LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 2 Januari 2012

kenangan 2011



13 JUN 2011 - keputusan mahkamah bernoktah... selama 3 tahun mama turun naik mahkamah mempertahankan hak mama dan anak-anak.. biarpun perit untuk diingat namun ada manisnya apabila mama memanjatkan kesyukuran kepada hadrat Ilahi kerna mempermudahkan segala cubaanNya.. hanya Dia tempat mama mengadu.. kini mama dan anak-anak sedang menuju ke gerbang kebahagiaan itulah nikmatNya yang tak terhingga insyaallah...





31/08/2011 - mama ditunangkan
alhamdulillah.. selama 1 tahun lebih papa man bersabar dengan sikap 'gila-gila manja' mama, akhirnya kami selamat ditunangkan pada Hari ke dua Raya Puasa  tahun ni.. ni pengalaman first bertunang, seronok la + + + syukur alhamdulillah.. ni la lelaki yang paling sabar mama penah jumpa.. terima kasih sayang.. lagi 55 hari kita akan disatukan.. jangan nakal-nakal tau.. jaga seri jaga seri ... hahaha



Jika dia tak mampu bersama anda semasa anda dalam keadaan terburuk, maka dia tak layak bersama anda dalam keadaan terbaik. Carilah orang yang sanggup susah senang bersama anda. 
::: mama da jumpa orang itu.. terima kasih Ya ALLAH kerna hadirkan Papa Man untuk kami sekeluarga ::::



yang ke 3.. hahahaha



25/11/2011 - Cabel Car Langkawi
wowwwwww !!!! pengalaman yang gila sangat.. memang tak terduga dek akal pengalaman itu yang mama dapat.. gambar ni sue yang snap. memang tengah takut yang amat-amat sangat.. tak berani nak pandang kiri kanan.. subhanallah.. kalau ada yang ajak naik lagi mama la orang pertama yang akan lari.. hahaha.. ampun takut mak nak!!!!... hahaha




ni pemandangan dari stesen pertama cabel car..
stesen yang ke 2 da tak sanggup nak naik.. kecut jantung mama.. huhu
cantik kan.. subhanallah..



p/s :::: mama tau jalan kebahagiaan bukan mudah namun apabila kita tau mana letaknya peranan dan tanggungjawap kita, insyaallah jalan itu ada.. Pasti ADA.. terima kasih Ya ALLAH..






Jumaat, 30 Disember 2011

menutup tirai 2011.. thanks CINTA

"yang, abang terus pegi Pilah la hantar duit mak andam tu, maybank ramai sangat orang".. sms papa man.. "ok la.. apa-apa hal abang col ct tau".. sambil gelak.. hahaha.. lepas 30 minit.. " yang, berderau darah abang, kak kay tu suruh test baju, abang tak nak.. akak tu ukur je.. takut abang".. hahaha ( tak sangka apa yang mama rasa papa man pun rasa jugak ) ye sampai sekarang masih terasa meremang bulu roma semasa test baju tu.. bulan 2 ni insyaallah kita pakai sama-sama sayang..


hari ni 30.12.2011.. esok 31.12.2011.. lusa da 01.01.2012..
alhamdulillah sepanjang tahun 2011 ni banyak kenangan manis dalam hidup mama.. mama disunting dan ditunangkan dengan papa man.. anak-anak menjadi saksi kami.. ada rezeki tahun depan mereka jua akan menjadi saksi kami diijab kabulkan.. indah kan.. alhamdulillah.. walaupun dalam tempoh itu macam-macam cubaan kami tempuhi.. nilah bukti kekuasaanNya.. 


dalam tempoh itu jua, kami saling ingat mengingati.. saling lengkap melengkapi.. saling bantu membantu antara 1 sama lain.. belajar membentuk diri untuk berkongsi sesuatu dan belajar menerima kritikkan dari pasangan.. merajuk tu perkara biasa namun mama melatih diri agar jangan merajuk lama-lama.. jangan buat kesilapan lepas.. saling berterus terang antara hati ke hati.. bukan mudah sebenarnya namun benda tu tak akan jadi mudah bila kita sendiri memandang suatu perkara itu simple saja... jangan ambil terlalu berat.. pegang dan lepaskan.. namun berhati-hati apabila melepaskan takut ia pecah atau musnah!!!! 



mama belajar setiap manusia itu punya rezeki yang tersendiri.. kalau sama huru hara la dunia ni kan.. tak perlu cemburu tapi berusahan untuk jadi yang lebih baik dari apa yang kita lihat dan dengar.. kita kan diri kita sendiri.. itulah CINTA..

thanks CINTA untuk ALLAH S.W.T kerna menjadikan mama wanita solehah (insyaallah)...
thanks CINTA untuk mak ayah kerna melahirkan mama ke dunia ini...
thanks CINTA untuk anak-anak kerna membuat mama menjadi ibu yang sempurna...
thanks CINTA untuk papa man kerna menjadikan mama suri dihati mu...
thanks CINTA untuk sahabat mama kerna menyenangi kehadiran ini....
thanks CINTA untuk dunia kerna memberi mama banyak pengajaran dan airmata dalam kehidupan ini...



Aku sering memasang angan untuk membina istana indah.
Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU..
Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil, aku tau bahagia ada disitu..
Yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata, 
Cukuplah akad dan janji yang setia...


Khamis, 29 Disember 2011

berikan mama kekuatanMu...


tak semua yang kita impikan, kita akan dapat..
tak semua yang kita rancang, akan terlaksana dengan sempurna...
tak semua yang kita bicarakan seiring dengan perbuatan kita..

kadang hati menjadi lemah langlai.. kenapa mama Ya ALLAH.. mama jua ingin melihat impian terlaksana.. apa yang dirancang, menjadi dan tersusun indah.. dan apa yang dibicarakan seiring dengan tingkah dan laku si pembicaranya.. arrrgggghhhh... andai airmata yang mengalir ini mampu mengubati kesakitan itu mama rela.. namun air mata hanyalah satu naluri perasaan yang boleh menenangkan perasaan walaupun ia tidak dapat menyelesaikan masalah sama sekali. itu pasti !!!!


redha???
redha atau terpaksa menerima.. sama aja kan.. apa yang pasti perjalanan ini harus diteruskan.. walau ia luka yang berpanjangan.. walau laluannya lalang berduri.. hanya airmata peneman sepi.. mengharap kesakitan itu berlalu pergi tanpa perlu mama menoleh kekiri ke kanan malahan kebelakang sekali pun mama tak mahu.. kerna mama tak mampu untuk berbuat apapun selain menyerah kepada yang Berkuasa..


memujuk???
memujuk atau terpujuk.. sama aja kan.. mama hanya dipandang seperti batang kayu buruk.. disinggah orang untuk melepaskan penat lelah lalu berlalu pergi tanpa sepatah ucap atau lambaian akhir.. mengeluh sendiri itulah yang memujuk hati agar terus bertahan dari cubaanNya.. dengan harapan ada sinar cahaya kebahagiaan dipenghujung penantian.


selama 3 tahun ni, mama belajar menerima segala ketentuanNya.. kadang mama pasrah.. kadang mama lelah, kadang mama berdiri megah, kadang mama terpaksa mengalah.. belajar hidup dengan kaki sendiri.. walaupun kesakitan yang berpanjangan terpaksa ditanggung, dirawat dan dibelai sendiri.. andai masa boleh diputar, pasti mama mahu yang indah-indah saja.. tapi mama hanya insan ALLAH yang lemah.. yang lalai dalam aturan dan cubaanNya.. lalu beginilah akhirnya..


berjuang..
untuk apa mama perlu bangkit kembali.. kerna semua yang mama impikan tidak dapat mama kecapi.. tapi mama kan orang ISLAM ada Iman dan Akal.. mama harus yakin dengan Janji ALLAH.. Dia tidak akan menguji hambaNya, mengikut kemampuan hamba itu sendiri.. indahkan Janji ALLAH.. tapi mampukah mama bertahan.. insyallah hanya itu yang mampu mama lafazkan.. mama sedang berusaha untuk bertahan demi Janji itu..


Sabda Nabi s.a.w : "Berdoalah kamu kepada ALLAH dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabanNya. Ketahuilah sesungguhnya ALLAH tidak menerima doa dari hati yang lalai" 
( Riwayat Al-Tirmizi )



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


p/s ::: masih terasa indahnya saat bergelar seorang isteri.. rindu gurau senda anak-anak ketika bersama 'abah aka suami'.. namun apa daya.. semoga mama kuat.. insyallah


Selasa, 27 Disember 2011

debaran mak andam

assalammualaikum semua..
selamat pagi..

alhamdulillah 'aktiviti' semakin rancak berjalan sekarang... hari ni mama nak cerita bab mak andam.. sebab malam tadi mama da booking mak andam untuk wedding nanti.. da pilih  2 3 4 mak andam.. da skodeng sana sini.. akhirnya mama dapat la mak andam kat Kuala Pilah ni..


berdebar gak la jiwa mama ni.. fuh!!!!! alhamdulillah kakak ni peramah.. nama dia kak kay (Nkay Bridal) ..pilih punya pilih bekenan dengan baju ni.. cantik sesuai dengan ukuran badan 'kerengga' mama ni.. kahkahkah.. kak kay pun suruh cuba.. masa nak sarung baju tu.. YA ALLAH getak jiwa mama ni dik!!!... berdebar gila.. hanya ALLAH yang tahu debaran hati kecil ni.. seperti ada aura lain yang datang ketika mencuba baju pangantin tu..dan seperti da terasa dekat sangat 'hari' ye.. takut sedih malu gembira semua ada la saat malam tadi.. huhu


pastu bincang harga.. jengjengjeng...
  • pelamin 3 panel
  • mekap 1 kali (masa nikah, sanding touch up sikit je.. kak Kay kata mesti ubah mekap sikit)
  • baju nikah ( lelaki+perempuan)
  • baju sanding( lelaki +perempuan )
  • hiasan bilik tidur
  • sauna + luluh + mandi limau + urut (naik seri)
total = RM 1,770.00

murah kan.. huhuhu.. alhamdulillah.. bajet mama nak nikah aja tapi Papa Man da berhajat nak sanding so mama ikot aja la.. apabila kita memenuhi hajat seseorang, ALLAH akan memenuhi hajat kita pulak.. insyaallah.. mama harap ni la perkahwinan mama yang terakhir.. JAMBATAN untuk mama dan anak-anak menuju ke JannahNya.. insyaallah... malam tadi memang suatu debaran mak andam yang pertama mama rasa.. huhu..



p/s :::: abah Segamat baru col kata pengesahan borang nikah tak boleh sain lagi sebab sijil cerai mama tiada.. yang si Papa man ni lupa ke yang dia nak nikah dengan Mak J.. huhu.. mama buat copy apa yang pihak jabatan 'tik' aja.. mungkin mereka ingat Papa man kawin dengan anak dara kot.. kuangkuangkuang...


indah ye kan ;-))



Kesan Dosa kepada hati



















“Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Hadith riwayat Bukhari)
Kerana kita akan membicarakan berkenaan kesan dosa.
Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota.
Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yang akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. Gunung? Atau lalat yang dikuis kemudian hilang?
Kerana dosa, perlu kita padamkannya jika benar hendak menyelamatkan diri kita.
Dosa. Menggelapkan jiwa.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)
Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa.
Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:
“Tidak akan mencuri seorang pencuri, sekiranya ketika dia mencuri itu dia beriman. Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu dia beriman. Tidak akan meminum arak seorang peminum arak, sekiranya ketika dia meminum arak itu dia beriman.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa.
Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa.
Sedangkan hati adalah raja.
Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
“Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)
Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak.
Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi.
Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati.
Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT.
Penutup: Kerana itu, Kita Perlu Peka
Kerana itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif.
Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis.
Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli?
Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman.
Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya.
Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya.
Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli.
Sebab itu dia berterusan bergelumang di dalamnya.
Maka siapakah yang berusaha, mencuci hatinya?
Atau sekadar membiarkan hati itu terus melemah dan melemah, dimamah dosa?

:::: Agama dan kita ::::

Jumaat, 23 Disember 2011

datang bulan

mak aii tajuk.. 'datang bulan'.. huhu bukan apa lagi 2 bulan wedding kan.. bab pertama harus dikira adalah 'datang bulan' sebab mama ada hajat nak Khatam Al-Quran. kalau tarikh wedding tu mama datang bulan cam ne nak buat majlis khatam tu.. (korang jangan fikir 'otak kuning' ok) congak pun congak alhamdulillah tarikh wedding lagi 2 hari nak datang bulan.. yesss !!! ( selamat papa man..kahkahkah)


nasib la datang bulan mama teratur, senang nak congak tambah tolak.. dapat la hasilnya.. insyaallah.. da lama sebenarnya mama nak buat majlis khatam itu cuma masa belum mengizinkan.. kali ni insyaallah, ALLAH permudahkan amin..


ada perbualan sengal antara mama dengan papa man.. nak tau x..

papa man : yang, kalau kita da nikah.. abang nak terus ada baby tau.. teman kawan adik n kak long
mama      : hahahaha ( mak ai.. telan ayak liuk kawan )
papa man  : nape gelak??? abang serius tau..
mama      : tau la abang serius.. tak nak la terus mengandung nak rehat dulu.. bulan 5 ok..
papa man : boleh ke yang???
mama   : boleh la abang (sambil gelak JANDO)
papa man : ye ke??? sambil berbisik 'ayang punya period berapa haribulan'
mama   : nape tanya...
papa man : jangan jatuh 26/2 tu udah (senyum kambing)
mama   : SAH da SENGAL.. kahkahkah  nyampah....



p/s ::: sapa yang paham senyum aja la.. yang tak paham buat-buat paham.. hahahaha..



Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku,
Titipkanlah kemesraan diantara kamai agar kebahagiaan itu kekal abadi,
seiringkanlah kami dalam melayari bahtera perkahwinan,
Jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan berkekalan buat selamanya,
hingga ke akhit hayat dan kurniakanlah kami zuriat yang sempurna,
beriman dan beramal soleh,
Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segalanya,
Amin Ya Rabbal Alamin.




Selasa, 20 Disember 2011

Walimatulurus

Assalammualaikum semua..
alhamdulillah.. masih bernafas lagi hari ini.. setiap hari adalah helaian baru buat mama untuk melatih diri agar lebih baik dari semalam.. insyaallah.. anak-anak mama masih belum balik.. da boring ni.. bila la nak balik..


ok hari mama nak cite pasal ' Walimatulurus '..  
apa kes?? 
xde kes pun cuma mama nak UMUM kan Majlis Pernikahan Mama dan Papa Man telah mendapat kata putus.. alhamdulilllah... tarikh ye?? 26/02/2012... ari ahad...


alhamdulillah.. kad da booking.. katering pun da booking.. tinggal mak andam aja ni.. huhu warna tema MERAH + UNGGU
kenapa merah+unggu???
sebab merah mama pun favorite... memang gila dengan warna merah... sebab unggu pulak.. sebab warna tu pun favorite Papa Man.. jadi gabungkan la 2 warna tu.. belah Papa Man takde majlis.. cuma majlis doa selamat aja.. kat kampung tinggal abah aja.. adik-adik yang lain semua jauh-jauh so ambil keputusan kita buat kat belah mama aja.. alhamdulillah.. jimat lagi kos... 




tinggal 2 bulan aja lagi ni.. huhu sekarang pun da terasa debarannya(gedik la tu.. hahaha).. borang nikah pun da ambil.. ingat nak settlekan dokumen-dokumen yang diperlukan bulan ni.. bulan 1 dan nak hantar kat Jabatan Agama Islam Serting.. insyaallah semoga semua berjalan dengan lancar.. amin




dan sekarang sibuk untuk mencari kain untuk baju melayu ayah.. baju kurung mak dan nak buat mini jubah untu kak long dan adik.. seterusnya beberapa pasang baju kurung untuk mama.. dan sehelai 2 baju melayu untuk papa man.. yang penting warna baju MERAH.. merah lagi??? ok la.. ko ado??? huhu


thanks jua kepada saudara mara, family cik sue yang sudi sponser someting untuk majlis tu nanti.. alhamdulillah.... da sekarang masa meleburkan wang.. hohoho 





merah mak ngah u..





Isnin, 19 Disember 2011

'emo'

cinta...
jangan jadi hamba cinta..
hari ni mama melihat ajaibnya cinta
cinta banyak ketogeri..
malas la nak huraikan..
ulozzz sendiri lagi paham kan..

jangan kerna cinta..
diri dan maruah di hina dicaci sesuka hati..
tu cinta setan...

dengan mama sory...
tiada istilah berlembut dalam cinta..
mama tak akan benarkan sesiapa menghina diri ini..
kerna ni diri mama..
mama tau apa yang mama mahu..
jangan la pandang cinta macam 'bangkai'
cinta tu bernyawa..
macam kita..
cuma ia hanya getaran naluri
bukan objek  atau apa saja..

ia dapat rasa dihati...
diluahkan melalui perbuatan dan perbualan...

sayang tak bermakna cinta..
cinta tak membebankan..
cinta tak memaksa...
cinta jua bukan untuk disakiti...

ingat jangan kerna cinta kamu diperhambakan...
cinta suatu keajaiban
yang mengangkat kamu dan dia
menuju jalan yang diredaiNya
itu baru cinta sejati...



p/s :::: baru lepas memaki hamun jantan gila.. konon cinta tp sesuka hati menuturkan kata-kata nista pada pasangannya.. ada aku peduli ko askar ke.. polis ke.. menteri ke.. kawan aku tu manusia bukan bangkai bernyawa.. belajar aja tinggi tapi otak kat tumit kaki... bengong... walau aku orang kampung tetapi aku tau nilai SEBUAH CINTA....



aku pun sang pencinta 
namun aku tahu
selayak mananya untuk aku 
bercinta dan dicintai



Sabtu, 17 Disember 2011

jom layan lagu 'owang kawin'



Bila dua hati terjalin
Selamat pengantin kami doakan
Moga redha ALLAH bersinar selalu
Tansa bermula bahtera hidup




Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Malangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga
Selamat pengantin baru






p/s ::: semangat da ada ni.. huhu... takut pun ada.. camno??? minggu ni Papa Man ajak balik umah abah segamat.. tapi mama nak tunggu anak-anak mama.. nak bawa balik kak long dengan adik sekali.. boring la..bila la abah nak hantar kamu berdua balik ni.. ;-((

Khamis, 15 Disember 2011

sakit lagi

wawawawawaaaaaa.... ;-((

cedih ye mama sekarang ni..
da 2 hari sakit gusi.. 
lidah kene ulser... 
kepala denyut-denyut...
kelenjar kat leher bengkak.. 
panas dalam ni (agak ye la)..
nak g check malas sangat.. 
baru  minggu lepas jumpa Dr Nasir...
minggu ni nak jumpa lagi..
tak mau la mama... 
tahan ye la..
nak makan pun lambat...
cepat sembuh ye hati anggota badan..

huhuhu


p/s::: mood merajuk