LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 6 Mei 2014

Baby kami yang ke-4



alhamdulillah,
mama selamat melahirkan baby girl
pada 11/04/2014,
jam 10.10 pagi.
Berat baby 2.46kg..






2jam selepas dilahirkan


Nur Aini Husna Binti Hasliman
bermaksud " Cahaya Mataku Yang Bijak "



Lagu Ibu



Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
kau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu, ooh di dalam nadiku

9 bulan ku dalam rahimmu
bersusah payah, oh ibu jaga diriku
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah do'a oh di setiap waktu
oh ibu tak henti kuharapkan do'amu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x)


ibuuuuuuuuuuuuuu........... (3x)

Lembut kukenang, kasihmu ibu
di dalam hati ku kini menanggung rindu
engkau tabur kasih seumur masa
bergetar syahdu oh di dalam nadiku

indah bercanda denganmu ibu
di dalam hati ku kini slalu merindu
sakit dan lelah tak kau hiraukan
demi diriku, oh ibu buah hatimu

tiada ku mampu, membalas jasamu
hanyalah doa oh di setiap waktu

oh ibu tak henti kuharapkan doamu (2x)
mengalir di setiap nafasku (2x
ibuuuuuuuuuu........ (3x)

"Allahummaghfirlii waliwaa lidayya warhamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa"


*** Al-Fatihah buat bondaku SAPIAH BINTI WAHAB
01/07/1960 - 26/03/2014




 

Khamis, 20 Februari 2014

Al-Kisah Belon




Muhasabah diri..

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan
diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz
Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz
Rahim memberikan seorang setiap belon dan
meminta para peserta untuk menulis nama
mereka di atas belon.
Belon yang ditiup besarkan dan diberikan
kepada Ustaz Rahim.
Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke
dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh
mencari belon yang tertulis nama mereka
secara serentak dalam masa 5 minit tanpa
memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama
akan mendapat hadiah.
Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam
kabut.
Para peserta berebut2, menolak antara satu
sama lain untuk mencari belon masing-masing.
Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir,
tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.
Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para
peserta untuk mengambil satu belon seorang
dan memberikan kepada pemiliknya
berdasarkan nama di atas belon.Dalam masa 3
minit sahaja, semua mendapat kembali belon
masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.
Wahai anakku.. Inilah yang berlaku di dalam
kehidupan manusia. Semua orang sibuk
mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di
mana dan bagaimana.
Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan
kamu bersangkut paut dengan kegembiraan
orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan
mendapat kegembiraan.
Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak
pentingkan diri sendiri kerana tamakkan
hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari
belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri.
Akhirnya belon milik sendiri akan datang
daripada orang lain. Jika semua berebut,
suasana akan menjadi kelam-kabut dan
akhirnya semua orang rugi.
Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang
lain.




Khamis, 2 Januari 2014

SCARF Perfume Free Alcohol


siapa suka perfume???? mama pun suka !!!!... semua suka kan.. tapi mesti bermasalah bila tak boleh nak pakai semasa bersolat.. jom pakai ramai2 guna SCARF Perfume.. free alkohol dan tahan selama 8 jam.. ada 5 koleksi wangian.. boleh dipadankan mengikut keselesaan dan situasi dimana anda berada.. disediakan dalam bentuk premium pek 15ml dan mini pack 2ml...


Premium Pack
Esklusif bagi anda yang ingin koleksi lengkap SCARF Perfume.
75ML: 5 Wangian x 15ML Setiap Satu
Harga asal: Rm 235.00
Harga promosi : RM 167.00 + RM 6.00 postage Jimat RM 68!

Mini Pack
Paling laris untuk anda cuba kesemua 5 wangian SCARF Perfume.
10ML: 5 Wangian x 2ML Setiap Satu
Harga: RM 37.00 + RM 6.00 postage

Single Pack
Pilih wangian yang anda paling suka. Sebanyak 15ML setiap satu - RM 47.00 + rm 6.00 postage



mama da guna.. memang best.. sebab tu nak share dengan kawan2 semua.. berminat boleh sms/wassap 0173564669 [ct].. info lanjut boleh tengok SCARF Perfume di sini... tq semua


 mini pack utk percubaan.. memang berbaloiii  :)


premium pack bagi penggemar perfume...

ukuran 15ml


Isnin, 23 Disember 2013

salam sayang....



Assalammualaikum semua....
maaf sunyi dari bercerot-coret.. hahaha
maklumlah mama sekaang da bekerja sendiri so untuk permulaan memang buzy..


alhamdulillah..
kandungan mama sudah masuk 22minggu...
aritu scan baby kepit betbet dia..
so tak nampak lagi..
Humairah da nak masuk 1tahun - 9/1/2014 nanti...
due mama 27/4/2014


alhamdulillah kehidupan kini makin stabil..
makin bahagia dan tenang...
ada masa untuk diri sendiri..
untuk family..
alhamdulillah syukur jua mama dapat solat diawal waktu..
kembali mengaji dan menimba ilmu..
itu yang mama harapkan selama ini
ketenangan yang mama cari datang dengan berjuta RahmatNya..
aamiin...


ada masa mama cerita lagi ok..
salam sayang untuk semua...
assalammualaikum :-)




Jumaat, 1 November 2013

MINTA,YAKIN & ALLAH MEMBERI





Kita dah tahu dan faham bahawa apa yang kita inginkan dan impikan, kita perlu minta dan berdoa pada Allah.Untuk kita lebih clear dengan matlamat kita,tuliskan semua yang kita impikan itu.Namakan buku anda itu buku impian,atau buku matlamat atau apa saja yang anda suka.Itu merupakan doa kita dalam bentuk tulisan,sama saja, doa juga..


Kemudian, selepas kita tulis apa impian kita, kita seharusnya yakin seyakinnya dengan Allah, bahawa dia pasti memberi..Mudah saja,kalau Allah kata Dia nak beri dalam masa sehari,Kun Fa Ya Kun...jadi...kalau Dia kata tunggu, beri orang lain dulu, turn kita setahun lagi..pun Kun Fa Ya Kun...tahun depan baru kita dapat apa yang kita minta tu..


Selepas kita minta pada Allah, yakin dengan Allah, kita perlu bersedia untuk menerima..Kita perlu rasa dan tanamkan perasaan betapa indahnya saat bila kita menerima apa yang kita minta itu..Dari sekarang kita dah rasa perasaan gembira itu.Sangat penting to feel good, gembira..kerana segala impian akan tercapai dalam keadaan kita gembira, cuba kita alert dari sekarang tentang ini. .



Bersyukur dari sekarang,rasakan dari sekarang betapa Allah sangat menyayangi kita..jangan buruk sangka dengan Allah, berbaik sangka lah dengan Allah..Dia sayang kita, tak kira kita ni siapa..ustaz atau ustazah, ada PHD atau ada SPM, orang bisnes atau makan gaji..semua Dia sayang kerana ALLAH MAHA PENYAYANG..



Bila kita dalam keadaan gembira,feeling good..kita dalam frekuensi untuk menerima..Kita tengah menarik segala yang baik-baik datang ke dalam hidup kita..Sebab itu kita diajar mentor untuk senyum,senyum,senyum...Dia ajar kita untuk duduk didalam frekuensi ini..Sama juga macam yang kita belajar tentang law of attraction..itu la dia..sama saja..



Betul, ada juga kata kita perlu ada usaha, baru boleh dapat..sebenarnya, kalau kita betul-betul allign pemikiran kita dengan tindakan kita,Allah akan membawa kita atau melorongkan kita ke jalan yang benar.Inilah maksud kepada ayat-ayat al-quran yang selalu kita jumpa..perasan tak? 



Ini lah yang Allah nak lorongkan kita..bawa kita ke arah impian kita.Kadang-kadang kita tak perasan pun kita ada action atau usaha ke arah itu..kerana cepat sangat kita dah sampai dan dapat apa yang kita minta..Bagaimanapun,kita perlu alert tentang kita diberi ini..kerana di situlah punca untuk kita BERSYUKUR...



Bila kita akan dapat apa yang kita minta? Itu semua Allah saja yang tahu bila Dia nak bagi...Sebenarnya,terpulang juga bagaimana yakinnya atau tidak yakinnya kita untuk menerima..Contohnya, kalau kita nak untung jualan kita RM 100,000sebulan.. Tapi mind kita sentiasa berkata angka tu sangat besar...kita akan dapat,tapi lambat sikit..maka lambat lah dia..Ia terjadi kerana kita yang fikir figure tu besar sangat, itu yang prosesnya lebih lambat dari mendapat RM10,000 sebulan.



Contoh paling senang kita sentiasa menerima ialah kita sering mendapat parking, dulunya sebelum kita tahu caranya, tempat itulah kita terpaksa pusing,pusing, pusing cari parking...tapi bila dah tahu nak gunakan minda kita, terasa mudahnya hidup ni...



Baru-baru ni, saya yang sering berdoa dulu dari rumah untuk dapat parking ke sekolah anak yang jem dan sentiasa banyak kereta setiap pagi, tapi untuk saya , tak pernah rasa susah parking..selalu rasa mudahnya...ada saja kereta yang keluar bila saya sampai..tapi sekali tu saya terlupa nak berdoa pada Allah untuk meminta parking di sekolah anak..maklumlah, bila dah terlambat tu,terlupa semua..bila sampai..hairan jugak,kenapa banyak kereta sangat terpaksa tunggu lama..baru teringat saya terlupa berdoa!..Terus minta maaf pada Allah,bermakna saya dah terlupa padaNya sejam yang lalu...




WALLAHU'ALAM.....





Khamis, 31 Oktober 2013

saya cuba !!!!



Saya cuba, cuba untuk buat awak setiap hari
akan tersenyum..
Saya cuba, cuba kembalikan cinta ketika awak
reda selepas marah atas mungkin kelekaan dan
kesilapan saya..
Saya cuba, cuba hiburkan awak ketika awak
diam merajuk atau cemburu..


Saya cuba dan terus mencuba dari saya mula
kenal awak, menikahi awak, mendapat baby dan
membesarkan anak2 bersama awak, hinggalah
kita tua bersama kelak.


Kerana, saya bahagia setiap kali saya cuba buat
semua ini, dan bahagia bila awk sedar saya tak
pernah gagal cuba beritahu "saya cintakan awak"



Cinta itu keyakinan dari asas kepercayaan.





ct sayang abg ;-)



Jangan Menyakiti Pasangan Kita Dengan Kisah Silam



Memang menyakitkan hati suami ataupun isteri kita, pada saat kita dekat dengan dirinya, hati dan fikiran kita masih memikirkan dia yang dahulu, kisah-kisah silam kita.
Apatah lagi sekiranya kita masih menyebut-nyebut nama dia dihadapan pasangan kita kini. Allah pasti akan membalas kezaliman kita.
Langkah yang tepat dan betul harus kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha untuk melupakannya. Mengikhlaskan diri dan menerima semua takdir.

Berusahalah melupakan kisah silam!

Memang sukar, tetapi kita perlu sentiasa mencuba dengan gigih dan tidak berputus asa sehingga semua memori dan kisah silam yang pernah menimbulkan getar-getar asmara itu hilang.
Yakinlah, suami atau isteri yang sekarang  ini lebih baik daripada kekasih dahulu.
Mungkin dari segi fizikal dan paras rupa tidak sebaik yang dahulu, tetapi dari segi kemuliaan akhlak, budi pekerti dan sifat soleh, pasti lebih baik.
Apabila kita sudah berkahwin, tetapi masih memikirkan dia yang dahulu, alangkah zalimnya dan tidak bersyukurnya diri kita. Sudah diberikan yang halal dan ada dihadapan mata, tetapi masih memikirkan yang tiada.
Apakah gelaran yang sesuai untuk kita, sekiranya kita berkelakuan begitu kawan?
Terus berusaha menghilangkan bayangan wajahnya daripada memori, lebih-lebih lagi selepas kita mendapat pengganti.
Jangan kita menyakiti hati pasangan dengan jasad kita bersamanya, tetapi jiwa kita jauh diseberang sana. Kita mengandaikan sedang bersama orang yang kita suka dahulu.
Walaupun begitu, Allah SWT tidak pernah membebani seseorang di luar kemampuan, termasuk ingatan kita kepada dia yang sering singgah dalam hati. Asalkan kita berusaha menepisnya, Allah SWT Maha Tahu dan Maha Memberi Pembalasan, tetap menilai apa yang kita usahakan

Perkara ini memerlukan proses dan masa

Semua perkara memerlukan proses. Bahkan, Sayyid Quthub juga pernah mengalaminya. Semasa beliau bekerja sebagai penyelia di sekolah rendah, beliau pernah menaruh hati kepada seorang gadis Kaherah.
Hatinya bergelora sehingga beliau menghasilkan karya bertajuk, Asywak, yang menggambarkan ungkapan perasaan beliau kepada gadis itu.
Beliau menulis begini, “Kepada seorang yang pernah menempuh jalan berdiri bersamaku sehingga dia dan aku berdarah dan berasa pedih. Namun, kemudian dia menuju ke satu ke jalan dan meniti jalan lain.”
Sayang sekali, perasaan cinta Sayyid Quthub berakhir dengan kesedihan. Gadis itu lebih menyukai orang lain dan bernikah dengannya.
Dalam keadaan hati yang luka dan pedih, Sayid Quthub menceburi dunia ilmu dan melepaskan jawatannya sebagai penyelia. Kemudian kita dapat menyaksikan karya-karyanya. Antara yang terkenal adalah Tafsir Fi Zhilal Al-Quran
Kita dapat mengambil inspirasi dan motivasi daripada kisah Sayyid Quthub. Kegagalan cinta bukan kehancuran. Mencintai, namun tidak berjaya menikahi bukan pengakhiran kepada segala-galanya.
Oleh itu, teruskan berusaha melupakan dirinya dan kenangan kisah silam.
Apa yang penting, kita perlu berusaha menggali hikmahnya.
Sekiranya belum terungkap, jangan biarkan hal kisah silam itu menjadi beban trauma yang dapat mengekang prestasi kita pada masa akan datang

Lihatlah kelebihan pada pasangan kita sekarang

Penting untuk kita melihat semula apa sahaja kelebihan pasangan kita. Lihat isteri, pasti dia juga memiliki kelebihan seperti dia yang dahulu.
Begitu juga para isteri, lihat suami masing-masing. Kita pasti akan menemui kelebihan pada dirinya.
Mungkin wajahnya kurang tampan, tetapi akhlaknya menawan. Walaupun kadangkala menjengkelkan, tetapi dia tidak pernah berhenti memberi wang pada setiap bulan.
Walaupun kekurangan harta, akhlaknya luar biasa, ilmu, dan pemahaman agamanya luas.
Bukankah itu yang menjadi jalan untuk kita tiba di Syurga?
Allahuma Amin
Tiada yang salah dengan perancangan-Nya. Mulakan dengan berprasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan

Khamis, 24 Oktober 2013

pelbagai ujian



Pada hari ini pelbagai ujian yang kita hadapi,Setiap orang akan menghadapi ujian yang berjenis-jenis dan pelik-pelik..Didalam kita sedang menghadapi kemerosotan kewangan,disaat itulah jugak kereta,mesin basuh,peti ais dan pelbagai lagi yang nak rosak..Disaat kita sedang seronok dan bahagia dengan orang yang kita sayangi tiba-tiba saat itu jugak ujian penyakit dan adanya yang meninggal dunia.Terasa berat sungguh ujian yang kita hadapi.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… 
( Al-Baqarah: 286)

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Manusia itu sifatnya pelupa, Ada masanya dalam melayari kehidupan di dunia, kita lalai dan leka pada hakikat yang nyata bahwa kita hanyalah hamba DIA yang Esa. Jadi apakah sebenarnya yang mampu membangkitkan manusia dari kelalaian dan kealpaan ini? UJIAN. Ya, Ujian. Ujian yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)

Wallahuaklam








p/s ::: mama jua tidak terkecuali.. semoga ALLAH mempermudahkan.. aaminn... :::




Rabu, 23 Oktober 2013

tip utk bahagiakan rumahtangga



As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Di antara tip utk bahagiakan rumahtangga ialah:


1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.
2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia benci.
3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri cuba fahami persepsi lelaki.
4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya!
5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna.
6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.
7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita.
8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan, baru ngam!
9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga.
10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe).
11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta.
12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri.
13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa.
14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg.
15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah atau rajuk. Malaikat rahmat akan tinggalkan rumah kita.
16. Bentuk ritual romantik sbg pemangkin kasih syg.
17. Jadi cermin yg jujur kpd pasangan. Jgn biarkan kemungkaran.
18. Jadi perawat yg setia kpd pasangan- fizikal, mental, rohani.
19. Sentiasa membelai & memuji & menghargai pasangan.
20. Sentiasa berkomunikasi secara berhikmah & menyejuk jiwa.
21. Usha agar menjadi kebanggaan pasangan- serlahkan kehebatan.
22. Berterusan mencari ilmu ttg agama, rumahtangga, dll
23. Sentiasa doa mendoakan pasangan secara positif.
24. Sentiasa hantar gelombang & aura positif kpd pasangan.
25. Overhaul diri agar jadi org baru yg Allah redha & org syg.
26. Sentiasa fokus kpd memberi khidmat terbaik kpd pasangan & bkn sekadar mengharap bantuan drpnya.
27. Azam utk sama2 masuk syurga.
28. Hormati & sayangi keluarga pasangan spt kel sendiri.
29. Cari org tengah bila gagal rungkaikan konflik.
30. Sentiasa bertawakkal kpd Allah.


Moga Allah rahmati & lindungi keluarga kita semua. Aameen, Wassalam.