LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 21 Januari 2011

AZIMAT BUAT LELAKI......

Wahai insan bernama lelaki,renungilah panduan di bawah ini sebagai panduan mengharungi kehidupan yang mencabar di zaman ini..

1.KETIKA MENCARI CALON
Janganlah
mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami,
tapi carilah ayah bagi anak-anak kita

2.KETIKA MELAMAR
Anda
bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah
melalui orang tua/wali si gadis.

3.KETIKA AKAD NIKAH
Anda
berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

4.KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat
dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus
berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir
untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5.KETIKA MALAM PERTAMA
Bersabar dan bersyukurlah..anda sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6.SELAMA MENEMPUH BIDUK BEKELUARGA
Sedarilah
bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga
semak belukar yang penuh onak danduri

7.KETIKA BIDUK RUMAHTANGGA GOYANG
Jangan
saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan

8.KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri anda 100%

9.KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan
bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri
atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
akinlah
bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan
suami dan isteri

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan
lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh
bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah
berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan
pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah
marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada
anak

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah
bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya

16.KETIKA ADA PIL
Jangan ditelan,cukuplah suami,isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7K

  • Ketaqwaan
  • Kasih sayang
  • Kesetiaan
  • Komunikasi dialogis
  • Keterbukaan
  • Kejujuran
  • Kesabaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan