LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 20 April 2012

terima kasih abang


salam hari jumaat...
terima kasih abang !
terima kasih kerna menyintai diri yang tidak sempurna ini...


namun abang cuba untuk menyempurnakannya.. maaf kerana cuba menolak cinta abang dulu.. maaf kerana selalu menjadi mangsa kemarahan diri ini. saat abang bersabar dengan kerenah keanak-anakkan diri ini, abang cuba membawa diri ini jauh dari kisah silam yang menyakitkan.. tiada janji kemewahan yang ditaburkan tetapi hanya lah ikrar akan terus setia dan terus berusaha membahagiakan diri ini walau diuji dengan kesusahan dan kesenangan.. akhirat yang kekal abadi...



sejauh manapun kita berlari.. jika ditakdirkan berjumpa...
kita tetap akan berjumpa juga !



masih meniti hari2 yang penuh onak duri.. baru 2 bulan.. masih mentah kan.. masih belajar menyelami hati budi masing-masing..terima kasih kerna sentiasa memaafkan diri yang lemah ini.. ct sayang abg.. sanggup tak tido malam kalau mama sakit-sakit dan memerlukan abang disisi..   


da masuk 2 bulan ni ada kawan-kawan mula bertanya.. paham aja lah kan.. kami sentiasa berusaha cuma belum rezeki.. kalau boleh hari ni pun kami nak baby.. hihihi.. perjalanan kehidupan tak semudah yang kita fikirkan namun tidak sesulit seperti yang kita fikirkan jua.. pahamkan.. 



kita puasa bulan 7 kan kalau ada rezeki dapat la kita jumpa bulan ramadhan sekali lagi.. insyaallah suasana puasa yang sekian lama dinanti.. rindu saat berjemaah solat tarawih dan bersahur.. puasa ganti mama tinggal 1 hari je lagi.. bila nak ganti ni??? hahaha.. apa yang pasti abang akan berpuasa sebagai suami mama tahun ini.. itu suatu keindahan yang dinantikan.. :))



byeee !!!




 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan