LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 16 Mac 2012

orang kuat disebalik majlis penikahan mama

sahabat sepanjang hayat.. insyaallah sampai ke Syurga ALLAH.. inilah sahabat nangis, ketawa, berkongsi segalanya.. kami boleh berkongsi macam-macam hal.. baik hal perasaan, masalah kehidupan, kegemaran dan bercuti bersama-sama pun kami mampu melakukan hanya berdua.. thanks sue.. aka mak tih.. tanpa dia mungkin mama tiada kekuatan untuk teruskan majlis hari tu..



mak tih sanggup datang setiap malam seminggu sebelum majlis berlangsung untuk menolong mama pasang langsir, buat hantaran, macam-macam la.. siap tolong masakkan kambing untuk majlis nikah malam ahad tu.. terbaik dari Air Bong.. hihi.. papa apa lagi orang da balik dia sebat kepala kambing dulu..  kami da macam adik beradik da.. 1 aja yang mama kagum dengan mak tih ni, dia tak kisah apa orang nak cakap tentang dia sebab dia redha ALLAH jadikan kehidupannya macam tu.. dan mak tih ni berfikiran positif.. mama je yang banyak negetif ye.. huahuahua..





sudi temankan mama masa majlis Khatam Al-Quran 
pagi sebelum Majlis Bersanding


jap-jap mama nak cite.. banyak 'sebenarnya ni'.. huhu.. dulu masa mula-mula mama 'berkawan' dengan papa.. mama bawa papa jumpa abah mak tih ni.. hubungan mama dengan family mak tih memang rapat.. rapat sangat-sangat kadang mama lepak kat umah dia.. siap golek-golek, makan minum,  tido pun ada.. dalam tempoh setahun berkawan dengan papa.. abah mak tih selalu tanya perkembangan hubungan mama dengan papa... 



sampai la keluar sijil cerai.. abah mak tih kata " bila nak langsung ni?".. mama kata "belum lagi cik".. tengok la lagi setahun kot duit tak cukup lagi.. " nak tunggu duit tak akan cukup.. kalau tak tunang dulu... da tu baru nikah".. mama ingat lagi masa tu bulan 6 2011.. bincang dengan papa..hari merdeka 2011 kami bertunang.. masa tu raya ke 2.. lepas tunang 2 bulan abah mak tih tanya lagi.. bila nak langsung.. jangan lama-lama.. akhirnya hujung bulan 2 2012 kami nikah.. kalau bukan sebab kata-kata abah mak tih mungkin mama dengan papa belum nikah lagi.. semua ni pun dengan izin ALLAH..



angah mak tih sponsor doorgitf.. tapi kami gotong royong buat sama-sama.. family mak tih semua turun padang.. seronok sangat.. siap lepak umah mak tih 2 minggu (sabtu dgn ahad je)..


ni la abah mak tih
pak cik yang faham jiwa mama..


dari mula kes cerai dengan ex sampai la mama berkahwin semula ni.. mak tih la yang selalu disisi.. banyak jasa mak tih dalam kehidupan mama ni.. mama doakan mak tih bahagia dunia akhirat... mendapat jodoh yang soleh dan dipermudahkan segala urusan.. amin... thanks sahabat.. :))



 'pose' nakal...
selepas majlis nikah




"Ya Allah, andai sahabatku sesat dalam kabus perasaan, bukakanlah hatinya agar menerima petunjukMu. Andai dia diasak oleh 1001 godaan nafsu, bantulah dia dengan benteng imanMu. Andai dia kecewa dan terluka, balutlah jiwanya dengan kehebatan ayat-ayat suciMu. 

Andai dia tertarik pada laranganMu, payungilah dia dari ajakan iblis laknatullah itu. Mudah-mudahan cintanya hanya padaMu, rindunya hanya pada nikmatMu dan setianya hanya pada perintahMu." -InsyaAllah ♥

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh). (Az-Zukhruf:67)



2 ulasan: