LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 15 Mei 2012

bahagia begini


tersentuh hati mama arini bila membaca blog seorang sahabat.. sukar untuk mama memberi komen pada setiap entry luahannya.. walau terdetik dihati untuk memberi kata-kata semangat... mama masih ingat lagi sebulan selepas mama dan papa diijabkabulkan.. mama tanya kat papa..


 " yang.. kalau ct dapat offer kerja lain abang izinkan ct pergi "..
" tengok pada kerjanya sayang".. jawap papa..
tapi abang rasa berbaloi tak duduk berjauhan hanya semata-mata untuk mendapat keselesaan yang belum pasti"..
" terpulang pada individu sayang.. kehidupan kita berlainan.. kehendak kita jua lain.. matlamat pun tak sama ".. dalam hati pandai jugak laki mama ni bagi pendapat..
" tapi abang, ct tanya berbaloi ke tidak ?"..
" tak sayang".. sambil mengenggam tangan mama... mama jatuh cinta lagi !


sejak dari itu mama da tawar hati untuk buat permohonan kerja lain.. takut hati tak 'bahagia".. walaupun orang kata ada 'jaminan' masa tua.. huhu... tapi ni hanyalah pendapat mama sendiri.. sebab mama pernah merasa 'sakit' perpisahan.. apatah lagi untuk mengalami situasi PJJ.. kepada sahabat2 yang diuji ALLAH dengan ujian ini semoga ALLAH memberi kekuatan dan ketabahan hati untuk melaluiNya..


orang boleh bagi pendapat masing-masingkan namun jangan sampai kata-kata kita menyinggung perasaan mereka yang 'teristimewa' ini.. mereka adalah hambaNya yang terpilih... jiwa mereka kental.. adakah kita setabah mereka.. oh mama tak sanggup mengulanginya lagi.. rasa sakit sangat... setiap hari perasaan cemburu menghantui diri  bila mengenangkan suami tiada disisi saat kita berjuang untuk kehidupan, kemahuan dan sendiri membesarkan anak-anak.. Ya ALLAH sedih dan sakitnya hakikat itu...


ni hanyalah luahan mama.. luahan seorang wanita dan juga seorang isteri apatah lagi sudah bergelar seorang ibu.. dan pernah menjadi ibu tunggal, sekuat  dan setabah mana pun diri wanita itu.. ia tak akan 'mampu' bahagia tanpa seorang suami disisi..  semoga kalian tabah dan sabar.. insyaallah


dan mama bahagia begini.. dan inilah yang ALLAH takdirkan.. berkhidmat untuk suami dan anak-anak sepanjang kehidupan ini dengan harapan ALLAH memberi ganjaran besar di Sana nanti... biarpun diuji dengan kesulitan kehidupan tapi rasa berbaloi kerna suami ada disisi.. susah senang bersama-sama.. berusaha menjaga hati antara satu sama lain... alhamdulillah... teruslah berusaha wahai sahabat semua berbakti kepada suami tercinta... love u all :))



rindu kenangan indah itu !



p/s :::: da 15hb masih belum period... doakan mama ye...insyaallah :))



Tiada ulasan:

Catat Ulasan