LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 22 Januari 2011

pOhOn SeMaLu.....

Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w
berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya
mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon
semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan
kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para
wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4
aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu
semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil.

Senyum Kambing... (*__^)

Tapi... Papa buat kat mama boleh???

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

p/s:-
  • Jangan sesekali kita memang remeh perkara diatas...
  • Amalkan gaya hidup yang sihat..
  • Terapkan ilmu agama dlm institusi kekeluargaan...
  • semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH...
  • insyaallah
 

aKu & pAnTaI.... ahakssss...

Bila tgk laut aku seperti di dalam " Dakapan Seorang Ibu"
Assalammualaikum..
Hai kawan2... Selamat tengahari, aku keje arini sampai petang.. bos xde so kene la jaga ofis.. :)
mmmmmm.. arini nak cerita pasal pantai.. Aku x tau knp aku suka sgt tgk pantai.. tenang je rasa...
Sungguh aku selalu rindu kan bau air laut.. bau pantai... nak rasa angin pantai.. Ia seperti memahami jiwa aku... Mendengar rintihan jiwa aku, tahu kekusutan fikiran aku, seperti memeluk erat aku dlm kedamaian.. Tempat biasa aku pergi, PD - Pantai Cahaya Bulan.. Agaknya laut kat sana pun da kenal aku.. huhuhu

Waktu biasa aku ke sana:-
  • Bila aku merajuk
  • tension
  • kecewa
  • nak kan ketenangan
  • muasabah diri
  • bila aku nak ddk sorg diri
  • bila hati aku menangis 
  • bila aku memerlukan pendengar yg setia




Kadang2 aku pergi dgn kwn.. kdg2 aku pergi sorang diri. klu dr umah  nak PD ambil masa 1 jam setengah tp aku rasa tenang je nak menuju ke sana. biar pun lama dan jauh.. huhuhu. Laut tu seperti menunggu kedatangan aku.. " Walau pantai dipukul omak, pantai x akan berubah, yang berubah hanya lah pasir saja"... Aku suka ayat tu.. Sukar digambar kan perasaan aku bila da sampai sana. kdg2 sampai 3 jam aku ddk kat sana..

Jom layan lagu ni...
Zaitun Sameon - Menaruh harapan.... zzzaaaasssss


Terima Kasih Ya Allah...
Kepada Engkau Tempat Aku Menyerahkan segala kehidupan ku...
Insyaallah

Tugas Baru Buat Mak... ;p

Ni la Tugas utk mak...
Disebabkan anak2 aku da sek..
mak bising2 nak keje..
mak kata boring dok umah xde kawan..
so...
aku...
dengan..
sebulat..
suara..
aku...
membelikan...
mak ..
2..
ekor...
kambing...
utk..
mak..
jaga...
hahahaha....

Ok..
mak setuju..'so bermula la episod mak menternak kambing...
bila blk dr keja mak xde la merungut nak keje lg...
sibuk dgn kambing, tanaman, dan membersihkan kwsan umah...
Aku sebenarnya x mau mak keje berat sbb
mak aku ni sakit...
susah nak ckp sakit apa...
doc kata sakit jantung...
tp bila g check-up...
doc kata ok...
entah la...
apa2 pun aku doakan supaya mak sihat selalu..
Ada jgk aku berubat tradisional..
Biasa la cam2 andai diorg ni...
Aku buat la mana yg aku rasa betol..

Ni antara koleksi gmbr membuat kandang kambing...
Jimat segala kos dan buatan sdr..

Ni umah Mak saudara aku.. Wan aku kata guna je kayu2 tu so aku on je.. hihihi

kayu ye masih dlm keadaan baik

Ni tiang yg paling penting...

Biasa la anak2 aku ni adalah arkitek ye.. dok menyibuk je

Tgk tu bertapa lasak ye anak2 aku..
Ni la.. Kandang untuk kambing di bawah jagaan mak aku...
Love u mak...
Ateh sentiasa mengharapkan mak bahagia selalu...
Walaupun ateh tau ateh byk buat mak risau..
Namun ateh x minta hidup ateh jd camni...
Hanya Allah yg mengetahui..
Segala RahsiaNya....

Jumaat, 21 Januari 2011

Hukum Mencium Isteri Ketika Puasa....



Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis dengan katanya;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”



Menurut penulis blog tersebut, dari hadis di atas Nabi SAW tetap
memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.
Bulan Ramadhan yang diwajibkan berpuasa tidak dijadikan penghalang bagi
Nabi untuk bermesra dengan isteri. Tambahnya
lagi dari segi hukum, cium isteri dikala sedang berpuasa bukanlah
larangan. Tetapi yang terlarang adalah, ciuman yang boleh membawa
kepada persetubuhan.



Sehubungan itu, ada sebilangan ulama fiqh menfatwakan mencium
isteri bagi orang berpuasa adalah makruh. Mereka menyandarkan kepada
satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Ha yang berkata;

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجل ، فقال : أقبل في رمضان ؟ قال :
« نعم » ثم أتاه آخر ، فقال : أقبل في رمضان ؟ قال : لا ، فقالت عائشة :
يا نبي الله ، أذنت لذلك ، ومنعت هذا ؟ قال : « إن الذي أذنت له شيخ كبير
يملك إربه ، والذي منعته رجل شاب لا يملك إربه ، فلذلك منعته

Maksudnya;
“Seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, berkata;
“bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” Nabi berkata :
“boleh”. Datang pula lelaki lain bertanya; “bolehkah aku cium isteriku
pada bulan Ramadhan?” nabi berkata : “tidak boleh”. Aisyah berkata:
Wahai Nabi Allah, kamu izinkan yang ini, dan kamu mencegah yang itu?
berkata Nabi : Yang Aku izinkan itu adalah seorang lelaki yang sudah
tua. Pasti dia mampu menahan syahwatnya. Dan yang Aku cegah itu pula
adalah adalah lelaki muda. Dia tidak mampu menahan syahwatnya, sebab
itulah aku mencegahnya”

AZIMAT BUAT LELAKI......

Wahai insan bernama lelaki,renungilah panduan di bawah ini sebagai panduan mengharungi kehidupan yang mencabar di zaman ini..

1.KETIKA MENCARI CALON
Janganlah
mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami,
tapi carilah ayah bagi anak-anak kita

2.KETIKA MELAMAR
Anda
bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah
melalui orang tua/wali si gadis.

3.KETIKA AKAD NIKAH
Anda
berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat
dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus
berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir
untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA
Bersabar dan bersyukurlah..anda sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH BIDUK BEKELUARGA
Sedarilah
bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga
semak belukar yang penuh onak danduri

7.KETIKA BIDUK RUMAHTANGGA GOYANG
Jangan
saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri anda 100%

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan
bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri
atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
akinlah
bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan
suami dan isteri

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan
lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh
bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah
berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan
pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah
marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada
anak

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah
bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya

16.KETIKA ADA PIL
Jangan ditelan,cukuplah suami,isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7K

  • Ketaqwaan
  • Kasih sayang
  • Kesetiaan
  • Komunikasi dialogis
  • Keterbukaan
  • Kejujuran
  • Kesabaran

10 Tips Menjadi Suami Soleh

  • Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin isteri.
  • Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.
  • Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Oleh itu, anda jagalah hati isteri anda. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni.
  • Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran.
  • Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar isteri anda menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh. Begitu juga untuk diri anda sendiri.
  • Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Setelah pulang ke rumah, anda sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri anda selepas anda berdua selesai solat berjemaah.
  • Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
  • Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah.
  • Jangan sesekali memarahi isteri anda di hadapan khalayak ramai. Anda akan menjatuhkan maruahnya. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar anda sebagai suami.
  • Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.
p/s :-

Ni saya copy & paste dr FB...
semoga kita menjadikan ia suatu ikutan yg baik...
" renung-renungkan dan Selamat Beramal "

8 Tips Menjadi Isteri Solehah

Wanita dan isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap suami di dunia ini. Ajaran Islam telah pun menggariskan panduan dan peraturan iaitu menjauhi larangan dan mematuhi segala perintah Allah agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati.
Begitu juga dalam kehidupan berumahtanggan dan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan itu akan terus kekal abadi jika pasangan suami-isteri tersebut menjalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Oleh itu, pada blog post kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tips-tips yang boleh anda amalkan sebagai seorang isteri untuk menjadi seorang isteri solehah.
Berikut adalah tips-tips tersebut:
  • Jangan sesekali anda meninggikan suara anda kepada suami anda.
  • Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami anda sedang berbicara dengan anda.
  • Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
  • Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.
  • Tidak mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi anda dan suami dengan rakan-rakan anda.
  • Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.
  • Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami anda terlebih dahulu.
  • Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami anda untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar.
Itulah dia beberapa tips yang boleh anda cuba amalkan secara berterusan ketika melayari bahtera perkahwinan anda berdua.
“Renung-renungkan dan selamat beramal ….”

Kerna telur rebus.... ;d

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergimengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

ish x sopannya...nasib baik bapak mertua sporting...hahahahaha