LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Rabu, 28 Mac 2012

keluhan hati

mengalir jua air mata ni setelah sekian lama mama tahan.. menangis dan menangis.. ketiadaan papa malam tadi memberi ruang pada mama untuk bersendirian seketika..  terlalu banyak yang perlu difikirkan.. banyak benda yang memberatkan.. tiada lagi tenaga untuk meneruskan langkah dihadapan.. mama selalu bertanya.. betulkah keputusan yang telah mama buat selama ini.. bukan menyesali tapi ujian yang datang kadang membuat hati tertanya-tanya..


cuba membuat orang mengerti..
cuba membahagiakan semampu senyumanku..
cuba dan terus mencuba...
akhirnya  
mama mengalah sendiri..


kalah pada ketidaksempurnanya kekuatan.. kalah  pada bisikan syaitan.. kalah pada HATI sendiri.. mama malu dengan ALLAH.. banyak yang mama minta tapi apakah BAKTI dan TANDA KETAATAN mama padaNya.. setakat solat itu pun kadang ada yang tertinggal.. bakti pada kedua ibu bapa, apalah sangat :((.. kesetiaan mama kepada suami, kadang terkasar jua bahasa dan perbuatan ini.. malu rasanya nak meminta lagi.. tapi kepada siapa lagi harus mama meminta dan merintih.. hanya Dia yang berkuasa.. Sungguh Ya ALLAH.. kadang mama tewas.. rasa lebih baik mati saja.. tapi mama ada anak-anak.. siapa yang akan tanggung mereka.. Ya ALLAH ampunkan mama.. banyak dosa mama kepada Mu Ya ALLAH..



banyak sangat benda yang membebankan.. bila la semua ni akan berakhir.. rasa tak tertangggung.. kenapa mesti mama lagi Ya ALLAH.. itu bukan tanggungjawap mama.. bukan mama nak menidakkan tanggungjawap mama kepada mereka tapi mama sendiri dibelenggu masalah yang setiap bulan menunggu.. namun Ya ALLAH jika itu yang Engkau maksudkan maka Engkau permudahkanlah segala urusan dan rezeki hamba Mu ini.. mama tidak mahu mendapat dosa kerana tidak redha sedangkan sakit masih mama tanggung.. ni kan pulak dosa yang dicatatkan dari hari ke hari.. bantulah mama Ya ALLAH...


hanya mampu berdoa 



mama tidak mahu membebankan papa dengan masalah ini.. dia sendiri bekerja siang malam untuk keluarga ini.. malu rasanya mama pada papa.. permudahkanlah Ya ALLAH.. berikan mama kekuatan setimpal dengan ujian yang Engkau berikan.. biarkan airmata yang mengalir ini tanda syukur atas semua kurnia yang telah Egkau berikan.. antara perit, kecewa, sakit, suka, duka biarlah ucapan ALHAMDULILLAH mendahului dari keluh resah yang lahir dari hati yang tidak sempurna akalnya.. itulah manusia...



" Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang  kecuali dengan izin ALLAH dan barang siapa yang beriman dengan ALLAH nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAH maha mengetahui segala sesuatu"




p/s ::: saya nak rehat... rehat... n rehattttttttttttttt :((

1 ulasan:

  1. macam baca novel lak blog akak nih...suke tgk happy family..^^

    BalasPadam