LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 30 April 2012

'cinta' yang pudar



maaf entry kali ini agak sensitif....


'cinta' makin pudar.. kenapa??? kalau sebelum nikah 'cinta' itu melebihi dari segala-segalaNya.. walau ditentang dan diherdik tapi dek sebab 'cinta' tengah panas.. sanggup diredah jua.. akhirnya baru bernikah setahun jagung sudah bergelar seorang JANDA dan seorang DUDA...


mama jua tak kecuali kerna 'pahanan' cinta itu mama terluka sendiri.. menanggung 'sakit' sendiri.. kenapa ye?? disebabkan mama pernah melaluinya, mama dapat jawapannya sendiri. kerna cinta pada diri 'suami' bukan cinta bersandarkan ALLAH dan RasulNya.. cinta nafsu semata-mata.. itu jawapan yang mudah mama merumuskan.. hati masih terasa 'sakit' dengan kemusnahan itu.. ya 'sakit'  yang teramat sangat kerna lupa DIA adalah segalaNya.. 'suami' hanya pinjaman, orang kata 'saham' menuju JannahNya.. sungguh masa itu melalaikan bagi manusia yang tamak dengan 'cinta dunia' lupa akhirat di 'hadapan' sana...


banyak isu penceraian yang kita dengar... majlis perkahwinan yang dirai bernilai puluhan dan ratusan ringgit tapi adakah kita mendapat 'keberkatanNya'... mama menangis sendiri sedih kerna menginsafi diri, lemah dalam cobaanNya.. lupa pada erti sebenar dan tujuan pernikahan itu sendiri.. nanti kalau tak buat macam tu, macam ini orang umpat keji kan.. itulah masyarat kita.. (diri ni pun tak terkecuali)


  "Ya ALLAH.. jadikanlah pernikahan ini suatu rahmat yang mengangkat diriku yang jauh terpesong dengan nikmat dunia yang sia-sia ke suatu daerah yang lebih baik.. ilmu ku amat sedikit Ya ALLAH.. ku bermohon Engkau bukakan pintu hatiku untuk mempelajari ilmuMu.. satukan kami dalam keIzinan Mu yang penuh dengan keberkatan.. Hanya kepadaMu aku berserah dan bertawakal" 


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud " Hak suami atas isterinya (tanggungjawap isteri terhadap suaminya) bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya. hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya. hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumah".. 
( Riwayat Al-Tabrani )


oleh itu, cinta lah ALLAH dan rasulNya sebelum menyintai suami lebih dari 'hak' suami.. agar 'cinta' itu tidak penah pudar dan lemah.. kita sebagai isteri jua perlu tahu apa hak suami dan apa hak kita.. apa tugas suami dan kita perlu tahu apa tugas kita seorang isteri.. insyaallah pasti rumahtangga akan tenang dan damai.. insyaAlllah.. mama pun masih dalam proses membaiki diri.. sekadar berkongsi pengalaman dan ikhtibar kehidupan.. semoga ALLAH membantu kita dan mempermudahkan segala urusanNya.. amin


p/s ::: bersabarlah wahai hati......







masak asam 'ikan sadin'



assalamualaikum semua...
pernah dengar tak orang masak ikan sadin (dalam tin ) masak asam.. ha !! mama buat sebab idea datang macam tu aja.. terliuk mama.. huhuhu..


memang tak sangka.. da umah mak, mak kata bunga kantan kat belakang banyak nak ambil la.. dalam kepala da terbau keharuman bunga kantan dan kegemukkan 'daun kesum' kat kebun mak tu....  wawawawaaaaa!!! nak masak asam la tapi tekak nak makan sadin.. " mak kalau masak asam dengan ikan sadin boleh tak mak?? mama tanya mak.. " apo pulak tak buleh kito buek dio" wan pulak menyapuk.. ok set...


sampai umah terus operasi masak memasak.. Ya ALLAH dalam hati da terbayang-bayang kelazatan lauk itu.. wah!! dengan keharuman ramuan dan bau daun kantan dan kesum itu... lepas je solat magrib tanya papa nak makan tak.. papa pun angguk.. apa lagi berdesup ke dapur menghidang lauk yang teristimewa.. nyum nyum nyummmmmm


lepas sudah selera tekak mama.. memang sedap dan lazat.. papa siap bertambah nasi 3x.. gemuk la lepas ni sayang.. ( lupa nak ambil gambar sebab tak menyempat nak 'menyantap' ) hahaha..  moga-moga ni selera 'orang baru'.. berdoa kami siang malam hanya untuk 'harapan' itu..



da !!


p/s :::: bisik dengan papa " syg rindu bau pantai ".....................................................


Rabu, 25 April 2012

ujian pap smear



semalam buat ujian pap smear.. lagi 1 minggu keputusan keluar.. harap tiada masalah yang memberatkan.. mungkin hormon mama tak stabil tu yang tak selesa 2 minggu ni.. da 2 klinik mama pergi jawapan doc memhampakan mama.. ambil keputusan terus jumpa doc pakar puan  kat pilah.. sampai sana da berdebar da.. nurse panggil terus jumpa doc..


cerita punya cerita... doc suruh scan dulu.. doc kata rahim mama ok.. terletak pada kedudukannya.. mama masih tak puas hati.. doc sarankan suruh buat pap smear.. dalam malu mama menyerah pada doc.. kahkahkah.. malu la jugak tapi demi mendapatkan jawapan yang pasti mama rela.. cehhhh !


doc tengok ada keputihan.. (takut jugak tengok muncung itik tu) ambil sel-sel dibahagian serviks.. pastu siap.. hahaha ingat da siap sepenuhnya rupanya doc kata sekejap saya nak check.. doc 'seluk' sambil tekan bahagian perut mama.. memang sakit dan tak selesa.. doc kata rahim mama ok.. tiada bengkak dan ok la.. ni yang mama bengang..mama rasa tak selesa ok.. tapi doc kata mama OK


akhirnya doc kata kita tunggu keputusan pap smear dulu ye.. makan antibiotik sampai habis.. minggu depan kita jumpa.. yo lah doc ! dalam hati berserah pada ALLAH sebab mama da cuba yang terbaik untuk mendapat jawapanNya..



p/s ::: sampai rumah mood terus down.. terus merajuk dengan papa.. buat muka 'monyok', bangun pagi tadi dengan semangat baru sebab ALLAH ada !..


da !!

2 month


pejam celik pejam celik da 2 bulan kami bersama...
masih terasa baru semalam kami bernikah..
masih terasa saat manis mencium tangan papa selepas sah bergelar seorang isteri
meniti hari2 yang penuh suka duka, gelak tangis bersama..
alhamdulillah ALLAH membantu kami
biarpun Dia menguji kami dengan pelbagai ujian 'indah'..
namun harapan dan doa kami
biarlah kami terus susah dan senang bersama-sama.......


sekarang kalau nak marah-marah kene cakap dengan diri sendiri..
dia SUAMI
mama ISTERI..
tak boleh tinggi suara..
kene banyak berbincang..
( sesekali merajuk best jugak kan ) 


bab anak-anak..
mama yang harus menghukum
papa sesekali menegur mama dari belakang..
indah kan..
papa kata " abang tak boleh rotan anak ayang sebab abang bukan ayah mereka ( bukan bermaksud mereka bukan anak abang, abang da anggap mereka mcm anak abang sendiri cuma..... ). nanti bapak dia fikir abang dera anak dia pulak.. sekarang abang nak ayang yang tegas dengan mereka"..


camtu la kami kene positif..
terima kasih Ya ALLAH..
alhamdulillah...




p/s ::: kita tak akan mampu puaskan hati orang lain cukuplah kita 'menjaga' hati kita dengan ALLAH.. ALLAH adalah apa yang seperti kita fikirkan.. kalau baik, baik lah kehidupan ini.. kalau da fikir buruk, memang la susah hati so fikirlah yang terbaik untuk kehidupan kita.. insyaAllah  ALLAH ada !



Selasa, 24 April 2012

ikhtiar



da tak tahan menanggung sakit.. akhir petang ni ambil keputusan untuk buat ultrasound.. apa pun keputusan doc mama da sedia.. mak tih sudi temankan mama.. saja mama tak ajak papa sekali.. mama tak kuat untuk memandang muka papa..


pergi klinik doc cakap macam ini.. jumpa bidan pulak cakap macam itu.. tak tau la mana 1 yang betol.. mood agak stres.. sekarang ni batuk masih berterusan da 1 minggu masih tak kebah lagi.. menguji kesabaran mama ketika ini..


RABBANI- KERLIPAN BINTANG ( LA TAHZAN )


Hidayah... Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rambulan Mawar
Dingin Dihakis keseorangan...

Aku masih menghitung diri..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan kalimah
Malam siangku
Berliku liku
Duri dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadiuntumu.. untukmu

Ku kembara setia disisinya...
ku inginkan bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawah naunganNya
selamanya





Sabtu, 21 April 2012

bila keseorangan


andai masa boleh diputar pasti semua orang nak memilih arah dan cara kehidupan masing-masing kan?? ( indah ye ) memilih siapa jodoh yang kita CINTA dan SAYANG.. tapi kekal ke sampai ke hujung nyawa.. semua itu RAHSIA yang Maha Esa.. sebab tu kita hanya merancang ALLAH yang menentukan mana yang terbaik untuk diri kita semua.. kadang apa yang kita suka belum tentu baik untuk diri kita dan kadang benda yang kita tak suka itulah perkara yang terbaik untuk kehidupan kita..


bila keseorangan apa yang kita nampak?? pasti kuasa ALLAH kan.. Dia lah sebaik-baik pentabdir Alam Semesta.. walau diuji dengan pelbagai masalah dan bebanan namun Dia tetap dihati kecil kitakan.. mama tak la pandai agama tapi sekadar ingatan untuk diri sendiri.. muasabah diri orang kata !.. mama tak penah salahkan sesiapa atas semua yang berlaku dalam hidup mama ni.. salah diri sendiri.. yang baik semua dariNya dan mana yang tak baik semua dari diri sendiri.. kalah pada hasutan Syaitan, tunduk pada kata hati tanpa berpandukan akal dan ajaranNya..


sekarang bila bersendirian, mama rasa tenang.. rasa lebih mensyukuri nikmat kehidupan.. sudah memaafkan perkara yang lepas..  sampai bila nak berdendamkan, takde kesudahannya.. mama pun da ada papa, lelaki yang berjaya membuka hati ini untuk kali ke3.. dan insyaallah dialah kekasih mama yang terakhir sampai ke Syurga ALLAH.. mama berazam untuk bersikap lebih positif dalam menjalani kehidupan berkeluarga selepas ini.


"Rumahtangga akan aman dan bahagia apabila kita mengetahui hak seorang suami dan kedudukannya serta apa hak dan kedudukan kita sebagai seorang isteri didalam sebuah keluarga"


suka kan ayat kat atas tu??? itulah rahsia yang mama pegang sekarang..dan lain rahsianya adalah ambil masa duduk bersendiri dan muasabah diri.. tanya diri apa yang kita da buat hari ni?? baik ke tidak?? ALLAH, suami, mak ayah redha ke tidak?? kalau betol2 kita menyelami hati kita sendiri pasti airmata keinsafan akan menitis dengan sendirinya.. sesungguhNya mama manusia yang tidak SEMPURNA... tetapi sentiasa membaiki diri ke arah kesempurnaan.. itu pasti !


biar tak cantik dimata orang, asalkan saya cantik disisiNya.. insyaallah
mood :: suka termenung ::


"  ✿ܓ♥Dalam suka dan gembira, pasti akan ada masanya terselit duka.. dalam senang dan bahagia, pasti ada akan tibanya derita.. setiap ketentuan ALLAH itu punya seribu hikmah disebaliknya...

Jika ALLAH takdirkan terlebih dahulu derita, Dia inginkan kita lebih bersyukur dan menghargai saat bahagia.. Dan jika ALLAH ditakdirkan dugaan derita setelah kita bahagia.. agar kita tidak terleka  dan alpa dengan kesenangan dunia . ✿ܓ♥ "



p/s ::: ada masa dan ketikanya, mama pasti akan berkata " tak sangka kita da kawin sayang".. alhamdulillah




Jumaat, 20 April 2012

terima kasih abang


salam hari jumaat...
terima kasih abang !
terima kasih kerna menyintai diri yang tidak sempurna ini...


namun abang cuba untuk menyempurnakannya.. maaf kerana cuba menolak cinta abang dulu.. maaf kerana selalu menjadi mangsa kemarahan diri ini. saat abang bersabar dengan kerenah keanak-anakkan diri ini, abang cuba membawa diri ini jauh dari kisah silam yang menyakitkan.. tiada janji kemewahan yang ditaburkan tetapi hanya lah ikrar akan terus setia dan terus berusaha membahagiakan diri ini walau diuji dengan kesusahan dan kesenangan.. akhirat yang kekal abadi...



sejauh manapun kita berlari.. jika ditakdirkan berjumpa...
kita tetap akan berjumpa juga !



masih meniti hari2 yang penuh onak duri.. baru 2 bulan.. masih mentah kan.. masih belajar menyelami hati budi masing-masing..terima kasih kerna sentiasa memaafkan diri yang lemah ini.. ct sayang abg.. sanggup tak tido malam kalau mama sakit-sakit dan memerlukan abang disisi..   


da masuk 2 bulan ni ada kawan-kawan mula bertanya.. paham aja lah kan.. kami sentiasa berusaha cuma belum rezeki.. kalau boleh hari ni pun kami nak baby.. hihihi.. perjalanan kehidupan tak semudah yang kita fikirkan namun tidak sesulit seperti yang kita fikirkan jua.. pahamkan.. 



kita puasa bulan 7 kan kalau ada rezeki dapat la kita jumpa bulan ramadhan sekali lagi.. insyaallah suasana puasa yang sekian lama dinanti.. rindu saat berjemaah solat tarawih dan bersahur.. puasa ganti mama tinggal 1 hari je lagi.. bila nak ganti ni??? hahaha.. apa yang pasti abang akan berpuasa sebagai suami mama tahun ini.. itu suatu keindahan yang dinantikan.. :))



byeee !!!




 


 

Khamis, 19 April 2012

esok start niaga

alhamdulillah..
ambil berkat dan rezeki hari Jumaat, mama dengan papa sepakat nak mula berniaga esok.. dan bermula aktiviti masak memasak dan urut mengurut.. ye la da penat kat dapur badan minta manja pulak.. hahaha.. mood mama sekarang ni pun da ok.. ok la sikit ! pujuk hati dan bersabar insyaallah ALLAH akan bagi jugak nanti..


untuk sarapan pagi mama akan buat kat rumah.. dan yang lain-lain papa yang uruskan.. cuma hati ni rasa terkilan sebab niat nak tolong papa niaga belum dapat ditunaikan.. ramai sangat yang tak bagi berhenti kerja .. ponek den nak torangkan !..  ok la ok la.. saya teruskan bekerja.. 2 hari merayau cari barang dan bahan.. kaki rasa tak jejak tanah da.. kembang je.. tapi hati berbunga-bunga kembali... alhamdulillah


nak tau tak sapa yang akan tolong papa nanti.. jeng jeng jeng... kak ngah mama.. akak mama yang **tut**  tu.. takpe la benda lepas biarlah.. mama da maafkan dia.. dan dia pun mungkin da tau kesilapan dia.. so ambil yang jernih buang yang keruh.. mama pun tak la risau sangatkan kak ngah ada kat situ.. boleh la masak apa yang patut..


mak??? mak jadi permaisuri dihati kami.. kasihan mak nak tolong tapi tak larat.. so mak ditugaskan menjadi mandur terhormat.. boleh mak?? gurau je mak.. jangan marah ye. huhu.


cinta pada mu sayang makin mendalam.. terima kasih kerna menerima buruk baik diri ini.. berdoalah semoga ALLAH mendengar dan memakbulkan doa dan impian kita.. love u sayang...



hampir 2 bulan berlalu.. belum ada rezeki lagi..
"abg tak kisah lelaki atau perempuan, janji dia sihat dan sempurna... hanya itu harapan abg"..
permintaan saban hari dibisikan ditelinga ini..
sabar ye sayang..



Rabu, 18 April 2012

dilanda kesibukan 'dunia'

hai semua..
rindu nak bercerita.. sekarang bz sikit.. hal kerja, hal kesihatan mak, hal family sendiri dan yang paling bz memikirkan kesihatan diri sendiri.. kene tahan diri da tunggu sampai bulan depan.. kalau tak boleh tahan jugak jumpa la doc semula.. sayang doc !


ok la.. semalam mama dapat BR1M.. dan semestinya duit itu jangan disia-siakan.. mama dan papa dan bincang kami nak buat modal untuk buka perniagaan makanan kami.. cukup ke RM500.00 tu??? insyaallah cukup kalau betol cara pengiraan modal dan kira-kira.. ada la tambah duit poket sikit.. adat la tu kan..


kehidupan beransur stabil.. mak tak henti-henti bagi semangat dan dorongan.. hari tu da nekad nak benti keje tapi bila fikir baik-baik.. tanya mak.. tanya mak tih.. tanya papa.. tanya bos.. keputusan akhir adalah terus berkhidmat kepada sektor swasta.. hahaha.. masih ada rezeki mama di sini.. bos banyak kali pujuk jangan berhenti.. " zaman sekarang ni susah nak cari keje.. gaji kerani RM1k + + + tak cukup ke?? ".. hadoi bos ni buat mama serba salah betul la... takpe la kerja la dulu buat masa setahun 2 ni... sabar ok !


buat masa ni sabar je la... doa mama agar semua berjalan dengan lancar cuma niat mama nak berpindah duduk dengan mak tak jadi atas sebab-sebab tertentu.. bila da kawin ni suasana da berubah.. banyak hati kene jaga.. lebih-lebih lagi hati suami memang dia kata tak kisah tapi dalam diri dia tu siapa tau.. mama ajak mak duduk sekali mak tak nak.. alasan ayam, kambing, tanaman takde sapa nak tengok kan.. camtu la kan...


anak-anak??? mereka ok.. sibuk tanya bila nak ada baby.. no komen! tu jawapan yang terbaik sekarang.. tak mau stres-stres.. ada rezeki insyaallah ALLAH akan bagi.. minggu lepas pergi umah abah mereka.. 'pakwe' tu tak tegur mama pun, hantar anak kiss kiss pastu 'cabut'.. takpe la hati-hati laling.. kahkahkah.. mak ok nak ! janji anak-anak bahagia.. hati mak??? ALLAH ada :) insyaallah..



ok la badan cepat penat sekarang ni.. malas nak celoteh panjang-panjang nanti ada orang marah... blog i suka i lorrr !.. boleh? boleh la mama.. 


daaaaa !!!