Hati
bertanya 'apa maksud ujian?'... akal menjawab 'bukankah ujian itu
membuktikan sayang Allah padamu?'... hati masih meronta2. Apa mungkin
ianya kecewa? kecewa kerana tidak memiliki apa yang diimpi dan
diharapkan?... Hati kembali berkata 'aku hanya ingin dipermudahkan
segala urusan, aku hanya ingin segalanya yang terbaik agar aku tidak
lagi mengecewakan insan yang aku sayangi'...
akal menjawab 'Kau kecewa hati? kau kecewa dengan siapa? Layakkah dirimu untuk berasa kecewa setelah hanya sedikit sahaja permintaan-Mu tidak dipenuhi seperti mahumu?... sedarlah hati, Allah tidak mungkin menguji andai Dia tahu kemampuan kita tidak mencukupi. Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk kita, walaupun adakala ianya menyakitkan dan tidak seperti yang diharapkan. Namun ketahuilah wahai hati, ujian itu bukti Allah masih peduli akan dirimu. Diuji agar dirimu tidak terleka dengan nikmat. Diuji agar kau sedar akan kekurangan. Diuji agar kau insaf segala ketidaksempurnaan...Ketahuilah
hati, Allah mengetahui yang terbaik buatmu. Teguhkan keyakinanmu
terhadap kekuasaan-Nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.'... Hati
termenung.. Cuba meletakkan iman dihadapan pemikiran... Lalu hati berdoa
penuh keinsafan dan pengharapan...
"Ya Allah diri ini sering tertewas dengan dugaan dan ujian-Mu. Aku tidak gagah untuk menghadapi apa yang telah Engkau bentangkan buatku saat ini. Justeru aku mohon bantuan-Mu, sesungguhnya segala dugaan dan ujian ini datangnya dari-Mu, Engkau permudahkanlah ia bagiku... Aku teramat mengharapkan bantuan-Mu... kerana hanya dengan kekuasaan-Mu aku mampu mengharungimya. Aku sedih ya Allah... aku kecewa dengan diri ini... aku tidak mampu menyembunyikan air mataku sendiri... aku hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan-Mu... maafkan dan ampunkanlah diri ini ya Allah, kerana aku hanya hamba-Mu yang lemah..."
...sesungguhnya kasih sayang Allah sering mendahului kemurkaan-Nya...
akal menjawab 'Kau kecewa hati? kau kecewa dengan siapa? Layakkah dirimu untuk berasa kecewa setelah hanya sedikit sahaja permintaan-Mu tidak dipenuhi seperti mahumu?... sedarlah hati, Allah tidak mungkin menguji andai Dia tahu kemampuan kita tidak mencukupi. Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk kita, walaupun adakala ianya menyakitkan dan tidak seperti yang diharapkan. Namun ketahuilah wahai hati, ujian itu bukti Allah masih peduli akan dirimu. Diuji agar dirimu tidak terleka dengan nikmat. Diuji agar kau sedar akan kekurangan. Diuji agar kau insaf segala ketidaksempurnaan...Ketahu
"Ya Allah diri ini sering tertewas dengan dugaan dan ujian-Mu. Aku tidak gagah untuk menghadapi apa yang telah Engkau bentangkan buatku saat ini. Justeru aku mohon bantuan-Mu, sesungguhnya segala dugaan dan ujian ini datangnya dari-Mu, Engkau permudahkanlah ia bagiku... Aku teramat mengharapkan bantuan-Mu... kerana hanya dengan kekuasaan-Mu aku mampu mengharungimya. Aku sedih ya Allah... aku kecewa dengan diri ini... aku tidak mampu menyembunyikan air mataku sendiri... aku hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan-Mu... maafkan dan ampunkanlah diri ini ya Allah, kerana aku hanya hamba-Mu yang lemah..."
...sesungguhnya kasih sayang Allah sering mendahului kemurkaan-Nya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan