LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 29 Jun 2013

aktiviti mama yang terkini....


Assalammualaikum...
Selamat pagi Malayisa...


pagi sabtu yang penuh penyaki 'M'.. so nak update sikit la kan kat sini.. huahuahua.. aktivi mama 2 bulan kebelakangan ni  mmg 'best'.. menjadikan hidup 'huru-hara'.. hidup dengan penuh rasa 'tanggungjawap'.. insyaALLAH.. mesti korang penah dengar nama DAO.. atau dengan nama penuhnya.. "Dr. Azizan  Osman"., Pakar Motivasi Keusahawanan yang terkenal abad ini.. alhamdulillah mama telah 3 kali mengikuti seminar percuma beliau.. sangat best.. pengisian yang penuh makna.. ilmu ketuhanan dan ilmu kekayaan dikongsi bersama..


ok...
camne ek mama boleh terjerus dengan 'hasutan' DAO ni.. mama tengok FB.. banyak komen yang 'best' tentang Seminar DAO ni so mama ajak mak tih join.. nak tengok betul ke DAO ni 'hebat'.. first kami join Seminar Wang Power & Facebook Power di Bangunan MCA Kuala Lumpur.. tak tau tempat redah je, alhamdulillha kami jumpa.. pertama kali daftar 'wow'.. nak beratur masuk dewan 'wow' kali kedua.. start ceramah'wow' lagi.. dan akhir sekali memang 'wowwwww' la seminar ni.. dari dada yang kosong terus bersemangat nak berniaga...



kami join lagi Seminar Hidup Luar Biasa di SACC, Shah Alam.. kali ni mama bawa mam akid sekali.. jom kita dengar sama-sama.. pengisian ye penuh penuh dengan ilmu..


malam ni kami join lagi Seminar hidup Luar Biasa di Melaka..



dan



minggu depan mama akan masuk kelas Dr IMKK.. apa itu IMKK??.. IMKK adalah 'Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan'.. mama ambil pakej VIP.. price??? RM 1997.00.. no no no... dapat offer lagi bauver (kupon) RM 1000.00.. jadi mam akan hanya bayar RM997.00 aja.. ada berita gumbira lagi.. mama boleh bawa seorang kawan dengan percuma.. jeng jeng jeng... mama ajak mama akid jadi RM 997.00 bahagi 2.. RM --------... bahagia tak?? bahagia kan... 










jadi sesiapa yang ingin beralih kerjaya tetapi tak tahu mana nak dituju.. jom join seminar DAO ni dulu.. Insya ALLAH anda akan nampak hala tuju selepas itu.. tapi semua bergantung pada diri anda sendiri...


tetapi masing-masing ada pendapat yang tersendiri kan.. ada jugak yang berapa 'suka' dengan seminar yang dianjurkan DAO.. mama sendiri tak terkeuali terkena tempias ye.. bagi mama kita tak kenal seseorang kita tak boleh menilai siapa dia.. dia tergolong dalam golongan apa.. siap cakap "kalau Rasulullah hadir di Majlis tersebut, adakah baginda akan tersenyum atau bersedih???".. Allah hu Akbar!!!.. siapa kita nak menilai itu semua.. DAO sendiri mengakui dia insan biasa banyak kelemahanNya.. dia hanya ingin membantu 'org melayu' kita dari terus dipijak.. dari terus dipergunakan.. mama pun tak berani nak cakap banyak sebab yang komen tu pun seorang 'ustazah'.. mama hanya insan ALLAH yang sedikit ilmu ye.. tetapi semua bergantung dengan 'NIAT'.. ALLAH tahu 'NIAT' kita dan Dia kan bantu kita semua.. insyaALLAH.. sebebihnya TAWAKAL... jap jap mama baru teringat perbualan mama dengan bos aritu.. " kalau seorang KAFIR berkata-kata dan KATA-KATAnya itu bermanfaat.. maka KITA boleh menguna pakai kata-katanya itu".. wallahualam..


lepas raya pulak mama akan ikuti kursus LPU. Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modul 1 &  2 Anjuran MARA Negeri, Negeri Sembilan selama 10 hari... nak jadi usahawanita ni tau kawan-kawan.. hihihiii.. doakan mama ye.. love u all.. :))











Tiada ulasan:

Catat Ulasan