![]()
Kerana kita akan membicarakan berkenaan kesan dosa. Saya akan bermula efek dosa kepada hati. Raja kepada segala anggota. Nanti selepas kita mengetahui efeknya, kita sendiri yang akan melihat semula diri kita. Sejauh mana kita melihat dosa kita itu sebagai apa. Gunung? Atau lalat yang dikuis kemudian hilang? Kerana dosa, perlu kita padamkannya jika benar hendak menyelamatkan diri kita. Dosa. Menggelapkan jiwa. Rasulullah SAW bersabda:
Apabila hati gelap, maka terpadamlah pandangan jiwa. Hubungan dengan Allah SWT akan terputus, lantas maksiat kita akan lakukan tanpa peduli dan berkira-kira. Sebab itu, suka saya ulang-ulang sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya dia beriman, dia tidak akan melakukan dosa. Kerana, dosa dengan keimanan adalah dua dunia yang berbeza. Tidak akan bersatu dalam satu masa. Maka hati yang gelap, akan memadamkan keimanan ini, akan melindungi keimanan ini, sekaligus membuatkan kita lemah dan terjerumus ke dalam dosa. Sedangkan hati adalah raja. Kita perhatikan pula sabda Rasulullah SAW:
Kita tidak sedar akan hal ini. Kadangkala, kita fikir dosa itu satu perkara lain. Akan masuk ke dalam satu ‘akaun bank’ yang lain. Yang terpisah. Tidak. Tidak dan tidak. Dosa ini akan masuk ke dalam ‘akaun bank’ yang sama. Ibarat virus. Menjalar dan memusnah, memadamkan pahala-pahala, dan menggelapkan jiwa. Seterusnya jika tidak dihalang, jika tidak dicuci dan dibersihkan, bukan sahaja akan merosakkan hati, tetapi juga sikap, akhlak, dan peribadi. Kerana amalan, adalah apa yang menterjemahkan hati. Kita akan jadi malas beribadah. Kita akan mula rasa jauh daripada Allah SWT, seakan-akan Allah tidak melihat kerja-kerja kita. Kita akan mula rasa cepat penat melakukan kebaikan. Kita akan cepat rasa marah. Cepat berputus asa. Cepat kecewa. Kerana dosa telah menghijab kita daripada Allah SWT. Penutup: Kerana itu, Kita Perlu Peka Kerana itu, dalam hal ini kita perlu tersangat peka dan sensitif. Dosa, perlu kita pandang sebagai yang lebih kotor daripada najis. Kalau najis terlekat pada tangan kita, kita boleh rasa geli. Kita cuci. Maka bagaimana pula dosa yang menggelapkan hati, menjauhkan kita daripada Ilahi? Tidakkah sepatutnya kita rasa lebih geli? Kerana itu, yang benar-benar sensitif dengan dosa ini hanya yang beriman. Orang beriman bukanlah sempurna. Kerana iman itu naik dan ada masa turunnya. Tetapi keimanan yang bergetar, akan menyedarkan. Orang beriman akan cepat mencuci dosanya bila tersedar. Tidak akan berlama-lama. Dia akan menyesal bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk tidak mengulangnya. Sebab orang yang beriman, akan melihat dosa itu ibarat gunung yang akan menghempapnya. Tetapi orang-orang yang tidak beriman, yang tidak benar keimanannya, yang ada masalah dengan keimanannya, orang-orang ini hanya akan memandang dosa seperti lalat yang hinggap pada hidungnya. Sangkanya, dengan kuis sedikit, dosa akan hilang begitu sahaja. Tidak ambil peduli. Sebab itu dia berterusan bergelumang di dalamnya. Maka siapakah yang berusaha, mencuci hatinya? Atau sekadar membiarkan hati itu terus melemah dan melemah, dimamah dosa? :::: Agama dan kita :::: |
LoOk Me.....
wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T
Selasa, 27 Disember 2011
Kesan Dosa kepada hati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan