LoOk Me.....

wElCoMe tO My LiFe.....
DaN iNi LaH kEhIdUpAn KaMi.......

aPa YaNg PaStI sEtIaP mAnUsIa AkAn MeRaSa KeBaHaGiAaN tAk KiRa DiDuNiA aTaU aKhIrAt.... KeRnA iTu JaNjI ALLAH S.W.T


Jumaat, 25 Februari 2011

LELAKI

>>> LELAKI....<<<<
arini aku nak cerita hal lelaki.. mmmm dari kecil sampai la aku jadi 'J' ni.. Macam-macam lelaki aku jumpa.. terlalu banyak pengalaman yang aku dapat.. Sesungguhnya terlalu berat nak aku cerita kan.. cukup la sekadar aku katakan lelaki kat dunia terlalu berbeza-beza antara 1 sama lain.. Ada yang jujur, ada yang cam s***, ada yang mata keranjang, ada yang hanya nak kan tubuh wanita sahaja, macam-macam lagi la..

Macam 'ex' aku dulu pun sama seperti 'lelaki' lain.. tetap sama.. hati aku terluka lagi.. ( ada suka ada duka biarla cerita itu berkubur buat selamanya, terima kasih abah!! atas segalanya )  Selepas 2 bulan aku diceraikan dulu, aku ada berkenalan dengan ustaz ni.. dia baik, duda tiada anak tapi bila dia bercakap agak terbuka maksud aku, dia jujur dalam berkata-kata dan berterus-terang dengan hasrat dia.. Dia selalu bagi aku nasihat dan hadis-hadis nabi sebagai ingatan pada aku.. Tapi aku minta maaf sangat dengan dia, hati aku tidak berbuka untuk dia walaupun aku da cube sampai la saat ni.. Aku hnya anggap dia sebagai kawan walau dia selalu mengajak aku berkahwin dengannya.. Memang aku kagum dengan ketabahannya.. ( sehingga sekarang dia masih dan selalu col aku :), iltizam.. iltizam... )

Boleh jugak aku katakan aku benci lelaki, 'aku benci kau orang'.. Kenapa selalu buat aku terluka dan menangis.. Sampai bila aku nak pandang negatif tentang lelaki tapi tak semua lelaki ok.. kalau lelaki tu buat hal 'mau meroyan' aku kerja kan. Dan aku pun ada berkawan dengan 'suami kawan baik aku'.. walaupun begitu aku akan cube mengelak dari menjawap panggilan dan mesej lelaki-lelaki yang bermasalah ini.. memang aku 'J' tapi aku ada harga diri.. Cukup la aku ni dijadikan kawan untuk berbual, bukan untuk tempat melepaskan nafsu mereka.. :) sebab tu la aku benci lelaki.. mereka hanya memandang wanita seperti aku ni tempat untuk melepaskan nafsu.. Oh tuhan, ampun kan segala dosa-dosa dan kesalahan aku...

aku pun ada perasaan, aku tak minta kehidupan aku jadi begini.. Sedih mmg sedih tapi siapa lah aku untuk mempersoalkannya kerna aku hanya diberi untuk meminjam segala yang ada disekelilingku  sebelum ia di ambil kembali oleh ALLAH S.W.T.. Dia lah yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengasih.. Terima Kasih Ya Allah.. 

Dan aku pernah menyintai lelaki 1 tahun lebih muda dari aku namun kasih sayang kami tidak kesampaian apabila hubungan kami tidak mendapat restu keluarganya hanya kerna aku seorang 'JANDA'.. hahahaha kelakar kan walau hati aku terlalu terluka dengan penghinaan itu.. Ahh!!! macam-macam lelaki la yang pernah hadir dalam hidup aku.. bosan dengan keegoan mereka..'lelaki tetap lelaki'....

@   tiNgGaL kEnAnGaN  @
@   aKu , pUtRaJaYa & kEnAnGaN  @




Tiada ulasan:

Catat Ulasan