LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 21 Januari 2011

Hukum Mencium Isteri Ketika Puasa....



Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis dengan katanya;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”



Menurut penulis blog tersebut, dari hadis di atas Nabi SAW tetap
memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.
Bulan Ramadhan yang diwajibkan berpuasa tidak dijadikan penghalang bagi
Nabi untuk bermesra dengan isteri. Tambahnya
lagi dari segi hukum, cium isteri dikala sedang berpuasa bukanlah
larangan. Tetapi yang terlarang adalah, ciuman yang boleh membawa
kepada persetubuhan.



Sehubungan itu, ada sebilangan ulama fiqh menfatwakan mencium
isteri bagi orang berpuasa adalah makruh. Mereka menyandarkan kepada
satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Ha yang berkata;

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجل ، فقال : أقبل في رمضان ؟ قال :
« نعم » ثم أتاه آخر ، فقال : أقبل في رمضان ؟ قال : لا ، فقالت عائشة :
يا نبي الله ، أذنت لذلك ، ومنعت هذا ؟ قال : « إن الذي أذنت له شيخ كبير
يملك إربه ، والذي منعته رجل شاب لا يملك إربه ، فلذلك منعته

Maksudnya;
“Seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, berkata;
“bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” Nabi berkata :
“boleh”. Datang pula lelaki lain bertanya; “bolehkah aku cium isteriku
pada bulan Ramadhan?” nabi berkata : “tidak boleh”. Aisyah berkata:
Wahai Nabi Allah, kamu izinkan yang ini, dan kamu mencegah yang itu?
berkata Nabi : Yang Aku izinkan itu adalah seorang lelaki yang sudah
tua. Pasti dia mampu menahan syahwatnya. Dan yang Aku cegah itu pula
adalah adalah lelaki muda. Dia tidak mampu menahan syahwatnya, sebab
itulah aku mencegahnya”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan