LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 11 Mei 2013

denai kehidupan


alhamdulillah...
alhamdulillah..
alhamdulillah....

semua yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T.. yang kurang dan segala kelemahan semua dari diri mama sendiri.. da seminggu berulang alik dari rumah mak ke tempat kerja.. dalam seminggu tu banyak airmata yang mengalir.. dalam seminggu itu mama diuji dengan emosi yang tak stabil.. terkejar-kejar dengan masa.. mana nak uruskan anak-anak, suami, waktu bekerja, menguruskan makan minum mak dan ayah.. Ya ALLAH, terima kasih kerana mengurniakan mama hati secekal ini walaupun di temani air mata.. syukur Ya ALLAH.. mama hambaMu yang terpilih..


dan semalam merah last dijaga oleh 'mak' (pengasuh) walaupun 'mak' jaga merah dengan baik sangat :(.. sebab nak tukar pengasuh?? mama tak larat nak ulang alik dari rumah mak (pagi) kene hantar kak long dan kak aisyah dulu g sek.. pastu patah semula balik ke taman umah mama untuk hantar merah ke pengasuh.. dan patah semula ke ofis (dekat dgn sek mereka).. banyak masa dibazirkan disitu.. so fikir punya fikir kene la cari pengasuh yang dekat dengan ofis.. harap kakak ni jaga merah sebaik 'mak' jaga merah.. maafkan mama sayang.. :(


nak menyesuaikan diri dengan tempat dan suasana yang baru kene ambil masa.. ye mama setuju sangat.. kadang timbul rasa bersalah kat papa sebab selalu buat dia marah bila mama bad mood (penat, stres dan kurang rehat).. tapi nak buat camne sayang, kat abg la tempat ct nak meluahkan segalanya tapi dengan cara ct yg tersendiri.. hahaha.. maafkan isterimu ye papa :)


mak???
mak macam tu aja.. tapi mak nampak happy bila tangok kami ada disitu.. lepas balik dari kerja mama hantar adik dan kak long dan lepas masak mama ikot papa g niaga bawa merah sekali.. ada juga teman mak malam-malam.. da kak long tukang jaga ubat wan eh.. alhamdulillah...






nanti, 
bila dah ada suami,

jangan lupa keluarga.



nanti,
bila dah ada suami,
jangan lupa adik-adik.
nanti bila dah ada suami,
jangan buang ibu dan ayah.



nanti,
bila dah bahagia,
jangan lupakan ayah dan bonda.
jangan lupa,
walau taatmu pada suami,
sebahagian ‘saham’ syurgamu masih ada pada ibu.
jangan bangga,
walau kini kau bahagia pada suami,
kau dulu,
bergantung harap pada ayah dan ibu.
walau bagaimana layanan mereka kepadamu,
jangan lupa,
tanpa mereka,
kau mungkin tak akan ada.

ya,
bila sudah bahagia nanti,
jangan kau buang ayah dan ibumu,
cinta mu pada lelaki,
jangan sampai membuatmu menderhakai, 
apatah lagi melukai hati mereka. 

Credit : Tanyalah Ustaz




Tiada ulasan:

Catat Ulasan