LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Khamis, 10 November 2016

MAK sudah TIADA...



AS SALAM...

lama rasanya mama menyimpan coretan ini, Arwah MAK sudah hampir 2 tahun meninggalkan kami adik-beradik.. perginya dengan tenang.. selama sebulan MAK terbaring lemah, segala keperluan memerlukan bantuan anak-anak.. MAK, ateh rindu sangat dengan MAK...

sebulan sebelum MAK 'pergi', MAK jatuh bilik air tanpa sesiapa yang tahu..kebetulan hari tu mama checkup 33w.. balik da tengahari, tanya kakak "MAK mana?".. kakak jawap "kat surau agaknya.. tak nampak pun dari tadi".. mama pun pergi la ke perjumpaan AIM.. tiba-tiba dapat col " MAK, jatuh bilik air".. terus balik..


tak tahu berapa lama MAK tertiarap dalam bilik air tu.. col ambulans terus hantar Hospital.. dari keputusan scan, otak MAK da 'rosak' teruk.. MAK ditahan 5hari di hospital.. lepas balik mama memang tak boleh gerakkan anggota badan.. sedih.. kalaulah boleh diganti biarlah mama yang menanggungnya..


makan minum mandi semua kami adik-adik yang buat.. MAK tak boleh makan sebab doc masukkan tiub kat hidung.. minum susu melalui tiub. berak kencing dalam pampers..


sebulan kami menjaga mak siang malam.. akhirnya ALLAH mengambil mak dari kami. disisi saya, didepan mata saya, saya mendengar setiap dengup jantungnya yang terakhir..

raungan terakhir saya dimalam yang sepi tu.....


al-fatihah
SAPIAH BINTI WAHAB.
Tenanglah MAK disisi Pencipta MU yang kekal abadi.





Bersawang..



2 tahun blog ini terbiar..
2 tahun pelbagai peristiwa.
2 tahun aku jatuh bangun..

insyaALLAH akan kembali menghangatkan blog BALADA RINDU ini..
AL-FATIHAH buat arwah MAK diSANA...



Selasa, 6 Mei 2014

Baby kami yang ke-4



alhamdulillah,
mama selamat melahirkan baby girl
pada 11/04/2014,
jam 10.10 pagi.
Berat baby 2.46kg..






2jam selepas dilahirkan


Nur Aini Husna Binti Hasliman
bermaksud " Cahaya Mataku Yang Bijak "



Lagu Ibu



Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)


ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu

oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)

"Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa"


*** Al-Fatihah buat bondaku SAPIAH BINTI WAHAB
01/07/1960 - 26/03/2014




 

Khamis, 20 Februari 2014

Al-Kisah Belon




Muhasabah diri..

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan
diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz
Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz
Rahim memberikan seorang setiap belon dan
meminta para peserta untuk menulis nama
mereka di atas belon.
Belon yang ditiup besarkan dan diberikan
kepada Ustaz Rahim.
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke
dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh
mencari belon yang tertulis nama mereka
secara serentak dalam masa 5 minit tanpa
memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama
akan mendapat hadiah.
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam
kabut.
Para peserta berebut2, menolak antara satu
sama lain untuk mencari belon masing-masing.
Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir,
tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para
peserta untuk mengambil satu belon seorang
dan memberikan kepada pemiliknya
berdasarkan nama di atas belon.Dalam masa 3
minit sahaja, semua mendapat kembali belon
masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam
kehidupan manusia. Semua orang sibuk
mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di
mana dan bagaimana.
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan
kamu bersangkut paut dengan kegembiraan
orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan
mendapat kegembiraan.
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak
pentingkan diri sendiri kerana tamakkan
hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari
belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
Akhirnya belon milik sendiri akan datang
daripada orang lain. Jika semua berebut,
suasana akan menjadi kelam-kabut dan
akhirnya semua orang rugi.
Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang
lain.




Khamis, 2 Januari 2014

SCARF Perfume Free Alcohol


siapa suka perfume???? mama pun suka !!!!... semua suka kan.. tapi mesti bermasalah bila tak boleh nak pakai semasa bersolat.. jom pakai ramai2 guna SCARF Perfume.. free alkohol dan tahan selama 8 jam.. ada 5 koleksi wangian.. boleh dipadankan mengikut keselesaan dan situasi dimana anda berada.. disediakan dalam bentuk premium pek 15ml dan mini pack 2ml...


Premium Pack
Esklusif bagi anda yang ingin koleksi lengkap SCARF Perfume.
75ML: 5 Wangian x 15ML Setiap Satu
Harga asal: Rm 235.00
Harga promosi : RM 167.00 + RM 6.00 postage Jimat RM 68!

Mini Pack
Paling laris untuk anda cuba kesemua 5 wangian SCARF Perfume.
10ML: 5 Wangian x 2ML Setiap Satu
Harga: RM 37.00 + RM 6.00 postage

Single Pack
Pilih wangian yang anda paling suka. Sebanyak 15ML setiap satu - RM 47.00 + rm 6.00 postage



mama da guna.. memang best.. sebab tu nak share dengan kawan2 semua.. berminat boleh sms/wassap 0173564669 [ct].. info lanjut boleh tengok SCARF Perfume di sini... tq semua


 mini pack utk percubaan.. memang berbaloiii  :)


premium pack bagi penggemar perfume...

ukuran 15ml


Isnin, 23 Disember 2013

salam sayang....



Assalammualaikum semua....
maaf sunyi dari bercerot-coret.. hahaha
maklumlah mama sekaang da bekerja sendiri so untuk permulaan memang buzy..


alhamdulillah..
kandungan mama sudah masuk 22minggu...
aritu scan baby kepit betbet dia..
so tak nampak lagi..
Humairah da nak masuk 1tahun - 9/1/2014 nanti...
due mama 27/4/2014


alhamdulillah kehidupan kini makin stabil..
makin bahagia dan tenang...
ada masa untuk diri sendiri..
untuk family..
alhamdulillah syukur jua mama dapat solat diawal waktu..
kembali mengaji dan menimba ilmu..
itu yang mama harapkan selama ini
ketenangan yang mama cari datang dengan berjuta RahmatNya..
aamiin...


ada masa mama cerita lagi ok..
salam sayang untuk semua...
assalammualaikum :-)




Jumaat, 1 November 2013

MINTA,YAKIN & ALLAH MEMBERI





Kita dah tahu dan faham bahawa apa yang kita inginkan dan impikan, kita perlu minta dan berdoa pada Allah.Untuk kita lebih clear dengan matlamat kita,tuliskan semua yang kita impikan itu.Namakan buku anda itu buku impian,atau buku matlamat atau apa saja yang anda suka.Itu merupakan doa kita dalam bentuk tulisan,sama saja, doa juga..


Kemudian, selepas kita tulis apa impian kita, kita seharusnya yakin seyakinnya dengan Allah, bahawa dia pasti memberi..Mudah saja,kalau Allah kata Dia nak beri dalam masa sehari,Kun Fa Ya Kun...jadi...kalau Dia kata tunggu, beri orang lain dulu, turn kita setahun lagi..pun Kun Fa Ya Kun...tahun depan baru kita dapat apa yang kita minta tu..


Selepas kita minta pada Allah, yakin dengan Allah, kita perlu bersedia untuk menerima..Kita perlu rasa dan tanamkan perasaan betapa indahnya saat bila kita menerima apa yang kita minta itu..Dari sekarang kita dah rasa perasaan gembira itu.Sangat penting to feel good, gembira..kerana segala impian akan tercapai dalam keadaan kita gembira, cuba kita alert dari sekarang tentang ini. .



Bersyukur dari sekarang,rasakan dari sekarang betapa Allah sangat menyayangi kita..jangan buruk sangka dengan Allah, berbaik sangka lah dengan Allah..Dia sayang kita, tak kira kita ni siapa..ustaz atau ustazah, ada PHD atau ada SPM, orang bisnes atau makan gaji..semua Dia sayang kerana ALLAH MAHA PENYAYANG..



Bila kita dalam keadaan gembira,feeling good..kita dalam frekuensi untuk menerima..Kita tengah menarik segala yang baik-baik datang ke dalam hidup kita..Sebab itu kita diajar mentor untuk senyum,senyum,senyum...Dia ajar kita untuk duduk didalam frekuensi ini..Sama juga macam yang kita belajar tentang law of attraction..itu la dia..sama saja..



Betul, ada juga kata kita perlu ada usaha, baru boleh dapat..sebenarnya, kalau kita betul-betul allign pemikiran kita dengan tindakan kita,Allah akan membawa kita atau melorongkan kita ke jalan yang benar.Inilah maksud kepada ayat-ayat al-quran yang selalu kita jumpa..perasan tak? 



Ini lah yang Allah nak lorongkan kita..bawa kita ke arah impian kita.Kadang-kadang kita tak perasan pun kita ada action atau usaha ke arah itu..kerana cepat sangat kita dah sampai dan dapat apa yang kita minta..Bagaimanapun,kita perlu alert tentang kita diberi ini..kerana di situlah punca untuk kita BERSYUKUR...



Bila kita akan dapat apa yang kita minta? Itu semua Allah saja yang tahu bila Dia nak bagi...Sebenarnya,terpulang juga bagaimana yakinnya atau tidak yakinnya kita untuk menerima..Contohnya, kalau kita nak untung jualan kita RM 100,000sebulan.. Tapi mind kita sentiasa berkata angka tu sangat besar...kita akan dapat,tapi lambat sikit..maka lambat lah dia..Ia terjadi kerana kita yang fikir figure tu besar sangat, itu yang prosesnya lebih lambat dari mendapat RM10,000 sebulan.



Contoh paling senang kita sentiasa menerima ialah kita sering mendapat parking, dulunya sebelum kita tahu caranya, tempat itulah kita terpaksa pusing,pusing, pusing cari parking...tapi bila dah tahu nak gunakan minda kita, terasa mudahnya hidup ni...



Baru-baru ni, saya yang sering berdoa dulu dari rumah untuk dapat parking ke sekolah anak yang jem dan sentiasa banyak kereta setiap pagi, tapi untuk saya , tak pernah rasa susah parking..selalu rasa mudahnya...ada saja kereta yang keluar bila saya sampai..tapi sekali tu saya terlupa nak berdoa pada Allah untuk meminta parking di sekolah anak..maklumlah, bila dah terlambat tu,terlupa semua..bila sampai..hairan jugak,kenapa banyak kereta sangat terpaksa tunggu lama..baru teringat saya terlupa berdoa!..Terus minta maaf pada Allah,bermakna saya dah terlupa padaNya sejam yang lalu...




WALLAHU'ALAM.....





Khamis, 31 Oktober 2013

saya cuba !!!!



Saya cuba, cuba untuk buat awak setiap hari
akan tersenyum..
Saya cuba, cuba kembalikan cinta ketika awak
reda selepas marah atas mungkin kelekaan dan
kesilapan saya..
Saya cuba, cuba hiburkan awak ketika awak
diam merajuk atau cemburu..


Saya cuba dan terus mencuba dari saya mula
kenal awak, menikahi awak, mendapat baby dan
membesarkan anak2 bersama awak, hinggalah
kita tua bersama kelak.


Kerana, saya bahagia setiap kali saya cuba buat
semua ini, dan bahagia bila awk sedar saya tak
pernah gagal cuba beritahu "saya cintakan awak"



Cinta itu keyakinan dari asas kepercayaan.





ct sayang abg ;-)



Jangan Menyakiti Pasangan Kita Dengan Kisah Silam



Memang menyakitkan hati suami ataupun isteri kita, pada saat kita dekat dengan dirinya, hati dan fikiran kita masih memikirkan dia yang dahulu, kisah-kisah silam kita.
Apatah lagi sekiranya kita masih menyebut-nyebut nama dia dihadapan pasangan kita kini. Allah pasti akan membalas kezaliman kita.
Langkah yang tepat dan betul harus kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha untuk melupakannya. Mengikhlaskan diri dan menerima semua takdir.

Berusahalah melupakan kisah silam!

Memang sukar, tetapi kita perlu sentiasa mencuba dengan gigih dan tidak berputus asa sehingga semua memori dan kisah silam yang pernah menimbulkan getar-getar asmara itu hilang.
Yakinlah, suami atau isteri yang sekarang  ini lebih baik daripada kekasih dahulu.
Mungkin dari segi fizikal dan paras rupa tidak sebaik yang dahulu, tetapi dari segi kemuliaan akhlak, budi pekerti dan sifat soleh, pasti lebih baik.
Apabila kita sudah berkahwin, tetapi masih memikirkan dia yang dahulu, alangkah zalimnya dan tidak bersyukurnya diri kita. Sudah diberikan yang halal dan ada dihadapan mata, tetapi masih memikirkan yang tiada.
Apakah gelaran yang sesuai untuk kita, sekiranya kita berkelakuan begitu kawan?
Terus berusaha menghilangkan bayangan wajahnya daripada memori, lebih-lebih lagi selepas kita mendapat pengganti.
Jangan kita menyakiti hati pasangan dengan jasad kita bersamanya, tetapi jiwa kita jauh diseberang sana. Kita mengandaikan sedang bersama orang yang kita suka dahulu.
Walaupun begitu, Allah SWT tidak pernah membebani seseorang di luar kemampuan, termasuk ingatan kita kepada dia yang sering singgah dalam hati. Asalkan kita berusaha menepisnya, Allah SWT Maha Tahu dan Maha Memberi Pembalasan, tetap menilai apa yang kita usahakan

Perkara ini memerlukan proses dan masa

Semua perkara memerlukan proses. Bahkan, Sayyid Quthub juga pernah mengalaminya. Semasa beliau bekerja sebagai penyelia di sekolah rendah, beliau pernah menaruh hati kepada seorang gadis Kaherah.
Hatinya bergelora sehingga beliau menghasilkan karya bertajuk, Asywak, yang menggambarkan ungkapan perasaan beliau kepada gadis itu.
Beliau menulis begini, “Kepada seorang yang pernah menempuh jalan berdiri bersamaku sehingga dia dan aku berdarah dan berasa pedih. Namun, kemudian dia menuju ke satu ke jalan dan meniti jalan lain.”
Sayang sekali, perasaan cinta Sayyid Quthub berakhir dengan kesedihan. Gadis itu lebih menyukai orang lain dan bernikah dengannya.
Dalam keadaan hati yang luka dan pedih, Sayid Quthub menceburi dunia ilmu dan melepaskan jawatannya sebagai penyelia. Kemudian kita dapat menyaksikan karya-karyanya. Antara yang terkenal adalah Tafsir Fi Zhilal Al-Quran
Kita dapat mengambil inspirasi dan motivasi daripada kisah Sayyid Quthub. Kegagalan cinta bukan kehancuran. Mencintai, namun tidak berjaya menikahi bukan pengakhiran kepada segala-galanya.
Oleh itu, teruskan berusaha melupakan dirinya dan kenangan kisah silam.
Apa yang penting, kita perlu berusaha menggali hikmahnya.
Sekiranya belum terungkap, jangan biarkan hal kisah silam itu menjadi beban trauma yang dapat mengekang prestasi kita pada masa akan datang

Lihatlah kelebihan pada pasangan kita sekarang

Penting untuk kita melihat semula apa sahaja kelebihan pasangan kita. Lihat isteri, pasti dia juga memiliki kelebihan seperti dia yang dahulu.
Begitu juga para isteri, lihat suami masing-masing. Kita pasti akan menemui kelebihan pada dirinya.
Mungkin wajahnya kurang tampan, tetapi akhlaknya menawan. Walaupun kadangkala menjengkelkan, tetapi dia tidak pernah berhenti memberi wang pada setiap bulan.
Walaupun kekurangan harta, akhlaknya luar biasa, ilmu, dan pemahaman agamanya luas.
Bukankah itu yang menjadi jalan untuk kita tiba di Syurga?
Allahuma Amin
Tiada yang salah dengan perancangan-Nya. Mulakan dengan berprasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan

Khamis, 24 Oktober 2013

pelbagai ujian



Pada hari ini pelbagai ujian yang kita hadapi,Setiap orang akan menghadapi ujian yang berjenis-jenis dan pelik-pelik..Didalam kita sedang menghadapi kemerosotan kewangan,disaat itulah jugak kereta,mesin basuh,peti ais dan pelbagai lagi yang nak rosak..Disaat kita sedang seronok dan bahagia dengan orang yang kita sayangi tiba-tiba saat itu jugak ujian penyakit dan adanya yang meninggal dunia.Terasa berat sungguh ujian yang kita hadapi.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… 
( Al-Baqarah: 286)

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)

Wallahuaklam








p/s ::: mama jua tidak terkecuali.. semoga ALLAH mempermudahkan.. aaminn... :::




Rabu, 23 Oktober 2013

tip utk bahagiakan rumahtangga



As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Di antara tip utk bahagiakan rumahtangga ialah:


1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.
2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia benci.
3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri cuba fahami persepsi lelaki.
4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya!
5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna.
6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.
7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita.
8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan, baru ngam!
9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga.
10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe).
11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta.
12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri.
13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa.
14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg.
15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah atau rajuk. Malaikat rahmat akan tinggalkan rumah kita.
16. Bentuk ritual romantik sbg pemangkin kasih syg.
17. Jadi cermin yg jujur kpd pasangan. Jgn biarkan kemungkaran.
18. Jadi perawat yg setia kpd pasangan- fizikal, mental, rohani.
19. Sentiasa membelai & memuji & menghargai pasangan.
20. Sentiasa berkomunikasi secara berhikmah & menyejuk jiwa.
21. Usha agar menjadi kebanggaan pasangan- serlahkan kehebatan.
22. Berterusan mencari ilmu ttg agama, rumahtangga, dll
23. Sentiasa doa mendoakan pasangan secara positif.
24. Sentiasa hantar gelombang & aura positif kpd pasangan.
25. Overhaul diri agar jadi org baru yg Allah redha & org syg.
26. Sentiasa fokus kpd memberi khidmat terbaik kpd pasangan & bkn sekadar mengharap bantuan drpnya.
27. Azam utk sama2 masuk syurga.
28. Hormati & sayangi keluarga pasangan spt kel sendiri.
29. Cari org tengah bila gagal rungkaikan konflik.
30. Sentiasa bertawakkal kpd Allah.


Moga Allah rahmati & lindungi keluarga kita semua. Aameen, Wassalam.




Selasa, 22 Oktober 2013

tip menjadi ibubapa.. jom semak !!!!



Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

~ Dipetik dari Prof. Dr. Muhaya




ada lagiiiiiii....










p/s ::: thanks sumber :)

Isnin, 21 Oktober 2013

tin dan kehidupan....



Profesor dan tin biskutnya ...
"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, oran...g tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”







::: sumber :::

Sabtu, 19 Oktober 2013

PERANAKAN JATUH/TOMBONG





Malam tadi...saya pie urut dengan makcik thai...sambil pie urut sambil nak ucap babai sebab nak pindah...mesti rindu sangat kat dio...dio urut best...malam tadi,dio abis urut dio pesan

~ JANGAN KEJE TERUK2
~ JANGAN ANGKAT BERAT
~ JANGAN TOLAK BARANG GUNA KAKI TERUTAMA GUNA IBU JARI KAKI

Saya pun tanya kenapa cik?

Sebab ibu jari kaki terus berhubungan dengan rahim...ada orang x angkat berat tapi tolak2 barang berat guna kaki...x boleh tu

Ooo, patut la saya memang pernah buat...
Baru ni pun mmg angkat berat,maklum cik kemas2 barang

Acik dh byk urutkan orang yang peranakan jatuh,ade yang lg teruk,sampai dh terkeluar dari Tut...

Hah?Nauzubillah cik...tak nak la saya...
Ada seorang ni,anak 3,degil betul,acik dh betulkan,dia wat jugak keje berat...betulkan balik,main sukan plak,terus terkeluar... Ya,allah,acik dh nasihatkan dio,adik,jaga diri kamu,mude lg sayang la tubuh sendiri...! x lama lps tu, suaminya pula mula cari perempuan lain,dia datang lagi nangis2,acik cuba tolong... tengok2...datang lagi,mengandung pulakkkk....BETUL, REZEKI TU DARI ALLAH,TAPI...KAMU TU BERMASALAH RAHIM...SUAMI PUN KENE LA DIFAHAMKAN, MAIN LANYAK JE...IKUT NAFSU...KESIHATAN MACAMNER? Acik x fhm betul budak2 zaman sekarang,degil...x sayang tubuh sendiri...nanti kalo betul2 rahim terkeluar, x bole masuk2 dalam da,gune “cincin” pun xboleh da...doktor pun xboleh tolong, potong je la...

Saya telan air liur...GULP!!!

Peringatan:
Wahai kawan2,sila jaga bahagian kewanitaan anda yer...sila sayangi tubuh sendiri...SUAMi polak ,sila ambik berat kesihatan dalaman isteri anda, anda jugak yang guna lama...maaf jika terkasar sbb itu yang terbaik
Tanda – tanda rahim jatuh/ Peranakan jatuh
~ Terasa sesuatu yg terkeluar dari bahagian faraj
~ Ketulan pada faraj
~ Sakit pelvis/ ari2 (dargging pelvic pain)
~ Sakit belakang
~ sakit semasa hubungan seks
~ Pendarahan faraj selepas menopaus
~ Inkontinens kencing @ kencing tidak terkawal
~ Sukar buang air kecil/besar

RAWATAN:
~ Sila la jumpa doktor dengan segera
~ Jumpa bidan kg utk berurut/menaikkan bahagian rahim
~ Selepas urutan untuk menaikkan rahim, guna alternatif makan jamu yang boleh kami sarankan JAMU DEWI DARA selepas pulih sepenuhnya baru boleh INSERT dengan JAMU DEWI SUCI utk mengecutkan peranakan

MENCEGAH RAHIM DARI JATUH:
~ Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa utk duduk seketika & melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku kepada jururawat,guru,doktor & juga mereka yg selalu ke kawasan keje sepertu jurutera
~ Melakukan senaman pelvik adalah amat penting di zaman bujang lg. Ia menguatkan otot2 dalaman membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri.mendapatkan semula rasa mengawal kencing & mengurangkan sakit belakang
~ Amalkan pemakanan yang betul bg mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur2,buah2an & bijiran. Elakkan dari meneran di dalam bilik air lebih dr 15 minit. Puas @ tidak sila keluar dr bilik air
~ Memakai girdle/ sut pelangsingan badan yang sesuaiboleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
~ jangan merokok & jauhkan diri dari perokok bg menghidari dr batu kronik
~ Elakkan mengandung yang kerap & rapat. Cubalah kaedah2 perancang keluarga yang mempunyai % kejayaan tinggi

Soalan:
Sis macamana nak tahu rahim ni terkeluar
Jawapan:
Cuba adik cangkung ,masukkan 1jari ke dlm vagina...kalu ada macam guli kat laluan tengah tu makna peranakan kita turun......atau lebih dikenali sbg TOMBONG... lagi dalam TOMBONG tu lagi sihat rahim...jangan sampai terkeluar dik...kalu dh terkeluar mmg kn potong sbb nk masukkan balik dah ssh...jangan main2 dik oi..Rahim kita satu tu je dik...kn jaga bukan utk sapa2 untuk suami jugak...kita je tau macamana...ais jgn minum selalu,jarang2 boleh la klu xamal lg bagus...jangan angkat berat...pesanan ikhlas dari saya...kalu dh terkeluar lg ssh...lebih baik mencegah dari merawat...fikir2kan & selamat mencuba

SHARE2 ( thanks sumber )




Jumaat, 18 Oktober 2013

isteri vs perempuan simpanan



Apabila si En.Suami suka membanding2 kan isteri dgn perempuan simpanannya..


En. Suami : Ustaz..ppoan simpanan sy lbh ramping tubuh nya..tp isteri sy gemuk..

Ustaz : ppoan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? tentu tak kan? sbb dia lbh sygkan bentuk tubuhnya dr kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya utk
kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk
tubuh badan



En. Suami : Tapi ustaz..ppoan simpanan sy lebih manja dan lemah lembut.. isteri sy jarang ada masa utk sy dan kadang2 garang..

Ustaz : ppoan simpanan kamu tak ada tanggungjawab utk dipikul tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu.tapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masa nya terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak2 kamu.. krn dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu..



En. Suami : isteri sy jarang memujuk sy ustaz..tak seperti ppoan simpanan sy..

Ustaz : itu krn isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mrk bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mrk. bersedih memikirkan kamu yang tak ada masa utk bersama mrk. isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa bersama ppoan simpanan kamu itu. ppoan simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?



En Suami..tapi kan ustaz....

Ustaz: cam ni lah....kalau isteri awk sentiasa tak cukup sempurna dimata awk, awk ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik utk lelaki yg tak tahu bersyukur seperti awk. Cuba awk pikir, klau bukan krn dia yg korbankan bentuk tubuh nya krn awak, sepanjang hayat awk tak akan melihat waris keturunan awk. klau dia mahu, dia juga boleh memilih utk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awk.. tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awk hargai.bukan dia yg tak cukup sempurna utk awk tp awklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. lebih baik awk nilai diri awk sendiri dari awk menilai isteri awk krn dia ibu kpd anak2 awk...


Syukurlah Malaysia aman~




Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wa Sallim~





Rabu, 9 Oktober 2013

11w 3d..


alhamdulillah.. semalam scan baby lagi...
da nampak kepala, badan, tangan dan kaki ye...
tomey dia dalam perut mama ni...


hasil scan smlm baby da 11w 3d..
minggu depan check up KK..
Khamis ni Merah bambam check KK..
papa yang anta..
mama malas... hihiiii


belum ada masa nak bercerita..
hadiri kursus sana sini...

dan lagi 1...


mama da hantar surat notis berhenti kerja 1 bulan dari sekarang...
doakan mama ye...


ok la nanti ada masa mama cerita ok..
love u all.. :)

Selasa, 17 September 2013

lepas stres jap...


hai semua...


mmmmmm... camne nak mula ek??
susah nak cakap pasal org yang tengah hangat dok bercouple ni kan...
kita tegur dia kata kita ni baik sangat!!!!
bila tak ditegur...  macam @#$%^ pulak perangai korang..


mama pun ambil keputusan untuk menegur dan bertindak..
ok selesai...
bila senyap sekejap..
tup-tup timbul semula..
tak boleh jadi..
dirundingkan semula.

TAPI mama dan papa yang sedap kene FITNAH...
memang kami terasa hati..

OK..

cuma mama nak ingatkan korang ye...


SELAGI KAU TAK MAMPU NAK BAHAGIA KAN HATI SEORANG IBU...
SELAGI ITU KAU TAK AKAN DAPAT MEMBAHAGIAKAN HATI GF KAU...
TERLUKANYA HATI MAK KAU..
KAU AKAN RASA LEBIH TERLUKA DENGAN PERMAINAN CINTA DUNIA KAU TU..
JANGAN JADI BODOH...
BUKAN TARAF SEORANG GF DAPAT MENGANGKAT KAU MASUK KE SYURGA..
TAPI ORANG TUA YANG MENANGIS SIANG MALAM YANG ASYIK MEYEBUT NAMA KAU TU YANG AKAN MENYELAMATKAN KAU SUATU HARI NANTI..


jangan cakap mama tak ambil peduli.. tp selepas maki hamun kau bagi.. cukup la sampai kat sini mama mempertahankan.. selebihnya hukum karma yang akan memperlihatkan pada kau nanti..

Jumaat, 13 September 2013

pendarahan diawal kehamilan...



Assalammualaikum...
selamat pagi semua..
salam sayang,, hihihiiii...


scan pada 09.09.2013


kesihatan mama masih belum stabil.. masih keluar lendir colat + darah (spotting).. hampir 2 minggu mama mengalami masalah ini.. tapi lepas jumpa doc dan scan doc bekalkan ubat kuatkan rahim dan asid folic.. pastu kene 'puasa' 2 minggu dengan papa.. hihihiiii..


camne nak cerita ek.. ambil masa jugak mama untuk terima berita ni.. malam tadi lepas solat magrib.. mama menangis.. mama cuba menidakkan rezeki ALLAH yang terindah ini.. sebab kami, mama dan papa merancang untuk stop dulu 2 tahun.. nak besarkan merah@humaira, nak besarkan bisnes mama.. nak tumpukan perhatian pada kak long, kak ngah dan merah tetapi rancangan ALLAH adalah yang TERBAIK untuk kami... alhamdulillah akhirnya aura positif datang.. mama redha kalau ini rezeki ALLAH untuk kami..
rasa begitu kedil ye mama yang tiada daya upaya ini hanya mengharapkan pertolongan dan kekuatan dariNya..

demi baby no hal kan papa..  ^__^


pendarahan (spotting) ni biasa terjadi diawal kehamilan kerna telor uvum yang disenyawakan akan tertanam pada dinding rahimendometrium, ketika itu akan berlaku pendarahan sedikit..jadi doc kata tak perlu bimbang. cuma kene cukup rehat, jangan banyak bergerak dan mengangkat benda berat.. dan macam yang mama tulis kat atas tu.. bawa2 la 'puasa' ye.. huahuahua.. ok doc!!!


buku pink???
tengok la bulan depan mama buat sekali dengan cucuk merah 9bulan.. mesti nurse tu terperanjat.. takpo la nurse rezaki kami sekeluarga.. ada kawan mama tu dok tunggu je rezeki ni, anak yang sulung da 4 tahun.. kawin da 7 tahun.. mama da nak masuk 4 org anak.. alhamdulillah.. rezeki ALLAH dalam macam2 bentukkan.. so enjoy your life!!!


da lama mama tak post gambar kan.. jom cuci mata... :)

 adik manis lagi bulat bambam.. hihi


 my princess!!!!

 rakan sekolah mama...


 merah & mak tih


 kekasih terang dan gelapku.. kahkahkah

B-BOX.... hihihiiii...
cuba umpan selera tapi yang hadoooooo...