LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 31 Oktober 2013

Jangan Menyakiti Pasangan Kita Dengan Kisah Silam



Memang menyakitkan hati suami ataupun isteri kita, pada saat kita dekat dengan dirinya, hati dan fikiran kita masih memikirkan dia yang dahulu, kisah-kisah silam kita.
Apatah lagi sekiranya kita masih menyebut-nyebut nama dia dihadapan pasangan kita kini. Allah pasti akan membalas kezaliman kita.
Langkah yang tepat dan betul harus kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha untuk melupakannya. Mengikhlaskan diri dan menerima semua takdir.

Berusahalah melupakan kisah silam!

Memang sukar, tetapi kita perlu sentiasa mencuba dengan gigih dan tidak berputus asa sehingga semua memori dan kisah silam yang pernah menimbulkan getar-getar asmara itu hilang.
Yakinlah, suami atau isteri yang sekarang  ini lebih baik daripada kekasih dahulu.
Mungkin dari segi fizikal dan paras rupa tidak sebaik yang dahulu, tetapi dari segi kemuliaan akhlak, budi pekerti dan sifat soleh, pasti lebih baik.
Apabila kita sudah berkahwin, tetapi masih memikirkan dia yang dahulu, alangkah zalimnya dan tidak bersyukurnya diri kita. Sudah diberikan yang halal dan ada dihadapan mata, tetapi masih memikirkan yang tiada.
Apakah gelaran yang sesuai untuk kita, sekiranya kita berkelakuan begitu kawan?
Terus berusaha menghilangkan bayangan wajahnya daripada memori, lebih-lebih lagi selepas kita mendapat pengganti.
Jangan kita menyakiti hati pasangan dengan jasad kita bersamanya, tetapi jiwa kita jauh diseberang sana. Kita mengandaikan sedang bersama orang yang kita suka dahulu.
Walaupun begitu, Allah SWT tidak pernah membebani seseorang di luar kemampuan, termasuk ingatan kita kepada dia yang sering singgah dalam hati. Asalkan kita berusaha menepisnya, Allah SWT Maha Tahu dan Maha Memberi Pembalasan, tetap menilai apa yang kita usahakan

Perkara ini memerlukan proses dan masa

Semua perkara memerlukan proses. Bahkan, Sayyid Quthub juga pernah mengalaminya. Semasa beliau bekerja sebagai penyelia di sekolah rendah, beliau pernah menaruh hati kepada seorang gadis Kaherah.
Hatinya bergelora sehingga beliau menghasilkan karya bertajuk, Asywak, yang menggambarkan ungkapan perasaan beliau kepada gadis itu.
Beliau menulis begini, “Kepada seorang yang pernah menempuh jalan berdiri bersamaku sehingga dia dan aku berdarah dan berasa pedih. Namun, kemudian dia menuju ke satu ke jalan dan meniti jalan lain.”
Sayang sekali, perasaan cinta Sayyid Quthub berakhir dengan kesedihan. Gadis itu lebih menyukai orang lain dan bernikah dengannya.
Dalam keadaan hati yang luka dan pedih, Sayid Quthub menceburi dunia ilmu dan melepaskan jawatannya sebagai penyelia. Kemudian kita dapat menyaksikan karya-karyanya. Antara yang terkenal adalah Tafsir Fi Zhilal Al-Quran
Kita dapat mengambil inspirasi dan motivasi daripada kisah Sayyid Quthub. Kegagalan cinta bukan kehancuran. Mencintai, namun tidak berjaya menikahi bukan pengakhiran kepada segala-galanya.
Oleh itu, teruskan berusaha melupakan dirinya dan kenangan kisah silam.
Apa yang penting, kita perlu berusaha menggali hikmahnya.
Sekiranya belum terungkap, jangan biarkan hal kisah silam itu menjadi beban trauma yang dapat mengekang prestasi kita pada masa akan datang

Lihatlah kelebihan pada pasangan kita sekarang

Penting untuk kita melihat semula apa sahaja kelebihan pasangan kita. Lihat isteri, pasti dia juga memiliki kelebihan seperti dia yang dahulu.
Begitu juga para isteri, lihat suami masing-masing. Kita pasti akan menemui kelebihan pada dirinya.
Mungkin wajahnya kurang tampan, tetapi akhlaknya menawan. Walaupun kadangkala menjengkelkan, tetapi dia tidak pernah berhenti memberi wang pada setiap bulan.
Walaupun kekurangan harta, akhlaknya luar biasa, ilmu, dan pemahaman agamanya luas.
Bukankah itu yang menjadi jalan untuk kita tiba di Syurga?
Allahuma Amin
Tiada yang salah dengan perancangan-Nya. Mulakan dengan berprasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan