LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Isnin, 7 Mac 2011

'Bermadu' dengan anak sendiri

KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.

Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.

“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.

Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.

Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.

“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.

“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.

“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.




KECEWA... Azie ketika menceritakan pengalaman hitamnya kepada wartawan Harian Metro.
Sumber: Harian Metro
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya ALLAH lindungi aku, anak-anakku, kaum keluargaku serta kaum muslimah dari semua benda seperti ini YA ALLAH.. Kasihanilah kami YA ALLAH.. Engkau kurniakan kami lelaki dari golongan lelaki-lelaki yang soleh yang Engkau rahmati YA ALLAH..
@  AMIN  @

Hari ini, esok dan akan datang

Assalammualaikum... salam sejahtera dan selamat pagi.. hai kawa-kawan.. sejak akhir-akhir ini, hati aku bagai di carik-carik, di pintal-pintal atau seumpamanya.. Aku selalu ikuti perkembangan seorang rakan ku.. Biar lah aku rahsiakan nama serta identiti ye.. Aku begitu cemburu dengan kehidupannya ' cemburu yang baik ok'...  Aku benci dengan hati ku ini sebab mudah cemburu atau iri hati dengan kehidupan orang lain.. Dia bahagia dengan suami serta anak ye walaupun pada hakikiat ye suami dia  ada ' makan luar'.. aku tahu kerna aku juga mengenali suami dia malah kami juga berkawan rapat.. sekadar mendengar luahan masalah masing-masing.. Dia memang bahagia, dulu kami berkawan rapat tapi sejak aku berkahwin kami terputus hubungan sampai la kehari ini.. Aku sangat menyayangi kawan ku itu.. Dia memiliki aset yang cukup dalam kehidupan ye.. Namun aku lihat dia kurang dari segi persediaan 'akhirat'... allahua'lam...aku pun da banyak berbuat dosa pada Mu Ya ALLAH... Subhanallah...

Oh Tuhan... banyak betul dugaan yang Engkau berikan dan perlihatkan pada aku.. menitis air mata ini apabila memikirkan aku tidak sebahagia kawan ku walaupun *********... Namun aku redha Ya Allah kerna dalam hati ku yang kecil ini, aku dapat menerima hakikat bahawa kehidupan manusia tidak akan pernah sama... Rezeki yang Engkau limpahkan berbeza-beza, hanya kerna untuk menilai Iman dalam hati setiap umatMu.. Terima Kasih Ya Allah.. kini aku mula sedar kebahagiaan bukan hanya pada kehidupan dunia malah lebih berkat jika kehidupan berumahtangga seiring dengan kehidupan dunia dan akhirat.. insyaallah..

Jom baca : Lapangkanlah Hati Ini  dan  Persediaan untuk semua Isteri

Surah An Nisaa'

Beberapa peraturan hidup bersuami-isteri

34. Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri[289] ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)[290]. Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya[291], maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya[292]. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
[289]. Maksudnya: Tidak berlaku curang serta memelihara rahasia dan harta suaminya.

[290]. Maksudnya: Allah telah mewajibkan kepada suami untuk mempergauli isterinya dengan baik.

[291]. Nusyuz: yaitu meninggalkan kewajiban bersuami isteri. Nusyuz dari pihak isteri seperti meninggalkan rumah tanpa izin suaminya.

[292]. Maksudnya: untuk memberi peljaran kepada isteri yang dikhawatirkan pembangkangannya haruslah mula-mula diberi nasehat, bila nasehat tidak bermanfaat barulah dipisahkan dari tempat tidur mereka, bila tidak bermanfaat juga barulah dibolehkan memukul mereka dengan pukulan yang tidak meninggalkan bekas. Bila cara pertama telah ada manfaatnya janganlah dijalankan cara yang lain dan seterusnya.
Copy & paste : Realiti Alam Perkahwinan

Wahai hati!!!.. jangan la kau terpaut pada hasutan dunia kerna ia hanya membawa kebinasan sahaje.. insyaallah.. Terima kasih Ya ALLAH kerna masih memberi peluang pada aku untuk terus mencari keredhaanMu..



Sabtu, 5 Mac 2011

Terima Dia Seadanya

Siti dan Aiman telah berkawan rapat selama beberapa tahun. Kemudian tercetuslah bibit2 cinta dan kasih sayang yang amat mendalam dalam diri mereka berdua. Tak lama kemudian, setelah bajet dah cukup, mereka pun mendirikan rumah tangga. Harapkan hujan hanya di tengah hari, rupanya sampai berminggu-minggu hujan turun :-) Entah mengapa, pada awal usia perkahwinan mereka, asyik berlaku pertelagahan dan pergaduhan.
Siti nie amat sensitive dan emosional orangnya … manakala si Aiman pulak jenis yang tak banyak bersuara dan tak suka ambil tahu hal2 yang remeh temeh. Satu lagi, sentiasa wujud miscommunications di antara mereka berdua sehinggakan pada suatu tahap Siti menganggap suaminya jenis orang yang takde perasaan langsung… gara-gara si Aiman yang tak pernah nak memujuk rayu apabila isterinya merajuk.  Sebenarnya merajuk tue hanyalah taktik Siti untuk mendapatkan perhatian daripada suaminya. Boleh dikatakan dalam seminggu tue, mesti ada sesi pergaduhan di antara mereka berdua.  Bukan pergaduhan yang melibatkan tangan la… Cuma perang mulut jer…:-)

Actually, Siti nie sayang sangat2 kat suami dia… tapi dia geram kerana terlalu banyak perselisihan faham yang berlaku di antara mereka berdua. Hinggalah pada suatu hari, sedang Siti asyik membelek sebuah majalah, dia  terbaca satu kisah perbalahan rumahtangga di mana si suami telah melempar peha  ayam ke arah isterinya dengan alasan kononnya  gulai ayam bini dia masak tue tak sedappp…. Siti pun mengucap panjang. Laki macam tu pun ader, fikirnya.
Tiba-tiba dia terkenangkan suatu peristiwa di mana dia telah lupa untuk memasukkan garam ke dalam gulai ayam yang dimasaknya.  So, semasa makan malam berdua, Siti buat dek jer sebab takut dimarahi suaminya. Tapi lain hal pulak yang berlaku. Siti tengok lakinya makan dengan begitu ‘syok’ sekali. Siti pun takleh tahan daripada bertanya, “Abang, camna dengan gulai ayam tuh? Best tak?”
Si suami menjawab sambil tersengih-sengih, “Ishh mestilah best. Air tangan bini abang yang masak. Takkan tak best pulak. Hihi…”

Siti pun terharu. Tak sangka dia akan mendapat jawapan yang paling ‘indah’ sekali walaupun dalam diam2 dia mengutuk dirinya sendiri kerana gulai ayam yang dimasaknya tawar heber…huhu.. So, lepas kejadian itu, Siti seolah-olah ‘tersedar’ dari lamunannya. Kini dia seolah-olah sedar di mana silapnya dia sebagai seorang isteri.  Siti akhirnya sedar yang dia tak sepatutnya bersikap ‘selfish’, asyik merengek atau komplen kalau ada benda yang tak disukainya dan asyik memaksa suaminya buat itu buat ini. Dia akhirnya faham yang sikap bertolak ansur itu penting dalam setiap hubungan. It doesn’t always have to be about one person. Now you have to think about him too. What will he feels when you do that, do this…
Dan the most important thing that Siti belajar dari nie semua ialah untuk menerima diri si dia seadanya. Walaupun Aiman tak reti langsung cara memujuk, tapi lepas rajuknya dah ‘reda’, dia akan bercakap dengan lembut pada isterinya dan biasanya dia akan ajak isterinya pi shopping atau jalan-jalan. Like a treat la…  sebab dah tak merajuk lagi… :-)
Siti pun mulai sedar yang dirinya sendiri pun banyak kekurangannya. Tapi suaminya tak pernah pulak nak membebel pasal Siti tak reti memasak ker, mudah merajuk ker atau Siti tak reti sangat nak manage masa.  Sebenarnya sikap Aiman yang tak banyak bersuara tu sebenarnya adalah a blessing in disguise – ada kebaikannya tersendiri. Ia menunjukkan dia seorang yang penyabar, tenang  dan amat  sayangkan isterinya. Dan itulah yang penting sebenarnya.

The End.
Copy & Paste : Realiti Alam Perkahwinan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

loorrr!!!... comel ye cerita ni.. tersentuh la ati ni.. cerita ni juga boleh dijadikan ingatan dan panduan dalam kehidupan berumahtangga.. mmmm... ada berani!!!!.. nak cube la ni.. hhuhuhu.. insyaallah.



Jumaat, 4 Mac 2011

Teristimewa untuk....

 
 

  • Dan akhir sekali buat Mak yang aku sayangi...

Ni page yang aku sangat bangga nak buat.. hihihihi.. sebab selama aku men 'J' hampir 3 tahun ni, insan-insan istimewa di atas lah yang banyak berjasa pada diri aku dan anak-anak aku.. Aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih atas segala yang telah anda korbankan dan segala bantuan yang telah dihulurkan kepada ateh @ siti @ saya selama ini.. jasa kalian hanya Allah yang mampu membalas ye.. Insyaallah..

sepanjang tempoh itu, bermacam-macam suka duka yang aku tempuhi, ada kalanya aku hampir tersungkur lagi.. Dengan adanya mereka, aku kuat kembali menempuh dugaan hidup ni.. Sukar nak aku ungkapkan dengan kata-kata :)..  ♥ u all... mmuuuaahhh.. Terima kasih banyak-banyak..:)



khas untuk kalian  ♥



Adik masuk hospital...

Perrggghh!!!...
Adik sakit-sakit pun nak jugak bergambar... :)

 Cian anak mama..

Lena adik tido setelah semalaman tak tido...


38°C suhu badan adik masa aku bawa pergi hospital.. dengan bibir bengkak, kaki luka dan bernanah.. hhmmm.. tak sampai hati biar dia terus kat rumah, aku tekad hantar kat hospital pulak selepas aku bawa dia pergi Klinik Bayar dan Klinik Desa ( ubat tetap tak jalan ) minggu lepas.. hati seorang ibu kan, masa doc cucuk jarum untuk masuk air dan ambil darah aku keluar pergi jauh sikit ( tak sampai hati dengar dia menangis tahan kesakitan, kalau la boleh kesakitan dia tu di pindahkan kepada aku, aku sanggup Ya Allah :( )..

Mulut tetap bising walaupun sakit.. hihihi tu la dia anak mama.. tapi bila doc buat check up monyok pulak, siap nangis lagi.. takut la konon.. lepas doc bagi antibiotik dan masuk air 1 botol setengah, aku tengok adik makin ok, nak makan dan nak la merayau-rayau dengan tangan yang berbalut tu.. Alhamdulillah, selepas doc tengok adik ok, adik dibenarkan balik dengan syarat minum antibiotik dulu.. yang first tu adik muntah, cube pulak antibiotik yang lain.. mungkin pahit sangat adik tak boleh telan dan rasa nak termuntah lagi tapi nurse tu ajar minum dengan air manis.. alhamdulillah adik selamat makan ubat antibiotik tu dengan jaya ye dan yyaahhhooo!!! boleh balik... :p

Da sampai umah badan penat, kol 9pm da masuk tido semua untuk ZzZzzzzzZZZzzZzzZzzzZzZZ...
@   buah hati mama  @


Rabu, 2 Mac 2011

Alhamdulillah... Kini aku 'bebas'.... ahakkkssss ♥

Syukur Ya Allah....
Kakak, wan, makcik-makcik, atok, pak long, mak long, adik, abg, akak da bebas, dik!!!!!... Alhamdulillah.. Suka nya aku hanya Allah yang tahu...
  @   happy sangat   @
Alhamdulillah

Memang aku tak mejangka kes aku selesai pada hari ini, sebab hari isnin hari tu Pejabat Biro ada col kata peguam telah ditukarkan so tunggu peguam lain untuk sambung bicara kes aku.. Aku pun terus la hubungi Mahkamah Syariah Jempol tanya camne status kes aku.. Peguam da takde ni, hati pun da hangat ni.. Orang Mahkamah kata datang la cam biasa nanti tengok apa keputusan Hakim.. ( dalam hati aku takde makna ye la tu.. entah bila nak selesai tu ) Waktu nak pegi tadi dalam hati memang takde mood, siap minta mok tih bagi mood lagi gutuu.. hihihi... Sampai giliran aku, " Puan tau tak, peguam puan da naik pangkat".. aku angguk je la.. dalam hati panas je.. " Ok setelah meneliti hujah-hujah dan keterangan saksi-saksi, maka dengan ini mahkamah memberi pilihan kepada puan untuk mengangkat Sumpah ****** (  lupa sumpah ape ) bagi melepaskan tuntutan fasakh puan ni".. aku pun kata " setuju yang arif "...

" Mahkamah dengan ini memerintahkan puan menyerahkan sijil nikah yang asal kepada Pejabat Agama Islam Jempol untuk memproses sijil cerai dan puan dikehendaki bere'dah selama 3 kali suci bermula hari ini.." Terima Kasih Ya Allah.. Syukur keHadrat dengan izinMu selesai jugak akhirnya... Hampir menitis kan airmata aku.. terharu sungguh...rasa beban yang selama ini aku pikul terlepas sudah.. Hanya dengan IzinMu Ya Allah...



Terima Kasih Ya ALLAH..


Cukup bulan..... ;p

Cukup bulan.. hhmmmm... berguling-guling aku duk atas kerusi kat ofis ni.. sakit perut, senggugut, kepala berdenyut-denyut.. arggghhh tak tahan sungguh :(... Tu  la dia penangan cukup bulan bagi kaum HAWA.. hihihi perkara wajib setiap bulan.. alhamdulillah tu tanda wanita itu sihat, insyaallah... Macam-macam ragam dan kisah aku dengar kalau nak dikaitkan dengan kisah 'datang bulan' ni.. ada yg ok je cam takde apa-apa, ada yang sampai telan ubat tahan sakit ( ya allah tu da teruk gilerrr, kasihan kan!!!), ada yang cirit-birit la, ada yang macam aku ni sakit-sakit badan, lenguh-lenguh, senggugut dan sebagainya.. ;p kelakar kan... tapi tu la kelebihan yang Allah berikan pada kaum Hawa...

Jom baca info tentang sengugut ni... Herba Membantu Senggugut

Senggugut atau "period pain" kerapkali dialami oleh wanita ketika kedatangan haid . Peringkat ringan senggugut biasanya akan mendatangkan gejala seperti sakit perut yang tidak melampau dan  kitar daid yang tidak menentu.Senggugut yang dialami dizaman remaja atau sebelum berkahwin kadangkala boleh hilang selepas berkahwin namun sesetengah kes ia boleh kekak dan menjadi lebih serius.

Senggugut yang lebih serius pula akan berlarutan hingga mendatangkan masalah lain seperti kemandulan. Apakah yang menyebabkan senggugut berlaku?Pengeluaran sejenis bahan - prostoglandin secara berlebihan akan menyebabkan kesakitan yang dirasai ketika senggugt.Otot rahim akan mengecut (contraction)  dengan lebih cepat.  Apakah pula yang menyebabkan pengeluaran bahan kimia ini? Sesetengah penyakit pada sistem reproduksi juga boleh menyebabkan senggugut antaranya seperti jangkitan kuman,ketumbuhan pada salur peranakan dan rahim yang dinamakan fibroid.Pengeluaran hormon yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan dinding rahim menebal dan mendatangkan penyakit lain yang dinamakan endometriosis yang boleh menyebabkan kemandulan.Kitar haid yang tidak teratur disebabkan oleh terlalu kurus atau terlalu gemuk juga boleh mendatangkan senggugut.

Amalan tradisi turun temurun yang diamalkan oleh nenek moyang kita untuk mengurangkan kesakitan dan juga merwat senggugut masih boleh diamalkan hingga sekarang. Sesetengah individu merasa leih selesa menggunakan produk herba atau tumbuhan herba untuk menangani masalah ini.

BAGAIMANA HERBA BOLEH MEMBANTU PESAKIT SENGGUGUT?
Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung khabarnya dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudan sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid. Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus.Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu, caranya jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Selain daripada itu daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar dikawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang.Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara dan ros pantai selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna, ungu dan putih. untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih.Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua kedalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ia diminum dua kali sehari.Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh dijadikan ubat untuk senggugut.

Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam disekeliling rumah juga boleh membantu merawat senggugut . Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air, Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.Madu memang banyak khasiat dan kegunaannya. Madu yang dicampur bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat dicairkan ke dalam segelas air panas diminum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah,seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah.Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Halia ialah herba yang paling mudah ditemui. Halia juga berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. 5 cawan air direbud bersama 20 gm halia,10 gm kayu puti, 10 gm jintan manis ,10 gm kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan.Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.Secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama direbus dengan 3 cawan air dan biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan.Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.


Cumell tak ???
:p

Selamat Beramal dan Selamat Mencuba!!!...


Selasa, 1 Mac 2011

Sifat Yang membunuh Cintaaaaaaaaa........♥

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang... tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga


Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.




" ; Apabila lelaki mendiamkan diri, bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi menjadi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda. Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu"....


 Salam sayang buat semua!!!...

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Copy & Paste - Artikel iluvislam.com

(-- __@)



MoOd
tAk
CaNtIk
LoRrRrrr….!!!!!!