LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Selasa, 21 Jun 2011

Syawal

entry sebelum ni aku copy & paste tentang fadilat bulan rejab, syaaban dan Ramadhan.. insyaallah selagi kuat tubuh badan mari la sama-sama kita mengumpul bekalan untuk mengadap ALLAH S.W.T.. insyallah.. Syawal???.. tahun ni da 3 tahun aku raya tanpa suami dan anak-anak beraya tanpa ayah disisi.. aku harap syawal tahun ni membawa kegembiraan pada aku, anak-anak dan insyallah pada mak aku..

walaupun harapan tidak la terlalu tinggi aku sandarkan namun aku harap semua berjalan dengan lancar.. dan akhirnya syawal tahun hadapan aku kembali menjadi seorang isteri..insyaallah.. hanya doa dan tawakal aku serahkan padaNya.. bukan mudah untuk menjadi yang terbaik kalau kita sendiri tidak mahu buat yang terbaik.. aku akan cube jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.. insyaallah..

selangkah aku mara kehadapan mesti la aku nekad ingin terus melangkah dan melangkah demi sebuah kejayaan dalam kehidupan.. sesekali harus menoleh kebelakang untuk mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah yang lalu. jangan sombong bila berada diatas dan sesekali harus turun kebawah untuk muasabah diri.. itu la kata-kata semangat yang aku pegang sampai la hari ini.. baru kini aku berani untuk mengenggamnya.. kerna airmata itu aku sedar hakikat sebuah kehidupan.. alhamdulillah..

dugaan akan datang silih berganti cuma aku harus pandai menanganinya dengan cara yang betul.. lagi bijaksana.. insyaallah... Syawal datang dan pergi membawa pelbagai kisah didalam sebuah kehidupan yang realiti.. namun syawal yang akan datang ini insyaallah membawa berjuta rezeki, nikmat, kenangan dan akhirnya mengotakan 1 janji, 2 hati menjadikan ia sebuah cerita 1 keluarga yang dirahmati Ilahi... insyaallah amin...


Rejab, Syaaban Dan Akhirnya Ramadhan...

KELEBIHAN BULAN REJAB 

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 


Syaaban 
bererti berpecah atau bercerai-berai. Ini kerana mengambil sempena peristiwa orang-orang Arab pada bulan tersebut berkeliaran ke merata tempat untuk mencari air. Ada pula berpendapat, Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


KEUTAMAAN SYAABAN:
Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan  rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”      
                                                                                                       
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt  serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak  dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

APAKAH AMALAN YANG WAJAR DILAKUKAN DI BULAN SYAABAN?
  1. Memperbanyakkan puasa sunat:
  •    Dalam Kitab Durratun Nasihin dinyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda   bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari pertengahannya dan tiga  hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
  •   Jika berpuasa sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga. Diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
  •   Jika berpuasa sebulan  pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut dan ditolaknya (terlepas) daripada kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
  •  Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis (juga dalam Syaaban) dimasukkannya dalam syurga .(Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah.)
 Rasulullah saw turut bersabda yang bermaksud: “ Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”

      2.      Perbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah saw:
 Sabda Nabi saw yang bermaksud: “Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.”(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)  

      3.     Bertaubat:
Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita memperbanyakkan taubat kepada Allah swt.

MALAM NISFU SYAABAN:
 Malam 15 Syaaban lebih dikenali  sebagai malam  Nisfu Syaaban.
 Pada malam ini umat Islam sangat-sangat disarankan untuk memanfaatkannya kerana  malam ini penuh dengan rahmat dan doa sangat mustajab.
 Justeru umat Islam disaran untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yassin sebanyak tiga kali selepas solat maghrib.


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


Isnin, 20 Jun 2011

Khas untuk En Man...



lagu ni aku titipkan khas untuk En Man aka Papa Man.. hihihi.. sory semalam jumpa kita gaduh la pulak.. gaduh sayang gitu.. ye la kepala aku ni da serabut pastu aku tunggu lama tak jugak muncul-muncul so angin puting beliung pun datang melanda... hahahaaaa.. xpe tu la tanda aku ni panas baran.. boleh ke gitu????.. masa sayang ni boleh la kan.. 4 5 tahun lagi entah la.. senantiasa buat yang terbaik dan cuba jadi yang terbaik serta berada dikalangan yang terbaik.. insyaallah.. dalam hidup berpasangan kene ada sikap bertolak ansur dan saling memahami.. insyaallah... tq En Man aka Papa Man... :))


Sabtu, 18 Jun 2011

macam-macam situasi

assalammualaikum...
maaf sejak akhir-akhir ni entry aku agak 'emo'... banyak betul dugaaNya.. da 2 minggu hujung minggu aku keseorangan tanpa Papa Man.. kenapa baru sekarang aku terasa. kalau dulu aku tak kisah pun sorang ke berdua ke bagi aku sama saja.. sejak mak sakit ni, sejak anak-anak selalu kerumah abah mereka bila hujung minggu.. dan semenjak aku dan Papa Man membuat keputusan 'berpisah sementara' ini.. emosi aku betul-betul terganggu.. air mata tak payah cakap la jangan tersentuh sikit mula la melalak.. betul-betul sunyi tanpa semua itu..

minggu ni ada kenduri rumah kawan di seremban. cukur jambul anak sulung dia.. insyaallah aku akan kesana.. anak-anak malam tadi abah dia datang ambil.. Ya ALLAH.. sunyi ye jiwa aku.. Papa Man pun da jarang mesej, aku tau dia sibuk uruskan keje dia..  mak pun da kurang bercakap dengan aku.. aku tension sangat.. nak g jalan-jalan malas pulak.. aku malas sebab jiwa tengah serabut ni, nanti jalan jauh-jauh fikiran aku ni pun macam-macam la.. terperap dalam bilik apatah lagi... aku layan lagu hatan ini - Kau yang Satu rasa tenang je jiwa aku..

Jangan tinggal solat, doa dan sabar tu la nasihat dari Iltizam.. ingat tak aku penah buat entry tentang lelaki. kami da lame lost contact tapi baru baru ni dia nampak aku online kat VF.. dia PNC aku.. rupa-rupanya aku pun cari dia.. dia pun sibuk cari aku.. telefon dia hilang.. no. lama tak boleh pakai. kene guna no. baru... patut la aku col tak penah dapat, dia masih menagih cinta aku.. maaf hati aku bukan untuk dia walaupun hampir 3 tahun aku mencari jawapan kenapa  hati ni susah nak terima dia.. tiada jawapan aku temui.. dia mempunyai ciri-ciri lelaki soleh. dia pengamal perubatan Islam di Cheras.. soal hati ni susah nak duga.. tapi dia menerima keputusan dengan hati terbuka... sampai sekarang ni dia banyak bagi nasihat pada aku supaya menjadi muslimah sejati.. alhamdulillah sebab tu aku suka berkawan dengan dia.. TQ Iltizam..

ramai orang kata.. setiap masalah ada jalan penyelesaian namun untuk mencari jalan penyelesaian itu memerlukan kesabaran yang tinggi.. mampukah aku bersabar.. macam sue kata aku ni sabar la orang ye sebab dapat lalui pelbagai dugaan selama hidup seorang diri hampir 3 tahun ni.. Ya ALLAH sekuat itu rupanya aku.. aku rasa aku la mahkluk paling tidak sabar.. namun itu la hakikat kehidupan kan.. antara kuat atau lemah.. antara sabar atau beralah.. semua di tangan kita... Terima Kasih Ya ALLAH... Terima kasih...

Rindu bertandang lagi

Rindu bertandang lagi kekasih
hati ku merintih kerana mu
kesepian mencengkam lautan
kenangan, ajaibnya perasaan

* Rindu membawa aku kekasih
pada musim-musim bersamamu
rasa kasih dan rindu
yang tertanam buatmu
dijambangan usiaku

waktu memisahkan aku dengan mu
kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
kini saat indah menjadi sejarah
dan musim pun berlalu bersama waktu
kini bertemankan sebuah perasaan
rasa kasih rasa rindu padamu

ulang *

Rindu bertandang lagi di hati
rindu menghampiri kala sendiri
halaman hidupku yang kosong tak terisi
sungguh lama dikau pergi

ha....ha.....ha....
ha....ha....ha.....
oh.....



Jumaat, 17 Jun 2011

Dia

Dia : rindu itu indah kan sayang..
Saya : ye….
Dia : tapi…
Saya : kenapa pulak..
Dia : sakit tanggung rindu tu…namun indah bila bertemu..~







mak

mak... ateh nak luahkan perasaan ateh di entry ni, boleh kan... mak.. ateh bukan anak yang baik untuk mak. ateh da malukan mak dl. ateh selalu melukakan hati mak. ateh la anak yang selalu ada masalah. ateh selalu menyusahkan mak dengan kerenah anak-anak ateh.. mak, seminggu ni hari yang betul-betul mencabar bagi ateh.. kenapa mak da tak nak bercakap dengan ateh. kenapa mak selalu berkurung dalam bilik, mak murung .. mak menangis.. apa guna ateh dalam rumah tu kalau mak anggap ateh tiada untuk menolong mak.. ateh betul-betul terasa dengan tindakan mak.. ateh malu sebab mak selalu sebut nama anak mak yang lain.. sedangkan siapa yang menguruskan mak selama ini... siapa yang sanggap berjaga malam demi mak.. ateh tak mahu jawap sebab jawapannya menyakitkan.. ateh menangis mak.. ateh tak sanggup hadapi hari-hari tanpa bercakap, bergurau dan melihat mak.. rasa tiada guna hidup di dunia ni lagi mak.. ateh sanggup kehilangan suami apabila dia bersikap kurang ajar dengan mak.. ateh tak boleh tengok orang berkasar dengan mak.. mereka biadap... ateh da ada anak, ateh tau perasaan seorang ibu.. ateh tau sakitnya saat bersalin, ateh tau sakitnya membesarkan anak dalam serba kekurangan, ateh tau sakitnya apabila anak tidak mendengar kata.. mak... ateh tau mak sebenarnya mak da tak nak menyusahkan ateh untuk menguruskan mak lagi.. mak kasihan tengok  ateh penat bekerja, jaga anak-anak, pastu balik kena masak untuk mak dan ayah, ateh kene uruskan jadual berkala ke hospital dan ke ijn, setiap minggu hantar mak berubat di merata-rata tempat hanya semata-mata untuk melihat mak sembuh.. takpe mak ateh sanggup lakukan apa saja demi mak yang sorang ini.. tiada galang gantinya seorang ibu untuk 6 orang anak... 6 orang anak belum tentu dapat menjaga ibunya.. jangan mak risau keadaan ateh.. kalau mak sihat, mak ceria ateh pun sihat dan ceria mak.. jangan seksa diri mak kerna anak-anak.. ateh rindu mak yang aktif dan yang garang dulu walaupun pada hakikatnya ia hanya tinggal kenangan.. mak... ateh akan cube cari ubat yang terbaik untuk mak semampu ateh.. jangan la mak risau.. rezeki ALLAH luas mak.. DIA tak akan menyiksa hambaNya yang memerlukan bantuan kan mak.. ateh tau mak nak solat tapi keadaan memang tidak mengizinkan .. mak selalu lupa.. ateh nak buat yang terbaik untuk mak.. ateh nak tebus segala kesalahan ateh pada mak dulu.. hajat mak untuk melihat ateh berkahwin insyaallah akan ateh tunaikan.. walaupun jauh disudut hati ateh belum bersedia.. kalau dulu ateh bernikah tanpa restu mak hari ni ateh da ada restu dan keizinan mak.. takpe la ateh ketepikan perasaan ateh itu demi mak... insyaallah ALLAH tak akan mensia-siakan hajat mak tu.. dan insyaallah ateh akan bahagia berkat doa mak itu nanti... mak, maafkan ateh kalau coretan ateh ni menguriskan perasaan mak.. ni hanya luahan ateh kerna ateh anak mak yang lemah.. anak yang sentiasa merindukan kasih sayang dan belaian seorang ibu walaupun da besar panjang.. kasih sayang mak membawa ateh ke syurga.. insyaallah mak.. Terima kasih mak kerna mak melahirkan ateh.. walau seluas lautan pengorbanan  ateh pada mak belum terbalas lagi dengan kesakitan melahirkan dan air susu yang mak bagi pada ateh.. ateh akan ingat itu mak.. ateh ingat....



Rabu, 15 Jun 2011

BaLaDa RiNdU


terlalu jauh sudah aku berjalan..
melangkahkan kaki mengikut gerak naluri hati
walau jauh mana pun aku berlari
namun yang pasti aku masih begini....
rahsia hati..
kadang aku rasa goyah
kadang aku rasa hebat
kadang aku rasa cukup sempurna 
kadang terlalu menderita...
itu lah fitrah khlifahNya
ku taman jauh di dasar perut bumi
ku simpul rapi kemas ikatannya
ku layangkan ia mengikut angin yang bertiup kencang
tapi mengapakah ia masih bersarang jauh di lubuk hati yang beku
sungguh aku rindu
ibarat 'BaLaDa RiNdU'....
sering datang bertamu
menyentuh minda dan sanubari insan kedil seperti aku
sampai bila aku tidak pasti
yang pasti aku hanya menanti hari, waktu dan ketikanya...
jiwa dihimpit kekesalan
fikiran disambar panahan kata-kata insan yang tak punya mata
badan binasa kerna luka yang tiada nyata
hati keras tiada berkata
hanya coretan 'BaLaDa RiNdU'
pengubat segala derita...
dan DIA tempat aku berserah dan menyerah...
Terima Kasih ALLAH....
CINTA yang SUCI LAGI ABADI




bait bait lirik 'Jauh Kau Pergi'

Pernah ada rasa cinta
antara kita
kini hanya tinggal kenangan...
ingin ku lupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan
seperti dirimu
oh bintangku....

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini ku cuba cari pengantimu
namun tak lagi seperti dirimu
oh kekasih....

Pernah ada rasa cinta
antara kita kini
tinggal kenangan......



Selasa, 14 Jun 2011

mood nak balik umah...

sebelum balik ni macam-macam benda nak cite pulak.. boleh tak baca cerita aku ni????... bosan tak!!!!.. takde la gurau je.. aku ni kan dulu bukan main tarik tali lagi dengan si Papa Man tu.. sekarang bila da jauh.. terasa betol-betol sunyi.. camni ke perasaan orang PJJ.. loooorrrr... cedih la.. asyik pegang telefon, orang disana sibuk keje.. aku yang angau asyik dok ingat kat dia.. sengallll kan hahahahaaa... kelakar la aku ni.. korang gelakkan aku ye.... gelak la takpe.. aku budak baru nak belajar.. hahahahaaaaaa...

kalau sebelum ni.. tiap-tiap ari jumpa.. papa man kata wajib jumpa.. kalau tak macam ada kerja yang tak siap.. aku biasa je.. sekarang ni padan muka aku.. aku pulak yang dok teringat-ingat kat dia.. hadoiii... nasib la badan..  apa lagi kes da selesai bila nak langsung!!... isyhhhh... nanti lor, mak aku sakit jadi sekarang aku harus tumpukan  perhatian pada mak.. insyaallah tahun depan aku habak no!!!!.. takut pun ada ni.. malu kalau orang tengok muka aku yang merah padam ni.. rasa macam anak dara pulak ko...

tapi aku tak mau la berharap sangat... cuma meluahkan perasaan aku ni aja.. berharap bermakna aku sudah meletakkan 1 kepercayaan pada dirinya.. cukup la 'angguk'kan aku ni sahaja.. untuk berkata-kata.. hanya INSYAALLAH aku lafazkan.. takut takut jugak.. mau mau jugak.. hahahahahaaaaa... aku suka layan lagu ni.. tak tau kenapa.. jom la dengar sama-sama.. :))

Ranjang Mawar - Wings


alololoooo... binatang pun nak berkasih-kasihan
ni kan kita manusia yang di berikan AKAL oleh ALLAH S.W.T
itu tanda kebesaran ALLAH untuk khalifahNya.. 
yang bernama 'manusia'...

Antara mak & pasangan

RENUNGKAN BERSAMA……………………………..

Bila seronok, aku cari….pasanganku
-Bila sedih, aku cari….Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat….Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila… aku nak talipon Mak
-Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-”Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja…
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. …….

-Tapi kalau Mak sudah tiada……. …
-MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya…..
-berapa ramai yang sanggup….. membersihkan najis ibunya…… .
-berapa ramai yang sanggup….. .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……