LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Rabu, 21 Ogos 2013

Tip Bisnes Affiliate

3 Aset Emas Buat Banyak Duit Berkali-kali.


Affiliate adalah alternatif yang bagus bagi individu yang mahu cari duit lebih dan membina perniagaan.

Affiliate adalah gelaran sinonim untuk agen. Kita menjual produk orang lain dan terima komisyen, apabila pelanggan membeli produk atau servis menerusi pautan (link) khas yang dibangunkan oleh pihak supplier.

Pendapatan affiliate terbahagi kepada dua jenis:

1) Pendapatan sekali makan.

2) Pendapatan makan kenyang berkali-kali.

==========================
Pendapatan sekali makan
==========================

Majoriti affiliate yang baru bermula, akan memilih pendekatan pendapatan sekali makan. Ia mudah dan cepat.

Contoh pendapatan sekali makan adalah:

Pertama, kita kenal pasti apa yang pelanggan mahu.

Kedua, kita kenal pasti produk yang sesuai untuk dipromosikan sebagai agen affiliate.

Ketiga, kita promosi produk itu (menerusi pautan affiliate yang dibekalkan).

Keempat, pelanggan beli produk menerusi pautan affiliate.

Kelima, kita dapat komisyen.

Pendapatan sekali makan adalah pendapatan jenis "datang pergi dan tidak kembali."

Kita tidak mempunyai data emas iaitu data pelanggan, seperti nama, emel, nombor telefon dan sewaktu dengannya.

Berbeza dengan pendapatan affiliate jenis yang kedua iaitu:

==========================
Pendapatan makan kenyang berkali-kali.
==========================

Langkah-langkah untuk menjana pendapatan affiliate yang boleh bagi akaun bank kita kenyang berkali-kali ini ada ditambah sedikit:

Pertama, kita kenal pasti apa yang pelanggan mahu.

Kedua, kita kenal pasti produk yang sesuai untuk dijual sebagai agen affiliate.

Ketiga, kita berikan maklumat percuma yang dapat selesaikan masalah pelanggan.

(Untuk pelanggan dapatkan maklumat percuma, mereka perlu isikan nama, emel atau nombor telefon)

Keempat, kita bina hubungan yang baik dengan pelanggan dengan terus menerus memberikan maklumat percuma yang berguna serta berharga.

Kelima, kita promosikan produk dan terima komisyen.

Strategi kedua ini jauh lebih baik berbanding strategi pertama.

Strategi kedua membantu kita untuk membina hubungan yang baik dengan pelanggan.

Hubungan yang akrab akan membantu kita untuk menjual produk berkali-kali. Dalam masa sama, pelanggan tidak akan rasa menyampah dengan kita.

==========================
3 Aset untuk jadi jutawan affiliate
==========================

Apabila memilih pendapatan affiliate jenis yang pertama, kita berada dalam lorong, "fast money."

Apabila memilih pendapatan affiliate jenis kedua, kita berada dalam lorong, "long-term profitable income."

Pilihan kedua sesuai untuk individu yang mahu hidup mewah sebagai agen affiliate.

Untuk merealisasikan pendapatan affiliate jenis kedua, ada 3 aset penting iaitu:

Aset #1 - Memiliki data-data pelanggan.

Emel, nombor telefon, nama, alamat dan sebagainya.

Aset #2 - Membantu pelanggan, bukan menggadai kehormatan.

Berikan maklumat-maklumat berguna secara percuma kepada pelanggan.

Lagi banyak maklumat yang kita berikan, lagi besar pulangan yang bakal kita peroleh.

Pelanggan tidak suka dengan ayat-ayat promosi yang melampau dan bertalu-talu. Mereka beli kerana percaya, bukan kerana terpedaya.

Aset #3 - Jual produk keperluan.

Apabila menjual produk sebagai agen affiliate, perkara utama adalah memastikan kita menjual produk yang mengikut keperluan pelanggan.

Cara kenal pasti keperluan pelanggan adalah melihat pada masalah yang mereka hadapi setiap hari.

Jika kita tahu ada produk yang boleh selesaikan masalah itu, maka jual produk itu kepada pelanggan.

==========================
Langkah-langkah hasilkan pendapatan RM30,000 sebulan sebagai agen affiliate
==========================

Work From No Home adalah produk informasi (video + ebook + lembaran kerja) yang bagus, untuk seseorang itu belajar bagaimana membina perniagaan bertaraf jutawan sebagai agen affiliate.

Produk ini hasil daripada remaja Cina yang tinggal di Malaysia. Nama beliau adalah Peng Joon.

Kita boleh lihat kajian kes beliau menjana pendapatan sekitar USD12,614 (RM30,000+), tanpa perlu pegang atau menguruskan sebarang produk.

Peng Joon memperoleh pengiktirafan eksklusif daripada syarikat marketplace affiliate bernilai bilion ringgit, iaitu Clickbank.

Beliau berpengalaman luas dalam dunia bisnes agen affiliate.

Boleh lihat kajian kes beliau (video) menerusi laman web di bawah:

Klik sini -->> http://writerpresident.com/workfromnohome

"Peng Joon adalah orang yang berjaya melipat gandakan keuntungan bisnes saya di Clickbank. Saya tidak ada sebarang keraguan terhadap kemahirannya buat duit online."

- John Chow, pengasas blog popular JohnChow.com

Peng Joon juga adalah salah seorang speaker rasmi untuk program Success Resources, bagi topik menjana pendapatan sebagai agen affiliate di Clickbank.



::: sumber :::

2 ulasan: