LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 22 Mei 2012

esok cuti




esok cuti best kan.. tapi bukan ye melepak dengan bantal peluk kat umah... mama kene hantar mak mama g check up di IJN lagi.. moh ke KL kito !.. mula-mula aritu mama nak pergi seorang je dengan wan tapi disebabkan kesihatan mama tak berapa stabil, papa dengan tegasnya menyatakan "esok tutup kedai jom kita g sama-sama hantar mak.. abg takut ayang sakit, tak cukup rehat "... comeynya laki mama ni bagi idea...


takpelah yang... berdua berdualah kalau itu lebih membahagiakan.. cewah !.. mama pun malas nak drive sebenarnya.. banyak MALAS sekarang !.. ngada-ngadakan.. itulah dia ibu berbadan 2.. tapi sebelum pergi KL esok.. kami nak g klinik kesihatan nak buat BUKU PINK.. buku ibu-ibu tu.. nasib la temujanji dengan doc IJN pukul 2.30pm maka sempat la kami menguruskan pasal buku pink tu.. kalau tak mama kene ambil cuti lagi.. jap lagi bos mesti sound " orang perempuan kalau da mengandung, tak boleh buat apa dah !" 


no no no...


mama tak mahu bos berkata begitu kepada mama.. mengandung bukan alasan untuk asyik nak cuti aja.. jangan salah paham ok.. pandai-pandai la bagi masa.. cuti 1 hari tu boleh dimanfaatkan untuk menguruskan 2 atau 3 perkara yang perlu.. ingat tu mama.. ( ingatan untuk diri sendiri ) pastu nak singgah SSM seremban, nak hidupkan lesen SSM hujung bulan ni tamat.. ni bukannya cuti tapi menguruskan hal-hal peribadi... tapi kira cuti dari bekerjalah kan.. tiada istilah bercuti bagi seorang hamba ALLAH yang punya hak dan tanggungjawap.. bila da meinggal dunia nanti pun kita masih ada tanggungjawap yang lebih besar yang perlu dipertanggungjawapkan atas semua perbuatan kita.. subhanalllah.. 


tiada manusia yang dilahirkan tanpa perasaan, jika dia kamu lihat berdepan dugaan, itu makna kesabarannya tinggi dan bukannya dia tidak memiliki kesedihan..

tiada istilah hati batu dan keras menerima hinaan dan ejekan, itu bermakna dia cuba menerima hinaan sebagai suatu ujian dan berdiam sekadar tidak ingin memanjang..

setiap manusia ingin mencabut kekurangan yang ada pada diri, tapi sedarlah bahawa kita hanya ciptaan dan seorang hamda, belajarlah menerima diri sendiri, berbanggalah dengan anugerah yang diberi oleh Ilahi...



p/s :::  berat sekarang masih 48kg.. berapakah berat hari-hari seterusnya...  tungggguuuu !!!!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan