semua....
jumpa lagi dibulan Oktober nanti..
hihihihiiiiii....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan