LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Sabtu, 3 Ogos 2013

KOLEKSI MOTIVASI SUAMI-ISTERI


1.Suami bertanya saya, bagaimana mengekalkan kemesraan, "Ucapkan banyak terima kasih dan pujian atas kebaikan mereka". Isteri pula bertanya saya soalan sama "Jagalah makan/minum dan layanan bilik tidur. Berikan kepuasan keduanya sampai tak daya" .. Belajar memasak dan bersolek wajib bagi isteri..


2.Apabila kita memandang suami/isteri dan anak-anak dgn pandangan sayang, itu tandanya rahmat Allah berada dalam jiwa. Jika kita pandang dengan pandangan marah dan benci, itu adalah bisikan syaitan. Itu ada Untuk mendapatkan kelembutan hati, banyaklah bersyukur dgn keluarga yg kita ada.Jangan mengharap sangat dengan apa yang tiada. Ramai yg menderita batinnya kerana mengabaikan keluarga yang ada dan tidak bersyukur dan mengharap seperti mana keluarga orang lain yang kelihatannya aman dan bahagia.


3.Ramai bertanya saya apa yang perlu dilakukan jika suami tidak mahu berubah wpun sudah BERPULUH TAHUN berkahwin. Kalau sudah tidak tahan dgn sikap suami yg menyakitkan hati, hilang rasa hilangnya manis berumahtangga, dan memikirkan tanpa suami kehidupan anda lebih bahagian dan selamat, saya nasihatkan bercerai saja. Tapi pastikan puan boleh hidup tanpanya, "independent emotionally and financially.."


4.Kalau mahu menasihati suami/isteri, nasihatilah dgn kasih sayang dan elakkan beremosi. Kita tak menggemari perbuatan dan bukan batang tubuh suami/isteri. Jika kita asyik menemplak suami/isteri, dan berniat melepaskan geram, kita akan menjauhkan mereka dari kebenaran. Emosi tidak mendekatkan diri pada kebenaran.


5.Jangan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh suami seperti mana polis menyiasat pesalah.. Soalan yang diajukan mahu segera dijawab dalam masa yang cepat.. Rumah puan bukan balai polis..


6.Saya mendapati ramai para isteri marah dan benci pada suami mereka kerana karektor atau perangai suami mereka, sedangkan suami pula sukar untuk mengubahkan perangai sendiri. Jika isteri mahu mengubah perangai suami, kenalah bersabar kerana salah teguran dan nasihat boleh mendatangkan cerai. Ini biasa berlaku apabila mereka menganggap suami mereka seperti kanak2 yg nakal...


7.Ramai yg bertanya bagaimana yg dimaksudkan dgn ego suami. Meraikan ego suami ialah menghargai dan memuji kebaikan, kebolehan dan kekuatan diri suami, bukan bermakna tunduk atas arahan suami secara buta-tuli. Suami juga suka dipuji oleh wanita (isteri), Jadi mintalah bantuan suami dan pujilah suami, puan akan berada dalam keadaan menang dan menang.


8.Kalau kita menghargai pendapat isteri/suami, hendaklah kita menggunakan bahasa badan apabila mendengar. Gunakan 'éye-contact' bila suami/isteri bercakap. Pandang muka dia, dan jangan hanya mengiyakan "ýa-ya-ya" tetapi muka dan fikiran menghadap kaca TV mengharapkan rembatan gol oleh Rooney. Itu namanya hanya mengambil hati... Tutuplah TV dan pandanglah muka suami/isteri.


9.Cara untuk tetap dengar luahan hati suami/isteri kita ialah beritahu dalam hati "ini perkara yg menarik" atau ïni perkara yang penting" walaupun sudah diulang-ulang beberapa kali. Jangan katakan "sudah dengar banyak kali.." kerana akan menyebabkan suami/isteri yang bercerita akan hilang mood bercerita. Bila kita rajin mendengar keluhan isteri yang berulang, dia akan gembira dan lauk tengah hari insya Allah rasa lebih sedap..


10.Apabila kita mendengar luahan hati suami/isteri , cuba perhatikan emosinya dan bahasa badannya. Nanti kita akan faham apa perasaannya ketika itu dan luahan perasaan yang tersembunyi. Jadi banyaklah mendengar dari terus memotong untuk menegakkan hujah kita. Berkomunikasi juga menguji kesabaran..


11.Punca keretakan dalam keluarga ialah apabila suami/isteri mencari SALAH SIAPA dpd mencari PENYELESAIAN di samping tidak mudah memaafkan. Kalau di mahkamah, perdebatan mencari salah siapa, berlangsung bertahun-tahun dan apabila keputusan hakim diberitahu, masih ramai yg tidak puashati. Mencari SALAH SIAPA berasal dari sifat berdendam, sedang memaafkan akan menghapuskan bara dendam... Oh hati, masuklah ke dalam ketenangan dengan memaafkan dgn memadamkan dendam.


12.Wanita yg diuji dgn kerenah suami bertanya pada saya. "Sampai bila saya mahu bersabar ?" Bersabar bukan diukur dgn masa. Ada yg bersabar berbulan-bulan, ada yg bersabar bertahun-tahun. Sabar harus diukur dgn perubahan dan kejayaan. Bersabarlah sehingga berjaya dan ada perubahan. Setiap orang yg diuji dgn sakit dan masalah harus bersabar. Tidak rugi orang yg bersabar, di mata manusia dan di sisi Allah.


13.Kebodohan suami apabila beliau enggan bertanya pada orang ketika  telah tersesat tidak jumpa tempat yang mahu ditujui. Ini kerana suami menganggap isteri akan memandang rendah kebolehannya utk survival dalam masalah yang dihadapi. Isteri tak memandang rendah pada ketidaksempurnaan, tetapi mereka memandang rendah pada sifat 'kepala batu' kita yg enggan beralah. (180911)


14.Kenapa seorang lelaki sukar menerima nasihat dari seorang isteri? Jawapannya kerana ia datang dari seorang perempuan. Kenapa seorang lelaki boleh mendengar kata-kata ibunya, kerana ia datang dari seorang perempuan yang dihormati dan mempunyai kemuliaan dan bercakap dgn penuh kasih sayang. Jadilah isteri yang menasihati suami seperti seorang ibu menasihati anaknya dengan kasih sayang. Batu yg keras akan lekuk bila selalu dititikkan titisan air hujan. (210911)


15.Suami memukul isteri di muka, dgn niat mahu mengajar, bukanlah dari ajaran peradaban Islam. Niat tidak menghalalkan cara. Ia adalah perbuatan jahiliah yg merendah martabat suami yang dihormati kepada martabat haiwan yang hina. Jika isteri tidak maafkan, tunggulah nasib tuan di sana. Saya belum dgr hadis yg membenarkan memukul isteri atau anak di muka. (230911) 
kalau suami sudah marah, ia sudah dikira memukul..memukul emosi dan perasaan isteri..


16. Di Sabah, saya berbual dgn seorang pakar Paediatric yg telah berpisah dengan isterinya. Dengan berani saya bertanyakan apakah nasihat2 yg harus diberikan kpd pasangan2 lain agar mereka kekal berumahtangga. Katanya tebuslah kesalahan terhadap isteri selagi kita masih suami dan isteri, walaupun kesalahan itu hanya membatalkkan 'outting' bersama keluarga yang dijanjikan. Wpun mereka mungkin memaafkan tetapi belum tentu mereka melupakan. (041011)


17.Salah satu adab yang rasulullah s.a.w  tunjukkan ketika makan ialah memuji apabila makanan yang dimasak itu sedap dan diam saja jika tidak menepati seleranya. Saya juga sering berhati-hati bila diminta memberi komen masakan isteri. Nak cakap tak sedap nanti isteri terasa, jadi cakap 'ok' sajalah, mudah2an dia faham dan memperbaiki. "Ha, ok saja.. apasal kalau tak ada tempeh tak sedap ke?"  Ya Allah ke situ perginya. Tak sedap pun puji jugalah, atas kesungguhan mereka memasak (walupun tak sedap..)   (051011)  


18.Apabila isteri marah, mengapa kita perlu hanya mendengar? Kebanyakan isteri hanya mahu melepaskan geram dan bukan mahu mengutarakan masalah. Diam sajalah. Omar r.a bila ditanya mengapa dia diam ketika isterinya 'membebel', jawabnya (lebih kurang), "dia (isteri) banyak membantu. dia memasak, mengurus rumah, mejaga anak dan bila aku memerlukan, aku segera mendapatkannya".. Kalau isteri marah, buat2lah dengar tapi masuk telinga kanan ke luar telinga kiri.. Jangan ambil hati.. (071011)


19.Orang bertanya "kenapa ramai wanita di setiap ceramah atau majlis ilmu? Adakah lelaki sudah pandai2 belaka" saya menjawab " wanita mempunyai sifat tawadhu' yang tinggi, akan bertanya jika tidak tahu dan menghadapi masalah sementara lelaki menganggap bertanya sebagai suatu kelemahan, mereka sanggup terhantuk beberapa kali dan benjol dahi sebelum menemui penyelesaian masalah". Sebab itu lelaki akan menyalah wanita bila tiada zuriat lebih dari mengaku kelemahan diri. Bodoh dan sombong. (081011)
Ya lelaki dilahirkan dgn ego, dan itulah ujian yg terbesar. kita tidak masuk syurga dgn ego yg tinggi.
Saya menulis ini meminta saya dan lelaki lain kurangkan ego, bongkak dan takabur dan meminta para wanita dan isteri memahami lelaki diuji dgn sifat2 ini, fahami dan bantulah kami..


20. Tanda seorang lelaki menghormati isteri yg byk membantu menguruskan hal rumahtangga, membesarkan anak dan melayan kehendaknya ialah meminta maaf pd isteri jika mungkiri janji atau melakukan kesilapan. Minta maaf hanya ada lelaki yg kuat jiwanya mampu mengalahkan nafsu egonya dan bisikan syaitan. Lelaki bukan makhluk maksum. Minta maaflah kalau buat silap. (091011). 
Lelaki (suami) memang banyak buat silap, isteri pula lapangkan hati memaafkan suami ..
Jika suami tidak minta maaf, maafkan beliau sebelum tidur kecuali pertikaian yg memerlukan jawapan..


21.Ramai suami tidak menyedari ini. Isteri juga memerlukan "nafkah emosi", bukan setakat perkongsian wang ringgit dan jasmani. Bayangkan jika kita biarkan jiwa isteri kita lapar dgn kasih sayang dan kata2 yg manis dari suami, dari siapakah dia akan mendapatkannya? Dari lelaki 'hidung belang' di pejabat tempat kerjanya atau dari teman FB nya. "Emosi wanita yang lapar" akan mudah layu pada pujukan dan pujian dari mana-mana lelaki. Jangan terlalu menyalahkan isteri jika ini berlaku.(101011).
Nafkah emosi adalah sebahagian dari nafkah batin yg sering diabaikan..
remove atau delete rakan fb yg 'berhidung belang'.. mencegah lebih baik dari merawat.
Dulu sms di hp, sekarang berchatting di fb. Mesti ada sempadan. Jangan menyeberangi sempadan emosi. Berkawan dgn lelaki yg bukan muhrim, walaupun hanya di alam maya, ibarat berkawan atau membela harimau/singa. Memanglah comel dan jinak, boleh diajak bergurau. Tapi bila syahwatnya tiba, puan juga akan menjadi mangsa terkamannya.. semoga Allah menjauhkan saya dari perkara2 yg saya ucapkan itu...


22. Dari kajian saya, telinga wanita yg unik boleh membezakan anak menangis sebab lapar atau sebab sakit. Telinga wanita sangat sensitif terhadap tone suara. Ini anugerah Allah bg wanita untuk melindungi dan menjaga anak2nya. Jadi kita suami tak perlulah jerit dan menggunakan tone yg tinggi. Nanti isteri ingatkan kita menengking dan marah pula..


23. Ramai suami yang rimas apabila isteri mendesak dan memaksa membelikan barang2, wpun dia mampu. Mendesak dan memaksa adalah tindakan agresif yg mencabar ego mereka. Kalau nak juga, pujuklah suami. Buat baik pada suami. Bila hati dah lembut, 'bulan dan bintang' pun dia akan carikan..


24.Sama ada berpunca dari suami atau isteri, mengapakah perbalahan tercetus? Puncanya apabila kita, belum lagi cukup melabur dalam 'bank emosi' pasangan kita. Kita sibuk melabur dalam 'bank fizikal' mereka dgn membelikan pelbagai hadiah, sedangkan kita kurang melakukan pelaburan di 'bank emosi' dengan senyuman, kata2 menghargai dan sikap membantu. Akhirnya apabila ada hati terguris, janji yg dimungkiri dan perbuatan yg menyakitkan hati, mudah pasangan kita marah dan merajuk. Muhasabahlah diri, kalau pasangan kita marah dan merajuk. Adakah cukup pelaburan dalam 'bank emosi' pasangan kita selama ini ? Banyakkan senyuman, memberikan bantuan dan kata penghargaan..(181011)


25. Bila mahu menasihati suami, bukan unsur ilmiah dan fakta yang menjadikan ia berbekas di hati suami. Tetapi unsur emosi yang perlu dilebihkan dalam nasihat itu. Nasihat biarlah ringkas dan tidak terlalu fakta. Banyak fakta akan mengguris ego lelaki. Nasihat berfakta seperti "Tahukah abg bahawa rokok mengandungi pelbagai racun yang berbahaya?" dan nasihat beremosi seperti "Kalau abg sakit akibat banyak merokok, saya dan anak2 akan rasa kehilangan seorang bapa dan suami yg baik" Agaknya mana yang lebih efektif? (191011)


26. Kita selalu dibenci kerana mudah membenci. Kita akan disayangi jika kita selalu menyanyangi. Orang pergi jauh dari kita, kerana memberikan mereka kebencian. Mereka pergi pada orang lain kerana mereka dilambai dengan kasih sayang. Untuk menyayangi kita kena bersabar dgn kerenah mereka. "Saya tidak mengharap duit tuan, saya mengharap pahala dari Tuhan" ... mengapa kita mudah melafazkan benci ?? (241011)
Persaan sayang bermula dari hati dan keluar melalui ucapan dan perasaan. Tidak ada sayang jika perbuatan dan perkataan kita menyakitkan. Puncanya hati. Hati yang sihat akan mudah mendapat sayang. hati yang sakit mudah mendatangkan benci.


27. Masalah yang dihadapi oleh pasanagn suami isteri ialah kita tidak memandang kebaikan pasangan kita. Kalau dia menyanyi, kita cakap mcm katak panggil hujan. Kalau dia bergaya sikit, kita cakap mcm badot tua. Kita perli pasangan kita depan anak. Cuba kita berikan penghargaan terhadap perubahan yang hendak dibawa. Berikan galakan. Saya dapati pasangan Melayu kita sudah kurang romantik apabila anak semakin membesar. (281011)


28. Guru saya memberitahu, suami jangan berdusta pada isteri. Istilah "bohong sunat" ala P Ramlee tidak sesuai digunakan, tapi "berkatalah benar walaupun pahit". Bila banyak kali berdusta, ia mengundang rasa tidak percaya. Kalau suami ibarat ahli politik dan wakil rakyat, jangan marah kalau isteri undi calon lain... (301011)


31. Bulan lepas saya beritahu bahawa perbezaan pendidikan dan budaya pasangan masing-masing jangan dijadikan 'weak spot' untuk keretakan dalam keluarga. Cuba jadinya sebagai suatu pengembaraan perasaan dan pengalaman. Mulakan di meja makan. Apa salahnya kita mencuba 'cencalok' kalau suami org melaka, atau sesekali makan bubur nasi dan sop ketika waktu makan malam kalau isteri kita ada darah Cina.  Pagi ini ada isteri yg mengadu diserang 'alergik makanan' apabila mencuba cencalok..(311011)


32. Semalam saya membaca:  bila ada masalah, kita mudah menyalahkan pasangan kita. Tapi sedarlah, yang penting di kala itu, kita bukan mahu mencari SIAPA yang bersalah, tetapi BAGAIMANA hendak menyelesaikannya. Setiap pasangan harus sama-sama berikan sokongan dan sama-sama menrima sokongan antara satu sama lain. Percayalah, masalah tidak akan selesai dengan mencari salah siapa, tetapi mencari cara bagaimana mahu menyelesaikan bersama. Mencari siapa yg bersalah hanya membuang tenaga dalam mengendalikan emosi. Tenaga yg ada ada harus digunkan untuk berfikir mencari penyelesaiannya. (011111)


33. seorang lawan akan menjadi kawan apabila hatinya ditundukkan dan emosinya terusik bukan dengan perdebatan fakta. Tetapi dgn menunjukkan akhlak yang baik dan sanggup 'membalas madu walaupun diberikan tuba'. Saya mendapati kawan2 saya yg dulunya 'nakal' telah kembali ke pangkal jalan dengan usaha rakan2 lain yang menunjukkan akhlak yg baik dalam mengajak mereka ke arah kebaikan. Jadi jika mahu menegur 'suami yg nakal' tegurlah tanpa jemu dan tunjuklah akhlak yang baik kerana perjuangan dalam rumahtangga memang panjang dan ada kalanya memenatkan..(021111)


34.Jika mahu disayangi di masa tua, kita harus menyayangi isteri dan anak-anak sekarang. Rasa sayang tidak dapat dirasakan tanpa jalan pengorbanan. Suami bekerja kuat untuk menyara keluarga, isteri keletihan mengurus rumahtangga. Yang dikatakan pengorbanan ialah apabila kita merasa keperitan dan kesusahan. Jika senang melakukannya, itu bukan pengorbanan. Jadi janganlah terlalu hampa dgn sikap anak2 dan isteri/suami skrg,walaupun kita sudah berusaha kuat. Jika mereka tidak menyayangi kita kelak, Allah akan memberikan rahmat dan kasih sayangnya utk org yg berjuang dan berkorban..(031111)


35.Semakin banyak kita berkorban dan berpenat lelah kepada anak dan isteri/suami kita, semakin kita menghargai pengorbanan ibubapa yang selama ini telah berkorban dalam membesarkan kita. Mereka telah berkorban emosi dan fizikal untuk kita semasa kecil tanda sayang mereka pada kita. Benarlah, org yg tidak berkorban tidak akan faham erti pengorbanan. Orang yg selalu berkorban, insya Allah, diberikan kasih sayang pada mata yang melihatnya. Berkorbanlah tanpa mengharap balasan..(041111)


36. Saya rasa sesiapa yang beranggapan bahawa urusan kerja diganggui oleh keperluan untuk membesar dan mendidik anak di rumah, sebagai seorang yang sudah tersasar dari salah satu tujuan hidupnya.Mereka tidak merasakan 'sakinah' dalam membentuk keluarga, danjauh dari mendapat 'mauwaddah' ketika diuji dgn pelbagai dugaan berumah tangga. Jangan menganggap anak-anak tidak akan faham kesibukan kita. Bila kita sudah tua, mereka sudah berkeluarga, mereka akan mengasihi kita tanpa berbelah-bagi, wapun sibuk dgn kerja mereka...(091111)


37.Bila dihina dan dibaling batu ketika di Thaif, Nabi s.a.w memaafkan. Ketika berjaya menawan kota Makkah, Nabi juga memaafkan. Saya mendapati memaafkan adalah ubat yang melembutkan hati kawan dan lawan, ia sangat berfaedah melapangkan dada pemaaf. Maafkan anak yang terlupa mengucapkan terima kasih setelah penat kita memasak utknya, dan maafkanlah suami yang hari ini mengguris hati kita hari ini. Semoga apabila kita memaafkan, Allah juga memmafkan doa kita yg tidak disedari dan tidak nampak. Ameen.. (101111)


38. Agaknya mengapa kita tidak mendapat 'balasan baik' daripada kasih sayang diberikan kepada anak dan pasangan kita? Cuba periksa niat kita. Tanda kita betul menyintai dan menyayangi keluarga kita ialah ialah KASIH SAYANG TANPA SYARAT. Ibarat tanah, sentisa memberikan bakti pada petani. Diberikan najis, ia jadikan baja. Berikan benih, ia menubuhkan pohon. Sentiasa terus memberikan kasioh sayang tanpa syarat.. berkorban tanpa meminta.(121111)


39. Saya berpendapat bahawa kita lebih banyak memberikan fokus kepada pembangunan luar rumah (bekerja utk cari nafkah) dari pembangunan dalam rumah (pembangunan juwa anak-anak dan hubungan suami isteri). Jadi masa yang sedikit itu digunakan untuk mengurus rumah tangga akan membuatkan para isteri yang bekerja menjadi lebih mudah stress. Isteri seharusnya memberikan 'list-to-do" pada suami jika mahu meminta bantuan mereka. Jika tidak, jangan kecewa dengan sikap para suami yang buat "dont-know" terhadap masalah rumahtangga..(141111)


40.Semalam saya mempelajari dari sebuah buku bahawa ketika menyelesaikan konflik suami dan isteri, cuba fokuskan kepada masalah dan isu. Elakkan dari menyalahkan sesiapa dan mana-mana pihak. Menjadi suatu respon yang biasa, apabila seseorang dipersalahkan, dia akan marah atau buat tidak tahu dan tidak mahu menyelesaikan konflik. Ramai yang mengadukpd saya  masalah rumahtangga mereka dengan menyalahkan pasangan masing2, bukan  memberikan fokus pada isu konflik itu.(211111)


41.Rasa cinta yang sempurna terhadap pasangan kita (isteri/suami) dan anak-anak ialah bukan mengharap kesempurnaan mereka, tetapi membantu mereka mengahadapi ketidaksempurnaan itu. Oleh itu jangan kecewa jika perangai suami tidak seperti yang diharapkan kerana juga manusia yang tidak sempurna seperti si isteri juga . Berilah panduan kepada suami bagaimana mahu mengatasi kelemahan mereka dan jangan putus asa. Terus usaha membantu mereka menghadapi ketidaksempurnaan itu. (021211)


42. Isteri biasanya akan menyatakan keresahan mereka secara terbuka melalui perbualan. Perkataan mereka kebanyakannya tidak bermaksud seperti mana pengertian perkataan itu. Sebagai contoh kalau isteri berkata, “hantarlah saya balik ke rumah ibubapa saya jika abang dah tak sayang saya”, bermakna “pujuklah saya supaya saya rasa disayangi semula”.

Jadi suami cuba fikir betul-betul makna yang cuba disampaikan oleh isteri. Isteri yang mempunyai 9 emosi (nafsu), tentu akan bercakap perkataan-perkataan yang terlintas di kepala mereka. Tidak kiralah perkataan itu menandakan mereka marah, kecewa dan geram. Tetapi suami (lelaki) yang mempunyai 9 akal harus mengkaji makna yang hendak disampaikan oleh isteri. Jangan pula suami dirasuki 9 nafsu (emosi) dan mudah menceraikan isteri. Suami seperti ini sangat lemah keperibadiannya.(021211)


43. Oleh kerana pemikiran isteri (wanita) hanya berkisar pada emosi (nafsu), maka percakapannya lebih menggambarkan perasaan mereka. Sementara lelaki pula, pemikiran mereka berkisarkan kebolehan untuk survival (akal), maka mereka lebih objektif dalam pemikiran. Jadi kalau setakat mahu berkongsi cerita, beritahu suami awal-awal. “Abang, saya mahu berkongsi cerita saja. Saya baru tahu harga emas semakin naik. Best ye bang kalau dapat beli sekilo emas masa hari jadi saya”.

Jika si isteri tidak beritahu suami niatnya hanya bertukar-tukar cerita, suami akan berkerut dahi kerana beranggapan si isteri benar-benar mahukan sekilo emas untuk harijadinya. Pemikiran suami selalunya objektif, ini kelemahan-kekuatan lelaki sebagai suami. (021211)


44. Pasangan suami-isteri zaman dulu tidak mudah mengalami percakaran dalam rumahtangga kerana isteri tidak bekerja dan suami menumpukan perhatian mencari rezeki. Apabila wanita mula bekerja di luar rumah, tanpa pembantu rumah, suami diharapkan membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga anak. Si suami boleh tidur dengan pinggan mangkuk belum dibasuh di dapur dan kain baju berserak dilantai. Si isteri tidak mampu melelapkan mata walaupun fizikalnya penat bekerja di luar rumah. Ini menambahkan "stress" pada isteri dan mudah tercetusnya pertengkaran.(031211)


45.Saya harus menerangkan semula bahawa percakaran rumahtangga bukan disebabkan oleh isteri bekerja. Tren isteri bekerja telah menyebabkan suami 'terpaksa' membantu isteri di rumah akibat keupayaan isteri menjalankan kerja di rumah agak terhad, kedua isteri pula terpaksa terus bekerja di rumah setelah kembali balik kerja. Apabila sama-sama penat, "stress" pada fizikal dan emosi akan menyebabkan tercetusnya percakaran. Ini dapat diatasi jika suami mampu membantu isteri di rumah, namun suami mempunyai sifat yang tidak sensitif pada hal-hal di rumah menyebabkan mereka (suami) tidak nampak kerja-kerja di rumah yang harus dilakukan, kecuali diminta berkali-kali oleh isteri.(031211)


46. Saya mendengar rungutan si isteri kerana suaminya tiada masa dan sibuk bekerja. Saya beritahu TAMAK adalah musuh dalam perhubungan suami/isteri dan anak-anak. Kita mahukan masa dan perhatian yang lebih dari mereka, pada hal kita telah bersetuju untuk membenarkan mereka berkhidmat pada masyarakat ketika mula berkahwin dulu. Apabila isteri merungut di depan suami, suami akan rasa dirinya gagal dan setiap kegagalan yang dirasakan akan mendorongnya untuk membina semula hubungan yang lain. Jadi rungutan itu biarlah berpada-pada, jangan sampai merasakan dirinya GAGAL dalam perkahwinan ini. Jadi banyaklah bersabar, wahai suami dan isteri.(081211)


47.Seorg rakan FB bertanyakan kepada saya, mengapa anaknya sukar mendengar cakapnya ketika berada di rumah. Rakan saya seorang lelaki yang berjawatan tinggi di tempat kerja. "Banyak sangat jin dalam badannya ke doktor?" Saya berpendapat walaupun kita telah banyak berkomunikasi dgn anak dan pasangan, namun kita gagal mengHUBUNGkan diri dengan mereka. Arahan kita seumpama arahan bos pada org bawahan. Kita gagal menanamkan sikap 'BELONGING' pada anak dan pasangan kita. Jadi nasihat saya, banyakkanlah berkomunikasi dengan cara menghubungkan diri dengan mereka. Tunjukkan role model..


48.Saya amat pelik apabila seorang lelaki tidak merasa cemburu atas perangai isteri yang mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Sedarilah bahawa wanita hanya akan beralih arah apabila suami mereka gagal memberikan "attention and affection". Jadi janganlah terlalu sibuk dgn dunia sendiri. Rasul s.a.w bersabda Örang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi"..


49. Seorang wanita bertanya kepada saya resepi untuk mengubati rasa kecewa kerana pengorbanannya selama ini tidak dihargai dan rakan sendiri menikam dari belakang. Saya menjawab "perbaikilah niat kita" kerana niat yang IKHLAS dan melakukan kebaikan tanpa mengharap balasan paksi kekuatan jiwa. Orang ikhlas tidak memperdulikan sama ada dia dibalas dgn pujian, penghinaan atau sindiran. Jangan putus asa dari melakukan kebaikan, kerana musuh kita mahu melihat kita berhenti melakukannya. Kita tidak perlu mengharapkan pengiktirafan mereka.


50. Seorang isteri bertanyakan kepada saya, “mengapa suami asyik marah, kalau saya tanyakan masalah suami saya. Menagapa suami saya agak ‘sejuk’ di bilik tidur ?” Saya ada jawapannya dan mengharapkan wanita dan isteri memahami naluri lelaki.Bagi seorang wanita, mendapat seorang suami yang sentiasa berada di sisi untuk mendengar keluhan emosi ketika susah dan gembira adalah suatu anugerah dan rahmat. Namun bagi lelaki, mendapat isteri yang terlalu mengambil berat, bertanyakan itu dan ini, ibarat seorang ibu risaukan kesihatan anak, adalah menjadi bebanan emosi pada seorang suami.Terlalu banyak memberikan ‘perhatian seperti ibu kepada anak’ akan mengurangkan daya seksual isteri pada suami. Jika ditanya kepada suami, apa yang mereka mahu, kebanyakannya hanya menjawab “memahami dan terus berikan layanan sebagai isteri”.Memberikan perhatian dan layanan seperti ‘ibu kepada anak’ adalah naluri seorang wanita. Isteri mana yang tidak risau melihat suami yang sedang dilanda masalah. Nasihat saya lagi, berikan perhatian sesekali dan jangan sepanjang masa. Lelaki mahu diberikan ruang masa untuk membuktikan keupayaannya sebagai suami, ayah dan lelaki. Dan jangan lupa, memberikan pujian dan galakan dalam setiap progress dan kejayaan yang telah dibuat walaupun sedikit dan kecil.


51.Pertengkaran suami isteri mengenai hal domestic dapat dikurangkan jika suami menghargai pandangan isteri walaupun ia agak remeh. Pandangan isteri walaupun tidak sebesar pemikir hebat tetapi ia adalah pandangan ikhlas yang bermula dari emosinya tentang apa yang mereka rasakan.
Ada rakan FB bertanya saya mengapa suami mereka asyik bercakap meremehkan pandangan mereka. Ayat yang selalu digunakan ialah “Awak orang perempuan, apa awak tahu..”
Orang perempuan dan isteri kita tidak akan menjadi lebih pandai dan lebih baik dengan ‘ayat pembunuh’ seperti itu. Beritahu mereka dengan tenang mengapa kita menolak pandangan mereka.
Bila isteri bermasalah, mereka mahu kita jadi teman bercerita. Terus dengar rintihan mereka akan menyebabkan mereka akan rasa lega. Bila kita tidak melayan mereka, jangan terperanjat tiba-tiba ‘janji-janji yang tidak tertunai’ lama diungkit semula. Itu tandanya mereka hanya mahu perhatian.
Si isteri pula cuba elakkan menggunakan NADA yang merendah-rendahkan suami. Kebanyakan suami tidak suka penentangan dalam rumahtangga, tetapi mengharapkan sokongan dari isteri. Berikan sokongan, kata-kata semangat dan dorongan yang kuat.
Rasulullah s.a.w apabila terkejut dengan kedatangan Jibrail a.s dan minta diselimutkan oleh isterinya Khadijah r.ah, telah diberikan kata-kata semangat dan dorongan dengan nada yang sangat menyejukkan perasaan.
Jangan banyak tanya apabila suami apabila suami sedang bermasalah. Biarkan mereka tenang dulu. Percayalah, suami akan dating semula kepada isteri dan bercerita tentang masalah mereka.


52.Kepercayaan bukan boleh dipaksa. Orang perlukan masa untuk mempercayai kita. Sebab itulah kita perlu konsisten dari segi percakapan, akhlak dan tingkah laku barulah mampu menarik kepercayaan orang lain. 

Tetapi, sekali kepercayaan itu diragut, ia mengambil masa yang panjang untuk pulih dan mempercayai kembali. Malah sebuah kepercayaan yang dibina bertahun lamanya boleh hilang sekelip mata sahaja. Petuanya, berlapang dada, sabar dan berbaik sangka. Mungkin ia tidak mengubah keadaan namun ia mengubah cara kita menerima apa yang datang. (140313)



doakan kasihsayang kami senantiasa harum mewangi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan